Menginap Hotel Nine Tree Premier Myeongdong 2 Korea 15 Minit Ke Night Market



Alhamdulillah aku berkesempatan kali kedua untuk jejak kaki ke bumi Korea pada bulan Oktober (23 - 26 Oktober 2023) lalu selepas kali pertama merasainya pada bulan Mac pada tahun yang sama iaitu tahun 2023.

Jika sebelum itu, aku pergi bawa seluruh family sehingga 14 orang kesemuanya, tetapi kali ini juga bersama family iaitu lebih besar dengan Keluarga Shaklee seramai 200 lebih peserta. Tapi aku pergi dengan adik aku je la.
Paling best kalau dapat sponser daripada Shaklee ni adalah penginapan. Sebelum ni aku dah merasai hotel mewah masa join Kembara Istanbul & Umrah, kali ini sekali lagi Shaklee belanja hotel mewah di Seoul Korea.
Selama 4 hari percutian tersebut, kami semua dapat menginap hotel 4 stars Nine Tree Premier Myeongdong 2 dimana terletak 15 minit perjalanan daripada Myeongdong Night Market. Takda masalah nak cari makan.
Lokasi StrategikSebenarnya di Seoul banyak hotel mewah 4-5 stars, tetapi trip Shaklee To Korea kebanyakkannya peserta daripada orang Islam termasuk aku, jadi salah satu kawasan strategik yang mampunyai akses makanan halal dan tempat best shopping adalah di Myeongdong.
Kita semua peserta perlu dapatkan hanya makan malam secara sendiri, selain itu disediakan oleh pihak penganjur. Lagi pula, kalau kawasan sekitar hotel tiada apa-apa aktiviti nak dibuat pun, bila malam terpaksa duduk hotel sahaja.
Jadi cari punya cari, hotel mewah yang terbaik sekitar Myeongdong adalah di Nine Tree Premier Myeongdong 2 dimana lokasinya 750 meter sahaja daripada Myeongdong Night Market. Kalau jalan kaki tak sampai 15 minit pun. Lagi pula hotel ni dapat pengiktrifan 4 bintang untuk Toursit Hotel.

Jadi setiap malam selepas selesai semua aktiviti, aku boleh la luangkan masa di sekitar Myeongdong ni nak shopping, nak makan makanan halal seperti di restoren Kampungku, Busan Jib, Maehwa Yangggochi atau boleh juga try Chicken Skewer halal dalam Myeongdong Night Market tersebut.
Selain itu, terdapat juga kedai serbaneka seperti GS25, CU Mart dan 7-eleven di sekitar hotel. Juga terdapat starbucks betul-betul sebelah hotel. Jadi kalau tengah malam haus ke lapar, boleh la cari makan di kedai-kedai 24hours ini.

Hotel ini juga sebenarnya tak jauh dengan Namdaemun Market juga tempat shopping barangan Korea. Jarak lebih kurang 1.7 km dan ambil masa jalan kaki dalam 30 minit. Tapi kalau tak larat, boleh je naik teksi.
Namsan Tower pun tak jauh sebab dia berdekat dengan Myeongdong. Kalau jalan kaki ambil masa 1 jam untuk sampai ke puncak dalam 3.5 km lebih kurang. Pagi-pagi boleh la jogging terus ke puncak Namsan Tower tersebut kalau larat.
Bilik Yang SelesaDisamping lokasi yang strategik, Shaklee pastinya mengutamakan bilik hotel yang selesa untuk pesertanya. Tapi memang betul, bilik hotel ni selesa sangat lah, sampai nak bangun untuk join trip pun rasa malas. Katil empuk sangat.
Kalau aku tengok dalam Agoda, bilik yang aku dapat adalah jenis Standard Twin Room dimana mempunyai 2 super single beds, 1 sofa, 1 meja kopi beserta bilik air kering dan basah dalam satu bilik yang luas. Sesuai untuk 2 orang.


Ada aircond, tingkap tetapi berhadapan dengan bangunan sebelah sahaja, wifi laju disediakan dalam bilik, tv dengan siaran Korea berpuluh-puluh dan pelbagai lagi. Tandas ada shower, singki besar, wardrobe dan tandas ada bidet (tapi bukan paip air la). Selesa je, jangan risau
Fasiliti Mencukupi DisediakanLokasi dan bilik dah best, now tambah pula dengan fasiliti yang disediakan, maka bertambah lagi best. Aku rasa paling menarik sekali adalah kedai serbaneka yang berada betul-betul dalam hotel ni yang mana dibuka 24 jam. Hari-hari beli air susu kat sini.
Selain itu, walaupun lobby hotel tidaklah terlalu besar, tapi sekadar mencukupi sahaja. Lift ada 4 biji dan ianya tidaklah terlalu laju dan tidak perlahan. Just nice sahaja. Tak perlu pun tunggu lama kalau nak dapat giliran.
Untuk info, hotel Nine Tree Premier Myeongdong 2 ni tiada kolam renang. Hanya ada open garden di tingkat paling atas bersama cafe beserta fitness center atau gym. Tapi semua ni memang tak sempat la nak guna, baik jogging tengok kawasan Korea daripada jogging atas treadmill kan.
Untuk yang nak air minuman, ada disediakan water dispenser bersama Iron Steam dan Microwave di satu bilik khas setiap tingkat untuk anda gunakan pada bila-bila masa secara percuma. Nak gosok baju, kat sinilah tempatnya.

Satu lagu yang penting, kat hotel ni ada penimbang berat bagasi tau. Boleh timbang luggage siap-siap sebelum pulang. Takut kalau lebih nanti, kena bayar pula kat airport.
Harga HotelUntuk hotel Nine Tree Premier Myeongdong 2, Seoul Korea ini aku tengok kat Agoda dan website-website lain harga lebih kurang RM500-RM600 sehari. Jadi aku duduk 4 hari 3 malam, Mungkin dekat RM2000 juga la kot setiap bilik termasuk semua sekali.
Kalau anda berminat untuk menginap disini, anda boleh buat tempahan gunakan LINK ini.
KesimpulanKalau penginapan hotel daripada Shaklee, memang terbaik setakat ini yang pernah aku rasa termasuk trip kali ini di Seoul, Korea Selatan.
Hotel ni aku suka sebab ada kedai GS25 dalam hotel, dekat dengan kawasan Myeongdong Night Market dan pastinya tilam yang disediakan sangat selesa. Walaupun makan breakfast disediakan di hotel, tapi biasa je la. Sebab tahu nak sediakan yang halal tu susah sikit. Yang penting kenyang.
Cuma kalau tanya apa yang tak best, aku rasa ada satu sahaja dimana mereka hanya sediakan 1 bantal sahaja bagi setiap katil. Kat Malaysia 1 katil single, atleast dapat 2 bantal. Kalau katil King atau Queen boleh dapat 4 bantal. Tapi kat sini 1 bantal je. Mana cukup.

Complimentary item dalam hotel semua cukup; kopi, teh, gula, sabun mandi, shampoo, berus dan ubat gigi, tuala dan banyak lagi. Hampir semua disediakan. Tak perlu risau dan tak perlu bawa toiletries pun kalau menginap di Nine Tree Premier Myeongdong 2 Seoul Korea.
Kalau diberi rezeki dan peluang sekali lagi dengan bajet yang besar, memang aku duduk sini je la lepas ni. Senang nak cari makanan halal dan kaki shopping juga tak perlu pergi jauh-jauh naik subway ke, kat Myeongdong semua ada.


Rating Nine Tree Premier Myeongdong 2 - 4.5/5 ⭐


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2023/10/review-menginap-hotel-nine-tree-myeongdong-2-seoul-korea.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Media Appreciation Night By Grand Paragon Hotel Jb

Media Appreciation Night By Grand Paragon Hotel Jb

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 222 hits
Media Appreciation Night by Grand Paragon Hotel JB Yesterday join Media Appreciation Night anjuran Grand Paragon Hotel JB Event ini bertujuan sebagai penghargaan kepada rakan media yang telah banyak Menyokong dan bersama sama dengan Hotel G...
Senarai 5 Restoren Halal Di Myeongdong Seoul Korea

Senarai 5 Restoren Halal Di Myeongdong Seoul Korea

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 245 hits
Antara lokasi paling famous kalau orang Malaysia datang ke Korea adalah di Myeongdong Dia macam jadi pusat segala aktiviti kat sini nak shopping cari skin care lawat tempat menarik dan of course nak cari makan Biasa kalau sebut Myeongdong n...
Mahu Ketenangan Ini Punca 5 Pelakon Korea Hilang Dari Industri Hiburan

Mahu Ketenangan Ini Punca 5 Pelakon Korea Hilang Dari Industri Hiburan

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 263 hits
Korea adalah negara yang memandang serius tentang kes pertuduhan selebriti Apabila imej sudah tercalar ia akan mengambil masa yang lama untuk membina semula kerjaya di negara ini ARTIKEL BERKAITAN Ramai pelakon terlibat dalam kontroversi te...
Tempat Persinggahan Artis Cuba 4 Salon Ini Jika Ingin Penampilan Seperti Selebriti Korea

Tempat Persinggahan Artis Cuba 4 Salon Ini Jika Ingin Penampilan Seperti Selebriti Korea

papar berkaitan - pada 23/10/2023 - jumlah : 133 hits
Trend kecantikan Korea sering menekankan penampilan solekan yang minimum dan ini sangat sesuai untuk mereka yang mencari penampilan mudah dan kelihatan semula jadi ARTIKEL BERKAITAN Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 4 salon di Korea jika k...
Bakat Diwarisi Ini Antara 5 Selebriti Korea Merupakan Anak Kepada Artis Popular

Bakat Diwarisi Ini Antara 5 Selebriti Korea Merupakan Anak Kepada Artis Popular

papar berkaitan - pada 23/10/2023 - jumlah : 117 hits
Orang cakap bakat sebenarnya tidak boleh diwarisi kerana lain orang lain minatnya ARTIKEL BERKAITAN Namun ada beberapa selebriti Korea yang suka untuk mengikuti jejak langkah ibu bapa mereka untuk menceburi dunia seni hiburan Kali ini Kimch...
Layak Dipuji 10 Selebriti Korea Ini Tunjuk Sokongan Pada Palestin

Layak Dipuji 10 Selebriti Korea Ini Tunjuk Sokongan Pada Palestin

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 351 hits
Nampaknya konflik antara Israel Palestin masih belum berakhir sehingga ke hari ini ARTIKEL BERKAITAN Selain menerima liputan dari pelbagai media seluruh dunia beberapa selebriti juga turut menggunakan pengaruh mereka untuk bersuara dan berp...
Nak Cari Isteri Korea Lak Lepas Ni Komen Engku Emran Tarik Perhatian

Nak Cari Isteri Korea Lak Lepas Ni Komen Engku Emran Tarik Perhatian

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 198 hits
Nak Cari Isteri Korea Lak Lepas Ni Komen Engku Emran Tarik Perhatian Engku Emran selepas gagal dalam tiga perkahwinannya di mana terdahulu pernah mendirikan rumah tangga bersama selebriti Erra Fazira dan bercerai tidak lama kemudian Mereka ...
Jodoh Dah Tertulis Ini 5 Selebriti Korea Sudah Bahagia Kahwini Peminat

Jodoh Dah Tertulis Ini 5 Selebriti Korea Sudah Bahagia Kahwini Peminat

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 207 hits
Pasti ibarat mimpi menjadi realiti untuk berkahwin dengan selebriti kegemaran kita kan ARTIKEL BERKAITAN Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 selebriti Korea berkahwin dengan peminat sendiri Shoo S E S Im Hyosung Shoo merupakan salah satu a...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok