Menginap Di Tanjung Puteri Golf Resort Tebus Hadiah Lucky Draw Firash
Hai korang,
Ingat lagi tak dengan entri Juju pasal gathering JDT Blogger di GBW Hotel tempoh hari? Ha tak ingatlah tu. Maklumlah, sejak kebelakangan ini JDTB banyak sangat gathering. Ihiks, okeh korang boleh rujuk entri --> KLIK SINI
Sebenarnya, voucher tu ada tarikh expired. Masa dapat pun Juju dah agak dah macam tak sempat ni nak tebus voucher. Bila Juju refer balik dengan Sis Lin, dia kata boleh extend sampai penghujung tahun ini. Fuh, lega hati bila boleh extend. Sebab dak Yash asyik tanya je bila nak tidur hotel yang Yash menang tu? Haha, jenuh mama fikir nak ganti cemana nanti
Tanjung Puteri Golf Resort, Johor
Lepas pilih punya pilih, rancang punya rancang, maka kami pilih tarikh 18 Disember 2020 untuk menginap di Tanjung Puteri Golf Resort. Memandangkan hadiah yang Yash dapat ni villa 4 bilik, makanya Juju angkut semua atok, mak, pakcik-pakcik, mak sedara dan sepupu sapapat Yash join tidur dekat sana. Haha, tidur je pun. Keluar duit minyak dengan duit makan sikit, besoknya dah balik dah
Kaunter pendaftaran
Untuk pengetahuan korang, sempena cuti sekolah hujung tahun ni, pihak TPGR ada buat promosi tau. Villa Mahligai yang kitorang stay boleh dapat harga RM350 untuk 1 malam. Hah, untung sangat kan. Boleh muat sehingga 8 orang. Cuma ada term and condition yang perlu korang patuhlah. Ikut standard hotellah. Kalau kata muat untuk 8 orang, tapi sumbat sampai 20 orang hermmmmm.... Sendiri tanggung ya
Valid till 31st December 2020
Masa urusan di kaunter check-in, staf dekat situ buat penerangan sikit pasal bilik dan kemudahan yang disediakan. Disebabkan Juju tak ada perancangan untuk buat bakar-bakar, makanya kita skip part ni ya. Untuk check-in Juju dapat 1 kunci villa, 8 pass dan stiker kereta. Pas tu kena bawa bersama kalau korang nak merayau dalam kawasan hotel. Nak main golf ke, naik kuda ke, memanah ke, mandi kolam ke. Ha senang kata bawa ajelah pas tu dengan korang. Dan korang juga dibekalkan dengan peta kawasan dan senarai aktiviti yang boleh korang buat sementara tunggu suami / cik abang / kenalan main golf
So inilah dia villa 4 bilik tidur yang Yash menang tu. Kemain suka dia bila tengok rumah luas macam tu. Okeh meh Juju tunjuk gambar-gambar dalam villa
Mahligai Villa with 4 bedroom
Eh, eh tak sabar nak unwrap hadiah lucky draw dia.
Ruang tamu
Ruang makan
Bilik tidur ni dekat bawah tau. Sesuai untuk korang yang bawa parents yang takboleh nak naik tangga
Ruang dapur. Dekat daput ni ada peti ais, water dispenser, dan mesin basuh.
3 in 1 pun disediakan
Bilik tidur utama
Bilik tidur kedua
Bilik tidur ketiga
Ruang santai di tingkat atas
Setiap bilik memang dah ada bilik air sendiri. Tak perlu berkongsi pun dengan orang lain. Cuma bilik air dekat ruang bawah je duduk dekat sebelah dapur.
Untuk aktiviti pula, korang boleh ke sport and recreation center. Dekat sinilah berkumpulnya semua aktiviti. Ada gimnasium, sauna, swimming pool, squash, tenis dan macam-macam lagilah. Swimming pool dia luas sangat. Agak-agak korang nak mandi dekat tempat yang tak ramai orang boleh pandai-pandai bawa diri ya
Pintu masuk ke bahagian sports and recreation
Ada juga perkhidmatan sewa basikal dan memanah. Juju tak cuba pun. Tengah jaga budak-budak mandi kolam, mana sempatnya nak main beskal. Padahal memang tak nak pun. Haha. Datang nak santai-santai je. Suami Juju je sempat pegi urut kaki dekat spa. Kemain lagi suami daku. Betul-betul merehatkan diri. Juju je yang tak de perasaan nak join. Kikikiki
Kolam renang dia luas. Untuk dewasa ada kolam saiz olimpik tau. Bolehlah buat terjunan ala-ala perenang olimpik. Kikiki
Juju ingat ada golf je dekat sini. Rupanya ada banyak aktivti yang boleh korang buat. Silap Juju sebab tak buat research dulu. Juju tertarik dengan pakej nature walk dia. Bukan mahal pun. Haha.. Masih mampu bayar. Jadi, kena datang sini lagilah kan? Kikikiki
Sewa basikal
Gelanggang skuash
Taman permainan
Gelanggang tenis
Untuk urusan check out pula, waktu check out adalah jam 12 tengahari, jadi dalam pukul 11.30 pagi tu akan ada housekeeping yang akan datang check villa. Dia akan charge untuk blood stain, muntah dah juga kotoran yang banyak contohnya korang buat katering ke ape. Kena bayar sebelum check out ya
Wajiblah ambil group photo sebelum balik.
Tanjung Puteri Golf ResortAlamat: Jalan Tanjong Puteri 1, Taman Tanjung Puteri Resort, 81700 Pasir Gudang, Johor
Tel: 07-2711888/2596100
Whatsapp: 017-7942711Fax: 07-2711333E-mail:
[email protected]: www.tpgr.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.kasihjuju.com/2020/12/menginap-di-tanjung-puteri-golf-resort.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KasihJuju+(Kasih+Juju)