Menginap Di Purest Hotel Sungai Petani
Assalamualaikum WBT
SETELAH menempuh 9 jam perjalanan termasuk berhenti Rehat & Rawat di R&R Rawang, kami sampai di Sungai Petani jam 2 pagi. Dalam pada tu, Pak Inche buat tempahan Purest Hotel Sungai Petani melalui Booking.com. Staf yang mengambil tempahan mengesahkan menyimpan maklumat kami yang pernah menginap di sini yang Sk pun tak ingat tahun berapa, hahahaha. Bila ingat-ingat balik, ialah, Sk ada bergambar di hadapan hotel di tempat parkir kereta. Disebabkan semua maklumat dah sedia ada dalam sistem, urusan daftar masuk jadi mudah dan cepat
Kami ambil Deluxe King Bed dengan harga RM220 semalam berserta sarapan untuk dua orang. Semua pakej penginapan di sini termasuk sarapan. Bilik luas, nak berlari ke.. berguling ke.. memang boleh sangat, hahaha. Walaupun begitu, kami banyak menghabiskan masa di Kuala Ketil jer. Tak tidur Kuala Ketil sebab sampai dah lewat dan bagus jugak la Pak Inche ajak menginap di sini sebab rupanya semua pun balik nanti tak cukup bilik. Na'e pun menginap di SP tapi tak pasti di hotel mana
Penggunaan warna cerah dan cermin besar memberi impak kemas dan menawan. Seterika dan papan penggosok turut disediakan
Bilik air menerapkan warna hitam dan putih menjadikan ia kelihatan retro. Tekanan air pun laju
Pak Inche memang pantang nampak nasi lemak. Mana-mana hotel yang tiada nasi lemak dalam buffet memang kena senarai hitam la ngan Pak Inche, hahaha
Sk tentu pilih American Breakfast serta secawan Cafe Latte.. Samosa dan Popiah sedap sangat
Senyap jer orang tu makan nasi lemak, tak komplen apa-apa.. sedap la kan maknanya. Sk pun ambil, ternyata tidak mengecewakan nasi lemaknya. Kari ayam tu pun sedap. Sebenarnya, ada Nasi Hujan Panas untuk dinikmati bersama kari ayam.
Hari kedua, secangkir Americano dan masih lagi English Breakfast sebagai pilihan pertama. Ingatkan hari ni ada nasi berperisa juga macam semalamnya tapi takdok
Ada Nasi Goreng Cina dan Kuey Teow Goreng. Samosa sedap juga tak ada tapi ada dim sum. Sunny side up, separuh makan dengan English Breakfast, separuh makan dengan nasi goreng. Tak ambil nasi lemak sebab plan dengan Pak Inche nak makan di Noor Mee Sotong di Butterworth, nanti kenyang sangat
Luas dan terang cafe ni
Telah mendapat pengesahan Halal JAKIM
Saya mesti pilih
Last but not least.. ambil pastries.. yang bulat tu scone. Tambah lagi secawan Cafe Latte pulak... burpppp.. Alhamdulillah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/06/menginap-di-purest-hotel-sungai-petani.html