Menginap Di Hotel Zamburger Muar
Assalamualaikum wbt
SAMBUNG lagi kisah percutian di Muar (sebut - Muo). Sebenarnya, boleh jer nak pergi balik hari ke Muar ni. Contohnya, bertolak lepas subuh, Sk boleh sampai dalam jam 8 pagi untuk bersarapan di sana. Dulu-dulu, pernahlah buat, sekarang dah tak larat, maklumlah.. (sila sambung sendiri), hihihi. Jadi, kena juga bermalam di Muar supaya tak penat sangat.
Seperti biasa, urusan tempahan hotel dibuat oleh Pak Inche. Kali ni, Pak Inche tempah Hotel Zam Burger. HZB ni terletak dalam kampung di dalam bandar Muar. Memang dekat sangat, lebih kurang 10 minit aje dari pusat bandar
HZB ni mengetengahkan ciri-ciri rumah tradisional Melayu dalam binaannya. Sebaik sahaja masuk ke halaman hotel, terus teruja sebab dah lama simpan impian nak bermalam di tempat macam ni
Tak banyak bilik yang ditawarkan di HZB ni tetapi ianya sering dijadikan sebagai lokasi majlis perkahwinan. Halaman yang luas dan ada dewan terbuka di sebelah kanan kawasan hotel ni, memang sesuai la untuk majlis perkahwinan melayu
Cuma, bagi Sk, HZB ni lebih sesuai didefinasikan sebagai rumah penginapan (homestay). Dari luar nampak gah tapi masuk dalam, macam chalet
Dengan harga RM125 semalam, Sk pernah dapat tempat penginapan yang lebih selesa. Dari luar memang nampak gah. Ruang dalam agak sempit dengan siling yang rendah. Jadi, bagi pendapat Sk, harga tu agak berpatutan la dengan kos binaan dan selenggara bangunan yang dibuat dari kayu yang tentunya bukan murah
Comel aje katil saiz bujang ni kan. Si Iman siap berlakon duduk bersila sambil buat gaya mendayung sampan. Yang kelakar, katil ni pun ikut teroleng-oleng ke kiri dan ke kanan macam ada di tengah laut. Macam nak pecah perut ketawa tengok gelagat Iman, bayangkan ajela ya, Sk ambil video tapi tak sampai hati nak post di mana-mana, hahaha
Dah macam masuk rumah orang kenit, hehehehe. Ke.. kami yang besar sangat ni? Walaupun begitu, penghawa dingin berfungsi dengan baik. Seterika dan papan penggosok juga ada disediakan. Sk macam selalulah, bawa baju tak payah gosok, malas nak gosok, hahahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/05/menginap-di-hotel-zamburger-muar.html