Menginap 1 Malam Di The Katerina Hotel Batu Pahat


 Assalamualaikum WBT 


SELEPAS Makan Kenduri Tahlil di Kampung Belahan Tampok, Sk dan PI tidak terus balik ke Johor tetapi meneruskan perjalanan ke Batu Pahat. PI ajak tidur satu malam di The Katerina Hotel, Batu Pahat. Angah dan Cik Ani pulak balik ke Johor (JB) tapi sebelum tu singgah di rumah seorang saudara, ni Sk tak join la sebab arah tak sama.

Mercu tanda Batu Pahat. Kalau arwah abah Sk dulu panggil Batu Pahat ni Bandar Penggaram.  
Menurut Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang, nama Batu Pahat diambil bersempena dengan kisah tentera Siam yang diketuai Panglima Awi Di Chu memahat batu untuk mencari air minuman di Pantai Minyak Beku. Pahatan itu menghasilkan takungan air. Tentera Siam ketika itu sedang dalam persediaan untuk menyerang Melaka pada tahun 1456. Dikatakan sejak itu ramai pelayar singgah di takungan air tersebut sehingga ia diberi nama Perigi Batu Pahat. Menurut Hikayat Abdullah pula, nama Batu Pahat adalah berkaitan dengan kegiatan Portugis yang memahat bongkah-bongkah batu untuk mendirikan Kota A Famosa di Melaka pada abad ke-14. (sumber)

Kali pertama menginap di The Katerina Hotel ni masa tu Iman baru dalam umur 2 tahun, tahun 2003. Memang ingat sangat walaupun tak ada catatan sebab itu merupakan tahun terakhir Sk berkhidmat di sebuah IPTS sebelum bekerja di tempat sekarang. Tapi zaman tu mana ada sosial media. Selepas tu ada juga menginap lagi di sini tapi tak ada jugak catatan di blog, zaman 'writers block' la kot masa tu, nak menaip malas sampai blog bersawang, hahaha


The Katerina Hotel diiktiraf sebagai hotel 4 bintang. Rasanya The Katerina ni cuma satu-satunya hotel dengan nama tersebut tiada cawangan di mana-mana


Agak terkejut jugaklah selepas selesai urusan daftar masuk, kami diberi goodies sebungkus besar  kerepek ubi kayu. Aaaa.. jangan tak tahu, Batu Pahat ni terkenal dengan industri kecil dan sederhana antaranya kilang kerepek


Dapat bilik aras 6, nombor bilik 620. Oh, penginapan di sini dikenakan deposit RM100 ya. Yang best biliknya dekat dengan lobi lif. Harga penginapan kami RM250 (gov rate) dengan sarapan untuk dua orang


Dari kejauhan nampak Gunung Banang Soga. Sk teka aje ni Gunung Soga jika salah mintak ampun ya


Tapi tu la.. depan bilik kami ni ada awning, terus terfikir nanti ada orang boleh panjat dan mengendap, hahahah. 

Masuk-masuk bilik aje perut Sk memulas jadi tak sempat nak ambil gambar katil, tengok-tengok PI dah landing, jadi kita ambil gambar sisi katil jer la. Nampak biliknya dah cantik la dari bilik lama tapi.. tilam dia kenapa melendut giler kat tengah-tengah. Sk syak budak-budak la ni melompat-lompat buat macam trampoline. Dah malam pulak baru sedar tilam dia seteruk itu melendutnya, nak minta tukar bilik malas pulak nak mengemas, bertabah ajelah sampai check out


Bilik lengkap dengan seterika dan papan penggosok. Sk bawa tudung sarung twist aje, tak payah gosok. Baju pun tak payah gosok, senang


Ada lampu suluh untuk emergency sekiranya terputus bekalan elektrik. 

Uncang teh dan gula tak ada, cuma ada pek kopi 3 dalam 1 ni. 

Petang tu kami keluar makan di dua tempat, tu nanti Sk cerita. Singgah 99 Speedmart jugak beli air dan mi segera. Sk cakap dengan PI, tak nak kongsi makan mi segera, PI pun setuju buat sorang satu, haha. Jadi malamnya, memang tak keluar dah, tengok Festival Filem Malaysia ke 34. Lama Sk tak layan siaran langsung anugerah-anugerah ni, rasa, kalau malam tu ada kat rumah, memang tak tengok dan tak tahu pun filem Babah dan dua pelakon utamanya menang award, hahaha. 

Gambar yang sebelum ni lupa nak setting mode makanan, hehehe


Esok paginya, kami bersarapan buffet di Spazzo Cafe. Tenang aje ya, boleh dikira dengan jari berapa aje tetamunya. Tak tahulah awal sangat ke kami turun tapi kereta dekat parkir memang penuh


Ada menu ala carte dan set untuk waktu tengahari dan petang. PI kata, ingat tak, dulu kita datang breakfast dia ala carte? Entahlah, Sk tak boleh recall langsung, agaknya masa tu lepas PKPB kot. Yang Sk ingat, yang masa datang pertama kali tu, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah datang sebab ada function apa tah di Batu Pahat (tak ingat jugak). Masa tu Sultan Ibrahim masih Tunku Mahkota Johor. 

Luas buffet line dia, tak adalah sampai boleh terlaga bahu dan pinggul dengan tetamu lain. 

Tahu dah kannnn.. pinggan siapa ni, hehe. Lepas makan nasi lemak, PI makan Mihun Goreng dan Roti Canai. Pergilah buffet 10 bintang pun memang tu la PI makan. PI kata, nasi lemak dia sedap, Sk lupa pulak nak jamah


Round pertama Sk, mestilah American Breakfast. Ambil sandwich dan popiah dan yang bulat tu ambilkan PI, ingatkan Gendang Kasturi rupanya Getuk Ubi, hehe


Omelette dia besar ya. Side dish untuk western breakfast yang basic ajelah, tapi salad dia banyak jenis. Lain-lain ada wedges, bean baked dan mini sosej yang gemuk-gemuk tu. Buah pun ada tiga jenis, tembikai, nenas dan honey dew


Ada soto jugak. Pilihannya nasi impit, kueyteow dan mi kuning. Rasanya kalau nak mihun soto, boleh ganti dengan mihun goreng sebab rencah mihun goreng dia pun light-light aje. Condiments untuk soto ada suhun goreng, taugeh, ayam carik, kacang tanah goreng, daun sup, daun bawang dan bawang goreng serta sambal kicap. Tak kedekut pulak ya dia sediakan ayam carik tu, bolehlah isi banyak-banyak dalam mangkuk, ahaks! Kuah soto dia marvelous, bukan sup rasa air hujan. Sambal kicap pun power walaupun tak berapa pedas cuma bergedil jer la tak ada


Banyak jugaklah makanan lain ya yang memang tak larat nak makan. Kuih dan kek pun ada, bubur pun semestinya ada


Kalau nak datang lunch, ada menu set ni jugak, boleh tengok gambar di atas jugak


Sementara tunggu PI sapkoktang, Sk duduklah di lobi ni dan tu la, dah beberapa kali datang menginap kat sini, baru perasan ada beberapa lukisan besar yang memaparkan bangsawan Inggeris, sesuailah nama hotel ni, The Katerina. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/11/menginap-1-malam-di-katerina-hotel-batu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Di Yiwan Dessert Batu Pahat

Makan Di Yiwan Dessert Batu Pahat

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 189 hits
Assalamualaikum WBTTIGA hari berturut turut Sk berjaya clock in sebelum jam 7 30 pagi Hari isnin tuari paling awal 7 14 dah sampai office Kalau nak tahu dua jiran depan rumah Sk ni dua dua cikgu dan biasanya mereka akan keluar rumah jam 6 3...
Belajar Raikan Tanpa Spoil The Moment

Belajar Raikan Tanpa Spoil The Moment

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 240 hits
28 Oktober 2025 Selasa Bila seseorang berkongsi atau meraikan sesuatu dengan kita cubalah belajar untuk raikan bersama tanpa spoil the moment Apabila seseorang berkongsi kegembiraan atau meraikan sesuatu bersama kita itu sebenarnya tanda di...
What S In The Us Malaysia Trade Deal That Impacts China

What S In The Us Malaysia Trade Deal That Impacts China

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 320 hits
KINIGUIDE Prime Minister Anwar Ibrahim and US President Donald Trump signed a trade deal on Sunday that is supposed to boost economic activity between the two countries However critics say this comes at the expense of Malaysia s trade with ...
Faith Filth And Fury Netizens React Towards The Viral Dung Flinging Festival In India

Faith Filth And Fury Netizens React Towards The Viral Dung Flinging Festival In India

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 270 hits
WHY is it that dogs are man s best friend Has anyone ever considered the cows that plow the field provide milk and even themselves to the hungry crowd being more worthy of such a title There is much to love and appreciate from these gentle ...
Why The First 72 Hours After A Stroke Are Crucial For Recovery And Saving Lives

Why The First 72 Hours After A Stroke Are Crucial For Recovery And Saving Lives

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 313 hits
EVERY second counts when it comes to a stroke For every minute that passes after the onset approximately 1 9 million neurons are lost Globally stroke remains the second leading cause of death with over 12 2 million new cases reported in 201...
Foldable Stroller The Ultimate Convenience For Modern Parents On The Go

Foldable Stroller The Ultimate Convenience For Modern Parents On The Go

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 214 hits
Foldable Stroller The Parent Friendly Essential for Everyday Mobility Whether you re navigating crowded malls catching the MRT or visiting a theme park with your toddler a foldable stroller can be your best parenting ally Compact lightweigh...
The Laughing Cow Perkenal Pizza Dippers Baharu Snek Ringkas Buat Ramai Suka

The Laughing Cow Perkenal Pizza Dippers Baharu Snek Ringkas Buat Ramai Suka

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 195 hits
Kalau korang pernah terfikir Bestnya kalau pizza boleh jadi snek cepat dan senang nak makan The Laughing Cow dah realisasikan impian itu Produk terbaru mereka Cheez Dippers Pizza Flavoured Breadsticks kini rasmi dijual di pasaran dan kami d...
Dancing In The Malaysian Sun

Dancing In The Malaysian Sun

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 167 hits
US President Donald Trump is not one to let slip an opportunity for attention and publicity Not unlike a former president the similarly boorish Teddy Roosevelt who was described thus He wants to be the bridegroom at every marriage and the c...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025

Cara Mengelak Sihir Melalui Makanan Dan Minuman Amalan Dan Doa Pendinding Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kl East Mall Meraikan Ulang Tahun Ke 5 Penuh Aktiviti Menarik

Satu Hari Sebelum Hari Terakhir Di Kota Madinah

Ucapan Hari Lahir Buat Kak Long Tersayang Yang Ke 48 Tahun

Delicious Beef Tagine Recipe Bbc Good Food

Jbl Grip Grab Go Portable Bluetooth Speaker

Domino S Pizza Mempersembahkan Sentuhan Baharu Cita Rasa Klasik Itali