Mengimbau Masa Silam Di Muzium Time Tunnel Cameron Highland
Muzium Time Tunnel, Cameron HighlandSalah satu tempat menarik yang korang boleh singgah di Cameron Highland adalah muzium Time Tunnel. Muzium ni rare sikit. Lain dari yang lain. Mungkin takde kena mengena dengan Cameron Highland. Biasa kan orang cari strawberry ke, sayur ke, minum teh ke kan kan kan😅
Bila masuk sini, budak budak mungkin tak sempat la dengan barang-barang lama yang ada dalam ni. Tapi yang tua bangka macam aku ni, bila tengok barang lama, teringat masak kecik-kecik, barang tu pernah aku guna, kalau tak guna pun pernah tengok mak pakai.. memang mengimbau kenangan silam😭😭😭
dapur minyak tanahPaling aku ingat dapur minyak tanah macam dalam gambar kat atas tu. Mak aku masak guna dapur ni la dulu-dulu masa aku kecik. Sekarang dah takde orang guna. Dah masuk muzium, jadi barang antik😂..tv hitam putihTV hitam putih ni pun sempat aku merasa tengok masa kecik dulu. Sekarang semua tv dah canggih-canggih dah.mainan kanak-kanakBanyak lagi la bila tengok dalam ni boleh menetek ayaq mata ooooooo😅😅😅... Lagi kalau rumah korang pernah ada suis lampu macam gambar kat bawah ni, kita geng✌✌suis lampuDan banyak lagi la barang-barang lama dan dah jadi rare sekarang ni yang ada di muzium time tunnel ni. Antara gambar-gambar lain yang aku sempat snap, boleh tengok di bawah ni.pinggan mangkuk lama
pelbagai barangan antik
jenis-jenis telepon lama
belangga lamaBegitu la ceritanyaaaaaa...... Kalau korang teringin nak masuk ke muzium time tunnel ni, datang la ke Cameron Highland, Pahang. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
GPS koordinat : 4°29'48.8"N 101°23'42.1"E atau 4.496876, 101.395022
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sedapnya-makan.com/2022/02/mengimbau-masa-silam-di-muzium-time-tunnel.html