Mengimbas 2 September 98









Semalam, 2 September adalah tarikh yang sentiasa diingati setiap kali kita memperkatakan tentang kebangkitan reformasi di negara ini.Bermula 2 September 1998 di mana ketika itu Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian pada sebelah malamnya, keahlian UMNOnya pula dilucutkan yang bermakna semua jawatan beliau dalam parti itu gugur secara automatik, di situlah titik mula kebangkitan reformasi yang sehingga akhirnya BN berjaya ditumbangkan pada 9 Mei 2018 yang lalu.Tanpa pemecatan Anwar, PKR tidak akan wujud dan kebangkitan reformasi juga tidak mungkin berlaku.Tanpa pemecatan Anwar, tidak mungkin wujud sebuah gabungan pembangkang yang kuat yang setelah 20 tahun berjuang, berjaya menjadi kerajaan menggantikan BN.Tanpa pemecatan Anwar, BN tentu saja masih jadi kerajaan sampai sekarang ini.Tanpa pemecatan Anwar, Tun Mahathir Mohamad barangkali tidak keluar UMNO sampai dua kali dalam hidupnya.Tanpa pemecatan Anwar, Tun Mahathir tidak mungkin menubuhkan Bersatu, berbaik dan bergabung semula dengan Anwar yang pernah dipecatnya semata-mata untuk menumbangkan BN yang pernah meletakkan dirinya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.Pendeknya, tanpa peristiwa pemecatan Anwar, banyak perkara tidak berlaku di negara kita ini.Malah, jika kita sebagai rakyat merasa bertuah kerana kerajaan BN berjaya ditukar pada 2018 lalu, haruslah diingat segala-galanya bermula dengan beliau dipecat pada tarikh 2 September 1998 itu.Tanpa pemecatan Anwar, tanpa beliau menubuhkan PKR dan kemudian menggabungkan parti-parti pembangkang serta sejak itu melaungkan reformasi dan perubahan, biar bagaimana besar sekali pun skandal yang dilakukan oleh sesiapa yang menjadi Perdana Menteri, BN tetap sukar untuk ditumbangkan.Hanya kerana tapak untuk perubahan itu sudah tersedia sejak 2 September 1998, itulah yang sebenarnya memberi dorongan paling kuat untuk Tun Mahathir sedia berbaik semula dengan Anwar, bergabung, berpadu tenaga serta menggunakan logo PKR untuk menumbangkan BN pada PRU14 lalu.Lantaran itu, mereka yang hari ini banyak menuai hasil perjuangan PH dengan pelbagai nikmat jawatan dan kedudukan dalam kerajaan, jangan sesekali lupa bagaimana semua yang ada ini bermula.Jangan terlalu mudah lupa diri seolah-olah mereka telah berjasa besar kepada perjuangan dan perubahan ini, walhal peristiwa 2 September 1998 dan kerana yang dipecat itu Anwarlah yang memungkinkan semangat reformasi berterusan selama 20 tahun sehingga akhirnya era BN sebagai kerajaan dapat diakhiri.Seperkara itu, meskipun pemecatan Anwar adalah atas tuduhan salah laku moral dan dakwaan liwat yang mana beliau kemudian dibebaskan di peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 2004, realitinya penyingkiran beliau pada 1998 itu tidak lebih kerana soal kuasa dan bermotif politik semata-mata.Mengapa dikata demikian?Pertama, meskipun pernah memecat dan mengaibkan Anwar pada 1998, Tun Mahathir kemudian sedia berbaik dan berdamai semula dan setuju menamakan Anwar sekali lagi sebagai bakal penggantinya untuk jawatan Perdana Menteri ke-8.Jika benar kerana isu moral itu menyebabkan tidak layaknya Anwar menjadi pemimpin sehingga dipecat pada 1998, bagaimana Tun Mahathir pada 2017 setuju kembali dengan konsensus menamakan Presiden PKR itu sebagai bakal penggantinya?Keduanya, jika benar Tun Mahathir berpegang kepada isu moral dan dakwaan salah laku pemimpin sebagai asas tidak layak seseorang itu menjadi pemimpin, mengapakah beliau tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Azmin Ali yang dikaitkan dengan dakwaan salah laku moral yang sama?Apakah bezanya Anwar dengan Azmin?Sudah tentu jawapan paling mudah ialah Azmin bukan ancaman kepada Tun Mahathir, maka sehingga ini setelah lebih dua bulan berlalu, bukan saja hasil siasatan masih tidak diketahui, malah beliau seolah-olah dilindungi dengan terus diberi peranan penting dalam kerajaan sama ada untuk tugasan dalam dan juga luar negara.Untuk itu, mengenang tarikh 2 September 1998 yang genap 21 tahun usianya hari ini, ia bukan saja tentang perjuangan, perubahan dan kegigihan Anwar, tetapi juga membuatkan kita semakin mengenali siapa Tun Mahathir sebenarnya. (ShahbudinHusin 03/09/2019)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/09/mengimbas-2-september-98.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Honor 20s Akan Dilancarkan Di China 4 September Ini Kirin 980 Kamera Mod Malam Yang Lebih Baik

Honor 20s Akan Dilancarkan Di China 4 September Ini Kirin 980 Kamera Mod Malam Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 323 hits
Honor adalah sub jenama daripada Huawei yang kini bergerak dengan sendiri Produk produk mereka seringkali adalah lebih murah dari Huawei Tetapi dengan pelancaran Huawei Nova 5T peranti Honor 20 dilihat tenggelam Apa pula perancangan Honor s...
Rahsia Personaliti Orang Lahir Bulan September

Rahsia Personaliti Orang Lahir Bulan September

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 1058 hits
Rahsia Personaliti Orang Lahir Bulan September September datang lagi Membawa khabar yang belum pasti tetapi telah memahat memori setahun yang telah lalu Bulan september bulan kelahiran orang yang anda sayangi Adik beradik Ibubapa atau rakan...
September Mendatang Apple Bakal Perkenalkan Iphone Terbaru

September Mendatang Apple Bakal Perkenalkan Iphone Terbaru

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 259 hits
Apple telah mengirim undangan kepada media media di Amerika Serikat untuk menghadiri acara spesial Apple di Cupertino California yang diadakan tanggal 10 September mendatang
Microsoft Hololens 2 Akan Mula Dijual Pada Bulan September Pada Harga Sekitar Rm14000

Microsoft Hololens 2 Akan Mula Dijual Pada Bulan September Pada Harga Sekitar Rm14000

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 348 hits
Peranti realiti terimbuh Microsoft HoloLens 2 mula diperkenalkan di acara Mobile World Congress pada awal tahun ini dan hadir dengan beberapa penambahbaikan berbanding dengan model sebelum ini Terkini di acara World Artificial Intelligence ...
Spesifikasi Oneplus 7t Tertiris Skrin 2k 90hz Snapdragon 855 Tarikh Pelancaran 26 September

Spesifikasi Oneplus 7t Tertiris Skrin 2k 90hz Snapdragon 855 Tarikh Pelancaran 26 September

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 232 hits
Beberapa hari yang lepas imej pengolokan OnePlus 7T telah tertiris ke arena web Ia dilihat menggunakan tri kamera belakang yang disusun dalam ruangan berbentuk bulat Manakala di bahagian hadapan masih kekal menggunakan rekaan yang mirip den...
Polda Metro Gelar Operasi Patuh Jaya 2019 Dari 29 Agustus 11 September

Polda Metro Gelar Operasi Patuh Jaya 2019 Dari 29 Agustus 11 September

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 209 hits
Polda Metro Gelar Operasi Patuh Jaya 2019 dari 29 Agustus 11 September Wakapolda Metro Jaya Brigjen Wahyu Hadiningrat mengatakan Operasi Patuh Jaya 2019 ini untuk meningkatkan kepatuhan masyarakat dalam berlalu lintas di wilayah hukum Polda...
Beli All New Ertiga Di Agustus September Dapat Undian Suzuki Jimny

Beli All New Ertiga Di Agustus September Dapat Undian Suzuki Jimny

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 232 hits
Setiap pembelian All New Ertiga periode Agustus September pelanggan akan mendapatkan hadiah langsung berupa satu unit sepeda motor GSX150 Bandit dan berkesempatan memenangi undian berhadiah Suzuki Jimny Seluruh program promo ini bisa didapa...
1 September 2019 Awal Muharram Ini Dzikir Yang Disunahkan Dibaca Pada Awal Muharam

1 September 2019 Awal Muharram Ini Dzikir Yang Disunahkan Dibaca Pada Awal Muharam

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 351 hits
Di hari pertama Muharram atau awal tahun Hijriyah kita dianjurkan untuk memperbanyak berdoa dan berzikir kepada Allah Di antara zikir di awal tahun Hijriyah yang dianjurkan oleh para ulama adalah membaca ayat kursi sebanyak 360 kali dengan ...
Rasmi Apple Mengumumkan Acara Pada 11 September Waktu Malaysia Pengenalan Iphone 11

Rasmi Apple Mengumumkan Acara Pada 11 September Waktu Malaysia Pengenalan Iphone 11

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 294 hits
Apple hari ini telah pun mula menghantar jemputan media untuk acara pada 10 September dimana gergasi perkomputeran berkenaan dijangka memperkenalkan iPhone generasi baru pada acara berkenaan Mengikut desas desus sebelum ini Apple dijangka m...
Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur