Mengidam Makan Coklat Esok Lusa Datang Haid Itu Normal Untuk Wanita


Biasanya jika seseorang wanita menghampiri tarikh datang haid, pasti akan ada tabiat makan yang pelik-pelik. Ada yang suka makan manis-manis, ada yang asyik mengunyah dan ada juga yang sukakan makanan pedas. Itu adalah gejala PMS (Premenstrual Syndrome) yang menyebabkan wanita berasa tidak selesa atau berkelakuan pelik beberapaha hari sebelum kedatangan haid.
Gejala PMS ini tidak sama antara satu wanita dengan yang lain. Menjawab soalan dari pengikut media sosialnya, Dr Zubaidi Hj Ahmad menerangkan lebih lanjut tentang hal ini.
Artikel Menarik: [Badan Penat, Keputihan Makan Teruk. Resipi Jamu Ini Baik Untuk Kesihatan Ibu]
KETAGIHAN COKLAT SECARA BERLEBIHAN KETIKA HAID
“Salam doctor. Saya berusia 22 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami masalah senggugut dan cuba mengelakkan makan Panadol dan ponstan. Masalah saya ialah saya memakan coklat untuk mengelakkan rasa sakit dan kini sangat ketagihan terhadap coklat. Saya memakan sekurang-kurangnya 5 bar coklat sehari dan pada waktu haid saya mengambil 10-12 bar coklat sehari. Untuk pengetahuan doktor berat saya agak berlebihan. Mohon pencerahan doktor untuk mengurangkan ketagihan ini. Terima kasih”

WA ALAIKUM MUS SALAM.
PMS (Premenstrual Syndrome, PMS) adalah gejala-gejala yang menyebabkan seorang wanita merasa tidak selesa atau berkelakuan agak pelik beberapa hari sebelum kedatangan haid. Malah ada yang merasa perasaan ini 7-10 hari sebelum haid. Gejala-gejala ini berbeza-beza dari seorang wanita dengan seorang wanita yang lain.
Jadi tidak hairanlah jika saudari mengalami perasaan pelik untuk memakan coklat secara berlebihan. Ia mungkin disebabkan apabila seorang wanita mengalami haid, beliau memerlukan beberapa mineral dan zat yang boleh digunakan untuk meredakan tekanan dan perubahan hormon pada masa itu.
Artikel Menarik: [Ada Lendir Jernih Pada Faraj, Tandanya Sedang Subur & Ready Untuk Hamil]
Coklat pula adalah makanan ringan yang mengandungi beberapa bahan semulajadi yang baik untuk kesihatan. Coklat dapat merangsangkan pengeluaran bahan biokimia semulajadi seperti serotonin dan dopamin di dalam otak. Ini dapat mengurangkan rasa sakit tanpa perlu memakan apa-apa ubat.
Wanita yang sedang haid juga mengalami kekurangan mineral magnesium atau zat besi (iron), makan coklat pula dapat menambahkan kandungan mineral-mineral ini dalam badan.
Selain itu coklat mempunyai rasa yang sedap, apabila ia cair dalam mulut, kerana kandungan lemak dan gula di dalamnya merangsangkan deria perasa pada lidah pada tahap maksima.

Oleh itu banyak saintis mengatakan bahawa seorang wanita yang sedang datang haid memakan coklat bukan disebabkan tubuh memberitahu otak bahawa ia kekurangan mineral, tetapi kerana ketagihan terhadap rasa coklat yang sungguh nikmat itu.
Seorang wanita apabila mula mengambil coklat sebelum haid, berkemungkinan besar beliau akan mengambil coklat pada bulan-bulan berikutnya akibat ketagihan psychology ini.
Bagi yang telah menjadi pengambilan coklat sebagai amalan, berkemungkinan besar beliau akan menambah bilangan atau kuantiti coklat yang diambil.
Artikel Menarik: [Keguguran Awal Kehamilan Petanda Janin Lemah & Ada Masalah Genetik]
Pengambilan coklat sebagai makanan ringan sangat baik. Namun mengambilnya dalam kuantiti yang banyak boleh memudaratkan kerana coklat mempunyai kandungan kalori dan lemak yang banyak. Seorang wanita boleh manambah berat badannya dalam masa sebulan dengan mengambil coklat secara berlebihan (lebih kurang 6 bar coklat sehari).
Jika saudari mengalami masalah berat badan dan tidak dapat meninggalkan coklat, saya mencadangkan:
1. Makan coklat dalam jumlah yang sedikit
2. Ambil coklat yang berkualiti tinggi. Coklat gelap lebih tinggi kualiti dan rendah kalorinya berbanding dengan coklat susu
3. Mengambil buah-buahan sebagai ganti mengurangkan pengambilan coklat
4. Apabila ada rasa keinginan untuk makan coklat, cuba tunggu 15-30 minit. Jika masih tidak dapat menahan keinginan, boleh makan potongan kecil coklat gelap.

5. Ambil suplemen multivitamin setiap hari atau sekurang-kurangnya seminggu sebelum kedatangan haid. Selain itu kurangkan garam, kafein dan gula dalam pemakanan dan melakukan senaman ringan. Ia membantu saudari mengurangkan rasa sakit senggugut dan gejala PMS yang lain.
#HealthDrZubaidi
Tabiat suka makan manis memang perkara normal yang akan berlaku pada seorang wanita sebelum datang haid. Bolehlah nak makan, tapi jangan sampai berlebihan pula ya. Ikutlah saranan Dr Zubaidi tentang pengambilan coklat yang dibolehkan untuk anda ambil sebelum atau ketika kedatangan haid.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/10/mengidam-makan-coklat-esok-lusa-datang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berat Badan Bertambah Itu Normal Ibu Mengandung Ini 5 Cara Hadapi Isu Bentuk Badan Ketika Hamil

Berat Badan Bertambah Itu Normal Ibu Mengandung Ini 5 Cara Hadapi Isu Bentuk Badan Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 412 hits
Kebanyakan bakal ibu pasti akan berasa teruja apabila perut anda sudah naik baby bump kan Saat ini juga merupakan waktu yang paling best untuk anda berkongsi foto atau video perubahan saiz perut anda bulan demi bulan di laman sosial Pun beg...
Pencuri Makan Coklat Sampai Kekenyangan Tertidur Di Tempat Kejadian

Pencuri Makan Coklat Sampai Kekenyangan Tertidur Di Tempat Kejadian

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 261 hits
Seorang lelaki berusia 44 tahun memecah masuk ke dalam sebuah firma kewangan di Seattle dan cuba merompak tempat itu dalam kejadian awal Oktober 2019 Tetapi perkara yang sebaliknya berlaku Suspek kemudian menaiki lif pergi ke pejabat perkhi...
Lepas Wanita Ini Amalkan 2 Ayat Dari Surah At Taubah Tak Sangka Rezeki Datang Melimpah Ruah

Lepas Wanita Ini Amalkan 2 Ayat Dari Surah At Taubah Tak Sangka Rezeki Datang Melimpah Ruah

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 528 hits
Mengamalkan wirid 2 ayat terakhir dari surah at Taubah atau ayat 128 129 sangat luar biasa besar fadhilah dan khasiatnya Hanya mereka yang mengamalkan bacaan surah ini sahaja yang tahu tentang khasiat dua potong ayat ini Berikut perkongsian...
Bak Sinetron Suami Sah Mempelai Wanita Datang Saat Penikahan Pesta Bubar Dan Terjadi Keributan

Bak Sinetron Suami Sah Mempelai Wanita Datang Saat Penikahan Pesta Bubar Dan Terjadi Keributan

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 274 hits
Kisah yang viral di Kabupaten Deli Serdang mengenai pernikahan ini bak sinetron Bagaimana tidak saat pemberkatan nikah sedang berlangsung di Gereja HKBP Delitua Jalan Besar Biru biru tiba tiba suami sah mempelai perempuan datang Alhasil pem...
Gara2 Tak Makan Buah Sayuran Selama 22 Tahun Wanita Nyaris Buta

Gara2 Tak Makan Buah Sayuran Selama 22 Tahun Wanita Nyaris Buta

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 439 hits
Baru baru ini seorang wanita berusia 25 tahun di Norwich England yang dikenali sebagai Jade Youngman dinasihatkan oleh pakar perubatan yang dia berisiko mengalami buta sekiranya dia berterusan mengehadkan diet pemakanannya Difahamkan Jade m...
5 Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Berhijab Tanpa Hijab Dengan Safi Shayla

5 Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Berhijab Tanpa Hijab Dengan Safi Shayla

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 515 hits
Masalah bagi wanita bertudung ialah rambut berbau dan mempunyai kegatalan kulit kepala seterusnya mengakibatkan kelemumur Ini lah antara masalah kaum wanita di luar sana Ada juga sesetengah wanita yang sudah hilang kesabaran bagi mencari pe...
Kesilapan Kerap Seorang Wanita

Kesilapan Kerap Seorang Wanita

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 575 hits
Assalamu alaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah Syukur kerana masih lagi dipertemukan dengan hari yang penuh dengan keberkatan ini Hari ini nak berkongsi sedikit tentang KESILAPAN KERAP SEORANG WANITA Maaf jika ada yang terasa hati keran...
6 Pilot Wanita Indonesia Dengan Masing Masing Gayanya Serius Cantiknya Beda

6 Pilot Wanita Indonesia Dengan Masing Masing Gayanya Serius Cantiknya Beda

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 406 hits
Kenalan nih sama para perempuan yang nggak cuma cantik tapi tangguhnya luar biasa
Pura Pura Selingkuh Astrid Akui Uya Kuya Tak Akan Menyukai Wanita Lain

Pura Pura Selingkuh Astrid Akui Uya Kuya Tak Akan Menyukai Wanita Lain

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 247 hits
Astrid Kuya yang tidak tahu menahu kalau dirinya sedang dikerjain sama sang suami mengaku kaget mendengar pengakuan dari Uya Kuya
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi