Menghijaukan Buka Puasa


 



Semalam April Fools’ Day, hari ramai orang “prank” kawan mahupun orang lain untuk suka-suka. Tetapi apa yang saya tonton semalam menerusi rangkaian televisyen Al Jazeera bukan jenaka April Fool. Ia juga tidak ada kena mengena dengan “gelombang hijau ” PAS walaupun mungkin ada yang terperasan dengan tajuk artikel ini.
Sebenarnya apa yang diketengahkan oleh Josh Rushing, hos The Stream, bersama tiga ahli panelnya sesuatu yang kita sudah sedar. Oleh itu apa yang dihujahkan dalam rancangan itu mengukuhkan apa yang nyata yakni negara-negara Islam lah yang paling terkesan dengan perubahan iklim atau “climate change” yang mengakibatkan malapetaka dan tragedi. Dalam lain perkataan jika berlaku banjir ia semakin buruk. Jika gempa ia lebih menakutkan. Ertinya semua yang terjadi sejak kebelakangan ini lebih dahsyat daripada apa yang pernah berlaku.
Lantas ketiga-tiga tetamu rancangan – semuanya orang Islam – menekankan penting sesuatu dilakukan segera khususnya dalam kalangan masyarakat Islam. Sempena Ramadan mereka mengutarakan pandangan “How can Ramadan be more sustainable?” atau bagaimana lebih kelestarian boleh diwujudkan pada bulan Ramadan.
Bermula dengan “iftar” atau waktu berbuka puasa. Mereka sependapat (dan kita pun pasti setuju) pada waktu atau selepas berbuka puasa berlaku banyak pembaziran bukan sahaja makanan berlebihan yang terbuang, air juga dibazirkan. Plastik digunakan dengan berleluasa untuk pembuangan sisa makanan. Semuanya tidak mesra alam. Tidak “eco-friendly”.
Iman Sejad Mekic daripada Cambridge Central Mosque di United Kingdom memberitahu masjidnya menekankan aspek penjagaan alam sekitar bukan sahaja menerusi kuliah dan syarahan tetapi pelbagai kempen dan program termasuk “eco-friendly iftar”. Katanya masjid beliau antara yang paling mesra alam di Eropah. Beliau juga menegur pembuatan struktur dan hiasan masjid menggunakan bahan kayu. Ini katanya bermakna banyak pokok balak ditebang.
Kata Kori Majeed pula, sememangnya selepas sehari suntuk tidak makan, tumpuan diberi kepada makanan apabila tiba waktu berbuka puasa. Timbul masalah makanan berlebihan yang mengakibatkan pembaziran. Ini mesti diubah. Kori ialah aktivis dan pengasas Green Ramadan.
Pengurus pemasaran antarabangsa Green Ramadan berpangkalan di Jerman, Abdul Aleem Majeed teringat betapa malunya beliau apabila membawa rakan-rakan bukan Islam iftar di masjid dan melihat pembaziran lalu sampah bertimbun. Beliau harap orang yang datang berbuka di masjid membawa bekas untuk bawa pulang makanan berlebihan dan sedekah kepada orang yang memerlukan.
Ketiga-tiga tidak hanya bercakap kosong atau sekadar menyatakan apa yang nyata. Mereka melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan. Maka terbitlah Ramadan hijau dan iftar hijau. Kori antaranya ‘mencipta’ perkakas makan yang mesra alam. Ertinya tidak ada plastik dan bahan buang lepas guna. Apa yang beliau mahu lihat ialah perkakas mesra alam dibawa oleh umat Islam ke setiap tempat mereka pergi untuk berbuka puasa.
Sebenarnya organisasi beliau dan kumpulan Muslim pencinta alam lain menggariskan pelbagai langkah untuk dijadikan pedoman. Semuanya direka dengan menarik dan boleh diikuti secara “online”.
Islamic Relief UK umpamanya menyediakan senarai cadangan untuk membantu kurangkan impak penambahan penggunaan atau “increased consumption”. Selain gesaan kurangkan pembaziran makanan dan penggunaan plastik, ia juga menyarankan penggunaan bahan mesra alam untuk hiasan Ramadan di masjid dan kediaman. Ada juga saranan menghentikan memakan daging. Ini menyaksikan seorang Muslim yang mengikuti siaran The Stream secara langsung dalam talian mengemukan pandangan jika daging tidak elok agama Islam sudah tentu mengharamkannya. Ada logik pandangan itu.
Respon Imam Sejad ringkas. Kata kuncinya, menurut beliau, ialah makan secara sederhana dan bukan berlebihan. Izinkan saya mencadangkan anda tonton rancangan ini di Al Jazeera online atau YouTube. The Stream “Sustainable Ramadan”.
Jelas para “environmentalist” melihat iftar aktiviti utama komuniti sebagai peluang untuk menzahirkan urusan “sustainability”. Malah PBB juga sudah melancarkan kempen kelasterian Ramadan. Kata Abdul Azeem, alangkah baik jika diimbangi mengejar pahala beribadah pada Ramadan dengan menjaga alam sekitar.
Di Malaysia, tidak perlulah saya huraikan apa yang berlaku pada majlis berbuka puasa, sama ada di masjid, di rumah, di gerai dan kedai, juga hotel taraf berbintang-bintang. Tidak perlulah saya membebel sama ada pembaziran makanan berlaku, sisa makan berlambak, penggunaan plastik dan perkakas makan guna dan buang yang tidak “eco-friendly”. Saya bukan imam berkhutbah tentang apa yang patut atau tidak patut dilakukan.
Cuma saya akhiri penulisan ini dengan peringatan Sejad Mekic, imam di Cambridge Central Mosque: “Allah berfirman jaga lah alam ciptaan-Nya”. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/04/menghijaukan-buka-puasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Padang Mbk1 Hadapan Masjid Negeri Di Buka Sepenuhnya Untuk Berbuka Puasa

Padang Mbk1 Hadapan Masjid Negeri Di Buka Sepenuhnya Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 236 hits
KUANTAN Majlis Bandaraya Kuantan membenarkan aktiviti berbuka puasa di Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 sepanjang Ramadan ini yang dijangka mula disambut pada Khamis lalu Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK Norkamawati Kamal be...
Mendag Zulhas Alihkan Anggaran Buka Puasa Bersama Untuk Sembako Warga

Mendag Zulhas Alihkan Anggaran Buka Puasa Bersama Untuk Sembako Warga

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 198 hits
Mendag Zulhas mengatakan anggaran buka puasa bersama di kalangan pejabat pemerintahan akan lebih bermanfaat jika bisa dirasakan langsung oleh masyarakat
Intip Deretan Momen Buka Puasa Pertama Keluarga Nagita Slavina Ramai

Intip Deretan Momen Buka Puasa Pertama Keluarga Nagita Slavina Ramai

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 284 hits
Ramadan menjadi bulan yang spesial untuk berkumpul bersama keluarga Oleh karena itu Nagita Slavina tak mau melewatkan kesempatan ini begitu saja Keluarga Sultan Andara ini baru saja menggelar acara buka bersama sekaligus pengajian untuk rum...
Pks Minta Pemerintah Cabut Larangan Buka Puasa Bersama Ini Alasannya

Pks Minta Pemerintah Cabut Larangan Buka Puasa Bersama Ini Alasannya

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 174 hits
Menurut Anggota DPR Dapil Banten ini tidak ada alasan kuat larangan buka puasa bersama karena faktanya kegiatan kegiatan keramaian sudah dibuka semua
Pukul Bapa Tegur Baca Doa Buka Puasa Laju

Pukul Bapa Tegur Baca Doa Buka Puasa Laju

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 187 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis mediaprima com myKajang Hanya kerana menegur membaca doa berbuka puasa dengan laju seorang lelaki tergamak memukul bapanya dengan kerusi meja makan di kediaman mereka di Bandar Puncak Utama di sini semalam Ketua ...
Indahnya Toleransi Berbagi Makanan Buka Puasa Di Wihara Dharma Bhakti

Indahnya Toleransi Berbagi Makanan Buka Puasa Di Wihara Dharma Bhakti

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 182 hits
Indahnya Toleransi Berbagi Makanan Buka Puasa di Wihara Dharma Bhakti Dalam rangka menumbuhkan toleransi antarumat Wihara Dharma Bhakti menggelar bagi bagi makanan untuk berbuka puasa kepada warga kurang mampu yang berlangsung hingga 18 Apr...
Menu Sahur Buka Puasa 2 Ramadan

Menu Sahur Buka Puasa 2 Ramadan

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 422 hits
Menu Sahur Buka Puasa 2 Ramadan Alhamdulillah tahniah Abang Ilham Abang Syamil berjaya menghabiskan puasa 1 Ramadan tanpa drama Nak drama apanya The post appeared first on
Keramaian Warga Menyerbu Makanan Buka Puasa Di Pasar Benhil

Keramaian Warga Menyerbu Makanan Buka Puasa Di Pasar Benhil

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 322 hits
Keramaian Warga Menyerbu Makanan Buka Puasa di Pasar Benhil Menjelang buka puasa di hari pertama Bulan Ramadan 1444 Hijriah pasar takjil di Jalan Bendungan Hilir Jakarta Pusat diserbu warga Hidangan yang dijual seperti aneka gorengan kolak ...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl