Menghargai Jasa Ibu Bapa


 


Baru ada kesempatan berkongsi antara sebahagian isi khutbah Jumaat di Kelantan baru2 ini... airmata kejantanan gugur bila melibatkan ibubapa....
Pada :05/01/24 (Jumaat)
KHATIB MENANGIS KETIKA BACA KHUTBAH
Allahu, tajuk & intipati khutbah jumaat pertama pada tahun 2024 ni sangat menyentuh hati aku & semua. Ramai yg turut berlinang air mata. Dengan nada suara khatib yang sebak.
MENGHARGAI JASA IBU BAPA
Ucaplah terima kasih yang tidak terhingga khusus kepada ayah dan ibu:
TERIMA KASIH IBU kerana mengizinkan kami menumpang rahim ibu selama 9 bulan 10 hari

TERIMA KASIH IBU kerana telah bersusah payah melahirkan kami sehingga terkoyak isi ibu, terluka kulit ibu, tertumpah darah ibu, dan bercucuran air mata ibu kerana menahan kesakitan dan penderitaan

TERIMA KASIH IBU yang sanggup berkorban, tidak pernah kenyang makan dan minum kerana ingin mengenyangkan kami

TERIMA KASIH IBU yang tidak pernah nyenyak tidur kerana memikirkan keselesaan tidur kami

TERIMA KASIH AYAH yang mengizinkan kami dibinkan kami dengan nama ayah

TERIMA KASIH AYAH yang sudi melaungkan azan dan kalimah syahadah ketika kami baru dilahirkan dari perut ibu

TERIMA KASIH AYAH yang sudi mengajar kami tentang ketegasan di dunia ini, hingga kami kenal peraturan dan jalan kehidupan

TERIMA KASIH AYAH yang menjadi asbab kami mengenal Allah tuhan kami, kami kenal Nabi Muhammad SAW utusan Allah. Kami kenal akidah sebenarnya yang mesti dipegang sehingga akhir hayat kami

TERIMA KASIH AYAH, insan tabah yang jarang menitiskan air mata di hadapan kami. Titisan itu hanya untukMu Ya Allah, resah gelisah ayah disembunyikan daripada kami tetapi hanya diceritakan kepada Allah SWT. Rahsianya hanya engkau yang tahu Ya Allah

TERIMA KASIH AYAH yang selalu bertanya khabar kami melalui lisan dan perantaraan ibu

TERIMA KASIH AYAH yang sudi menghulurkan wang saku melalui lembutnya tangan ibu

TERIMA KASIH AYAH yang selalu memandang kami, ketawa kecil, senyum lebar dari jauh

TERIMA KASIH AYAH yang telah mendidik kami dengan tegas. Hari ini kami menjadi ayah kepada anak-anak kami. Kami baru mengenali watak ayah sebenarnya

TERIMA KASIH AYAH DAN IBU kerana sanggup berkorban wang ringgit beribu-ribu untuk membesarkan kami. Pada masa kami masih bayi, susu, lampin dan pakaian mencecah ribuan ringgit

TERIMA KASIH AYAH DAN IBU menghantarkan kami ke sekolah. Di waktu kami di alam sekolah rendah selama 6 tahun

IBU DAN AYAH bersusah payah berhabis ribuan ringgit untuk belanja sekolah kami sebelum kami melangkah ke sekolah menengah

Ketika kami di sekolah menengah, di alam remaja kami, IBU DAN AYAH memerah keringat, membanting tulang empat kerat menyediakan duit belanja kami, membeli buku-buku sekolah dan yuran peperiksaan. Terima kasih ibu dan ayah membelanjakan semua itu dengan nilai beribu-ribu

Apabila kami memasuki universiti, ayah dan ibu sanggup bergadai menjual tanah pusaka demi anak supaya berjaya

Ayah dan ibu telah membelanjakan untuk kita daripada usia bayi sehingga dewasa mencecah jutaan ringgit. Apakah ayah dan ibu kita merupakan jutawan?

Justeru, sedarlah kita bahawa nilai kasih sayang dan jasa ibu dan bapa tidak mampu untuk kita membayarnya

Ya Allah, sekiranya ayah dan ibu masih ada, engkau sihatkanlah tubuh badan mereka, engkau panjangkanlah umur mereka dalam kebajikan dan kerahmatan. Tambahkanlah padanya ketabahan, keimanan dan ketaqwaan, Ya Arhamarrahimin

Andai kata, engkau ingin mengambil nyawa mereka berdua dari kami, janganlah engkau sakiti mereka Ya Allah. Engkau permudahkanlah dan ringankan beban mereka ketika menghadapi sakaratulmaut

Andai mereka telah pergi bertemuMu Ya Allah, dengan rahmatMu yang maha luas, Engkau lapangkanlah kubur mereka. Pindahkan mereka dari kegelapan liang lahad ke dalam syurgaMu yang luas tidak terperi. Kurniakanlah mereka nikmat yang abadi

Sesungguhnya berbakti kepada kedua ibu bapa tidak terhenti ketika mereka masih ada. Pintu berbuat ihsan dan bakti kepada mereka tidak pernah tertutup walau mereka telah meninggalkan kita. Dalam sebuah hadis, seorang lelaki daripada Bani Salamah bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah, apakah masih ada bentuk baktiku kepada ibu bapaku setelah mereka meninggal dunia

Rasulullah SAW menjawab: Ya ada, iaitu dengan mendoakan keduanya, beristighfar atau meminta keampunan untuk keduanya, menunaikan janjinya, menyambung silaturrahim dengan orang yang kedua ibu bapamu lakukan serta memuliakan teman-temannya

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang memiliki anak soleh yang terus berbakti hingga akhir hayat, baik ketika ibu bapa masih hidup mahupun telah meninggal dunia. Di dunia mereka hidup bahagia, di alam kubur pahala terus mengalir kepada mereka
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2024/03/menghargai-jasa-ibu-bapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Dapat Restu Keluarga Teman Wanita Didakwa Teman Choi Wooshik Ibu Bapa Bercuti Di Taiwan

Dah Dapat Restu Keluarga Teman Wanita Didakwa Teman Choi Wooshik Ibu Bapa Bercuti Di Taiwan

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 233 hits
Betul ke Choi Woo shik bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi ARTIKEL BERKAITAN Sebelum ini Choi Woo shik sedang menjalinkan hubungan dengan seorang model iaitu Jung Ju hee dan juga pernah meluangkan waktu bersama di Jepun Terbaru s...
Ibu Bapa Amp Dua Adik Maut Kemalangan Anak Sulung Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata Dah Tak Boleh Peluk Tunggu Di Syurga Ye

Ibu Bapa Amp Dua Adik Maut Kemalangan Anak Sulung Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata Dah Tak Boleh Peluk Tunggu Di Syurga Ye

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 204 hits
Nahas membabitkan lima sekeluarga di Kilometer 76 5 Jalan Kota Bharu Gua Musang dekat Kampung Pahi Kelantan mengundang rasa sebak masyarakat Ia selepas hanya seorang daripada mereka iaitu Attar Azim Syukran Jamil 9 terselamat manakala empat...
Ibu Bapa Pilih Kasih Pada Anak Ini Hukumnya Seperti Dijelaskan Uai

Ibu Bapa Pilih Kasih Pada Anak Ini Hukumnya Seperti Dijelaskan Uai

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 207 hits
Ada ibu bapa tanpa sedar atau menyedari bahawa mereka sebenarnya pada anak anak Anak yang pandai lebih disayangi manakala anak yang kurang pandai selalunya kurang diberi perhatian atau dipandang sebelah mata Biarpun anak anak masih kecil te...
Kisah Anak Autisme Survive Hidup Tanpa Ibu Bapa Bahalol Arahan Que Haidar Dipuji Satu Naskah Dahsyat

Kisah Anak Autisme Survive Hidup Tanpa Ibu Bapa Bahalol Arahan Que Haidar Dipuji Satu Naskah Dahsyat

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 161 hits
Tidak ramai pengkarya menghasilkan naskah yang mengetengahkan tentang kisah anak istimewa namun telemovie yang diarahkan oleh pelakon terkenal tanah air menjadi sebutan baru baru ini nbsp var currentUrlTwo window location hostname window lo...
Sila Ambil Perhatian Jangan Biarkan Ibu Bapa Atau Kanak Kanak Guna Telefon Gadget Sewaktu M

Sila Ambil Perhatian Jangan Biarkan Ibu Bapa Atau Kanak Kanak Guna Telefon Gadget Sewaktu M

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 156 hits
Jika anda nampak ibu bapa atau kanak kanak menggunakan telefon gadget sewaktu mereka sedang bersama keluarga tidak perlu anda judge Anda tidak tahu apa beban masalah dan tanggungjawab orang lain Apa yang perhatikan selama beberapa minit TID...
Kumpulan Ibu Bapa Guru Samar Cadangan Sekolah Rendah Seawal 5 Tahun

Kumpulan Ibu Bapa Guru Samar Cadangan Sekolah Rendah Seawal 5 Tahun

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 239 hits
Ahli akademik Anuar Ahmad semalam mencadangkan kerajaan memperkenalkan pendidikan sekolah rendah seawal usia 5 tahun PETALING JAYA Sebuah kumpulan ibu bapa sangsi dengan kemampuan Kementerian Pendidikan memperbaiki sistem pendidikan rendah ...
Pekerja Yang Baik Menjaga Budak Yang Ditinggalkan Di R R Hingga Ibu Bapa Tiba

Pekerja Yang Baik Menjaga Budak Yang Ditinggalkan Di R R Hingga Ibu Bapa Tiba

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 119 hits
Sebagai seorang ibu bapa memang mencabar dan meletihkan Oleh itu kejadian ibu bapa terlupa anak kadang kadang berlaku Syukurlah bagi pengguna TikTok ini anak perempuannya selamat Pengguna TikTok Shahilah Shah berkongsi kisah menakutkan dan ...
26 Tahun Beli Rumah Rm 1 5 Juta Untuk Ibu Bapa Dia

26 Tahun Beli Rumah Rm 1 5 Juta Untuk Ibu Bapa Dia

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 296 hits
BANYAK daripada kita pada usia 26 tahun masih berjuang untuk naik tangga kerjaya apatah lagi bermimpi untuk membeli rumah bernilai RM1 5 juta Tetapi seorang rakyat Malaysia berusia 26 tahun telah melakukannya dan bahagian terbaiknya Dia mem...
Ibu Bapa Di Sana Ada Yang Pening Kepala Cari Kasut Sekolah Untuk Anak Anak

Ibu Bapa Di Sana Ada Yang Pening Kepala Cari Kasut Sekolah Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 252 hits
Parent parent out there ada yang tengah pening kepala nak cari kasut sekolah baru untuk anak Jangan risau I got you Tengok ni ABARO x CANGGIH 2399AC hitam ni memang juara Mesh breathable Bye bye kaki berpeluh Anak boleh berlari lari tanpa r...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization