Menghantui Kehidupan Silam


 
Hukum Karma?







Rakan saya, Zaidan (bukan nama sebenar), terkenal dengan kenakalannya semasa zaman muda. 


Walaupun rupa parasnya biasa-biasa sahaja, dia dianugerahkan satu kelebihan yang jarang dimiliki iaitu “gift of the gab” – petah berbicara dan pandai memujuk.


Saya sering bergurau dengannya,
“Zaidan, kau ni kalau memujuk, burung atas pokok pun sanggup turun ke tangan kau.”


Zaidan bijak memikat hati wanita. 


Sasaran utamanya bukan gadis muda, tetapi wanita berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an, yang menurutnya, lebih mudah didekati kerana kebanyakan mereka perlukan sokongan emosi.


“Perempuan yang ada masalah emosi lebih mudah didekati. Saya cuma bantu ringankan beban mereka, seperti bayarkan bil mereka atau bantu repair kerosakan kecil di rumah mereka,” katanya kepada saya satu ketika dulu, dengan nada serius yang mencuit hati.


"Semasa sedang membantu mereka, di situlah saya cucuk jarum kerana suami mereka selalu tak endahkan mereka dan jarang berada di rumah" sambung Zaidan membuka rahsia. 


“Saya cuma bantu ringankan beban emosi mereka. Tak lebih" Zaidan tersengih. 


"Apabila mereka sudah percaya, apa-apa permintaan nafsu saya akan mereka tunaikan" ujar Zaidan tersenyum.  


“Gadis muda susah sikit, Tuan Haji. Diorang banyak demand,” katanya selamba.


Saya selalu menasihatinya,
“Taubatlah, Zaidan. Hidup ini tak selamanya, jangan tunggu sampai terlambat.”


Namun jawapannya selalu sama,
“Itulah, Tuan Haji. Banyak kali saya nak berubah, tapi hasutan syaitan terlalu kuat. Saya selalu kalah.”


Tapi masa berlalu, dan Zaidan berubah. Bukan kerana kesedaran agama semata-mata, tapi kerana ketakutan yang menghantuinya setiap kali melihat anak perempuannya yang semakin membesar.


Dia langsung tidak percaya anak gadis berumur 15 tahun boleh keluar rumah bersendirian.


“Aku takut lelaki macam aku dulu akan buat benda yang sama pada anak aku" kata Zaidan khuatir. 


Bayangan silam menghantui dirinya. Setiap kali anaknya keluar sama ada untuk aktiviti sekolah atau sekadar beriadah bersama kawan, Zaidan akan mengekori dari jauh, seperti pengintip tak bernama. 


Zaidan jadi sangat risau. Terlampau risau.


“Anak aku dah remaja. Aku tahu macam mana lelaki fikir, sebab aku dulu macam tu,” dia luah pada saya.


Dia tak percaya anak gadis umur 15 tahun boleh jaga diri sendiri. Setiap kali anak keluar rumah, Zaidan akan ikut dari jauh, macam bayang-bayang.


Trauma? Ya, tapi bukan trauma kerana orang lain. Trauma pada dosa sendiri. Bayangan siapa dirinya dulu, kini menghantui dirinya sebagai seorang ayah.


Apabila anak perempuannya mencecah usia 18 tahun, dia dipinang oleh anak jiran sebelah dan akhirnya berkahwin.


Pada hari walimah, Zaidan mendekati saya dan berbisik,
“Lega betul rasanya. Macam bongkah batu besar tercabut dari kepala. Nasib baik aku tak kena hukum karma.”


Saya tersenyum, tapi jauh di sudut hati, saya tahu kerisauan Zaidan sebenarnya lahir dari rasa bersalah yang tidak pernah padam.


Moralnya…


Apabila direnung kembali, kerisauan Zaidan bukanlah kerana dia percaya benar pada ‘karma’, tetapi kerana jiwanya masih terpenjara oleh dosa-dosa lalu.


Hakikatnya, dalam Islam, tiada konsep karma seperti yang dipercayai dalam kepercayaan lain. 


Dosa seseorang tidak akan ditanggung oleh orang lain, melainkan oleh dirinya sendiri, seperti yang ditegaskan dalam Al Quran: 


Firman Allah dalam Surah Fathir (35:18):


“Dan seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain…”


Dan dalam Surah Fussilat (41:46):


“Barang siapa yang berbuat kebaikan maka itu untuk dirinya sendiri, dan barang siapa yang berbuat kejahatan, maka itu (akibatnya) atas dirinya sendiri.”


Wallahua’lam.


Ir. Hj. Zainuddin Bin Hj. Omar
FB: 


* gambar google album Wings






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/04/menghantui-kehidupan-silam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dari Diagnosis Ke Kelahiran Navigasi Kehidupan Seorang Ibu Penghidap Kanser

Dari Diagnosis Ke Kelahiran Navigasi Kehidupan Seorang Ibu Penghidap Kanser

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 142 hits
Kanser adalah satu diagnosis yang boleh mengejutkan sesiapa sahaja apatah lagi bagi wanita yang sedang hamil atau merancang untuk memulakan keluarga Persoalan tentang bagaimana kanser mempengaruhi kehamilan rawatan kesuburan dan kehidupan s...
Achmad Albar Syair Kehidupan Chord

Achmad Albar Syair Kehidupan Chord

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 102 hits
G D Em Em7 C dim G D G Di saat ini ingin D ku terlena lagi Em C Terbang tinggi di awan G B C B Tinggalkan bumi di sini G Di saat ini ingin D ku mencipta lagi Em C dim Kan kutuliskan lagu G B C B Sambil kukenang wajahmu E E Am Malam panjang ...
Barang Kemas Tak Lebur Tak Terbakar Mangsa Bencana Letupan Putra Heights Syukur Dapat Teruskan Kehidupan

Barang Kemas Tak Lebur Tak Terbakar Mangsa Bencana Letupan Putra Heights Syukur Dapat Teruskan Kehidupan

papar berkaitan - pada 10/4/2025 - jumlah : 102 hits
Siapa menduga ujian yang diberikan sebegitu hebat hingga memusnahkan segala harta benda yang ada dalam sekelip mata Namun simpanan barang kemas yang dimiliki salah satu keluarga mangsa bencana letupan di Putra Heights dapat memberikan sinar...
Kembali Ke Realiti Kehidupan

Kembali Ke Realiti Kehidupan

papar berkaitan - pada 11/4/2025 - jumlah : 187 hits
07 April 2025 Isnin Meriahnya raya sekejap sahaja Macam tu je raya berlalu Bazaar dah takde terawih dah takde dari riuh rendah terus sunyi kampung Apa yang tinggal hanyalah kenangan raya dan buat kita tersenyum sendirian Semoga tahun depan ...
Umie Aida Biodata Kerjaya Seni Pencapaian Kehidupan Peribadi

Umie Aida Biodata Kerjaya Seni Pencapaian Kehidupan Peribadi

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 110 hits
Umie Aida merupakan antara nama besar dalam dunia seni tanah air Dengan karisma yang memukau dan bakat lakonan yang luar biasa beliau telah mewarnai dunia hiburan Malaysia sejak dekad 1990 an lagi Meskipun terkenal sebagai pelakon Umie Aida...
Tiada Kehidupan Peribadi Lee Jehoon Ulas Lalui Penggambaran Taxi Driver 3 Signal 2 Sekali

Tiada Kehidupan Peribadi Lee Jehoon Ulas Lalui Penggambaran Taxi Driver 3 Signal 2 Sekali

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 120 hits
Lee Je hoon mendedahkan perasaannya ketika sedang menjalani penggambaran secara serentak untuk drama Signal 2 dan Taxi Driver 3 Artikel Berkaitan Dalam satu temu bual bersama media pelakon lelaki itu berkongsi lebih mengenai penggambaran du...
Tips Santai Untuk Mengatasi Tekanan Kerja Dan Kehidupan

Tips Santai Untuk Mengatasi Tekanan Kerja Dan Kehidupan

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 151 hits
Kehidupan moden sering kali menimbulkan tekanan yang tinggi terutamanya dalam dunia kerja Namun penting untuk menguruskan tekanan tersebut agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih sejahtera Berikut adalah beberapa tips santai yang boleh ...
Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Beri Amaran Penularan Covid 19 Menjelang Musim Hujan Pembukaan Sekolah

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Berjumpa Pengurusi Perniagaan Jerman

Pemilihan Panas Sikit