Menghadapi Kehamilan
Apa yang diperlukan jika anda merancang untuk menerima kehadiran ahli baru dalam kehidupan anda?
Mari kita tengok antara kriteria yang perlu diberi perhatian:BAIKI DIET HARIAN ANDA
Pastikan pemakanan yang baik dan seimbang. Mulakan memakan makanan yang benar-benar sihat.Ambil sekurang-kurangnya tiga sajian utama, termasuk lima bahagian buah-buahan atau sayur-sayuran.Nutrien yang baik - kalsium, zet besi dan asid folik.Amalkan pengambilan multivitamin di samping minum banyak air dan susu.
KURANGKAN PENGGUNAAN KAFEIN
Maksimakan hanya satu cawan sehariUntuk kaum bapa, kefien pula dikatakan dapat membantu merangsang pergerakan sperma.BERAT BADAN
Tidak boleh terlalu ringan atau terlebih berat badan yang ideal.Ada yang dikaitkan kesukaran hamil kerana terlalu berat atau obesDiet harian yang baik adalah pentingAmbil makanan dan minuman yang rendah lemak dan tinggi fiber.Kurang berat badan boleh menyebabkan keguguran - lebihkan kalori yang tidak merbahayaPENGAMBILAN VITAMIN/SUPPLEMEN TAMBAHAN
Asid folik merupakan vitamin B yang sangat diperlukan untuk perkembangan bayi.Akan dibekalkan oleh doktorAmbil multivitamin yang baikSENAMAN
Selain sihat dan berat badan ideal, senaman dapatmemberi stamina, kekuatan dan fleksibilitiPenting ketika hamil dan semasa proses kehamilanAerobik - membaiki aras tenaga dan mmberi minda yang tenangJangan melakukan aktiviti/senaman yang memudaratkan. Dapatkan pengesahan doktorHENTI TABIAT MEROKOK, PENGAMBILAN MINUMAN KERAS DAN DADAH
Memberi kesan kepada bayiMungkin keguguran, bayi lahir dengan kecacatan/ punya masalah perkembangan, bayi lahir kurang berat badan, bayi lahir tidak cukup bulan/kurang matang.PERSEKITARAN SELAMAT
Tempat tinggal dan tempat kerja selamat.Aktiviti yang tidak memudaratkanBincang dengan doktor jika anda terlibat dengan aktiviti kerja yang terlalu terdedah kepada bahan kimia atau keadaan merbahayaHENTIKAN PENGGUNAAN ALAT PERANCANG
Ada sesetengah alat yang perlukan masa untuk mengembalikan kitaran haid kepada normal.Dapatkan nasihat doktor terutamanya bagi yang memerlukan pengeluaran/pembedahan terhadap alat yang dipakaiKEWANGAN YANG STABIL
Kos perlu diberi perhatian: lampin, pakaian, penjagaan dan susu jika sudah tidak menyusu badan.Rancang awal supaya kebajikan bayi dan anak-anak terjaga.RISIKO PENYAKIT
Cari info/maklumat tentang penyakit yang mungkin dihidapi oleh bakal-bakal ibu.Cuba elakkan jika tahu penyebab-penyebabnyaAmbil langkah yang perlu jika dikesan menghidap penyakit tertentu terutamanya bagi yang mempunyai sejarah sendiri atau dari ahli keluarga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://alammama.blogspot.com/2010/11/menghadapi-kehamilan.html