Mengenali Sejarah Budaya Orang Asli


 Oleh Matzidi Dris
WAJAH suku kaum Orang Asli yang dipamerkan di Muzium Orang Asli Gombak. - Foto NSTP MASYARAKAT Orang Asli adalah sebahagian daripada kaum Bumiputera di negara ini dan jumlah mereka sehingga Disember 2010 ialah dianggarkan 171,193 orang. Mereka juga terdiri daripada tiga suku bangsa iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli.
TIMBALAN Pengerusi Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-Pulau negeri, Datuk Ghazale Muhamad (dua dari kiri) mengadakan lawatan kerja ke Muzium Orang Asli di Ayer Keroh. - Foto Nur Ain MusdadDisyorkan Untuk Anda 8 cedera pokok hempap penempatan asnafMangsa ribut terima bantuan segeraTPM sedih atas kematian empat murid Orang AsliAmbil tindakan pihak bina, sewa rumah di tanah kerajaan Setiap suku bangsa ini pula dipecah kepada enam etnik dan mereka bertutur dalam pelbagai bahasa selain dialek Melayu tempatan.
Orang Asli memiliki karya seni, kraftangan, adat resam, pantang larang yang masih dipelihara dan diamalkan sehingga kini, biarpun Malaysia sudah 58 tahun merdeka dan pesat membangun dengan arus kemodenan.
Bagi memastikan sejarah masyarakat Orang Asli tidak hilang ditelan zaman, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) menubuhkan muzium dengan bangunan asalnya adalah rumah kediaman rasmi bekas Ketua Pengarah JHEOA pada tahun 1987.
Pada tahun 1995, JHEOA membina muzium baharu dengan kos RM3.5 juta dan siap sepenuhnya pada 19 Jun 1998.
Terletak di KM24, Jalan Pahang Lama, Gombak, Muzium Orang Asli itu mengabadikan sejarah silam masyarakat pribumi Semenanjung dengan mengumpul, memelihara dan mempamerkan semula segala bentuk warisan, budaya peninggalan masyarakat mereka untuk tatapan generasi masa kini dan akan datang.
ANTARA sudut pameran di Muzium Orang Asli Gombak. - Foto NSTPIa juga berfungsi sebagai pusat penyelidikan sejarah dan budaya serta latar belakang masyarakat Orang Asli.
Penolong Kurator merangkap Ketua Unit Muzium, Ahmadmiswan Sohiman, berkata terdapat lapan bahagian di dalam muzium ini iaitu sudut pakaian, perhiasan, kepercayaan, adat perkahwinan Orang Asli, peralatan memburu, seni ukir dan kraftangan, peralatan muzik dan senoi praaq.
PENGUNJUNG melihat peralatan muzik orang asli yang dipamerkan di Muzium Orang Asli Gombak. - Foto NSTPDUA jenis alat muzik Orang Asli, centong buluh dan gendang. - Foto NSTPBeliau berkata setiap sudut menceritakan mengenai kehidupan dan budaya masyarakat Orang Asli di Malaysia kecuali sudut Senoi Praaq iaitu Pasukan Polis Hutan (PPH) yang sebilangan besarnya terdiri daripada Orang Asli.
Pasukan Senoi Praaq ditubuhkan pada tahun 1957 dan bertindak sebagai unit bebas yang berkhidmat di kawasan perkampungan Orang Asli di pedalaman.
ADAT istiadat perkahwinan Orang Asli yang dipamerkan di Muzium Orang Asli Gombak. - Foto NSTPKecemerlangan membantu pasukan keselamatan menentang komunis pada masa darurat, maka pada tahun 1968 pasukan itu digabungkan dengan PPH sebagai Batalion 19 berpangkalan di Kem Kroh (kini Pengkalan Hulu) dan Batalion 20 berpangkalan di Kem Bidor, Perak.
Pada masa ini, kedua-dua Batalion itu mempunyai 2,000 anggota yang terdiri daripada pelbagai pangkat dan dikenali sebagai Pasukan Gerak Am (PGA).
SUMPIT digunakan ketika aktiviti pemburuan. - Foto NSTPAhmadmiswan berkata, terdapat 1,300 jenis artifak yang mencakupi 18 suku kaum Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan diperagakan mengikut pembahagian sudut.
Beliau berkata muzium itu juga mengandungi sebuah auditorium yang dilengkapi peralatan audio visual dan boleh memuatkan 100 orang pada satu-satu masa.
Katanya, dari tahun 2013 hingga Mac 2015 seramai 35,618 pelawat mengunjungi Muzium Orang Asli dengan 13,908 daripadanya adalah pelancong asing.
Pembantu Pembangunan Masyarakat, Muzium Orang Asli, Mohd Jiwa Zulkifli, berkata kedatangan pengunjung memang tidak ramai dan kebanyakan datang dengan memandu sendiri.
Katanya, perkara ini berlaku kerana orang ramai termasuk pelancong asing tidak tahu mengenai kemudahan pengangkutan awam.
"Setakat ini, pelancong asing dari Korea adalah yang paling ramai, datang ke muzium ini, dan kami kerap menerima sehingga dua bas dalam satu masa.
"Saya difahamkan, kunjungan ke muzium ini memang wujud dalam pakej lawatan ke negara ini terutama di sekitar ibu negara dan Selangor," katanya.
Mohd Jiwa berkata pengunjung digalakkan membeli cenderamata hasil kerja tangan Orang Asli di muzium bagi membantu kaum Orang Asli yang tinggal berdekatan.
FAKTA NOMBOR:

14,710 - Jumlah pelawat pada tahun 2013
16,632 - Jumlah pelawat pada tahun 2014
4,276 - Jumlah pelawat sehingga Mac 2015
13,908 - Jumlah pelawat asing dari tahun 2013 hingga Mac 2015 Lokasi: Muzium Orang Asli Gombak, KM 24 Jalan Pahang, Gombak, 53100 Kuala Lumpur.
Waktu Melawat: Sabtu hingga Khamis - jam 9 pagi hingga 5 petang: Dibuka pada cuti mingguan dan kelepasan am
Tutup: Jumaat
Pengangkutan awam: Bas Rapid KL - Nombor U021: dari Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur - Gombak (Jalan Pahang Lama).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/mengenali-sejarah-budaya-orang-asli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senoi Praaq Elite Orang Asli Police Unit With A Proud Record Of Service

Senoi Praaq Elite Orang Asli Police Unit With A Proud Record Of Service

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 210 hits
The prowess agility and efficiency of the Orang Asli in forest knowledge makes the community the ideal choice to be recruited in the Royal Malaysian Police as a member of the General Operations Force The Senio Praaq team was founded by Oran...
Tular Motorsikal Terbakar Lelaki Orang Asli Ini Dapat Hadiah Motosikal Baharu Dari Ebit L

Tular Motorsikal Terbakar Lelaki Orang Asli Ini Dapat Hadiah Motosikal Baharu Dari Ebit L

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 363 hits
194 total views 194 views today Bila disebut nama Ebit Lew ramai mengenali insan hebat ini yang tidak pernah memberi bantuan kepada manusia yang memerlukan walau di ceruk mana pun mereka berada Malah bantuan yang dikirimkan beliau tidak men...
Ebit Belikan Motosikal Untuk Keluarga Orang Asli

Ebit Belikan Motosikal Untuk Keluarga Orang Asli

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 325 hits
Motosikal milik Amran terbakar ketika dia mahu pergi minta bantuan susu untuk anaknya di Baitulmal Johor SEBUAH keluarga Orang Asli yang mengalami nasib malang apabila motosikal mereka terbakar ketika mahu mencari bantuan susu untuk anak me...
Orang Asli K Tan Bina Bangsal Jadikan Pusat Perpindahan Banjir

Orang Asli K Tan Bina Bangsal Jadikan Pusat Perpindahan Banjir

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 227 hits
Seramai 500 penduduk Orang Asli Batik di Kampung Pasir Linggi di sini mengambil inisiatif membina bangsal sebagai pusat perpindahan sementara mereka apabila berlakunya banjir Komuniti tersebut mula membina sebanyak 50 bangsal sejak empat ha...
Mcmc Built 61 Telco Towers In Orang Asli Settlements Saifuddin

Mcmc Built 61 Telco Towers In Orang Asli Settlements Saifuddin

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 162 hits
PARLIAMENT The Malaysian Communications and Multimedia Commission has built 61 telecommunication towers that are providing internet coverage for Orang Asli settlements as of October this year Communications and Multimedia Minister Saifuddin...
Media Sosial Penuh Budaya Toksik Siapa Silap Manusia Atau Aplikasi

Media Sosial Penuh Budaya Toksik Siapa Silap Manusia Atau Aplikasi

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 973 hits
Assalamualaikum dan selamat petang semua Naim harap semua baik baik belaka bersama keluarga tercinta Kita terus kepada mengupas perihal media sosial pada zaman sekarang menjadi kegilaan ramai terutamanya remaja remaja belasan tahun Semua se...
Warga Padang Serai Kota Bengkulu Minta Muslihan Lestarikan Budaya Bengkulu

Warga Padang Serai Kota Bengkulu Minta Muslihan Lestarikan Budaya Bengkulu

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 225 hits
Suyadi menambahkan selain dianggap sebagai tokoh pembawa perubahan Muslihan juga memiliki darah Jawa yang secara tidak langsung memiliki hubungan etnis dengan masyarakat Padang Serai yang mayoritas dari suku Jawa
Kongsi Foto Selepas Bersalin Netizen Kagum Dengan Kecantikan Asli Emma Maembong

Kongsi Foto Selepas Bersalin Netizen Kagum Dengan Kecantikan Asli Emma Maembong

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 261 hits
Selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3 2 kilogram di pusat perubatan di Shah Alam pada 8 November lalu secara normal pelakon Emma Maembong sehingga kini seakan tidak putus putus meraih pujian daripada netizen var neutrogena beautiful
Tujuh Rumah Dinaiki Air Di Kampung Orang Asli Langkap

Tujuh Rumah Dinaiki Air Di Kampung Orang Asli Langkap

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 296 hits
Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA ANGGOTA APM membantu membersihkan salah sebuah rumah di Kampung Orang Asli Langkap Dangi dekat sini yang dinaiki air bermula tengah malam tadi JEMPOL Tujuh rumah dinaiki air setinggi 1 5 meter dalam kejadian banj...
Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Resepi Kerabu Nangka Muda Stail Kenduri Di Kedah

Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order