Mengenal Perbezaan Darah Haid Nifas Istihadah



Apakah perbezaan antara darah haid, nifas dan istihadah?
Panduan ini akan membimbing anda mengenai fardu ain asas berkaitan darah haid, nifas dan istihadah secara lengkap dan tersusun.
Ia juga akan menerangkan hukum perkara berkaitan:
Bagaimana tempoh suci dikira? Bagaimana permulaan tempoh nifas? Ibadah yang diharamkan … dan sebagainya.
Oleh itu tanpa buang masa, mari kita mulakan.

Isi Kandungan Panduan Ini: 1. Darah Haid
Pengertian haid Tempoh haid Ciri-ciri utama darah haid Tempoh suci 2. Darah Nifas
Pengertian nifas Tempoh perkiraan nifas bagi wanita yang melahirkan anak 3. Perkara Yang Diharamkan Ketika Haid dan Nifas
4. Masalah Haid dan Nifas
5. Darah Istihadah
Pengertian istihadah Hukum solat untuk wanita yang beristihadah 6. Sumber Rujukan dan Penutup
 
Darah Haid Pengertian Haid Haid ialah darah kotor yang keluar dari rahim perempuan yang bukan darah penyakit.
Perempuan yang berada dalam keadaan haid atau nifas diharamkan solat dalam tempoh berkenaan.
Mereka juga tidak perlu menggantikan semula solat yang ditinggalkan itu.
 
Tempoh Haid Tempoh haid berlaku sekurang-kurangnya sehari semalam iaitu 24 jam.
Tempoh paling lama adalah lima belas hari lima belas malam.
Kebiasaannya tempoh haid pada kebanyakkan wanita berlaku selama enam atau tujuh hari tujuh malam.
Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bersabda kepada Hamnah binti Jahsin r.ha. yang bermaksud:
Kamu didatangi haid enam atau tujuh hari dalam pengetahuan Allah, kemudian mandilah.
— Hadis riwayat Ahmad
Haid berwarna merah kehitaman, kuning tua atau berwarna coklat.
Sekiranya yang keluar itu berwarna putih, maka tidaklah dipanggil haid dan perempuan itu bukannya mengandung.
 
Ciri-Ciri Utama Darah Haid Nabi Muhammad SAW telah menyifatkan darah haid dengan beberapa sifat tertentu:
Dalam keadaan pekat Dalam keadaan seperti terbakar akibat kepanasan Keluar dengan perlahan-lahan dan tidak mengalir seperti cairan yang biasa mengalir Mempunyai bau yang busuk ditambah pula dengan warnanya yang hitam dan sangat merah Rujukan:
Ahkam ‘Ibadah al-Mar’ah, ‘Umdah al-Qari jilid 3 halaman 217. Al-Haid wa Ahkamuhu, Dr. Kamil Musa Halaman 20. As-Syarkawi ‘ala Syarh at-Tahrir jilid 1 halaman 217.  Ahkam al-Haid wal Istihadhah. Abdul Hajjaj halaman 100
 
Tempoh Suci Dari Haid Tempoh haid paling sekejap ialah satu hari satu malam, dan tempoh yang paling lama ialah 15 hari 15 malam.
Manakala tempoh pada kebiasaan adalah enam atau tujuh hari.
Sekurang-kurangnya tempoh suci itu, mesti 15 hari 15 malam – ertinya antara dua haid mestilah 15 hari paling kurang tetapi tidak ada batasan tentang tempoh maksimumnya.
 
Darah Nifas Pengertian Nifas Nifas ialah darah yang keluar daripada rahim perempuan selepas melahirkan anak (bersalin)
Mazhab Syafi’e menyatakan bahawa darah nifas itu ialah  darah yang keluar selepas selesai melahirkan anak. 
Tetapi sekiranya bayi masih belum keluar kesemuanya, maka belum lagi dikatakan darah nifas tetapi darah yang keluar itu dikira darah penyakit.
Darah daripada rahim perempuan yang keguguran anak juga dipanggil darah nifas.
Tempoh sekurang-kurangnya satu lahzah (iaitu sedetik).
Kebiasaannya 40 hari dan tempoh maksimum 60 hari.
Maka tidaklah wujud 44 hari sebagaimana kepercayaan orang melayu.
 
Tempoh Nifas Bagi Perempuan Yang Melahirkan Anak Kembar Bagaimana dengan perempuan yang melahirkan anak kembar?
Sekiranya seseorang perempuan melahirkan anak kembar, dua atau lebih, tempoh nifasnya dikira bermula daripada kelahiran anak yang terakhir dan bukannya anak yang pertama.
Ini bererti, walaupun selang masa kelahiran anak pertama dan terakhir adalah lama, namun masa nifas tetap dihitung sejak kelahiran anak yang terakhir.
Darah yang keluar pada kelahiran yang pertama dianggap darah haid (sekiranya kebiasaan haidnya tepat dengan ciri, dan tempoh biasa berlakunya haid).
Jika tidak, ia dianggap sebagai darah istihadah.
 
Perkara-Perkara Yang Diharamkan Ketika Haid & Nifas Terdapat beberapa perkara yang diharamkan dilakukan ketika seseorang itu dalam tempoh haid atau nifas. Antaranya adalah: Solat (sembahyang) Membaca, menyentuh dan membawa al-Quran Tawaf Puasa (wajib qada puasa) Bersetubuh Bercerai. Tetapi talaknya  
Masalah Haid & Nifas Orang yang sedang haid atau nifas boleh membaca sedikit ayat al-Quran seperti basmalah dengan niat zikir.
Begitu juga beberapa ayat dalam kategori pendinding diri seperti ayat kursi dan surah-surah 3 Qul.
Selain itu, tidak haram bagi seorang wanita yang haid melintasi masjid.
Ini sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dan lainya:
Daripada Aisyah r.ha. bahawa dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda kepadaku:”Ambilkan untukku sejadah di masjid”. Lalu aku berkata: “Sesungguhnya aku dalam keadaan haid”.
Sabda Rasulullah:”Sesungguhnya haidmu itu bukannya di tangan kamu”
— Hadis riwayat al-Bukhari (245) dan Muslim (316)
An-Nasa’i pula meriwayatkan daripada Maimunah r.ha. bahawa dia berkata:
Salah seorang daripada kami bangun membawa sejadah ke masjid, lalu dia menghamparkannya sedangkan di dalam keadaan haid”
— Hadis riwayat an-Nasa’i (1/147)
 
Darah Istihadah Pengertian Istihadah Sekiranya darah yang keluar melebihi daripada kebiasaan, contohnya melebihi maksimum haid seperti 15 hari maka darah yang lebih itu dikira istihadah atau darah penyakit.
Orang yang berdarah penyakit wajib menunaikan solat dan amalan-amalan lain sebagaimana orang biasa juga.
Istihadah ialah darah yang keluar dari faraj perempuan bukan semasa haid atau nifas.
Ia disifatkan sebagai darah penyakit.
Tiap-tiap darah yang keluar dari rahim yang melebihi atau kurang dari haid atau nifas, maka darah itu dikira sebagai istihadah.
Perlu diingatkan bahawa perempuan yang darahnya keluar sebagaimana yang tersebut, tidak dikenakan sebarang larangan seperti orang haid dan nifas.
Mereka hanya perlu sentiasa memperbaharui wuduk tatkala hendak mengerjakan ibadah solat dan lain-lain yang diwajibkan berwuduk.
 
Solat Orang Beristihadah Orang yang beristihadah jika hendak mengerjakan solat perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:
Berwuduk hanya apabila telah masuk waktu solat setelah membersihkan darah berkenaan serta meletakkan sesuatu balutan terlebih dahulu, lalu terus bersolat. Dia tidak boleh menunggu melainkan untuk solat berjemaah. Mereka hanya boleh solat satu fardu an beberapa solat sunat sahaja.  
Sumber Rujukan Dan Penutup Sumber rujukan dalam menghasilkan panduan ini adalah Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat, Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato’ Ustaz Ismail Kamus.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan haid, nifas dan istihadah, anda boleh meninggalkan soalan tersebut pada ruangan komen di bawah.
Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Semoga panduan ini memberi manfaat!
The post Mengenal Perbezaan Darah Haid, Nifas & Istihadah (Fardu Ain) appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/fiqh/darah-haid-nifas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Botol 039 Darah 039 Tak Pecah

Botol 039 Darah 039 Tak Pecah

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 348 hits
KOTA KINABALU Saya tergamam apabila melihat darah keluar dari mulut Mejar Mohd Zahir Armaya sebaik topeng mukanya dibuka dan mula berasa tidak sedap hati Memang sesuatu di luar jangkaan hingga membuatkan hati menjadi berdebar kerana tidak m...
Hadis 40 14 Tidak Halal Darah Seorang Muslim Melainkan Dengan Tiga Perkara

Hadis 40 14 Tidak Halal Darah Seorang Muslim Melainkan Dengan Tiga Perkara

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 256 hits
Hadis 40 14 Tidak halal darah seorang Muslim melainkan dengan tiga perkara HADITS KEEMPAT BELAS Kosa kata Halal Darah Yang sudah menikah Orang yang berzina Yang meninggalkan Memisahkan dirinyaTerjemah hadits Dari Ibnu Mas ud radiallahuanhu ...
Darah Naik Selang Infus Efeknya Apa

Darah Naik Selang Infus Efeknya Apa

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 436 hits
Senyumperawat com Hampir tiap hari mungkin perawat menemui kasus dimana darah naik selang infus pasien Kondisi semacam ini tentu perlu tindakan tertentu untuk mengatasinya Pasien yang berpotensi mengalami masalah semacam ini perlu diantisip...
Kord Lagu Bunkface Darah Muda

Kord Lagu Bunkface Darah Muda

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 474 hits
Bunkface Darah Muda Chord Lirik Lagu F B F C F Aku mahu salam B F C Lupakan hari semalam F Sementara masih ada B C Hajat cinta di dada F B F C Yeah Woww F Malam ini seksi B F C Layan indie sampai pagi F Apa nak jadi biar jadi B F C Janji ja...
Apa Guna Cabut Gigi Tapi Nyawa Melayang Doktor Kongsi Risiko Cabut Gigi Ketika Tekanan Darah Dan Paras Gula Tinggi

Apa Guna Cabut Gigi Tapi Nyawa Melayang Doktor Kongsi Risiko Cabut Gigi Ketika Tekanan Darah Dan Paras Gula Tinggi

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 296 hits
Pengetahuan kita sebagai orang awam terhad dalam aspek kesihatan Oleh itu kita harus mendengar nasihat pengamal perubatan agar kita tidak membahayakan diri sendiri tanpa sedar Tahukah anda mencabut gigi ketika anda mengalami tekanan dan kan...
Ia Mampu Merosakkan Sistem Organ Dalaman Serta Perlu Mengambil Ujian Darah Neelofa

Ia Mampu Merosakkan Sistem Organ Dalaman Serta Perlu Mengambil Ujian Darah Neelofa

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 373 hits
Korang ingat lagi tak time Neelofa baru balik menunaikan ibadah haji dia kena tahan dan dikuarantin selama seminggu disebabkan Influenza A sampai dia terpaksa membatalkan meeting bersama client dan lain lain Alhamdulillah sekarang dia dah b...
Kulit Manggis Menyembuhkan Darah Tinggi

Kulit Manggis Menyembuhkan Darah Tinggi

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 289 hits
Sistem peredaran darah di dalam badan membekalkan nutrien penting dan oksigen kepada semua sel dan organ dalaman didalam badan kita Ia juga penting untuk menyingkirkan bahan buangan dan karbon dioksida Degupan jantung mewujudkan tekanan yan...
Darah Tersembur Dari Mulut

Darah Tersembur Dari Mulut

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 187 hits
SAYA cuba mengejutkan mangsa beberapa kali sebelum dia memberi tindak balas Namun ia diikuti darah tersembur dari mulutnya dan dia terus tidak sedarkan diri kata saksi kemalangan maut di Jalan Padang Temu di hadapan Taman Impian Padang Temu...
Pumping Asi Campur Darah Curhatan Aktris Thailand Ini Jadi Sorotan Apa Ya Penyebabnya

Pumping Asi Campur Darah Curhatan Aktris Thailand Ini Jadi Sorotan Apa Ya Penyebabnya

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 226 hits
Calon ibu juga wajib tahu kalau pumping dan memilih alat pumping itu tak boleh asal asalan Semoga apa yang doi alami bisa jadi pelajaran ya
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo