Mengejutkan Skandal Pingat Istana England Terbongkar



LONDON – Skandal pemberian pingat kepada individu tertentu sebagai balasan terhadap sumbangan wang ringgit yang diberikan untuk pemulihan projek-projek tertentu di United Kingdom (UK) telah menggegarkan Istana Buckhingham, England sejak beberapa minggu lalu.
Bagaimanapun, ia mendapat perhatian ramai pihak di England setelah berita Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Putera, Michael Fawcett meletakkan jawatan secara rasmi pada Jumaat lalu.
Sebelum ini Fawcett, 59, menggantung tugasnya sendiri daripada jawatannya itu selepas pihak media mendedahkan hubungan beliau dengan seorang bilioniar Arab Saudi, Mahfouz Marei Mubarak bin Mahfouz, 51.
Micheal Fawcett meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Putera. – Agensi  
Bilionair itu dilaporkan menyumbang sejumlah wang untuk memulihkan projek-projek berkaitan dengan kepentingan Putera Wales, Putera Charles, 72.
Putera Charles ialah pewaris pertama takhta pemerintah England, Ratu Elizabeth II, 95, yang juga merupakan bondanya.
Anakanda Putera Charles, Putera William, 39, ialah pewaris kedua takhta England.
Putera William – Foto Agensi  
Yayasan Putera pula terkenal dengan kerja-kerja kebajikan yang ditubuhkan oleh Putera Charles manakala pada tahun 1998 Fawcett dilantik menjadi CEO yayasan tersebut oleh pewaris takhta England itu.
Fawcett meletakkan jawatan di tengah-tengah siasatan dalaman dilakukan oleh yayasan berkenaan berhubung skandal apa yang dikenali sebagai pemberian wang tunai untuk mendapatkan status kehormatan untuk diri sendiri.
Perjalanan hidup bekas CEO itu juga amat menarik kerana beliau meningkat naik dalam kerjaya di istana England. Fawcett pada asalnya bertugas sebagai valet kepada Putera Charles pada tahun 1981 ketika masih terlalu muda dan rapat pula dengan Ratu Elizabeth II.
 
Ratu Elizabeth II – Foto Agensi  
Beliau dituduh melakukan kerja-kerja bagi membolehkan bilionair Arab Saudi itu mendapat pingat diraja dan kewarganegaraan UK.
Bagaimanapun, Mahfouz menafikan melakukan sebarang salah laku.
Ketika menjadi seorang valet, Fawcett memicit ubat gigi untuk diletakkan di atas berus gigi Putera Charles.
Beliau juga membantu Putera Charles dari segi pemakaiannya sebelum kerjanya meningkat naik setapak demi setapak dan pada tahun 2007, Fawcett dilantik menjadi Ketua Eksekutif Rumah Dumfries di Scotland.
Rumah Dumfries ialah rumah yang besar milik Putera Charles dan mempunyai reka bentuk pada abad ke-18 dan mempunyai keluasan lebih 800 hektar tetapi telah bertukar fungsi menjadi hab untuk kerja-kerja kebajikannya.
Namun, kira-kira dua bulan lalu, sepucuk surat daripada Fawcett yang menulis kepada Mahfouz pada Ogos 2017 didedahkan oleh media Britain.
Surat itu menyatakan bahawa pembantu Putera Charles itu akan membantu taikun Arab Saudi tersebut dari segi kenaikan taraf pingat.
Bilioniar itu diberikan harapan bahawa beliau akan diberikan pingat Commander of the Most Excellent Order of the British Empire (CBE) atau Darjah Komander Paling Cemerlang Empayar British kepada pingat Knight or Dame Commander of the Order of the British Empire (KBE) atau Darjah Kesatria Lelaki Empayar British.
Pingat KBE itu adalah yang kedua tertinggi dalam pengelasan pingat diraja England.
Surat itu juga menyatakan sokongan terhadap permohonan Mahfouz untuk mendapatkan kewarganegaraan UK.
Walaupun surat itu didedahkan oleh akhbar The Mail On Sunday pada awal September lalu, Putera Charles dilaporkan tidak mengetahui bahawa sumbangan wang yang diberikan kepada yayasan tersebut akan mendapat ganjaran pingat.
Sebelum ini bilionair itu telah menerima pingat CBE daripada Putera Charles pada tahun 2016.
 
Putera Charles pernah memberikan pingat CBE kepada bilionair Arab Saudi, Mahfouz Marei Mubarak Mahfouz pada tahun 2016. – Foto Agensi  
Terdapat juga dakwaan bahawa Fawcett bekerjasama dengan beberapa pihak bagi membolehkan pingat Officer of the Order of the British Empire (OBE) atau Darjah Kelas Pegawai Empayar British yang dicadangkan kepada Mahfouz dinaikkan kepada CBE.
Bilionair itu menerima pingat CBE kerana kerja-kerja kebajikannya untuk Yayasan Putera daripada Putera Charles dalam satu majlis tertutup pada tahun 2016 setelah beliau menyumbangkan wang sebanyak lebih £1 juta (RM5.57 juta).
Pada Oktober 2015, bilionair itu dilaporkan menyumbangkan sebanyak £370,000 (RM2,061,608) kepada Istana Mey di utara pantai Scotland yang pernah dimiliki oleh Ratu Elizabeth II dan kini telah menjadi satu lagi projek kebajikan buat Putera Charles.
Susulan itu, sebuah hutan berhampiran istana itu telah diberikan sempena namanya.
Nama bilionair itu turut diberikan pada sebuah bangku yang mengandungi plak di istana tersebut bersama lima bangku lain yang juga tertera nama bapa dan empat beradiknya.
Keluarga bilioniar itu mencipta kekayaan di Timur Tengah menerusi industri perhotelan, hartanah dan sektor pengeluaran.
Difahamkan, bilionair tersebut juga terkenal di Britain kerana sifat pemurahnya dan pada tahun 2012, beliau dilaporkan menubuhkan Yayasan Mahfouz sebuah badan kebajikan bagi membantu meningkatkan tahap pendidikan dalam kalangan orang awam di UK. – Agensi
Baca Artikel Menarik:
Muhyiddin masih jaja cerita dongeng – Najib PRN Melaka: Hentam Umno fokus kempen Muhyiddin ‘Sotong Kayangan’ muncul dahulu sebelum Siakap Maya Karin dibayar RM2 ribu untuk filem Hollywood Jangan sampai kita hempas makanan – Rider Suami Nynaa Harizal failkan permohonan supaya isteri kembali taat Muhyiddin dan Hadi ‘hentam’ Barisan Nasional Kakaktua bongkar suami curang dengan pembantu rumah ‘Letupan’ enjin sebuah pesawat Malaysia Airlines 50 penumpang ‘cedera’ Amaran Allah dalam 10 Ayat Pertama Surah al-Kahfi Dah Masuk 5 Series, Nasha Aziz masih ‘bergetah’ Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Melaka: Parti bertanding utamakan kepentingan peribadi daripada agenda Bumiputera

The post Mengejutkan! Skandal pingat Istana England terbongkar! appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/11/14/mengejutkan-skandal-pingat-istana-england-terbongkar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Bukti Skandal Forex Terbongkar

10 Bukti Skandal Forex Terbongkar

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 86 hits
Hari ni wak nak kongsi sedikit info atau bukti mengenai skandal Forex yang melibatkan Dr Mahathir sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri bersama beberapa orang lagi kuncu kuncunya Pemimpin utama DAP Lim Kit Siang pada ketika itu pernah me...
Main Bola Apa Kira Derhaka Jangan Heret Bola Masuk Istana Kata Sanusi

Main Bola Apa Kira Derhaka Jangan Heret Bola Masuk Istana Kata Sanusi

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 282 hits
Muhammad Sanusi Md Nor berharap KDA FC dapat menewaskan JDT pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim Johor malam ini PETALING JAYA Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau mempu...
Hiburan Nicol Ann David Terima Gelaran Datuk Anggun Berbaju Kurung Di Istana Negara

Hiburan Nicol Ann David Terima Gelaran Datuk Anggun Berbaju Kurung Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 121 hits
Jaguh skuasy negara tampil anggun berbaju kurung berwarna ungu dengan rambut rapi bersanggul ketika istiadat menerima Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 di Istana Negara 9 bulan laluGelaran Datuk Dilucut Setelah 3 Tahun Fa...
Dianugerah Pangkat Datuk Netizen Puji Nicol David Anggun Berbaju Kurung Bersanggul Masuk Istana Negara

Dianugerah Pangkat Datuk Netizen Puji Nicol David Anggun Berbaju Kurung Bersanggul Masuk Istana Negara

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 189 hits
Penampilan legenda skuasy negara Datuk Nicol Ann David yang berbaju kurung ungu dan rambut rapi bersanggul ketika istiadat menerima Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 di Istana Negara pada Selasa mendapat pujian netizen Ad...
Potret Istana Cinere Anang Ashanty Yang Direnovasi Begini Kondisi Terbarunya

Potret Istana Cinere Anang Ashanty Yang Direnovasi Begini Kondisi Terbarunya

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 160 hits
Istana Cinere milik Anang Hermansyah dan Ashanty kini tengah direnovasi Ada banyak sekali bagian yang diperbaiki hingga membutuhkan waktu yang cukup lama Kini seperti apa ya kondisinya Simak ulasannya berikut ini
Cef Meraih 17 Pingat Dan Satu Piala Pada Usia Muda

Cef Meraih 17 Pingat Dan Satu Piala Pada Usia Muda

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 118 hits
Pada usia yang muda remaja ini telah berjaya merangkul 17 pingat dan piala Outstanding Hot Cooking Chef di Kejohanan Cef Sedunia 2019 Danish Adham Nuqman merupakan pelajar seni kulinari di Kolej Vokasional Langkawi pastinya menjadi kebangga...
Di Sebalik Gangguan Rewcastle Brown Tidak Kesal Dedah Skandal 1mdb

Di Sebalik Gangguan Rewcastle Brown Tidak Kesal Dedah Skandal 1mdb

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 246 hits
malaysiakini comEditor Sarawak Report Clare Recastle Brown menegaskan bahawa dia tidak pernah menyesal dengan pendedahan skandal 1MDB yang membantu gerakan antirasuah sehingga membawa kepada kejatuhan bekas perdana menteri Najib Razak Menur...
Hiburan Tak Serik Serik Shuk Sahar Keluar Dengan Skandal Lama Netizen Tolong Report Dekat Isteri

Hiburan Tak Serik Serik Shuk Sahar Keluar Dengan Skandal Lama Netizen Tolong Report Dekat Isteri

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 200 hits
Tak insaf insaf lagi nampaknya buat pelawak dan juga pengacara apabila dia dikatakan kantoi meluangkan masa dengan kekasih lama tanpa pengetahuan isteri Rossalenna Natassyiah Ashhaferah atau lebih dikenali sebagai Rossa Sera ARTIKEL BERKAIT...
Apa Itu Wang What Is Money

Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Tak Sempat Pulang Ke Tanah Air

Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread

Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase

Dapsy Open Up Uitm S Cardiothoracic Surgery Post Grad To Non Bumi To Prepare For Ageing Population Challenges

Buasir Otak Tv Telefon Apa Kuat Mencarut Be Like



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Benarkah Orang Yang Syahid Tidak Merasakan Sakit Mati

Sama Nama Kitabnya Beda Ulama Penulisnya

Definisi Umur Warga Emas

Pangkat Tentera Darat Malaysia Lencana

Sebutkan Satu Ayat Tentang Rahasia Yahudi By Dr Hm Rakib S H M Ag

Ai Team Subscribers Mei 21 2024