Mengapa Salahkan Anak Muda Kerajaan Yang Gagal Nhaikkan Gaji



Jangan salahkan tabiat berbelanja golongan muda sedangkan Kerajaan PN gagal naikkan gaji – AMK
Menteri Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya tidak mengambil jangan mudah menyalahkan golongan muda kononnya berbelanja mewah melebihi kemampuan.
Teguran itu diberi oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Akmal Nasir dalam menjawab kenyataan Menteri Kewangan Senator Tengku Zafrul Aziz yang mendakwa 40% golongan milenial didapati berbelanja melebihi kemampuan sehingga menyukarkan kedudukan kewangan mereka.
Menurut Akmal, isu perbelanjaan anak muda tidak wajar dipukul rata seolah-olah mereka tidak tahu dan tidak bertanggungjawab dari segi pengurusan kewangan tanpa terlebih dahulu meneliti aspek lain yang menyumbang kepada perkara berkenaan.
“(Dalam hal ini) Menteri Kewangan perlu mempunyai sikap empati dan meletakkan diri di tempat orang muda yang sedang bergelut dengan situasi kurangnya peluang pekerjaan, tiada jaminan pekerjaan, kos sara hidup tinggi, perlu melakukan lebih dari dua kerja dan terpaksa berhadapan dengan bayaran gaji tidak berpadanan.
“Walaupun tidak dinafikan kepentingan literasi kewangan dan usaha yang digerakkan oleh pelbagai pihak seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), namun ia masih tidak dapat menyangkal isu pokok, terutama berkaitan dengan peningkatan gaji agak perlahan ditambah dengan kadar gaji minimum yang masih rendah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Akmal turut memetik kajian yang dijalankan oleh Mercer Malaysia, sebuah firma perunding kerjaya yang mendapati pada penghujung 2019 peratusan kenaikan gaji nominal di Malaysia, setelah diambil kira kadar inflasi memberikan bacaan 2.6 peratus.
Ketika itu, kata Akmal, Malaysia ketinggalan berbanding peningkatan gaji sebenar di Singapura sebanyak 3.5 peratus; Thailand (4.0 peratus); Vietnam (5.3 peratus); Indonesia (4.3 peratus) dan Filipina (2.8 peratus).
“Dapatan tersebut diambil sebelum pandemik Covid-19 melanda dan tentunya dalam keadaan proses pemulihan ekonomi yang terkesan teruk hari ini akan memberikan kebimbangan yang lebih ketara.
“Kerajaan juga perlu mengambil kira kesan berganda yang turut menyumbang kepada kadar hutang isi rumah seperti mana pernah dilaporkan hingga melebihi 80% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), serta laporan yang pernah Bank Dunia dedahkan sebelum ini iaitu 60% daripada kumpulan individu muflis di Malaysia adalah golongan belia yang berumur di antara 25 sehingga 44 tahun.
“Walaupun hingga kini Rancangan Malaysia ke-12 masih gagal dibentang namun kerajaan tidak boleh lepas tangan dalam menjelaskan kepada rakyat berhubung strategi mereka meningkatkan gaji minimum, menambahkan peluang pekerjaan, menurunkan kadar pengangguran dan banyak lagi perkara yang berkaitan,” katanya.
Menurut Akmal lagi, amat tidak wajar Menteri Kewangan menegur orang muda mengenai pengurusan kewangan dengan beza pendapatan beliau yang amat luas berbanding orang biasa, tetapi beliau sepatutnya fokus mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan mengakar yang kian membimbangkan, terutamanya untuk meningkatkan pendapatan rakyat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/31721

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gaji Sedang2 Besar Beli Kereta Mahal Ruginya Orang Muda

Gaji Sedang2 Besar Beli Kereta Mahal Ruginya Orang Muda

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 656 hits
Perlukah Aku Beli Kereta MAHAL sedangkan Gaji Aku Besar Assalammualaikum and salam sore temen temen sekalian Enggak betul lah kalian di blog gue blog malisia cumanya Entah kenapa rasa mao ngomong bahasa ibundaku Haha Berapa besar gaji koran...
Kenyataan Rais Yatim Adalah Penghinaan Pada Anak Muda Asyraf Wajdi

Kenyataan Rais Yatim Adalah Penghinaan Pada Anak Muda Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 364 hits
KUALA LUMPUR Pemuda Barisan Nasional menyelar tindakan Tan Sri Rais Yatim yang mendakwa kononnya ada pelbagai kekangan untuk melaksanakan undi 18 tahun Pengerusinya Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan kenyataan Yang Dipertua Dewan Negara ...
Kerajaan Pn Gagal Selama Setahun Pemerintahan Ini Buktinya

Kerajaan Pn Gagal Selama Setahun Pemerintahan Ini Buktinya

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 269 hits
Kerajaan PN Gagal Selama Setahun Pemerintahan Ini Buktinya Presiden Warisan Shafie Apdal dan pengerusi penaja parti Muda Syed Saddiq Abdul Rahman berkata belum ada agenda misi dan pencapaian yang boleh dibanggakan sepanjang setahun pemerint...
Kenalan Sama Nadiem Makarim Sosok Multitalenta Inspirasi Anak Muda

Kenalan Sama Nadiem Makarim Sosok Multitalenta Inspirasi Anak Muda

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 445 hits
Siapa yang tidak kenal dengan Nadiem Makarim Bapak Mendikbud kita ini adalah salah satu figur paling tersohor di tanah air Sebelum menduduki kursi Kabinet Nadiem lebih dulu dikenal sebagai pendiri GoJek startup digital kebanggan Indonesia S...
Muhammadiyah Minta Anak Muda Contoh Artidjo Alkostar

Muhammadiyah Minta Anak Muda Contoh Artidjo Alkostar

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 335 hits
Haedar berharap generasi muda yang berkecimpung dalam bidang hukum khususnya sebagai penegak hukum dapat meneladani sosok Artidjo yang juga akademisi itu
Pemuda Amanah Serah Bukti Salah Guna Kuasa Anak Syarikat Kerajaan Terengganu

Pemuda Amanah Serah Bukti Salah Guna Kuasa Anak Syarikat Kerajaan Terengganu

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 292 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONBilik Hotel Paya Bunga diubahsuai sebagai bilik aktiviti E Games peribadi Pemuda AMANAH Terengganu selesai menyerahkan bukti salah guna kuasa membabitkan seorang pengurus besar di hotel Paya Bunga yang merupakan anak s...
Pulang Awal Dua Minit Staf Agensi Kerajaan Jepun Kena Potong Gaji

Pulang Awal Dua Minit Staf Agensi Kerajaan Jepun Kena Potong Gaji

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 327 hits
84 total views 84 views today Beberapa orang kakitangan dari Jabatan Pendidikan Bandar Furnabashi Wilayah Chiba Jepun dilaporkan telah dihukum dengan pemotongan gaji kerana kesalahan pulang kerja dua minit lebih awal Menurut Republic World ...
Undi 18 Hak Anak Muda Tidak Harus Dinafikan Chin Tong

Undi 18 Hak Anak Muda Tidak Harus Dinafikan Chin Tong

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 370 hits
Pada 14 Mac 2021 dan menyifatkan keputusan untuk melaksanakan Undi 18 adalah tergesa gesa selain mendakwa anak muda Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang undang Perlembagaan 2019 bagi menurunkan had umur pengundi ke usia 18 tahun Ia dij...
Umumkan Satu Indonesia Awards Tahun Ke 12 Astra Ingin Terus Temukan Anak Muda Inspiratif Dari Seluruh Indonesia

Umumkan Satu Indonesia Awards Tahun Ke 12 Astra Ingin Terus Temukan Anak Muda Inspiratif Dari Seluruh Indonesia

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 335 hits
Buat kamu anak muda bertalenta di Indonesia 12th SATU Indonesia Awards 2021 adalah momentum untuk saling menginspirasi
Bring Back The Rotan Lapaq App Founder Calls For Return Of Caning In Schools

Supaya Tak Sepi Di Hari Tua

Konsert Xpdc Kita Peng Yu Gegarkan Tawau

Komposer Ross Ariffin Meninggal Dunia

Resipi Bubur Pulut Hitam Mudah Dan Sedap

Zahirah Macwilson Kongsi Momen Bersenam Video

Mdec X Bsn Team Up To Power Malaysia S Next Gen Digital Leaders

Permohonan Kolej Vokasional 2026 Syarat Lokasi Kursus


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Teknik Penternakan Ikan Bioflok Di Malaysia

Mengenali Pembedahan Thyroidectomy Apa Yang Perlu Korang Tahu

Kejohanan Akuatik Dunia Elvis Tersingkir Di Separuh Akhir 10m Platform Bernama

Perlu Ada Sinergi Kukuh Antara Kerajaan Bagi Pembangunan Sektor Pertanian Pm Berita Harian

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98