Mengapa Peniaga Menipu Tak Ditangkap Keluh Ppim



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mempersoalkan mengapa tiada satu pun peniaga Kota Raya yang didakwa menipu pelanggan mereka telah ditangkap.

Sebaliknya, kata Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan, aktivis NGO itu, Muhammad Yusuf Azmi pula ditangkap kerana cuba membantu mangsa-mangsa yang ‘ditipu’ itu.

"Saya ingin bertanya kepada polis, mengapa orang yang ditangkap itu adalah mereka yang cuba untuk membantu?

"Ini satu perkara sangat pelik yang tidak sepatutnya berlaku," keluhnya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Nadzim menegaskan bahawa peniaga Kota Raya seolah-olah mempunyai beberapa kekebalan kerana tiada seorang pun daripada mereka ditangkap berhubung dengan dakwaan mereka menipu dan mengurung pelanggan.

Kata, beliau percaya terdapat komplot di sebalik apa yang berlaku.

"Saya benar-benar percaya. Memang benar. Tetapi pada tahap mana, saya tidak tahu," katanya.
Yusuf yang adalah ketua Unit Tindakan Khas PPIM mendakwa semua mangsa telah memberikan kenyataan kepada pihak polis tetapi belum ada seorang pun peniaga di Kompleks Kota Raya iyu ditangkap.

"Saya ingin bertanya kepada Ketua Polis Negara, mengapa sehingga kini tidak ada seorang pun (peniaga Kota Raya) ditangkap?


"Kita semua telah memberikan kenyataan," katanya yang juga hadir pada sidang media itu. Ugutan jenayah
Yusuf pada mulanya dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 24 Disember untuk memberi keterangan mengenai pergaduhan di kompleks itu awal minggu lalu.

Selepas memberikan kenyataan, beliau ditangkap di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Polis memohon tahanan reman selama tujuh hari, kata Yusuf sambil menambah bahawa beliau juga diberitahu bahawa tahanan reman selama tujuh hari lazimnya dikhaskan untuk mereka yang dituduh dengan jenayah yang serius.

Hakim bagaimanapun menolak permohonan itu.
Yusuf mendakwa dia hadir di Kompleks Kota Raya untuk menemani pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perintah bayaran balik daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Katanya, dia tidak agresif ketika berurusan dengan peniaga-peniaga di Kota Raya dan berjaya membantu pelanggan yang tidak berpuas hati mendapatkan sejumlah bayaran balik RM11,900 dengan memulangkan 12 telefon bimbit.

Menurutnya, akaun YouTube PPIM juga mempunyai bukti video urusannya dengan para peniaga berkenaan yang juga telah ditonton oleh pihak polis.
"Anda boleh rujuk kepada video. Saya tidak bersikap agresif atau kasar.

"Tidak ada isu-isu perkauman sama sekali," katanya.
Menegaskan bahawa isu Kota Raya bukan berkaitan dengan perkauman tetapi bagi menegakkan hak pengguna, Yusuf berkata, rakyat pelbagai kaum ditipu oleh peniaga-peniaga di Kota Raya.

Satu perbalahan tercetus di Kompleks Kota Raya pada 20 Disember lalu, berikutan sekumpulan pelanggan yang tidak berpuas hati dan Yusuf yang menghampiri peniaga yang didakwa menipu mereka.
Pergaduhan itu menyaksikan dua peniaga dan pekerja cedera dan beberapa premis dilaporkan rosak.

Walau bagaimanapun, PPIM menegaskan bahawa pergaduhan itu dicetuskan oleh kumpulan yang berasingan yang tidak berkaitan dengan mereka.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://1rakyat.blogspot.com/2015/12/mengapa-peniaga-menipu-tak-ditangkap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5666 Penindasan Tidak Akan Terlepas Lihat Kifarah Yang Terjadi Kepada Peniaga Ini Tv Ppim 16 01 2020

5666 Penindasan Tidak Akan Terlepas Lihat Kifarah Yang Terjadi Kepada Peniaga Ini Tv Ppim 16 01 2020

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 207 hits
Mudahnya gunakan alasan marketing untuk semata mata meraih keuntungan etika yang perlu dijaga dirasakan tak apa atas dasar helah marketing Sebagai pembeli kita ada hak untuk mendapatkan keperluan asas yang berkualiti dengan harga yang berpa...
Aktiviti Agama Berlebihan Di Sekolah Jejas Prestasi Murid Keluh Ibu Bapa

Aktiviti Agama Berlebihan Di Sekolah Jejas Prestasi Murid Keluh Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 381 hits
Ibu bapa dan ahli keluarga murid yang belajar di sekolah berasrama kerajaan bereputasi mempersoalkan apa yang dilihat seperti terlalu mementingkan amalan amalan agama yang mengganggu pelajaran Ramai mendapati amalan ritual dan aktiviti keag...
Main Judi Online 3 Pemuda Ditangkap Di Pekanbaru Diciduk Polisi

Main Judi Online 3 Pemuda Ditangkap Di Pekanbaru Diciduk Polisi

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 234 hits
Penggerebekan di dua warnet dilakukan oleh Tim Opsnal Subdit 3 Ditkrimum pada Senin sekitar pukul 21 30 WIB
Pelihara Satwa Dilindungi 3 Pria Di Sumut Ditangkap Polisi

Pelihara Satwa Dilindungi 3 Pria Di Sumut Ditangkap Polisi

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 157 hits
Petugas Ditreskrimsus Polda Sumut mengamankan 3 orang yang memelihara satwa dilindungi Seorang di antaranya personel kepolisian
5720 Lawak Abon Sekolahkan Jiran Kan Dah Kena Setepek Tv Ppim 31 01 2020

5720 Lawak Abon Sekolahkan Jiran Kan Dah Kena Setepek Tv Ppim 31 01 2020

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 193 hits
Perangai yang dah sebati dalam diri ni memang sukar nak diubah tapi jom tengok apa tips dan trick otai kita Abon nak sampaikan dekat korang semua okay Kalau lah peralatan elektrik korang boleh bersuara untuk menasihati korang pasti dia akan...
5712 Ppim Desak Kenakan Hukuman Mati Pada Pemandu Mabuk The Malaysia Online 30 01 2020

5712 Ppim Desak Kenakan Hukuman Mati Pada Pemandu Mabuk The Malaysia Online 30 01 2020

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 489 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan agar mengkaji semula serta mengenakan tindakan tegas terhadap pemandu dibawah pengaruh alkohol Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata kejadian kemalangan jalan raya yang berpunca dari...
5708 Penyerahan Memorandum Kempen Anti Pemandu Mabuk Kepada Perdana Menteri Malaysia Sidang Media Ppim 30 01 2020

5708 Penyerahan Memorandum Kempen Anti Pemandu Mabuk Kepada Perdana Menteri Malaysia Sidang Media Ppim 30 01 2020

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 416 hits
Kebelakangan ini kemalangan jalan raya berpunca daripada pemandu bawah pengaruh alkohol semakin kerap berlaku Ramai mangsa yang cedera parah atau mati akibat dari kemalangan yang berlaku Ramai keluarga juga menghadapi kesukaran akibat hilan...
5718 Isu Pemandu Mabuk Ppim Ehailing Fm 31 01 2020

5718 Isu Pemandu Mabuk Ppim Ehailing Fm 31 01 2020

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 661 hits
Isu pemandu mabuk PPIM PERTisk terpaksa bertindak menyerahkan memorandum kepada YAB Perdana Menteri tebgahhari tadi Sila ikuti sidang media khas bersama eHailingFM oleh Dato Nadzim Johan Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia serta Dat...
Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


7 2567 1 Top 100 By Darlene Ssru Ac Th

Slotxo 3 2567 Xo Slot 24 Top 75 By Tonja Slotxo24hr Win

Rajabhat University 1 Top 73 By Shawnee Ssru Ac Th 8 67

Turning Raw Data Into Stunning Presentations With One Click

Kurangkan Saiz Produk Tanpa Maklum Pembeli Boleh Kena Denda Rm35 000

Kes Pemerasan Rm1 25 Juta 3 Pegawai Kanan Polis Ditahan