Mengapa Peniaga Arab Bercakap Melayu Oleh Nik Hasyudeen


 


Saya baru terima kiriman emel artikel berikut daripada seorang pembaca Blog (terima kasih) berkenaan BAHASA. Saya mempunyai sedikit ulasan pada penghujungnya. 
Mengapa peniaga Arab bercakap Melayu? Oleh Nik Hasyudeen
Masa pertama kali saya nak ke Makkah, saya adalah belajar sikit-sikit kalimah-kalimah Arab agar mudah berkomunikasi di sana. Namun, bila lalu sahaja di kedai-kedai di sana, peniaga di sana terus menyapa, “Malaysia? Murah-murah”. Sapaan sebegini saya terima di Türkeye, Bangalore, Colombo dan di mana-mana tempat yang ramai pelancong Malaysia. Kita dikenali sebagai orang yang banyak berbelanja.

Nak membeli di sana tak perlu faham bahasa Arab. Mereka telah boleh menguasai bahasa kita dan bahasa-bahasa pelanggan-pelanggan mereka yang lain. Mengapa? Kerana nilai ekonomi di dalam penguasaan bahasa-bahasa berkenaan.

Begitu juga bila MARA nak menghantar saya ke Australia, diadakan ujian bahasa agar saya mampu memamahi pertuturan orang-orang di sana yang menggunakan bahasa Inggeris dengan loghat Aussie. Mengapa kita pula belajar bahasa mereka, kerana melalui bahasa itu kita boleh mengutip ilmu.

Di satu ketika dahulu, pemikir-pemikir Greek telah menjadi rujukan kepada pelbagai bangsa di dunia kerana falsafah-falsafah mereka. Nama-nama  seperti Plato dan Aristotle disebut-sebut sehingga dikatakan pemikiran mereka menyerap masuk sehingga ke dalam agama. Bagaimana pemikiran-pemikiran sebegini boleh tersebar jika tidak melalui bahasa?

Pada pandangan saya yang bodoh dan bukan profesor yang tersohor ni, bahasa  menjadi mulia jika melaluinya manusia boleh menimba ilmu, belajar peradaban dan juga berdagang. Ini bermakna masyarakat yang menggunakan sesuatu bahasa mestilah mengamalkan peradaban yang tinggi, banyak ilmu-ilmu baharu yang dicungkil melalui bahasa berkenaan dan menguasai bahasa berkenaan akan membuka peluang ekonomi yang lebih luas.


Kita kena menjadi menarik dahulu dan mampu menawarkan sesuatu yang tidak wujud di dalam bahasa-bahasa lain sekiranya kita menghormati bahasa kita dan mahu ianya tersebar.
Orang lain tidak perlu belajar bahasa Melayu untuk mengetahui apa yang berlaku mengenai 1MDB, salah satu jenayah kewangan yang terbesar di dunia. Yang pertama, ianya bukanlah mempunyai nilai peradaban yang tinggi kerana mengikut apa yang dibicarakan di mahkamah, ramai orang yang gagal menjalankan amanah yang mereka pikul dengan jujur. Kedua banyak buku-buku dan penulisan berkenaan 1MDB bukannya di dalam bahasa Melayu. Bersepah di dalam bahasa Inggeris. Ketiga, 1MDB bukannya penjana ekonomi negara tetapi sebaliknya menambah hutang negara pula.Sebagaimana perkara-perkara lain di dalam kehidupan, kita kena ada perkara-perkara yang orang lain tak ada dan menjadikan mereka lebih bernilai sebelum mereka mahu mendampingi kita. Sekarang ini pendidikan di Jerman percuma. Semua orang tahu Jerman mempunyai teknologi tinggi. Jadi, ramai ibubapa yang mendedahkan anak-anak mereka kepada bahasa Jerman untuk dihantar belajar di sana.

Ego dan emosi tidak akan menjadikan kita menarik bagi menjadikan bahasa kita popular. Kena ada nilai istimewa yang akan menjadikan ianya bernilai bukan sahaja di mata kita sendiri tetapi di mata orang lain juga. Di Silicon Valley, mereka mementingkan teknologi dan produk yang mampu diwujudkan, bukannya tata bahasa Inggeris yang digunakan. Rojak pun tak apa jika produk atau solusi yang dilahirkan akan menjadi jualan berbilion dollar. Namun, orang yang nak ke Silicon Valley kena ada asas bahasa Inggeris.


Orang Jepun boleh menyampaikan ucapan di dalam bahasa Jepun kerana orang luar tetap mencari peluang di sana kerana mereka merupakan ekonomi terbesar selepas Amerika dan China. Jangan terlepas pandang hakikat itu. Jangan pilih-pilih fakta yang memihak kepada hujah kita sahaja dan mengabaikan apa yang sebenarnya menjadikan bahasa mereka ada nilai antarabangsa.


Orang dari negara China dan Jepun apabila mereka berucap di dalam bahasa Inggeris di dalam persidangan antarabangsa bukanlah cemerlang sangat. Kita jauh lebih baik dari mereka. Namun, suara siapa yang didengari dan diberikan perhatian lebih, kita atau mereka. Tentunya pihak yang ada kuasa ekonomi, peradaban dan ilmu akan lebih berpengaruh dari pihak yang jual kangkung sahaja.
My Comments : 
India adalah kuasa raksasa dunia dalam mengekspot perisian computer software (melebihi US$210 Billion atau RM920 Billion). Tidak ada negara lain dalam dunia ini yang boleh menandingi India  dalam mengekspot perisian computer software. Dan 100% daripada industri computer software atau ICT di India adalah dalam bahasa Inggeris. Bukan dalam bahasa Tamil atau bahasa Kannada (dua bahasa utama di Bangalore). 
Negeri Tamil Nadu sendiri menguasai 25% daripada keseluruhan industry ICT India. Tanpa kebolehan berbahasa Inggeris tentu sekali Bangalore dan Tamil Nadu di India tidak boleh jadi pengekspot computer software yang terbesar di dunia. 
Tetapi bahasa Tamil adalah bahasa yang tertua sekali dalam dunia. Empayar Tamil Chola sahaja telah wujud selama lebih 1600 tahun (<300 BC hingga 1300 AD) dan menjadi empayar yang bertahan lama sekali dalam sejarah manusia (yang kedua adalah Empayar Rom yang bertahan kurang lebih selama 1300 tahun).  
Kawasan Empayar Chola termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia, Filipina Selatan dan Indo-China di mana lingua francanya pada zaman itu adalah bahasa Tamil dengan penggunaan Sanskrit dalam upacara keagamaan dan bahasa istana. Nama "Raja Chulan" seperti di Jalan Raja Chulan di Kuala Lumpur contohnya  ikuti nama "Raja-Raja Cholan" ia itu seorang raja empayar Chola yang terkenal. Chulia Street di GeorgeTown, Pulau Pinang juga merujuk kepada "Chola". 
(Untuk perbandingan dan fahaman Tuan-Tuan sahaja kesemua perkataan yang diwarnakan merah muda (pink colour) di atas berasal daripada bahasa Tamil atau Sanskrit. Perkataan "Melayu" pun sangat dekat dengan perkatan Tamil "malai-uur". Malai = gunung / bukit. Uur = negeri / tempat)
Penyerapan beribu perkataan bahasa Tamil dan Sanskrit ke dalam bahasa Melayu tidak berlaku dalam sehari, seminggu, sebulan, setahun atau seratus tahun. Ia telah mengambi masa berkurun-kurun, warisan dan peninggalan daripada kehadhiran Empayar Chola di rantau ini selama lebih 1600 tahun.
Walaupun demikian sejarahnya tetapi pada hari ini bahasa Tamil tidak boleh menjadi bahasa dunia. Bahasa Tamil bukan bahasa rasmi di India pun. Dan industri IT di Tamil Nadu bergantung 100% kepada bahasa inggeris. 
Antara sebab utama ialah bahasa Tamil masih tidak mampu menjelaskan 'complex scientific concepts' atau 'konsep yang rumit' terutama sekali bagi memahami konsep-konsep moden sains dan teknoloji. Bukan tak boleh tetapi masih belum lagi.
Contohnya CNC machine (computer numerically controlled machine) atau 'linear programming algorithm'  bukan saja kata nama (nouns) tetapi mempunyai pengertian yang khusus dan luas. Jadi industri ICT di Tamil Nadu dan Bangalore telah memilih untuk menggunakan bahasa inggeris sahaja untuk mempercepatkan proses memajukan industri ICT mereka. 
Saya rasa tidak mustahil jika kita gunakan bahasa Iban di Sarawak (contohnya) atau bahasa Orang Asli Senoi untuk majukan industri ICT tetapi ia mungkin akan mengambil masa yang sangat lama.
Ramai orang tidak tahu bahawa kesemua fakulti perubatan di IPTA dalam negara kita (UM, USM, UKM, UITM,  UIAM, USIM dsbnya) menggunakan bahasa Inggeris sahaja. Mereka pernah cuba mengajar ilmu perubatan dalam bahasa Melayu tetapi gagal, sebab bahasa Melayu tidak mempunyai vokabulari atau perkataan yang cukup yang boleh digunakan untuk mengajar dan menjelaskan ilmu perubatan moden. Jadi kesemua fakulti perubatan di IPTA dalam negara kita menggunakan bahasa Inggeris sahaja.

Tetapi apa yang menjadi misteri ialah kenapa sekolah asrama penuh dalam negara kita yang dibiayai Kerajaan menggunakan bahasa Inggeris sahaja padahal semua sekolah kebangsaan pula mengajar menggunakan bahasa Melayu? 

Dan yang lebih misteri ialah kenapa pada setiap tahun beratus-ratus perkataan Inggeris diimpot ke dalam kamus bahasa Melayu? Bahasa Melayu pun berkembang tetapi serupa mee segera yang direndam dalam air panas.
Angkatan tentera pejuang bahasa Melayu pula seronok sebab mereka boleh merebut peruntukan berpuluh juta Ringgit daripada Kerajaan untuk kontrak update dan mencetak edisi terbaru kamus Melayu dengan perkataan impot bahasa Inggeris yang latest itu.

Seperti mana di tulis oleh sdra Nik Hasyudin di atas bahasa Inggeris sekarang menjadi bahasa antarabangsa hampir dalam semua bidang - pengajian di universiti, sebagai bahasa ilmu, bahasa perdagangan dan ekonomi dunia, bahasa media antarabangsa, bahasa utama dalam Internet, bahasa undang-undang antarabangsa dan banyak lagi.    Jangan kita tertinggal sampan. Waris-waris Raja-Raja Chola pun sudah bercakap Inggeris dah.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.By Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/06/mengapa-peniaga-arab-bercakap-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mat Sabu Bercakap Hidup Melayu Hidup Melayu Mereka Ambil Harta Melayu

Mat Sabu Bercakap Hidup Melayu Hidup Melayu Mereka Ambil Harta Melayu

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 161 hits
28 05 2022 Ceramah Perdana sempena Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri dan Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Tahunan 2022 Amanah Kawasan Kubang Pasu Keadh
Akibat Dimainkan Dengan Pelbagai Dakyah Oleh Pimpinan Dan Ahli Kini Kerajaan Melayu Isle Gagal Kawal Harga Barang

Akibat Dimainkan Dengan Pelbagai Dakyah Oleh Pimpinan Dan Ahli Kini Kerajaan Melayu Isle Gagal Kawal Harga Barang

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 160 hits
NORMAN RADZUANIni fakta bukan auta Zaman PH segalanya murah Tapi ditipu dgn pelbagai dakyah dan hari ini bukan sahaja ayam sukar didapati tetapi harga melambung tinggi Itu belum harga barangan yg lain Org Melayu ini dia sanggup duit mereka ...
Keh Keh Padan Muke Rega Barang Naik Tanyalah Kerajaan Melayu Isle Atau Menteri Kpdnkk Sedang Lena

Keh Keh Padan Muke Rega Barang Naik Tanyalah Kerajaan Melayu Isle Atau Menteri Kpdnkk Sedang Lena

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 272 hits
BARANG NAIK 1 Kalau diperhatikan di media sosial ramai yang mengeluh harga barang naik Ayam tiada dalam pasaran dek kerana penguasaha ayam seolah olah mogok dengan Kerajaan Ikan dan daging pulak nauzubillah harga dah sampai level kayangan 2...
Bila Kerajaan Melayu Isle Memerintah

Bila Kerajaan Melayu Isle Memerintah

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 211 hits
FITNAH ZAMAN PH KINI KEMBALI KEPADA ZAMAN KERAJAAN MELAYU ISLE SELAIN REGA MINYAK DIZAMAN PH ANTARA 16 18 BAGI MINYAK MASAK KINI REGA TELAH MENJADI 36 PADAN MUKA MELAYU ISLE KAH KAH
Mengaku Parti Isle Bangsa Melayu Tapi Fitnah Kuat

Mengaku Parti Isle Bangsa Melayu Tapi Fitnah Kuat

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 229 hits
LIYANA MARZUKIDalam banyak2 Menteri PH dulu Menteri yang paling teruk kena kecam oleh geng UMNOPAS ialah YB Mujahid Walaun dan cytro berbayar memenuhkan ruang sosial media dengan sentimen kebencian Habis semua isu dibangkitkan Fitnah mengen...
Melayu Kenapa Lembek Mempertahan Perlembagaan

Melayu Kenapa Lembek Mempertahan Perlembagaan

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 242 hits
Melayu hanya emosi dan melenting dalam isu ranting tetapi lalai dan diam dalam isu cabang dan hak mutlak
Khir Rahman Dedah Pernah Sumbang Suara Untuk Watak Mickey Mouse Versi Melayu

Khir Rahman Dedah Pernah Sumbang Suara Untuk Watak Mickey Mouse Versi Melayu

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 198 hits
Siapa tidak kenal dengan watak Mickey Mouse yang diciptakan oleh Walt Disney pada tahun 1928 Pada sekitar 2006 rancangan Mickey Mouse Clubhouse pernah diterbitkan Uniknya rancangan tersebut menampilkan Mickey Mouse dialih bahasa ke dalam Ba...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba