Mengapa Pas Lebih Gelisah Dengan Pertukaran Jawatan Pm



Semua kita tahu, Pas dan Umno adalah parti yang paling kuat menghentam cadangan PH untuk menabalkan Tun M sebagai PM sebelum PRU14 yang lalu. Tiada satu pun tulisan atau kenyataan dari mana-mana pemimpin Pas dan Umno yang merasa seronok dengan ketetapan yang dicapai oleh PH waktu itu.Apa yang tidak dikata tentang keburukan Tun M oleh kedua-dua parti tersebut sebelum ini? Tun M dianggap pemimpin tua kitar semula, PH dituduh tiada kepimpinan baru, PH dituduh mengangkat kembali seorang diktator, kerajaan baru lebih teruk jika Tun M jadi PM, dan banyak lagi kata-kata mereka yang cuba mempengaruhi PH agar tidak memilih Tun M sebagai PM sekiranya PH berjaya membentuk kerajaan. Paling celupar, mulut Hadi Awang, Presiden Pas yang ego dan sombong apabila menyatakan Tun M hanya layak jadi doktor di klinik 1 Malaysia. Beliau lupa, Tun M telah pun menjadi PM lebih 20 tahun berbanding Hadi yang hanya jadi MB Terengganu sepenggal.
Tulisan Ustaz Zakaria di dalam Harakah bertarikh 28 Jun 2019, beliau memperlihatkan kegelisahan Pas sekiranya peralihan kuasa itu berlaku. Secara tiba-tiba segala bentuk pujian diberikan kepada Tun M selaku PM, tetapi beliau terlupa baru beberapa hari yang lalu Muktamar Pas menjatuhkan fatwa 'wajib menjatuhkan kerajaan PH" di bawah Tun M. Kalau kepimpinan Tun M itu baik pada pandangan Pas, dari mana datangnya fatwa 'wajib menjatuhkan kerajaan PH"?. Itu dalil menunjukan parti ini menjual agama sesuka hati dan bila-bila masa sahaja.
Di dalam tulisannya, beliau mempersoalkan bagaimana mungkin Anwar boleh menjadi PM tanpa menjadi TPM terlebih dahulu? Beliau hanya melihat kepada amalan tradisi semata-mata tanpa melihat kepada aspek perundangan atau perlembagaan. Tradisinya memang begitu, sebelum ini PM adalah datangnya dari TPM. Itu di era Umno, di mana tradisinya juga Presiden Umno itu akan menjadi PM dan Timbalan Presidennya pula bakal menjadi PM selepas itu. Tradisi bukan undang-undang yang wajib diikuti. PH memecah tradisi purba itu di mana PM dari parti lain dan Timbalannya dari parti lain di dalam PH. Ertikata, semangat perkongsian kuasa ini lebih terserlah di bawah PH. Tun M menjadi PM sekarang adalah dari parti Bersatu, Timbalannya adalah Kak Wan dari parti KEADILAN. Tiada siapa boleh dakwa kerajaan sekarang di bawah telunjuk Bersatu, jauh sekali untuk menuduh kerajaan sekarang di bawah telunjuk Dap.

Di dalam mempertahankan Tun M untuk terus menjadi PM lebih lama, penulis ini juga menyebut bahawa apa yang Tun lakukan sekarang sudah baik dan tidak ada keperluan untuk ditukarkan kepada PM yang baru. Pengakuan ini saya percaya datangnya secara ikhlas, dan kami di dalam PH juga turut yakin dengan kewibawaan Tun M, sebab itulah PH tidak silap menabalkan beliau sebagai PM selepas PH berjaya jatuhkan rejim kleptokrasi di dalam PRU14 yang lalu, apatah lagi ketika itu Anwar di dalam penjara dan tidak boleh diangkat terus menjadi PM.
Sebagaimana yang sering diulang oleh Tun M sendiri, beliau akan menyerahkan jawatan PM kepaada Anwar Ibrahim kerana ini adalah perjanjian yang termaktub di dalam manifesto. Anwar juga turut berulangkali menyatakan sokongan padu beliau kepada Tun M sebagai PM untuk merealisasikan reformasi di dalam pentadbiran negara. Apa yang sering diperdebatkan dan diperkatakan hanyalah tempuh dan jangkamasa peralihan kuasa akan berlaku, itu saja. Setakat ini, PH masih berpegang teguh kepada perjanjian iaitu Tun M akan menjadi PM sehingga masanya yang sudah tentu akan diincangkan oleh Majlis Presiden, bukannya oleh Tun M seorang diri atau oleh Anwar atau oleh sesiapa. Begitu juga dengan jawatan TPM, di mana Kak Wan sendiri telah menyatakan beliau akan berundur apabila Anwar menjadi PM. Pengganti Kak Wan sebagai TPM nanti mungkin Muhyiddin, mungkin Mat Sabu atau sesiapa sahaja dari pemimpin utama di dalam PH yang akan diputuskan oleh Majlis Presiden.

Penulis silap besar untuk mengheret PH mengikut tradisi purba di zaman Umno. Hakikatnya, Pas amat takut kecemerlangan pentadbiran Tun M sekarang ini akan diwarisi pula oleh Anwar, seorang tokoh yang tidak kurang hebatnya dengan Tun M. Idea-idea islamik yang sering dibawa oleh Anwar sewaktu beliau menjadi TPM di era Tun M dahulu amat membimbangkan Pas. Bayangkan seorang PM akan datang adalah bekas Menteri Kewangan terbaik Asia. PM akan datang adalah tokoh yang menubuhkan ABIM (angkatan Belia Islam Malaysia) satu pertubuhan yang terkenal di dalam membawa suara-suara Islam hingga sekarang di mana beliau pernah menjadi Presiden ABIM dan Timbalannya adalah Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Presiden Pas. Hadi juga pernah berada di bawah Anwar ketika itu di dalam ABIM. Sekiranya PM akan datang mempunyai roh Islam meskipun beliau bukan Ulamak seperti Mokhtar Senik atau Nik Amar, tidak hairanlah Pas bimbang Anwar menjadi PM kerana Pas akan kehilangan modal besarnya.Bagi Umno pula, sekiranya Anwar menjadi PM maka Umno kehabisan modal untuk memainkan isu-isu perkauman Melayu. Anwar juga terkenal dengan prinsipnya mempertahankan maruah Melayu termasuk bahasa. Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya dan Presiden Kesatuan Kebangsaan Penuntut Muslim Malaysia. Anwar pernah dipilih sebagai Presiden Persidangan Agung UNESCO. Universiti Islam Antarabangsa tidak boleh dipisahkan dari menyebut nama Anwar kerana beliau pernah menjadi Presiden universiti tersebut. Mana mungkin insan bernama Anwar Ibrahim ini akan memusnahkan Melayu. Itu yang dikhuatiri oleh Umno walaupun sewaktu Umno memerintah, segala hak Melayu tergadai dan terancam.
Untuk tahun 2018, nama Anwar disenaraikan dalam kategori "Top 50 + 25 Honorouble Mentions (ahli politik/ pemerintah)", sebaris dengan Raja Salman bin Abdulaziz (Arab Saudi), Raja Abdullah II bin Al-Hussein (Jordan), Presiden Reccep Tayyip Erdogan (Turki), Raja Mohammed VI (Maghribi), Sayyid Qaboos bin Said Al Said (Oman), Putera Mahkota Muhammad Bin Salman (Arab Saudi), Presiden Joko Widodo (Indonesia), Presiden Mahmoud Abbas (Palestin), Presiden Abdel Fattah Saeed Hussein Khalil el-Sisi (Mesir), Abdul-Malik Badreddin al-Houthi (Yaman), Sadiq Khan (United Kingdom), Putera Zeid bin Ra’ad Zeid al-Hussein (Jordan) serta Khaled Mashal (Palestin). Inilah bakal PM ke 8. Ertinya, Anwar bukan nama yang berlegar di Permatang Pauh atau di Malaysia sahaja.Rakyat sekarang telah mulai merasa lega sedikit berbanding setahun yang lalu disaat kerajaan baru PH sedang bergelut untuk membaiki kerosakan yang ditinggalkan oleh rejim kleptokrasi yang kini berada di dalam kelambu Pas. Masih banyak lagi yang sedang dan akan diperbaiki, InsyaAllah, apabila semuanya telah pulih, rakyat akan melihat wajah sebenar yang ingin dipamerkan oleh kerajaan PH. Buat Pas, lebih baik kamu tumpukan kepada belajar menyanyi lagu Umno dan Umno pula cubalah belajar menyanyi lagu Pas. Bab peralihan kuasa PM, PH ada jawapannya.

WFAUZDIN NS




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/06/mengapa-pas-lebih-gelisah-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendirian Pas Pemimpin Beriman Tidak Berintegriti Lebih Baik Daripada Pemimpin Berintegriti Tidak Beriman

Pendirian Pas Pemimpin Beriman Tidak Berintegriti Lebih Baik Daripada Pemimpin Berintegriti Tidak Beriman

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 268 hits
Terpenting kita wajib membina syakhsiah dengan petunjuk Islam menunjukkan model integriti yang tinggi walaupun setiap manusia ada sifat kelemahan makhluk melakukan kesalahan dan dosa tetapi syarat Islam yang memimpin diwajibkan itu hendakla...
Pertembungan 4 Penjuru Bagi Jawatan Naib Presiden Pas

Pertembungan 4 Penjuru Bagi Jawatan Naib Presiden Pas

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 256 hits
DENYUT REFORMASI Pertembungan empat penjuru dijangka berlaku bagi merebut jawatan naib presiden PAS apabila Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut dicalonkan bagi menduduki kerusi berkenaan Selain Ahmad Samsuri tiga penyand...
Setnov Pelesiran Kpk Ingin Kinerja Ditjen Pas Pada Napi Lebih Baik Lagi

Setnov Pelesiran Kpk Ingin Kinerja Ditjen Pas Pada Napi Lebih Baik Lagi

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 341 hits
KPK menghargai pemindahan napi tersebut namun memang dengan berulangnya publik melihat ada narapidana yang berada di luar Lapas hal tersebut tentu akan berisiko bagi kredibilitas Kementerian Hukum dan HAM khususnya Ditjen PAS kata Febri lew...
Tidak Akan Pegang Jawatan Pm Lebih Tiga Tahun Tun Dr Mahathir

Tidak Akan Pegang Jawatan Pm Lebih Tiga Tahun Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 371 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sekali lagi menegaskan pendiriannya akan menyerahkan jawatannya kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh tiga tahun Tegasnya beliau telah berjanji akan berundur dan Anwar akan menggantikan be...
Fitnah Lebih Besar Mungkin Berlaku Pada Pru15 Pas

Fitnah Lebih Besar Mungkin Berlaku Pada Pru15 Pas

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 214 hits
PH akan jadi kerajaan sepenggal kerana gagal tunai janjiBANGI PAS tidak menolak kemungkinan fitnah lebih besar bakal berlaku bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang Serentak itu wakil Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi menggesa semu...
Cukai Perniagaan Digital Akan Wujudkan Suasana Perniagaan Lebih Adil Seriuslah

Cukai Perniagaan Digital Akan Wujudkan Suasana Perniagaan Lebih Adil Seriuslah

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 245 hits
Persatuan Tunas Usahawan Nasional menyambut baik cadangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengenakan cukai perniagaan dalam talian Presiden Pertunas Amir Hakimin Che Razali berkata ia adalah langkah tepat bagi memastikan perse...
Cubaan Edar Lebih 500kg Syabu Dalam Bungkusan Teh Cina Gagal Pdrmsia

Cubaan Edar Lebih 500kg Syabu Dalam Bungkusan Teh Cina Gagal Pdrmsia

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 244 hits
Polis Selangor berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan merampas dadah jenis syabu seberat 556 2 kilogram bernilai kira kira RM27 8 juta dalam satu serbuan di Subang Jaya Jumaat lalu JOHORTIMES MY Please Subscrib...
Perkampungan Betawi Setu Babakan Lebih Terang Berkat Ribuan Lampu Led Dari Ace

Perkampungan Betawi Setu Babakan Lebih Terang Berkat Ribuan Lampu Led Dari Ace

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 147 hits
Perkampungan Budaya Betawi Setu Babakan di Jakarta Selatan mendapat donasi 1 250 lampu hemat energi dari ACE melalui Kawan Lama Foundation Donasi lampu hemat energi dan lampu hias itu digunakan untuk fasilitas umum dan pemukiman di Perkampu...
Ternyata Susu Tidak Menyebabkan Seseorang Menjadi Lebih Gemuk

Ternyata Susu Tidak Menyebabkan Seseorang Menjadi Lebih Gemuk

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 141 hits
Menurut Spesialis Gizi Klinis dr Diana F Syganda M Kesm Sp GK susu mengandung banyak makronutrien yang terdiri dari karbohidrat protein lemak lemak jenuh tidak jenuh tunggal tidak jenuh ganda asam lemak omega 3 dan asam lemak omega enam Ser...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization