Mengapa Baru Sekarang Timbul Cerita Johor Dan Trengganu


OOOOO, ADA GADUH KA ? ‘Tak boleh batalkan perlembagaan Johor hanya kerana isu dengan sultan’    Bekas menteri besar Johor Khaled Nordin membidas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang berkata undang-undang tubuh negeri itu terbatal.
“Dia tidak boleh kata undang-undang tubuh negeri terbatal hanya kerana dia bertelagah dengan sultan Johor,” katanya kepada Malaysiakini. APABILA DENDAM MEMBARA, MAKA MACAM-MACAM BOLEH BERLAKU.SELAMA INI PERKARA YANG BERBANGKIT TIDAK PERNAH DIKETAHUI OLEH RAKYAT.APABILA ADA DENDAM, MAKA ADA PEHAK YANG TERINAYA DAN INAYA.YANG JADI MANGSA ADALAH RAKYAT, MEREKA NAK IKUT MANA ? NAK SOKONG MANA ?PERANGAI YANG SEBEGINI, WAJARKAH RAKYAT MENCONTOHINYA ?SETELAH MELAYU BERPECAH LIMA, AKAN BERPECAH LAGIKAH MELAYU ? SIAPA KASI PECAH ? AL MAKLUUUM !!!-Pak Karamu-TMJ tunjuk artikel perlembagaan untuk jawab Dr MNews  |  Diterbitkan 24 Apr 2019, 10:01 malam  |  Dikemaskini 24 Apr 2019, 10:01 malam     Tunku Ismail Sultan Ibrahim membalas kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan perlembagaan negeri Johor dan Terengganu terbatal apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk.
Menerusi Twitter, Putera Mahkota Johor itu berkongsi tangkap layar dua artikel Perlembagaan Persekutuan berkaitan jaminan persekutuan terhadap perlembagaan negeri serta kedaulatan Raja-raja.
Perkara 71 (1) Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri menyebut: Persekutuan hendaklah menjamin hak Raja sesuatu Negeri untuk naik takhta dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan di sisi perlembagaan bagi Raja Negeri itu mengikut Perlembagaan Negeri itu; tetapi apa-apa pertikaian tentang hak naik takhta mana-mana Negeri hendaklah diputuskan semata-mata oleh mana-mana pihak berkuasa, dan semata-mata mengikut apa-apa cara, yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri itu.
Perkara 181 (1) pula menyebut: Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja dan prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Pembesar-Pembesar Memerintah Negeri Sembilan di bawah wilayah-wilayah mereka masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga kini adalah tetap dan tidak terjejas.
Terdahulu, perdana menteri hari ini menulis di blognya bahawa perlembagaan negeri Johor dan Terengganu terbatal apabila persekutuan Tanah Melayu dibentuk.
Baca Dr M: Perlembagaan Johor, T'ganu 'terbatal' bila Malaya dibentuk
Tulisan itu disiarkan di tengah-tengah krisis antara Mahathir dengan Istana Johor berhubung pemilihan menteri besar yang baru dan anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri.
"Perlembagaan negeri Johor dan Terengganu yang diisytiharkan sebelum ini dibatalkan oleh perlembagaan baru yang diterima oleh semua negeri.
"Oleh itu pada 9 Mei, 2018, rakyat Malaysia mengundi untuk memilih kerajaan (Persekutuan) Malaysia dan kerajaan-kerajaan negeri.
"Adalah penting bahawa semua orang menghormati perlembagaan dan mematuhinya. 
Kegagalan berbuat demikian akan menafikan peraturan undang-undang," katanya dalam catatan blog petang ini.
Perlembagaan Johor dimasyurkan pada tahun 1895 manakala Perlembagaan Terengganu diisytiharkan pada tahun 1911 dan masih berkuatkuasa sehingga kini.
Perlembagaan negeri di semua negeri Tanah Melayu merupakan asas pembentukan Dewan Undang Negeri masing-masing serta memberi panduan terhadap pembentukan kerajaan negeri.
Speaker Dun Johor, Suhaizan Kayat berkata, kenyataan Mahathir itu boleh memberi kesan serius kepada kerajaan Johor dan Terengganu serta mencadangkan agar isu itu dibincangkan oleh pakar daripada persekutuan dan negeri.
Bekas menteri besar Johor Khaled Nordin pula berkata Mahathir tidak boleh mengatakan undang-undang tubuh negeri terbatal hanya kerana bertelagah dengan sultan Johor.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://abnnasution.blogspot.com/2019/04/mengapa-baru-sekarang-timbul-cerita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Johor Ingatkan Kerajaan Negeri Jangan Sibuk Reka Cerita Dan Tabur Fitnah

Sultan Johor Ingatkan Kerajaan Negeri Jangan Sibuk Reka Cerita Dan Tabur Fitnah

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 280 hits
KUALA LUMPUR Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan pentadbiran kerajaan negeri supaya tidak membuang masa dengan banyak bercakap tentang perkara yang tidak berfaedah menabur fitnah dan mereka reka cerita hanya un...
Cerita Raffi Ahmad Dulu Suka Dugem Sekarang Rajin Ikut Kajian Agama

Cerita Raffi Ahmad Dulu Suka Dugem Sekarang Rajin Ikut Kajian Agama

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 48 hits
Artis Raffi Ahmad menjadi salah satu artis yang hijrah Dia sering mendatangi acara kajian agama bersama sesama rekan artis
Ukur Prestasi Mb Baru Johor Ikut Piawaian Rakyat

Ukur Prestasi Mb Baru Johor Ikut Piawaian Rakyat

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 129 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Dr Sahruddin Menteri Bes...
Kenali Mb Johor Ke 17 Yang Baru Iaitu Dr Sahruddin Jamal

Kenali Mb Johor Ke 17 Yang Baru Iaitu Dr Sahruddin Jamal

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 224 hits
Kenali MB Johor Ke 17 Yang Baru Iaitu Dr Sahruddin Jamal Dr Sahruddin 43 menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletak jawatan Isnin lalu Sebelum ini beliau menyandang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Alam Sekitar dan Pertani...
Mb Baru Johor Angkat Sumpah Esok

Mb Baru Johor Angkat Sumpah Esok

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 133 hits
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk melantik menteri besar Johor yang baru pagi esok Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga telah berkenan untuk melantik Menteri Besar yang baharu dan Istiadat Penyerahan Surat Tauliah d...
Johor Dapat Mb Baru Hari Ini

Johor Dapat Mb Baru Hari Ini

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 71 hits
KUALA LUMPUR Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar hari ini berkenan untuk melantik Menteri Besar yang baharu dan Istiadat Penyerahan Surat Tauliah serta Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Baharu Ia selepas Baginda semalam berkenan mene...
Kajian Ma63 Akan Di Buat Kenapa Baru Sekarang

Kajian Ma63 Akan Di Buat Kenapa Baru Sekarang

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 63 hits
Selepas gagal mendapat sokongan penuh di Parlimen barulah kini kedengaran ura ura persediaan dan kajian tentang tuntutan MA63 Sabah Sarawak dilakukan dan walaupun usaha ini nampak hebat tetapi tetap ada kemusykilan Persoalannya selama berta...
Ini Adalah Mb Johor Yang Baru

Ini Adalah Mb Johor Yang Baru

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 91 hits
Ini Adalah MB Johor Yang Baru Nama bakal menteri besar Johor yang baru akan dipersembahkan kepada kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebaik perletakan jawatan Osman Sapian mendapat perkenan baginda Presiden Bersatu Muhyiddin...
Kenapa Mak Dulu Boleh Jaga 10 Anak Mak Sekarang Anak Baru Tiga Dah Kecoh

Kenapa Mak Dulu Boleh Jaga 10 Anak Mak Sekarang Anak Baru Tiga Dah Kecoh

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 90 hits
Tu kena faham dulu sebelum keluarkan statement yang bukan bukan Contohnya macam statement acik bawang ini Eleh makcik dulu anak ramai boleh je jaga ko baru tiga dah macam tak cukup tangan Hmmmm dalam sedar tak sedar zaman dulu dan zaman sek...
Respon Lelaki Cina Ini Terhadap Status Fb Adnan Seman Buat Rakyat Malaysia Terkedu

Gila Pengasuh Mengaku Letak Ubat Tidur Dalam Botol Susu Baby

Wanita Sibuk Layan Nafsu Sendiri Sambil Memandu Di Highway Di Melaka

Wow Kucing Merajuk Kena Tinggal Akhirnya Muncul Mengadap Tuan Maid Merompak Terus Lesap Terima Kasih Cctv

Lelaki Gatal Tangan Ditahan Akui Terpengaruh Dengan Cerita Csi Bazookapenaka

Tular Patung Askar Jepun Pihak Majlis Daerah Kerian Tampil Beri Kenyataan

10 Tips Berbelanja Secara Berhemah

Berdoa Dengan Asmaul Husna Al Muqtadiir



3 Jenis Tulisan Orang Melayu Lama Rencong Pallavi dan Kawi

Biodata Luqman Hafidz Pelakon Drama Tuan Danial

Senarai Lagu Tugasan Konsert Big Stage 2019 Minggu Pertama

Senarai Penuh Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 ABPBH32

6 Watak Popular Yang Direka Berdasarkan Manusia Sebenar


Familiarization Trip Ke Magic World Penang Dan Malayan Culture Magic Show

Memahami Beberapa Langkah Mudah Seorang Penjual Jago Jualan

Everett Ross Akan Kembali Dalam Filem Sekuel Black Panther 2

Kita Buat Keputusan Di Dalam Kesakitan

Tak Susah Nak Sihat Mereka Kongsi Bagaimana Boleh Kurus Dengan Berjalan Kaki

Mengidam Ekstrem Pujuk Baby Kat Dalam Tu