Mengalah Lagi Kepada Pembuli Ambiga Ciap Kekecewaannya
Diterbitkan 7 Dis 2018, 3:24 petang
Bekas presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Ambiga Sreenevasan membidas pembatalan sambutan Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa esok, yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
"Sekali lagi mengalah kepada pembuli," ciapnya di laman Twitter.
Ambiga Sreenevasan@Ambiga_S
Again giving in to bullies
122:16 PM - Dec 7, 2018Twitter Ads info and privacy
See Ambiga Sreenevasan's other TweetsTwitter Ads info and privacyTerdahulu, Malaysiakini melaporkan pihak polis menyarankan Suhakam supaya menangguhkan sambutan Hari Hak Asasi Manusia di Padang Timur, Petaling Jaya, esok yang juga akan dihadiri oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi Suhakam, Razali Ismail yang mengesahkan pembatalan itu, berkata, polis menyatakan bahawa terdapat risiko keselamatan yang mungkin timbul jika sambutan berkenaan diteruskan.
Beliau juga kecewa kerana kerajaan kelihatan terpengaruh dengan tekanan yang ada.
"Suhakam kecewa kerana kerajaan yang komited kepada hak asasi manusia seakan-akan terpengaruh dengan taktik tekanan dan ekstremisme sehingga mengakibatkan acara yang telah dirancang sejak beberapa bulan lalu terpaksa ditangguhkan," katanya.
Dalam tweet terdahulu, Ambiga menyatakan tidak percaya dengan pembatalan itu.
"Arah Suhakam batalkan acara menyambut Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang telah kita lakukan selama bertahun-tahun. Wow! Ini adalah yang pertama.
"Jadi sekarang kita menyambutnya dengan membatalkan majlis dan bukan menganjurkannya! Hebat," katanya sambil menegaskan bahawa Malaysia adalah anggota Majlis Hak Asasi Manusia PBB.
Ambiga Sreenevasan@Ambiga_S
Asking SUHAKAM to cancel an event that celebrates International Human Rights Day which many have done for years and years. Wow! That’s a first. So now we celebrate by cancelling events rather than having them! Great. And we were on the Human Rights Council!!
87
2:15 PM - Dec 7, 2018
Twitter Ads info and privacy
88 people are talking about this
Twitter Ads info and privacy
[Baca berita penuh]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/mengalah-lagi-kepada-pembuli-ambiga.html