Mengadap Agong Peluang Terbuka Untuk Berterus Terang






Sejak semalam, keadaan dalam negara agak bergegar dengan berita mengenai Yang Dipertuan Agong diberitakan akan memanggil ketua-ketua parti untuk mengadap baginda pada 9 hingga 11 Jun ini.


Meskipun gambaran awal mengatakan pertemuan itu berkemungkinan berkenaan sesuatu perubahan dalam negara, tetapi semakan dengan pelbagai pihak mengatakan ia lebih bertujuan untuk Agong mendapat gambaran atau pandangan berhubung situasi semasa dalam negara daripada ketua-ketua parti yang ditemui itu.


Khusus dikatakan yang menjadi perhatian serius baginda ialah berkaitan isu Covid19 dan proklamasi darurat yang sedang membelenggu resah serta gelisah rakyat ketika ini.


Dengan demikian, haruslah disedari bahawa pertemuan dengan ketua-ketua parti itu dengan sendirinya menyerlahkan keprihatinan Agong terhadap keadaan negara yang tidak menentu, ditambah dengan lemahnya kerajaan dan Mahiaddin Md Yasin dalam memimpin negara.


Sehubungan itu, usaha baginda mengadakan pertemuan itu bukan saja sesuatu yang baik, malah harus dipuji kerana Agong sebagai ketua negara terbukti memahami denyut nada rakyat di bawah ini.


Bagi tujuan mendapat maklumat yang lebih jelas dan telus, difahamkan pertemuan itu akan dilakukan secara seorang demi seorang mengadap baginda di Istana Negara.


Maklumat lain menyebut, selepas pertemuan dengan ketua-ketua parti nanti, turut menyusul kemudiannya ialah mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu.


Begitu pun, apa yang penting di sini, semua ketua-ketua parti yang selama ini telah secara terbuka menzahirkan bahawa kerajaan PN ini gagal mentadbir negara, gagal mengurus Covid19, gagal membina ekonomi, gagal menjaga rakyat dan gagal menjamin demokrasi yang subur sehingga Parlimen dimandulkan, mereka haruslah berterus-terang dan menyatakannya secara jujur pandangan mereka kepada baginda.


Mereka juga harus memaklumkan kepada baginda bahawa darurat ini bukan setakat gagal membendung Covid19 dan tidak terlihat fungsinya untuk memerangi wabak tersebut, yang menonjol hanyalah bagaimana ia telah diselewengkan tujuannya semata-mata untuk menongkat kuasa Mahiaddin yang semakin genting sebagai Perdana Menteri.


Dengan itu, darurat ini wajar ditamatkan dan lebih baik lagi jika dipercepatkan tarikh penamatannya.


Berdasarkan kepada segala kegagalan itu, yang busuk dan tercemar kini tidak saja PN sebagai kerajaan dan parti-parti yang menyokongnya, malah nama serta imej negara yang dinaungi Agong juga.


Jika ramai ketua parti atau sebahagian besar daripada mereka yang mewakili majoriti Ahli-Ahli Parlimen dapat berbuat demikian, kebarangkalian negara ini dapat diselamatkan adalah lebih cerah lagi.


Ketua-ketua parti, sama ada dalam PH dan blok pembangkang yang selama ini memang diketahui sentiasa menegur kerajaan, mereka harus menganggap pertemuan dengan Agong yang bermula esok itu sebagai suatu peluang terbuka dan keemasan yang datangnya hanya sekali saja.


Lebih penting lagi ialah buat UMNO, walaupun mereka sebahagian daripada kerajaan, tetapi oleh kerana lebih berwatak pembangkang sejak kebelakangan ini, inilah juga masanya untuk mereka menyatakan pendirian sebenar tentang kerajaan PN.


Semuanya mesti memberi gambaran yang sebenar, betul dan jujur kepada Agong mengenai keadaan negara ini di mana selain Mahiaddin telah terbukti gagal selama ini, kerajaan PN hanya akan menambah lebih banyak rekod kegagalan lagi jika terus memimpin negara ini.


Hanya dengan berterus-terang dan tidak lagi terus mempertahankan kerajaan gagal ini, barulah ada sinar di hujung terowong kepada mungkin atau perlunya sesuatu dilakukan untuk memulih dan menyelamatkan negara ini daripada terus berada dalam kegagalan.


Jika tidak, sama-samalah kita bersedia untuk tenggelam dengan kegagalan yang semakin hari semakin parah ini. (ShahbudinHusin 8/6/2021)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/mengadap-agong-peluang-terbuka-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Selesai Mengadap Ydp Agong

Muhyiddin Selesai Mengadap Ydp Agong

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 236 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Negara jam 8 56 pagi di sini hari ini Pertemuan Perdana Menteri yang juga Preside...
Ampun Tuanku Tolong Tuanku Rakyat Susah Tuanku Rayu Lelaki Sambil Menangis Kepada Agong

Ampun Tuanku Tolong Tuanku Rakyat Susah Tuanku Rayu Lelaki Sambil Menangis Kepada Agong

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 158 hits
May 31 2021 Pemanggil menghubungi Mustapa Mansor Amer Mohd Isa sebelum membuat rayuan penuh emosi kepada Agong dan Raja Raja Melayu PETALING JAYA Rayuan penuh emosi seorang lelaki kepada Yang di Pertuan Agong dan Raja Raja Melayu untuk camp...
Titik Dua Memang Trademark Dia Ibu Neelofa Nafi H1na Agong Warganet Siasat Cara Menaip Mesej Sama

Titik Dua Memang Trademark Dia Ibu Neelofa Nafi H1na Agong Warganet Siasat Cara Menaip Mesej Sama

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 296 hits
Yup memang aku pon tergolong dalam sp3sis dua titik selepas ayat memang ni akan jadi habit out of control kalau taip posting wasap mesej hahahaha Kemudahan dan kemahiran ICT telah membolehkan anggota masyarakat berkomunikasi tanpa sempadan ...
Iswardy Morni Issue People Can Raise Issues To The Agong Said Anwar

Iswardy Morni Issue People Can Raise Issues To The Agong Said Anwar

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 371 hits
Anwar was asked about Sarawak PKR party member Iswardy Morni who has been arrested for allegedly insulting the Yang di Pertuan Agong Anwar said people could raise issues and inform the King especially during hard times but it should be hand...
Iswardy Morni Tak Mengaku Salah Hasut Hina Agong

Iswardy Morni Tak Mengaku Salah Hasut Hina Agong

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 338 hits
NOOR AZLIDA ALIMIN 01 Jun 2021Iswardy keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa selepas diikat jamin atas tuduhan menghasut dan menghina Yang di Pertuan Agong KUALA LUMPUR Pengerusi Pro Keadilan Sarawak Iswardy Morni mengaku tida...
Kenyataan Hasutan Dan Hina Agong Iswardy Morni Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah

Kenyataan Hasutan Dan Hina Agong Iswardy Morni Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 343 hits
KALA LUMPUR Pengerusi Pro Keadilan Sarawak Iswardy Morni mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan di laman sosial Facebook miliknya yang berbaur hasutan dan menghina Yang di Pertuan A...
Hebat Speaker Parlimen Agong Pun Cuba Disekolahkannya Juga

Hebat Speaker Parlimen Agong Pun Cuba Disekolahkannya Juga

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 418 hits
Awal awal dulu Speaker Azhar Harun ada cakap yang Jawatankuasa jawatankuasa Dewan Rakyat bolih bermesyuarat seperti biasa walaupun semasa Dewan digantung dengan Perintah Darurat Ini kali kedua Azhar Harun bersuara Selepas timbalannya sudah ...
Iswardy Morni Lebih Daripada Menghina Yang Di Pertuan Agong

Iswardy Morni Lebih Daripada Menghina Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 277 hits
Saya telah berpeluang menonton dan mencatitkan sebiji sebiji ucapan dalam video yang menyebabkan Iswardy Morni ditahan oleh pihak polis Tidak dinafikan bahawa perkara utama yang menimbulkan kemarahan rakyat adalah tindakan beliau menghina Y...
Agong Advises Sarawak Govt To Continue Functioning After Its Term Ends On June 6

Agong Advises Sarawak Govt To Continue Functioning After Its Term Ends On June 6

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 314 hits
The King stated that the state government had the power to continue functioning during the Emergency period as allowed by His Majesty through the declaration effective from last January 11 until this August 1 Yang di Pertuan Agong Al Sultan...
Kenapa Mustahil Untuk Manusia Pergi Ke Bintang Lain

Rightist Don Grilled For Telling Urban Parents Kids Should Master Bahasa Melayu First Before English

It S 1mdb All Over Again With Fifa Sanctions

Arts And Craft Are Food For The Soul Says Tunku Azizah

Ultimate Healthy Breakfast Bars For Weight Loss Recipe Low Calorie

Nothing Lancar Cmf Headphone Pro Dengan Bateri 100 Jam

Harsh Scolding Was Considered A Normal Part Of Hostel Life

Blogger Terkenal Perlu Amalkan Blog Walking Kenalkan Blog


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Tinggal September

Ayam Sweet Sour Simple Dan Bab Menerima Takdir

Ba88 27 August Ba88 Top 42 By Cleo

Fomo Kawan Dah Guna Peranti Terkini Ini Tips Berguna Miliki Peranti Baru Tanpa Kopak Akaun Bank

Hab Pengecasan Pantas Pertama Pro Net Rasmi Di Tanjung Malim Kadar Rm0 80 Kwh

Tiga Pelajar Malaysia Yang Hilang Dijumpai Di Lokap Taiwan