Iswardy Morni Tak Mengaku Salah Hasut Hina Agong




NOOR AZLIDA ALIMIN | | 01 Jun 2021





Iswardy (kanan) keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa selepas diikat jamin atas tuduhan menghasut dan menghina Yang di-Pertuan Agong.


KUALA LUMPUR - Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut dan menghina Yang di-Pertuan Agong di Facebooknya, Sabtu lalu.
Iswardy, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.
Mengikut pertuduhan, Iswardy didakwa mengeluarkan kenyataan melalui profil Facebook Iswardy Morni Official dengan menyebut kata-kata menghasut yang mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sini pada jam 3 petang, 29 Mei lalu.
Berikutan itu pendakwaan dikemukakan di bawah Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Yusaini Amer Abdul Karim mencadangkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud memohon anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar rendah kerana perlu menanggung keluarga.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Mahyon membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan iaitu dilarang membuat sebarang ulasan terhadap kes ini.
Mahkamah kemudian menetapkan 2 Ogos depan untuk sebutan semula kes.
Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan, Iswardy memuat naik video secara langsung bertajuk 'Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun' di Youtube rasmi miliknya.
Dalam video tersebut, Iswardy mengeluarkan kenyataan kesat terhadap Al-Sultan Abdullah dan mendakwa Yang di-Pertuan Agong seakan-akan tidak bertindak terhadap peningkatan kes Covid-19 di negara ini.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/141672/BERITA/Semasa/Iswardy-Morni-tak-mengaku-salah-hasut-hina-Agong
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/iswardy-morni-tak-mengaku-salah-hasut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Hasutan Dan Hina Agong Iswardy Morni Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah

Kenyataan Hasutan Dan Hina Agong Iswardy Morni Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 343 hits
KALA LUMPUR Pengerusi Pro Keadilan Sarawak Iswardy Morni mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan di laman sosial Facebook miliknya yang berbaur hasutan dan menghina Yang di Pertuan A...
Didakwa Hina Agong Pengerusi Pro Keadilan Sarawak Iswardy Morni Diburu Polis

Didakwa Hina Agong Pengerusi Pro Keadilan Sarawak Iswardy Morni Diburu Polis

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 351 hits
May 30 2021 Tangkap layar video langsung dimuat naik ke laman YouTube itu PETALING JAYA Polis sedang mengesan Pengerusi Pro Keadilan Sarawak Iswardy Morni berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur hasutan dan menghina Yang di Pertuan Agon...
Iswardy Morni Lebih Daripada Menghina Yang Di Pertuan Agong

Iswardy Morni Lebih Daripada Menghina Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 277 hits
Saya telah berpeluang menonton dan mencatitkan sebiji sebiji ucapan dalam video yang menyebabkan Iswardy Morni ditahan oleh pihak polis Tidak dinafikan bahawa perkara utama yang menimbulkan kemarahan rakyat adalah tindakan beliau menghina Y...
Iswardy Morni Issue People Can Raise Issues To The Agong Said Anwar

Iswardy Morni Issue People Can Raise Issues To The Agong Said Anwar

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 371 hits
Anwar was asked about Sarawak PKR party member Iswardy Morni who has been arrested for allegedly insulting the Yang di Pertuan Agong Anwar said people could raise issues and inform the King especially during hard times but it should be hand...
Tiada Kompromi Pihak Hina Persenda Agong Kdn

Tiada Kompromi Pihak Hina Persenda Agong Kdn

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 189 hits
BANGI 18 Syawal 1442H Ahad Kementerian Dalam Negeri meminta Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap mana mana individu yang mengeluarkan kenyataan menghina atau mempersendakan Yang di Pertuan Agong
Safiey Illias Mengaku Salah Cederakan Baby Ara

Safiey Illias Mengaku Salah Cederakan Baby Ara

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 258 hits
Usahawan kosmetik Safiey Illias bakal menghadapi hukuman penjara selama tujuh tahun atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Instafamous dikenali sebagai Baby Ara Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias 27 ketika dihubungi berk...
Iswardy Morni Diburu Polis

Iswardy Morni Diburu Polis

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 300 hits
Didakwa hina Agong pengerusi Pro Keadilan Sarawak Iswardy Morni diburu polisFMT ReportersTangkap layar video langsung dimuat naik ke laman YouTube itu PETALING JAYA Polis sedang mengesan Pengerusi Pro Keadilan Sarawak Iswardy Morni berhubun...
Mahkamah Buruh Mengaku Salah Peras Ugut Warga Emas Rm2

Mahkamah Buruh Mengaku Salah Peras Ugut Warga Emas Rm2

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 382 hits
Seorang buruh hari ini mengaku bersalah atas tuduhan melakukan peras ugut terhadap wanita warga emas sehingga mendorong mangsa menyerahkan dua ringgit April lalu Tertuduh Muhamad Fikri Anis Fatullah Mohd Azmi 27 tahun membuat pengakuan itu ...
Kenapa Mustahil Untuk Manusia Pergi Ke Bintang Lain

Rightist Don Grilled For Telling Urban Parents Kids Should Master Bahasa Melayu First Before English

It S 1mdb All Over Again With Fifa Sanctions

Arts And Craft Are Food For The Soul Says Tunku Azizah

Ultimate Healthy Breakfast Bars For Weight Loss Recipe Low Calorie

Nothing Lancar Cmf Headphone Pro Dengan Bateri 100 Jam

Harsh Scolding Was Considered A Normal Part Of Hostel Life

Blogger Terkenal Perlu Amalkan Blog Walking Kenalkan Blog


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Go Move Period Underwear Untuk Keselesaan Sepanjang Hari Semasa Datang Haid

Amd Ryzen 7 5700u Prosesor 8 Core Bertenaga Dengan Tdp Yang Sangat Santai

Cara Memilih Ukuran Pampers Bayi 3 Bulan Agar Tidak Salah Beli

Selamat Tinggal September

Ayam Sweet Sour Simple Dan Bab Menerima Takdir

Ba88 27 August Ba88 Top 42 By Cleo