Mendosa Di The Banana Leaf
Assalamualaikum...
JANGAN terkejut dengan tajuk Mendosa tu ya. Ni bukan dosa pasal buat salah, tapi Dosa, sejenis makanan tradisional kaum India yang dieja sebagai Dosa (dalam Bahasa Inggeris). Dosa ni sebutan dari South India, kalau kita sebut, Tosei.. hehehe.
Siapa lagi yang nak sangat makan Tosei, Pak Inche tu lar. Jadi, Sabtu lepas, siang tu kami dah makan nasi di rumah. Memang sepanjang hari tu tak keluar walaupun Sabtu biasanya hari meronggeng, kan. Mungkin sebab dah puas meronggeng masa hari cuti khamis, awal Muharam tu. Jadi, malam tu, kita layan la orang nak makan tosei. Iman siap order dua keping sekali mak aihhh, beso giler toseinya, sampai mengah nak habiskan, hahaha, siapa suruh tamak order sampai dua
Kata nak makan tosei, tapi dia order Apom jugak. Rindu nak makan apom katanya. Biasanya, kalau apom ni dicurah susu dan dicicah gula merah sebelum disuap ke mulut, tapi kami lebih suka cicah kari, sampai pelik pekerja restoran dari India tu
Sk pulak penggemar Puri. Puri ni datang bersama Potato Masala. Potatonya dilecek sehingga hancur tidak seperti kebanyakan yang didapati di restoran mamak biasanya hanya dipotong dadu kasar. Secara peribadi, Sk rasa Puri di sini tidak dapat menandingi keenakan Puri di Restoran Ashoka, malah Restoran Taufik dekat belakang rumah Sk lagi sedap roti puri dan kentang masalanya
Tosei Pak Inche, dia minta jugak Potato Masala tu masa order. Terus Sk teringat Tosei Masala yang dulu Sk selalu makan di Restoran Osman Bandar Baru Uda. Tapi dah lama tak pergi sana, restoran tu pun dah berubah pemiliknya
The Banana Leaf ni bukan macam restoran mamak biasa tu tapi lebih kepada konsep makanan India Selatan. Kalau nak makan nasi daun pisang tu mesti sedap juga tapi regenya pun boleh tahan juga la. Tempat pun ekslusif dengan dekorasi ala-ala dalam taman, hehehe macam di Tanah Aina. Cari-cari tak jumpa pulak entry makan tosei di Tanah Aina, rupanya belum cerita lagi, hihi
The Banana LeafJalan Eko Botani 3/2, Taman Eko Botani, 79100 Nusajaya, JohorTel : 07-596 4747
Buka setiap hari8 pagi hingga 10 malam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2020/08/mendosa-di-banana-leaf.html