Mendaki Bukit Juru Di Bukit Mertajam


Catatan perjalanan ke Medan, Indonesia masih belum tamat. Entri kali ini saya nak mencatat kisah aktiviti pada pagi semalam - hari Sabtu, 18 Februari 2023. Aktiviti yang menjadi minat saya, iaitu menikmati suasana alam semula jadi di hutan. Lama tak masuk hutan, terasa rindu

Pendakian saya kali ini ke Bukit Juru yang terletak di Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Jaraknya dari rumah sekitar 15 km sahaja. Seperti selalunya, saya cuma berdua dengan encik suami

Cara Ke Bukit Juru
Terdapat dua trailhead (tempat permulaan laluan pendakian) untuk ke Bukit Juru. Kami memilih masuk ikut trailhead dengan carian ‘1800 Steps Bukit Juru’ di Google Maps. 
Sampai di lokasi, kita boleh parkir kenderaan di kawasan lapang yang terletak di seberang jalan. Terdapat rumah-rumah, Jeti Pertubuhan Kew Ong Yeah dan aliran Sungai Juru di situ. Tiada bayaran dikenakan. Parkir elok-elok asalkan tak mengganggu penduduk

Jom Kita Mendaki ‘1800 Steps Bukit Juru’
Rekod pendakian bermula di sini.1. Dari jalan besar, beginilah rupa laluan permulaan pendakian. Tak perlu berjalan jauh untuk kita tiba di  kaki bukit. Terdapat papan tanda dengan anak panah tertera ‘Bukit Juru’. Ikut saja pandu arah diberi. 
2. Laluan di sini jelas, kita cuma perlu mendaki ‘anak tangga’ yang tersedia. Tanah diteres membentuk anak tangga untuk kemudahan para pengunjung. Selain dapat mencapai matlamat memudahkan pendakian, dalam pada masa yang sama ia mengekalkan suasana alam semula jadi (binaan tangga daripada tanah). Kagum sungguh saya dengan usaha mereka yang menjaga laluan pendakian di sini 👍🏽
Sesuai dengan nama laluan ‘1800 steps’, tag penanda diletak pada tempat tertentu. Jadinya kita boleh buat anggaran berapa jauh lagi kita perlu melangkah untuk tiba di puncak. 
3. Tiba di sini, ada persimpangan. Papan tanda arah ke kanan tertera ‘TO SEAVIEW’ dan papan tanda arah ke kiri pula tertera ‘LOOP TO IOI/SEAVIEW’

Kami ikut arah ke kanan, naik ke atas mendaki anak-anak tangga

Pukul 9.09 pagi tiba di puncak Bukit Juru - city view.4. Alhamdulillah…kami tiba di puncak yang menghidangkan panorama indah kawasan bandar dan dua buah bukit iaitu Bukit Mertajam dan Bukit Seraya. Kami mengambil masa sekitar 35 minit untuk tiba di sini. Pendakian kami perlahan je, saya perlu menjaga kadar degupan jantung jangan terlampau tinggi dan banyak berhenti memotret apa-apa yang menarik di sepanjang laluan

Rakaman video pemandangan di sini. Suasana nyaman dengan tiupan angin. Cukup mendamaikan. Di sini ada disediakan bangku-bangku untuk kita duduk berehat. Kawasannya bersih dan ada tanaman pokok bunga, seperti taman mini. Kami bersantai di sini sekitar 15 minit. Sempat juga berbual dengan seorang pendaki yang menunjukkan kepada kami pokok tongkat ali yang banyak terdapat di sini. Juga mendengar pengalaman beliau yang bertuah kerana pernah bertemu dengan sepasang pelanduk sewaktu mendaki di sini

Selepas itu kami meneruskan langkah ke kawasan puncak satu lagi…
5. Di sinilah terletaknya tanda ‘1800 steps’. Sejauh mana kebenarannya? Tak tahulah. Tapi yang pasti selepas selesai pendakian, Samsung Watch saya merekodkan lebih 5,000 langkah (data diambil sejak bangun Subuh)

6. Di sini juga disediakan bangku-bangku kayu dan hammock. Menariknya, First Aid Box turut disediakan di sini. Bagus sungguh pihak yang menguruskan kawasan pendakian ini

Bukit Juru - sea view.7. Kalau sebelum ni kita dapat lihat ‘city view’, di sini pula kita disajikan dengan panorama lautan menghadap bahagian pulau Pulau Pinang dan Jambatan Pulau Pinang. Pemandangan tak begitu luas dan tak begitu jelas

8. Pemandangan di sudut lain - kawasan perumahan, kawasan kilang, aliran sebatang sungai dan perbukitan

Dah puas memerhati sekitar dan memotret sana sini, marilah kita turun. Ada pilihan nak berpatah balik atau teruskan perjalanan untuk membuat satu pusingan. Kami teruskan perjalanan…
9. Tiba di persimpangan. Kami dari arah ‘SEAVIEW’. Untuk kembali ke kaki bukit di mana kami bermula, perlu ikut tanda arah ‘DOWNHILL LOOP’. Pilihan lain kalau nak teruskan penjelajahan, boleh ke depan lagi ikut tanda arah ‘IOI’. Menurut info pendaki lain, laluan ‘IOI’ akan membawa kita ke kaki bukit berhampiran kedai makan Mi Ketam. Mungkin itulah trailhead satu lagi. InsyaAllah lain masa kami akan cuba laluan ‘IOI’ pula

10. Berbeza dengan laluan semasa naik tadi (tersedia laluan lapang dan bertangga), laluan di sini sedikit mencabar. Awalnya kami ragu-ragu juga nak meneruskan langkah, bimbang silap jalan. Sedang elok masa tu muncul 3 orang pendaki dari arah laluan ‘IOI’, mereka mengesahkan memang inilah laluannya. Mereka berjalan di hadapan dan diikuti oleh kami berdua

Tak lama kemudian, kami bertemu semula dengan persimpangan pertama (foto no. 3). Dari situ bermulalah perjalanan menuruni anak tangga menuju ke kaki bukit. Perjalanan turun sememangnya lebih mudah, tetapi perlu mengatur langkah jangan terlalu laju menuruni tangga

Rekod Pendakian
Data dari Samsung Watch.
Mula : 8.34 pagiTamat : 10.07 pagiHighest elevation : 121 m
Alhamdulillah. Menurut saya, tahap pendakian Bukit Juru boleh dikategorikan sebagai agak mudah kerana bukitnya tidak begitu tinggi, trailhead berada berhampiran jalan besar dan tersedia laluan bertangga. Kawasannya juga dijaga baik, tiada sampah bersepah. Kita yang datang ni kenalah turut sama menjaga ya. Seperkara lagi, bukit ini terletak di dalam Hutan Simpanan Kekal Juru. Jadinya jangan cuba-cuba merayau di luar laluan pendakian atau mengambil sebarang hasil hutan

Walaupun Bukit Juru tidaklah memberikan suasana hutan yang saya mahu (hutan dengan pokok besar dan bunyi orkestra hutan), tetapi ia tetap memberikan rasa bahagia dan tenang buat diri saya. Saya masih dapat memotret cendawan pelbagai bentuk/warna. Paling penting, saya dapat melakukan senaman yang menggerakkan seluruh badan untuk jangka masa lama. Kalau bersenam di rumah, skipping cuma mampu beberapa minit je. Nak capai 5 minit pun seksa 😅







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2023/02/pendakian-ke-bukit-juru-di-bukit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm23 Juta Bina Semula Pasar Bukit Mertajam

Rm23 Juta Bina Semula Pasar Bukit Mertajam

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 164 hits
February 6 2023 Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming melawat Pasar Awam Bukit Mertajam bersama Exco Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo BUKIT MERTAJAM Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperuntukkan RM23 juta bagi memb...
Foto Foto Cendawan Di Bukit Juru

Foto Foto Cendawan Di Bukit Juru

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 320 hits
Foto foto cendawan yang saya temui semasa kelmarin Kalau masuk hutan tak dapat jumpa cendawan saya akan rasa sedikit kecewa Suka betul saya membelek cendawan rupa bentuk dan warnanya begitu menarik perhatian saya Inilah antara hal hal kecil...
Festival Kamya Di Bukit Jalil Meriah Dengan Pelbagai Makanan Dan Aktiviti Menarik

Festival Kamya Di Bukit Jalil Meriah Dengan Pelbagai Makanan Dan Aktiviti Menarik

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 144 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraJOM BERKAMYA FEST Apa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kali ini aku nak berkongsi tentang satu festival yang penuh dengan pelbagai aktiviti dan MAKANAN SEDAP Baiklah baru baru ini aku ...
Banjir Lumpur Di Bukit Tinggi Janda Baik

Banjir Lumpur Di Bukit Tinggi Janda Baik

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 112 hits
BENTONG Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman dan ADUN Ketari Thomas Su bergegas ke kawasan mereka hari ini berikutan laporan banjir di Bukit Tinggi dan Janda Baik Dalam catatan Facebook hari ini Syefura berkata polis Bukit Tinggi tela...
Pavilion Bukit Jalil

Pavilion Bukit Jalil

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 135 hits
Lokasi Pavilion Bukit Jalil Alamat 2 Persiaran Jalil 8 Bukit Jalil 57000 Kuala Lumpur Waktu Operasi 10 00 pagi 10 00 malam Alamat Sesawang https www pavilion bukitjalil com Tarikh Lawatan 10 Februari 2023 Pavilion Bukit Jalil menjadi lokasi...
Restoran Sukhothai Bukit Beruntung Sajikan Masakan Melayu Dan Thai

Restoran Sukhothai Bukit Beruntung Sajikan Masakan Melayu Dan Thai

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 264 hits
Assalamualaikum w b t Sajian Masakan Melayu dan Thai Baru baru ini Mamayanie sempat singgah makan di Restoran Sukhothai Bukit Beruntung Jika dari rumah Mamayanie lebih The post appeared first on
Kerajaan Pahang Akan Cari Punca Utama Banjir Lumpur Di Kampung Bukit Tinggi

Kerajaan Pahang Akan Cari Punca Utama Banjir Lumpur Di Kampung Bukit Tinggi

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 171 hits
BENTONG Kerajaan negeri akan memberikan keutamaan kepada mengenal pasti dan meneliti punca utama kejadian banjir lumpur termasuk kemungkinan berlakunya aktiviti penerokaan di atas kawasan berbukit di Kampung Bukit Tinggi di sini Menteri Bes...
Hukum Kerja Sebagai Mak Andam Atau Juru Solek

Hukum Kerja Sebagai Mak Andam Atau Juru Solek

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 201 hits
Hukum Kerja Sebagai Mak Andam atau Juru Solek Sekarang ni trend video bersolek di media sosial Ada yang mula bersolek dan juga jadikan solekan tu satu kerjaya yang senang kita sebuat sebagai mak andam Dalam Islam setiap kerjaya ialah ibadah...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord