Mencegah Dan Merawat Diabetes Dengan 11 Herba Tradisional


Mencegah dan Merawat Diabetes dengan 11 Herba Tradisional 38 Diabetes atau kencing manis merupakan penyakit yang disebabkan oleh kandungan gula darah (blood sugar) yang terlalu tinggi. Hal ini adalah kerana organ pankreas tidak mampu menghasilkan insulin yang mencukupi untuk membawa gula (glukosa) berlebihan ke dalam sel badan bagi penukaran kepada tenaga. Akibatnya, kandungan gula menjadi tinggi dalam darah pesakit diabetes.
Diabetes Penyakit Kronik Hasil kajian Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 melaporkan prevalens kencing manis di Malaysia adalah tertinggi di Asia Tenggara. Malaysia mencatatkan peningkatan ketara daripada 11.2 peratus pada 2011 kepada 18.3 peratus pada 2019.
Jenis-Jenis Diabetes Tahukah anda, penyakit diabetes boleh terbahagi kepada dua jenis iaitu:
Diabetes Jenis 1Diabetes Jenis 2Berpunca daripada kondisi autoimun iaitu sistem keimunan menyerang dan menghapuskan sel-sel pankreas yang menghasilkan insulin.Berpunca akibat badan tidak menghasilkan insulin yang mencukupi untuk mengawal paras gula darah.Keadaan autoimun mungkin disebabkan faktor genetik, persekitaran dan jangkitan virus.Keadaan ini dipengaruhi oleh gaya hidup yang tidak sihat seperti obesiti, pemakanan tidak seimbang dan tidak aktif selain disebabkan oleh faktor genetik dan umur. Bahaya Diabetes Penyakit ini meningkatkan risiko kerosakan dan gangguan pada kulit, mata, jantung, saraf, ginjal dan kaki. Diabetes juga dipercayai menjadi penyebab kepada kanser tertentu. Oleh itu, pemakanan yang seimbang dan gaya hidup sihat harus diamalkan bagi mengelakkan diri daripada menghidap penyakit ini.
Bagi penghidap diabetes pula, penyakit ini boleh dikawal dengan ubat antidiabetes (jenis tablet), suntikan insulin dan amalan gaya hidup sihat. Selain itu, anda juga boleh mengamalkan kaedah alternatif dan komplementari untuk mengawal diabetes.
Kaedah Merawat Diabetes Kaedah alternatif dan komplementari semakin mendapat tempat dalam kalangan pengamal perubatan dan pesakit diabetes. Perubatan alternatif adalah terapi yang diamalkan untuk menggantikan perubatan moden manakala komplementari pula adalah terapi yang diamalkan bersama dengan perubatan moden.
Kajian-kajian lepas telah menunjukkan sayur dan herba tradisional seperti peria katak, mas cotek, halba, pegaga, hempedu bumi, mengkudu, daun kari, aloe vera, daun mangga, ginseng dan misai kucing mampu mengawal diabetes. Antara kelebihannya adalah seperti berikut:
meningkatkan rembesan insulin oleh pankreas. meningkatkan sensitiviti insulin. memelihara sel-sel pankreas daripada tekanan oksidatif. menggalakkan pengambilan gula oleh sel-sel badan. mempercepatkan pemindahan gula dari darah ke dalam sel badan untuk dijadikan tenaga. mengurangkan pencernaan dan penyerapan gula ke dalam darah. merencat penghasilan gula oleh hati. Cara-Cara Pengambilan Peria katak: Secara lazimnya, ianya dimasak sebagai lauk. Namun, sayur ini juga boleh dikisar menjadi jus minuman atau diambil secara mentah sebagai ulam.
Mas cotek: Daunnya diambil, dikeringkan dan direbus. Air rebusannya diminum.
Halba: Dinasihatkan untuk mengambil lebih kurang 5-30g tiga kali sehari atau 15-90g sekali sehari.
Pegaga: Boleh dijadikan sebagai sebagai ulam-ulaman atau jus minuman. Kini zat pegaga juga mudah didapati dalam bentuk kapsul di pasaran.
Hempedu bumi: Meminum air rebusan atau memakan daunnya yang segar sebagai ulaman. Boleh didapati dalam bentuk kapsul yang dijual di pasaran.
Mengkudu: Diambil dengan cara memakan buahnya atau boleh juga dikisar untuk mendapatkan jusnya.
Daun kari: Memakan pucuk daun kari sebagai ulam selama tiga bulan tanpa perlu memasak atau merebusnya.
Aloe vera: Ekstrak aloe vera boleh diperoleh dengan membelah aloe vera tersebut. Ekstrak yang berupa gel boleh dicampur dengan air masak dan kemudian diminum.
Daun mangga: Boleh direbus terlebih dahulu. Air rebusan ditapis dan diminum pada waktu pagi sebelum sarapan. 
Ginseng: Ianya direbus untuk mendapatkan airnya yang dijadikan teh herba.
Misai kucing: Daun misai kucing diambil dan direbus. Air rebusan dibuat sebagai minuman teh pada waktu pagi.
Peringatan Sebelum mengamalkan 11 herba ini, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi terlebih dahulu. Ini adalah kerana meskipun herba-herba ini terbukti mengawal paras gula dalam darah, namun dikhuatiri menyebabkan kesan sampingan lain. Selain itu, bergantung kepada nasihat doktor, anda mungkin perlu mengubah dos ubat moden agar paras gula tidak turun terlalu rendah (hipoglisemia) apabila mengamalkan rawatan alternatif.
Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda yang ingin menggunakan rawatan alternatif selain perubatan moden dalam mengawal diabetes. Selamat mencuba!
Soalan FAQs Berkenaan Diabetes Apakah itu diabetes? Ianya merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kandungan gula darah (blood sugar) yang terlalu tinggi.
Apakah organ yang menghasilkan insulin? Pankreas merupakan organ yang bertanggungjawab menghasilkan insulin.
Nyatakan fungsi utama insulin. Insulin embawa gula (glukosa) ke dalam sel badan bagi penukaran kepada tenaga.
Senaraikan herba yang boleh merawat diabetes. Herba tradisional seperti peria katak, mas cotek, halba, pegaga, hempedu bumi, mengkudu, daun kari, aloe vera, daun mangga, ginseng dan misai kucing mampu merawat diabetes.
Apakah yang perlu dilakukan sebelum mengamalkan herba-herba ini? Kita perlu mendapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi terlebih dahulu untuk mengetahui risiko atau kesan sampingan yang boleh berlaku.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/12/herba-diabetes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Petua Tradisional Mudah Merawat Bibir Kering

Petua Tradisional Mudah Merawat Bibir Kering

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 154 hits
boleh dirawat samada secara tradisional ataupun dengan rawatan moden Ada pelbagai rawatan moden yang boleh dilakukan seperti memakai pelembap bibir dan sebagainya Namun dalam artikel ini saya mahu kongsikan petua tradisional merawat bibir k...
Majlis Perasmian Rumah Cendawan Bersama Ppim Taman Herba La21 Kl Ppr Raya Permai Kl Aa Tv News 02 12 2023

Majlis Perasmian Rumah Cendawan Bersama Ppim Taman Herba La21 Kl Ppr Raya Permai Kl Aa Tv News 02 12 2023

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 190 hits
2 Disember 2023 Majlis Perasmian Rumah Cendawan bersama PPIM Taman Herba LA21 KL PPR Raya Permai KL Satu inisiatif yang baik PPIM bagi membantu meningkatkan ekonomi penduduk PPR DBKL sebagai rakan strategik dalam usaha memaksimakan tanah te...
Kuih Tradisional Negeri Kedah Kuih Karas

Kuih Tradisional Negeri Kedah Kuih Karas

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 274 hits
Kuih Tradisional Negeri Kedah Kuih Karas Pernah dengar tentang kuih Tradisional Negeri Kedah kuih Karas namanya Ha inilah rupanya Kuih Karas tuh Sekali pandang kufikirkan kuih Cakar Ayam tapi kalau kuih Cakar Ayam warnanya lebih pekat Dan r...
Foto Jamu Tradisional Jadi Warisan Budaya Takbenda Unesco

Foto Jamu Tradisional Jadi Warisan Budaya Takbenda Unesco

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 178 hits
Budaya Sehat Jamu resmi menjadi Warisan Budaya Takbenda UNESCO ke 13 yang dimiliki Indonesia
Asid Rosmarinic Merawat Kanser

Asid Rosmarinic Merawat Kanser

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 185 hits
Asid Rosmarinic Kunci Rahsia dalam Merawat Kanser Asid rosmarinic adalah sejenis senyawa yang terdapat dalam pelbagai jenis tumbuhan termasuk
Mencegah Kepunahan Elang Bondol Si Maskot Jakarta

Mencegah Kepunahan Elang Bondol Si Maskot Jakarta

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 177 hits
Elang bondol si maskot DKI Jakarta saat ini populasinya sangat terbatas
10 Cara Merawat Demam Denggi Dengan Sangat Mudah

10 Cara Merawat Demam Denggi Dengan Sangat Mudah

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 222 hits
merupakan satu isu hangat yang tiada penghujungnya Oleh kerana demam denggi ini amat berbahaya orang ramai tertanya tanya tentang apakah cara cara merawat demam denggi bagi mengelakkan penularan penyakit ini Tanpa kita sedari demam denggi i...
Wapres Ma Ruf Harap Proper Kementerian Lhk Dapat Mencegah Kerusakan Dan Pencemaran Lingkungan

Wapres Ma Ruf Harap Proper Kementerian Lhk Dapat Mencegah Kerusakan Dan Pencemaran Lingkungan

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 118 hits
PROPER tahun ini telah mendorong efisiensi anggaran dalam pengelolaan lingkungan hingga lebih dari 158 triliun Rupiah atau sekitar 23 persen lebih hemat
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik