Mencegah Beranak Menghadkan Bilangan Anak Hukumnya Haram Melainkan Bersebab Yang Diharuskan


Seseorang suami yang berpendapatan rendah, adakah perlu merancang keluarga?

JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Para ulama berbeza pandangan tentang hukum tanzim al-usrah atau perancangan keluarga atas alasan kemiskinan.
Pendapat pertama:
Bagi mereka yang tidak membenarkannya, mereka berhujah:
Rezeki itu berada dalam ketentuan Allah, dan Allahlah yang menetapkan pembahagian rezeki bagi setiap anak. Allah berfirman dalam al-Quran:
وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلاَدَكُم مِّنْ إمْلاَقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ
Maksudnya: Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka.
Surah al-An’am, (6:151)
Penyerupaan amalan Jahiliyyah yang membunuh anak-anak mereka kerana takut miskin, sekalipun kaedah ini hanyalah menghalang lahirnya anak-anak. Namun tujuannya adalah sama, yakni takut miskin, maka hukum tujuan ialah hukum wasilah (sarana).
Rezeki itu adalah milik Allah, dan perancangan keluarga kerana takutkan kemiskinan ialah suatu bentuk sangka buruk kepada Allah. Maka sepatutnya seseorang itu bertawakal kepada Allah kerana Allah akan memberikan rezeki kepada siapa yang Dia ingini tanpa hisab. Wajib baginya berbaik sangka kepada Allah kerana seseorang itu tidak mengetahui hakikat kebaikan dan keperluan yang sebenar seperti yang ditentukan oleh Allah. Firman Allah Taala:
وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Maksudnya: Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya.
Surah al-Baqarah, (2:216)
Pendapat kedua
Bagi mereka yang membenarkannya, mereka memperincikan perancangan keluarga atau tanzim al-usrah kepada tanzim al-nasal (perancangan anak) dan tahdid al-nasal (membataskan anak).

Tanzim al-Nasal merujuk kepada usaha untuk menjarakkan anak dengan menggunakan kaedah-kaedah seperti memakan ubatan pil perancang, melakukan persetubuhan pada waktu tidak subur, memakai kondom, melakukan azal (ejakulasi luar rahim), dan mengeluarkan air mani daripada kemaluan wanita selepas selesai persetubuhan dan memasang peranti intrauterine (IUD) bagi tujuan pemandulan sementara. Kaedah ini diharuskan denga syarat-syarat:
Iktikad bahawa jika Allah ingin mengurniakan anak juga, tiada siapa yang boleh menghalang dan wajiblah pasangan memelihara kandungan dan menjaga maslahatnya.
Tidak mendatangkan kemudaratan kepada pasangan khususnya isteri.
Dilakukan dengan kebenaran dan persetujuan kedua-dua suami isteri.
Ini berdalilkan athar daripada Jabir RA:
كُنَّا نَعْزِلُ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالقُرْآنُ يَنْزِلُ
Maksudnya: Kami dahulu melakukan `azal pada zaman Rasulullah SAW sedangkan al-Quran sedang turun.
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no. 5209) dalam al-Sahih
Ertinya, tiada larangan daripada al-Quran tentang perkara itu kerana jika ia dilarang nescaya al-Quran akan menyatakan larangan. Dalam riwayat Abu Said al-Khudri bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang `azal, maka baginda menjawab:
مَا عَلَيْكُمْ أَنْ لاَ تَفْعَلُوا، فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ كَتَبَ مَنْ هُوَ خَالِقٌ إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ
Maksudnya: Apa yang baik atas kamu agar kamu tidak melakukannya, kerana Allah telah menulis siapakah yang menjadi Pencipta (bagi setiap sesuatu) sehingga Hari Kiamat.
Dalam riwayat Abu Said RA menyebut:
لَيْسَتْ نَفْسٌ مَخْلُوقَةٌ إِلَّا اللَّهُ خَالِقُهَا
Maksudnya: Tiada suatu nyawa pun yang diciptakan melainkan Allahlah Penciptanya.
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no. 7409)
Ertinya, jika Allah mengkehendaki seorang anak itu dikandungkan dan dilahirkan juga, tiada siapa yang boleh menghalang. Maka, pasagan yang merancang itu hendaklah reda, beramanah dan berasa tanggungjawab.
Manakala Tahdid al-Nasal menggunakan kaedah yang lebih melibatkan campur tangan perubatan yang kekal seperti pemandulan kekal dan melakukan pengguguran. Kaedah ini dianggap haram kerana melibatkan pengubahan ciptaan Allah, merosakkan asas kehidupan dan melakukan pembunuhan. Ini juga tindakan yang menafikan Allah sebagai Pemberi Rezeki bagi ibu bapa dan anak-anak. Apatahlagi jika ia dilakukan oleh wanita atau lelaki yang belum berkahwin. Pengecualian ialah bagi kes yang melibatkan masalah kesihatan yang mengancam nyawa seseorang wanita seperti risiko besar kematian atau menyebabkan masalah kesihatan yang kritikal bagi ibu akibat mengandung dan bersalin. Maka ketika itu, boleh dilakukan pengguguran sebelum kandungan mencapai umur 120 hari daripada tarikh persenyawaan berlaku, atau 106 hari daripada hari terakhir haid.
Fatwa-fatwa ulama
Imam al-Ghazzali berpendapat pengguguran kandungan ialah haram mutlak sekalipun pada peringkat awal seperti nutfah kerana ianya asas kehidupan manusia. Namun, beliau beliau berpendapat bahawa azal ialah harus dan menyatakan beberapa niat syarie untuk melakukan azal antaranya ialah faktor ekonomi, kesihatan isteri, dan kecantikan isteri bagi tujuan kasih sayang berpanjangan antara pasangan bagi mengelakkan talaq. Beliau juga menyatakan faktor yang fasid (rosak) yang tidak boleh diterima dan berdosa seperti takut untuk mendapat anak perempuan.
Rujuk Ihya’ Ulum al-Din (2/52)
Persidangan Majma’ al-Fiqh al-Islami di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Kuwait pada 1-6 Jamadilakhir 1409 H bersamaan 15 Disember 1988 M telah memutuskan, antara lain:
Haramnya menghilangkan kemampuan reproduksi daripada lelaki atau pun wanita, seperti apa yang dikenali dengan pemandulan. Pengecualian diberikan dalam kes-kes darurat yang perlu ditimbang dengan kayu ukur yang Syarie. Dibolehkan untuk mengawal secara sementara kemampuan reproduksi dengan tujuan menjarakkan antara tempoh-tempoh kehamilan, atau menghentikan bagi tempoh tertentu, jika terdapat keperluan yang diambil kira oleh Syarak, berdasarkan persetujuan dan keredaan daripada perbincangan antara kedua pasangan yang sah, dengan syarat kaedah kawalan untuk tidak mendatangkan mudarat, berdasarkan kaedah yang tepat dengan syariat, dan tidak menzalimi kandungan yang sedia ada.
Rujuk Majallah al-Majma’ Siri 4 (1/73). Syeikh Atiyyah pada Mei, 1997 melalui Dar al-Ifta’ al-Misriyyah mengeluarkan fatwa atas soalan hukum melakukan pemandulan bagi tujuan perancangan keluarga bahawa dibolehkan pemandulan atas alasan kesihatan atau selainnya bagi tempoh tertentu, dengan syarat kemampuan untuk reproduksi itu kekal dan boleh digunakan kembali apabila masa berlalu. Justeru, tidak boleh pemandulan itu dilakukan jika kesannya bersifat sempurna dan kekal sehingga hilang kemampuan dan fungsinya, melainkan wujudnya kemudaratan yang serius.
Rujuk Fatawa Dar al-Ifta’ al-Misriyyah (47/10)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-28 yang bersidang pada 29 Februari 1991 telah membincangkan Sistem Susuk Norplant Dalam Program Perancang Keluarga Kebangsaan. Muzakarah telah memutuskan bahawa Sistem Susuk Norplant ini adalah harus digunakan. Penggunaan sistem ini hendaklah tertakluk kepada keputusan Muzakarah Kali Ke-12 pada 20 Januari 1977 yang memutuskan hukum mengenai Perancang Keluarga adalah seperti berikut:
Memandul lelaki dan perempuan hukumnya adalah haram. Mencegah beranak atau menghadkan bilangan anak hukumnya adalah haram melainkan dengan sebab yang diharuskan oleh syarak bagi orang perseorangan.
Menyusun keluarga dari kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga dengan cara yang selain daripada (1) dan (2) di atas adalah harus.
Rujuk Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (ms. 138)
Kesimpulan
Berdasarkan soalan yang dikemukakan, dibolehkan bagi kedua pasangan untuk menggunakan kaedah tanzim al-nasal yang diharuskan oleh Syarak bagi tujuan merancang keluarga dengan cara menjarakkan anak, bagi tujuan pengurusan ekonomi kerana berpendapatan rendah. Ini perlu disertakan dengan niat bahawa jika Allah berkehendakkan pasangan itu anak, maka tiada siapa yang boleh menghalang dan hendaklah pasangan itu reda kepada taqdir Allah dan bersikap bertanggungjawab.
Wallahua’lam.
Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
21 November 2016 bersamaan 21 Safar 1438H
Kredit: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Mencegah Beranak/Menghadkan Bilangan Anak Hukumnya Haram Melainkan Bersebab Yang Diharuskan” appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mencegah-beranak-menghadkan-bilangan-anak-hukumnya-haram-melainkan-bersebab-yang-diharuskan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Ramai Anak Muda Beragama Islam Join Perarakan Kuil Sambil Sorak Vel Vel Mufti Luah Rasa Kecewa Haram Sertai

Hiburan Ramai Anak Muda Beragama Islam Join Perarakan Kuil Sambil Sorak Vel Vel Mufti Luah Rasa Kecewa Haram Sertai

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 149 hits
Baru baru ini kaum India menyambut perayaan Thaipusam dan seperti biasa kuil Batu Caves dipenuhi dengan kehadiran ramai orang bagi memeriahkan hari tersebut Namun rakaman tular di media sosial menunjukkan ramai anak muda beragama Islam yang...
Anak Beranak Jaga Perbendaharaan Malaysia Bukan Milik Anwar Sahaja

Anak Beranak Jaga Perbendaharaan Malaysia Bukan Milik Anwar Sahaja

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 196 hits
agendaily com01 02 2023Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik anak sendiri Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri Ameerah Malaysia entiti kepimpinan wanita muda dalam PAS mempertikai pelantikan Naib Presi...
Kerja Tanpa Gaji Anak Beranak Patut Dipersoalkan

Kerja Tanpa Gaji Anak Beranak Patut Dipersoalkan

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 210 hits
Norman Radzuan Bukan soal siapa yg patut menjadi isu KERJA TANPA GAJI ANAK BERANAK PATUT DIPERSOALKANHeboh di media sosial mengenai perlantikkan Nurul Izzah dilantik sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kpd Perdana Menteri Anwa...
Tak Berjaya Susukan Anak Bukan Tanda Ibu Gagal Belum Ada Rezeki Untuk Ada Ilmu

Tak Berjaya Susukan Anak Bukan Tanda Ibu Gagal Belum Ada Rezeki Untuk Ada Ilmu

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 192 hits
Bukan semua ibu direzekikan untuk menyusukan anak dengan baik dan lancar hingga ke usia dua tahun Ada yang berhenti separuh jalan namun ada pula yang langsung tidak direzekikan untuk menyusukan anak Tak mudah namun kita perlu berusaha Janga...
Sedih Tengok Sumayyah Mungkin Tunggu Ayah Ramai Puji Sarah Tak Tinggal Anak

Sedih Tengok Sumayyah Mungkin Tunggu Ayah Ramai Puji Sarah Tak Tinggal Anak

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 120 hits
Pelakon Puteri Sarah berkongsi keberangkatan ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah buat kali kedua bersama dua orang anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah Perkongsian itu membuatkan ramai tertanya tanya akan keberadaan suam...
Sambut Anak Pertama Paris Hilton Dikaruniai Bayi Laki Laki Melalui Ibu Pengganti

Sambut Anak Pertama Paris Hilton Dikaruniai Bayi Laki Laki Melalui Ibu Pengganti

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 154 hits
Akhirnya impian terbesar Paris Hilton untuk menjadi seorang ibu terwujud juga di umurnya yang menginjak 42 tahun ini Selamat ya
Dahi Benjol Mata Anak Alami Kecederaan Bengkak Akibat Bermain Lato Lato

Dahi Benjol Mata Anak Alami Kecederaan Bengkak Akibat Bermain Lato Lato

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 378 hits
Sejak kebelakangan ini video permainan lato lato banyak disiarkan di tatapan utama pelayar media sosial khususnya di TikTok dan Facebook Tidak dinafikan ramai golongan kanak kanak yang tertarik dan meminta ibu bapa membelikan permainan ters...
Tahniah Paris Hilton Umum Kelahiran Anak Pertama Dapat Baby Boy

Tahniah Paris Hilton Umum Kelahiran Anak Pertama Dapat Baby Boy

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 323 hits
Memasuki usia 41 tahun akhirnya impian selebriti terkenal Hollywood Paris Hilton bergelar ibu akhirnya tercapai Baca Memetik Majalah People anak pertama Paris Hilton dan Carter Reum merupakan bayi lelaki menerusi kaedah ibu tumpang Paris pe...
Rina Nose Klarifikasi Usai Dikritik Karena Bilang Punya Anak Nambah Masalah

Rina Nose Klarifikasi Usai Dikritik Karena Bilang Punya Anak Nambah Masalah

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 120 hits
Rina Nose mengungkap bahwa ada narasi yang nggak lengkap saat ia dimintai pendapat soal keputusan nggak punya anak hingga akhirnya terjadi salah paham
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas