Mencari Senyuman Di Masjid


 

Kita biasa dengar ungkapan ‘senyum itu sedekah’. Hadithnya, ‘senyummu di depan saudaramu adalah sedekah bagimu”, (HR Tirmidzi, 1956). Maka senyumlah, kata mereka walaupun kita ini sedang dilanda masalah kerana senyum itu tandanya redha. Kata cikgu saya dulu perkataan ‘senyum’ itu sendiri bila kita ucap lembut-lembut automatik bibir kita akan menguntum senyum. Cuba buat. Se-nyum! Automatik tersenyum, kan?
Kita akan berasa senang dengan orang yang suka senyum. Apabila berurusan di kaunter atau memesan makanan dengan pramusaji di kedai jika mereka tersenyum kita akan berasa amat dihargai. Senyuman seorang wanita apatah lagi, itulah senjata yang mampu melemahkan lelaki!
Senyum ada macam-macam. Senyum manis, senyum tawar, senyum simpul, senyum kambing, senyum pahit, dan lain lagi. Sebab senyum itu mengandungi pelbagai maksud tersirat. Nak sembang jenis-jenis senyum ini pun tak habis nanti. Lain masa sahajalah!
Saya pernah menetap di Beijing sekitar enam bulan pada 2012 ketika membawa anak kedua saya mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sana. Ketika itu anak sulung baharu saja meninggal dunia. Di hospital yang menggabungkan rawatan moden dan tradisional itu ada ramai orang Rusia. Mereka seperti saya, membawa anak istimewa mereka untuk rawatan di situ. Kebanyakan anak mereka juga menghadapi masalah saraf otak (neurologi) seperti dua puteri saya.
Apa yang saya perhatikan, orang-orang Rusia ini sukar senyum. Muka ketat dan sentiasa serius. Berbanding warga China yang sering menyapa dengan ‘selamat pagi’ atau ‘apa khabar’ bersertakan senyuman, orang-orang Rusia tidak. Meskipun mereka membalas sapaan tetapi muka mereka tetap serius. Ini buat saya beranggapan mereka semua angkuh dan berasa diri besar. Saya belum tahu lagi bahawa senyuman mesra bukanlah satu budaya bagi orang Rusia terutamanya untuk diberikan kepada orang yang tidak mereka kenali. Malah, senyuman boleh membawa maksud mengejek pula.
Bagi mereka, sebelum boleh berkongsi senyuman harus dipecahkan dulu sebuah tembok yang menghalang perhubungan. Saya tidak tahu. Yang saya dan isteri tahu kami mahu bercampur dengan semua orang. Dengan orang China kami boleh bergaul. Mereka mudah menerima walaupun tidak tahu berbahasa Inggeris. Boleh berkawan walaupun bercakap macam ayam bertemu itik. Orang Rusia macam orang China juga, tidak ramai yang boleh berbahasa Inggeris. Dalam dua puluh orang itu hanya seorang sahaja yang pandai. Tak mengapalah itu, masalahnya mereka enggan mesra.
Di bilik senaman fisioterapi atau di bilik akupunktur saya bersama mereka menemani anak masing-masing menjalani sesi rawatan. Saya fikir bagaimanakah caranya untuk saya pecahkan ‘muka ketat’ mereka. Saya pun keluarkan kertas lukisan dan peralatan melukis dari dalam beg saya. Saya lukis muka kanak-kanak di situ. Apa yang berlaku ialah mereka tak kira orang China atau Rusia, baik doktor juga jururawat mengerumuni saya. Ketika itulah orang-orang Rusia ini senyum dan ketawa. Seorang ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan istimewa, warga Rusia, langsung mencium pipi saya kerana saya melukis wajah anaknya. Bergegar jugalah kamera telefon bimbit isteri saya ketika merakamkan momen tersebut. Ha! Ha! Ha!
Tapi yang nyata saya dan isteri telah berjaya masuk ke dalam ‘kawasan mesra’ mereka selepas temboknya kami runtuhkan. Mereka semua berjaya kami senyumkan.
“Kau percaya tak tempat yang paling susah nak dapat senyuman ialah di masjid?” komen seorang kawan di Facebook saya. Saya tersentak. Alamak!
Seminggu yang lepas tular di medsos perihal isu dalam masjid. Berkenaan saf paling depan janganlah orang luar pandai-pandai ambil sebab ia dikhaskan kepada kariah kawasan situ. Silap-silap kena tegur disuruh ke belakang pula. Ditunjukkan juga tangkap layar komen ‘orang masjid’ yang menyatakan merekalah yang banyak berjasa kepada pentadbiran masjid maka mengapa orang luar sedap-sedap pula ambil saf depan. Itu belum lagi tempat khas parkir kenderaan, memang tak boleh ambil. Jemaah pendatang asing lagilah, jangan lebih-lebih tahu?
“Ewah! Sedap-sedap pulak mat indon dengan bangla ni duduk saf depan.”
Astaghfirullahal’adzim! Apa kena dengan orang kita hari ini? Duit tabung masjid kau letak supaya orang-orang yang masuk bersembahyang menyumbang. Pendatang tersebut pun derma juga tapi dalam hal saf, kau mencipta ‘kasta’ pula? Isu dalam masjid ini dipanaskan lagi dengan foto jemaah wanita yang safnya putus-putus dan tidak penuh dalam satu barisan. Mereka sembahyang berkelompok-kelompok. Biar betul?
“Memang macam tu, bang,” akui isteri saya yang mengalaminya sendiri. Aik? Takkanlah muslimah yang beriman lagi solehah pun berperangai begitu? Apa kena dengan masyarakat kita? Agamawan semakin ramai. Pempengaruh medsos yang beri nasihat dan tips pun banyak, kerajaan pun tegakkan konsep madani tapi mengapa kita jadi makin sombong dan besar diri?
Saya tahu tidak semua kita begitu. Ada masjid, ahli jawatankuasanya baik-baik dan prihatin. Itu kita patut puji. Saya yang dahulu gemar mengembara dengan van bersama isteri terutamanya ke Pantai Timur berasa selesa singgah berehat, melunjur badan menghilangkan lelah di surau-surau atau masjid tepi jalan. Meskipun surau dan masjidnya sederhana tidak nampak gah tetapi orangnya mesra. Yang kita bengang ni ialah dengan yang muka ketat dan menyombong.
Pernah saya terbawa kasut naik ke tempat yang sepatutnya ditanggalkan. Kerana kita tak biasa di situ dan tiada papan tanda, kita tersilap. Orang masjid dengan muka garang tanpa keluarkan suara, menunjuk-nunjuk bahagian kaki kita. Bengis betul mukanya. Tersinggung kita dibuatnya dengan layanan sebegitu, macamlah kita ini budak tak pergi sekolah. Macamlah kita masuk masjid memang sengaja nak buat kotor. Kecik hati ana!
Justeru, kerajaan harus menjalankan kempen menggalakkan kita semua senyum di masjid dan di surau. Khutbah Jumaat juga patut ada tajuk “senyum itu sedekah” dengan kupasan yang mendalam. Ini saya rasa amat penting memandangkan sikap sombong dan mementingkan diri sendiri semakin menebal dalam kalangan kita. Senyum suatu amalan ikhlas. Latihan keikhlasan bermula dengan memberikan senyuman. Senyuman manis dapat dilihat melalui sinar mata. Kalau bibir senyum tapi mata tidak bersinar, kita tahu senyuman itu hambar dan dibuat-buat.
Jika kita tak pandai senyum maka dikhuatiri akan berlarut-larutan menjadi sombong terhadap manusia. Kita hanya beribadat untuk Tuhan sahaja tetapi dengan manusia sombong tak memasal. Penyakit ini memang berbahaya dan boleh merosakkan usaha ke arah masyarakat madani. Ia harus dirawat segera terutamanya di masjid, tempat yang dianggap paling suci. Marilah bersihkan tempat ibadah dengan senyuman. Waktu bersalaman, pandanglah muka sesama kota dan senyumlah.
Mana mungkin masjid, tempat yang suci ini dipenuhi dengan orang-orang yang malas senyum, pemarah, dan sombong? Senyumlah akhi, bukankah kita bersaudara? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/04/mencari-senyuman-di-masjid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cerita Polisi Gorontalo Bangun Masjid Di Lokasi Bekas Perjudian Imamnya Eks Penjudi

Cerita Polisi Gorontalo Bangun Masjid Di Lokasi Bekas Perjudian Imamnya Eks Penjudi

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 119 hits
Suparno mengatakan masjid itu sering mendapatkan bantuan dari luar daerah bahkan hingga luar negeri
Mau Intip Wajah Jemaah Guru Sd Ini Menyamar Pakai Cadar Masuk Masjid Saf Perempuan

Mau Intip Wajah Jemaah Guru Sd Ini Menyamar Pakai Cadar Masuk Masjid Saf Perempuan

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 175 hits
Video pelaku menyamar sebagai jemaah perempuan dan diamankan pengurus masjid viral di media sosial
Sayang Sangat Kat Sejadah Tu Ustaz Azhar Idrus Perjelas Isu Hukum Jemaah Perempuan Enggan Rapatkan Saf Di Masjid

Sayang Sangat Kat Sejadah Tu Ustaz Azhar Idrus Perjelas Isu Hukum Jemaah Perempuan Enggan Rapatkan Saf Di Masjid

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 289 hits
Tular sebelum ini mengenai satu hantaran berkenaan isu jemaah perempuan yang enggan merapatkan saf sehingga terlihat lompong besar dan berkelompok di sebuah masjid Perkongsian tersebut ternyata telah menuai pelbagai respon dalam kalangan wa...
Sultan Pahang Titah Agar Semua Pihak Menjaga Kesucian Masjid Tak Benar Solat Dua Imam

Sultan Pahang Titah Agar Semua Pihak Menjaga Kesucian Masjid Tak Benar Solat Dua Imam

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 109 hits
MARAN nbsp Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah bertitah semua pihak di negeri itu supaya menjaga kesucian masjid dan tidak wajar menjadikan ia sebagai pentas politik Kita nak P...
Lelaki Tunggang Motosikal Dalam Masjid

Lelaki Tunggang Motosikal Dalam Masjid

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 105 hits
KOSMOLelaki tersebut mengangkut kotak air mineral di dalam masjid TikTokJAKARTA Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan perbuatan nbsp seorang lelaki menunggang sebuah nbsp motosikal berkuasa elektrik di dalam masjid lapor p...
Berbuka Di Masjid Zahir Alor Setar Cantik Sungguh

Berbuka Di Masjid Zahir Alor Setar Cantik Sungguh

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 266 hits
Minggu lepas plan berbuka puasa dengan sahabat baik aku Alhamdulillah semuanya Allah permudah Kami berbuka dan sahur Bukan senang nak luangkan masa bersama sebab masing masing ada jalan hidup sendiri Tapi dapat juga curi masa Kami decide be...
Orang Ramai Serbu Masjid Beri Wang Rm150 Untuk Tarawih

Orang Ramai Serbu Masjid Beri Wang Rm150 Untuk Tarawih

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 104 hits
KOSMOOrang ramai dilihat menunaikan solat di luar masjid termasuk di halaman rumah penduduk sekitar dan jalan raya IstimewaJAKARTA nbsp nbsp Sebuah masjid di Malang wilayah Jawa Timur menjadi tumpuan orang ramai yang datang dari jauh untuk ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization