Menara Kl Jangan Takut Pada Struktur Korporat Takutlah Pada Tiada Ketelusan


 
Konsesi operasi Menara Kuala Lumpur selama 20 tahun baru-baru ini menjadi perhatian ramai, terutama selepas satu pendedahan tular mendedahkan struktur pemilikan syarikat di sebalik usaha sama LSHBB-SMMSB JV. Banyak pihak bertanya: Siapa mereka ini? Ada kaitan keluarga? Ada kepakaran?
Soalan-soalan ini tidak salah — malah wajar. Tetapi kita juga perlu berhati-hati agar tidak terperangkap dalam naratif yang mencurigakan segala bentuk pemilikan swasta, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan nama keluarga.
Struktur keluarga bukan satu jenayah
Di Malaysia — malah di seluruh dunia — sebahagian besar syarikat besar dimiliki oleh keluarga. Malah, ramai tokoh korporat berjaya bermula daripada perniagaan keluarga. Selagi ada tadbir urus korporat yang baik, patuh kepada peraturan, dan kontrak dilaksanakan dengan baik, struktur pemilikan bukanlah masalah utama.
Menara Kuala Lumpur pula bukanlah fasiliti sensitif seperti balai polis atau pusat risikan. Ia adalah ikon pelancongan. Maka, fokus kita sepatutnya kepada keberkesanan pengurusan, tarikan komersial, dan cara ia membantu ekonomi bandar — bukan siapa ahli lembaga pengarah.
Apa proses di sebalik konsesi ini?
Pendedahan yang tular itu menyelidik sehingga ke lapisan terakhir pemilikan syarikat, tetapi langsung tidak menyentuh proses konsesi itu sendiri. Adakah ia melalui tender terbuka? Rundingan terus? Penilaian bebas?
Di sinilah sepatutnya perhatian kita tertumpu. Kalau benar ada kecacatan dalam proses perolehan, itu patut dibongkar. Tapi jika prosesnya sah, disemak, dan dipantau — maka struktur pemilikan, walaupun dimiliki keluarga, bukanlah asas kukuh untuk membina syak wasangka.
Konsesi bukan pemilikan
Ramai masih keliru antara konsesi dan pemilikan. Konsesi bukanlah kerajaan ‘jual’ Menara KL kepada syarikat. Ia hanya memberi hak operasi dalam tempoh tertentu. Semua aset masih milik kerajaan.
Malah, model konsesi digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk mempercepat pembangunan dan menggalakkan penglibatan swasta. Kerajaan pula masih memegang kuasa pemantauan, penilaian prestasi, dan penguatkuasaan kontrak.
Jangan silap tafsir kepakaran JV
Ada pihak mempersoalkan kelayakan Service Master Sdn Bhd kerana mereka terlibat dalam servis kenderaan. Tetapi dalam usaha sama (JV), bukan semua pihak perlu ada kepakaran yang sama. Ada yang bawa teknikal, ada yang penuhi syarat Bumiputera, ada yang urus logistik, ada yang sediakan modal. Ini bukan luar biasa.
Apa yang penting adalah kapasiti keseluruhan JV itu dalam melaksanakan tanggungjawab mereka — bukan profil satu entiti sahaja.
Kes pampasan bukan justifikasi tolak konsesi
Ada juga yang guna contoh kes pampasan seperti HSR dan Awantec untuk menyemai ketakutan. Ya, kerajaan pernah terpaksa bayar pampasan besar — tapi itu hanya berlaku apabila kontrak dibatalkan secara tidak adil.
Jika konsesi Menara KL dibatalkan tanpa asas, memanglah pampasan perlu dibayar. Tapi jika dikendalikan secara adil dan sah, tidak ada keperluan untuk risau. Jangan kita takut pada bayang-bayang ketirisan sehingga menolak peluang kerjasama awam-swasta yang baik.
Ketelusan, bukan sentimen
Apa yang penting sekarang ialah memastikan tiga perkara:
Proses konsesi berlaku secara adil dan telusKerajaan terus pantau pelaksanaan konsesi secara aktifRakyat mendapat nilai — dari segi pelancongan, ekonomi dan infrastrukturSelagi tiga perkara ini dipenuhi, konsesi seperti ini tidak perlu ditakuti. Sebaliknya, ia boleh menjadi model untuk mempercepatkan kemajuan negara tanpa terlalu bergantung pada dana awam.
Struktur korporat bukan musuh rakyat. Ketelusan adalah benteng kepercayaan. - FMT
Mustafa Ali adalah pembaca FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/04/menara-kl-jangan-takut-pada-struktur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lari Jangan Jalan 2 Terbaru Dari Brooks White Mountaineering X Reebok

Lari Jangan Jalan 2 Terbaru Dari Brooks White Mountaineering X Reebok

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 160 hits
Rasa gatal nak keluar dan beraksi tapi tak tahu kasut yang mana boleh ikut rentak anda Jom tengok beberapa pilihan menarik yang kami ada Dari kolaborasi istimewa yang menghasilkan sepasang kasut kasual unik hingga sneaker petualang klasik y...
Berbeza Jangan Sampai Serang Peribadi Kata Salleh

Berbeza Jangan Sampai Serang Peribadi Kata Salleh

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 94 hits
Bendahari Umno Sabah Salleh Said Keruak berkata kejayaan politik bukan hasil kerja seorang individu PETALING JAYA Bendahari Umno Sabah Salleh Said Keruak menyeru kepada perpaduan dalam parti sambil menegaskan kejayaan parti politik bergantu...
Betul Lah Orang Selalu Cakap Jangan Judge Buku Dari Kulitnya Nampak Buruk Tapi Ssee M

Betul Lah Orang Selalu Cakap Jangan Judge Buku Dari Kulitnya Nampak Buruk Tapi Ssee M

papar berkaitan - pada 28/3/2025 - jumlah : 102 hits
Betul orang selalu cakap jangan nilai buku dari kulitnya Kadang kadang kita jumpa orang yang nampak garang atau bad boy tapi sebenarnya mereka lebih baik dari apa yang kita sangka Contoh terbaik adalah kawan saya Amir Di mata orang dia namp...
Jangan Jadi Hero Bangsa Ada Kuasa Jual Juga Punya Penipuntak Kira Masa Celaka Pun Iya

Jangan Jadi Hero Bangsa Ada Kuasa Jual Juga Punya Penipuntak Kira Masa Celaka Pun Iya

papar berkaitan - pada 28/3/2025 - jumlah : 111 hits
Negara akan musnah sekiranya semua pihak cuba menjadi wira atau hero kaum sendiri tanpa mengira peruntukan undang undang kebenaran atau kepalsuan sesuatu isu Klik link https www utusan com my nasional 2025 03 negara musnah jika cuba jadi he...
Jangan Sesekali Tanam Minat Sebegini

Jangan Sesekali Tanam Minat Sebegini

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 103 hits
Najib BakarBaru baru ni aku tulis mengenai social validation Berebut rebut segala benda dibuat content untuk likes dan engagement Zaman sekarang mata anak muda anak tak berapa muda dikaburkan dengan materi dan kemewahan Content content mena...
Vanny Vabiola Jangan Kau Datang Lagi Chord

Vanny Vabiola Jangan Kau Datang Lagi Chord

papar berkaitan - pada 30/3/2025 - jumlah : 114 hits
C B F B C F C F untuk apa lagi C engkau kembali di sini C kau yang dulu pergi tinggalkan aku F tanpa kau kembali B jangan kau datang lagi C F C tlah tertutup pintu hati ini F biar ku sendiri C di dalam sepi kamar ini C hanya bantal dan guli...
Ayah Jangan Nangis

Ayah Jangan Nangis

papar berkaitan - pada 2/4/2025 - jumlah : 165 hits
Jangan lupa saksikan telefilem Ayah Jangan Nangis arahan Issey Fazlisham bersiaran pada 4 Syawal 1446H jam 3 petang di Astro Prima Juga boleh ditonton melalui Astro One dan sooka Ayah Jangan NangisWaktu Siaran Khamis 3 April 2025 3 00 petan...
Pu Riz Tegur Netizen Buat Trend Aku Berlutut Tidak Akan Tak Boleh Ambil Ringan Jangan Gurau Perkara Yang Dilarang

Pu Riz Tegur Netizen Buat Trend Aku Berlutut Tidak Akan Tak Boleh Ambil Ringan Jangan Gurau Perkara Yang Dilarang

papar berkaitan - pada 3/4/2025 - jumlah : 200 hits
Baru baru ini pendakwah bebas dikenali ramai iaitu Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz tampil memberi teguran kepada netizen khususnya umat Islam untuk lebih berhati hati membuat trend di platform media sosial sempena perayaan A...
Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Raub Mp Arrested Over Obstruction Claims

Spontan Perempuan Itu Menghulurkan Salam

Mangkuk Seramik Bunga Tulip


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

3 Lagu Untuk Ana

Dapat Juga Derma Darah Kali Kedua

Resipi Rendang Rempah Cili Padi Daging Pedas Padu Rahsia Sedap Rempah Buat Sendiri