Menangis Baru Tahu Ibu Sudah Empat Tahun Meninggal



PUTRAJAYA - Bekas pegawai keselamatan yang terlepas hukuman mati kerana membunuh seorang remaja menangis di Mahkamah Persekutuan di sini apabila baru hari ini mengetahui ibunya telah meninggal dunia sejak empat tahun lepas.

M Thinagaran, 33, hanya mengetahui ibunya telah meninggal dunia hari ini apabila peguamnya, T Vijayandren memaklumkan perkara itu kepada panel tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh yang bersidang bersama-sama Puan Sri Zaleha Yusof dan Datuk Mary Lim Thiam Suan.

Terdahulu, Thinagaran selaku perayu, merayu atas sabitan dan hukuman mati selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh seorang remaja lelaki berumur 17 tahun pada 9.30 malam, 16 Mac 2011 di sebuah rumah di Taman Puchong Indah, Puchong.

Pada awalnya, Thinagaran didakwa atas tuduhan membunuh, namun di akhir kes pendakwaan, pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadapnya dipinda kepada membunuh tanpa niat di bawah Seksyen 304(b) dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas lelaki itu mengaku bersalah atas tuduhan pindaan itu.

Bagaimanapun, dia diperintah untuk membela diri atas pertuduhan membunuh selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Di akhir kes pembelaan, Thinagaran disabitkan dengan kesalahan membunuh remaja terbabit dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi.

Dia merayu ke Mahkamah Rayuan dan mahkamah itu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

Hari ini, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan akhirnya dan meminda pertuduhan Seksyen 302 yang dihadapinya kepada membunuh tanpa niat mengikut Seksyen 304(a) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman, Thinagaran dalam rayuannya memberitahu mahkamah bahawa dia ingin menjaga ibunya dan Mohd Zawawi kemudiannya bertanya berapa umur ibunya.

"Emak saya berumur 56 tahun, Yang Arif," ujarnya.

Mendengar jawapan anak guamnya, Vijayandren bangun dan memaklumkan bahawa ibu perayu telah meninggal dunia.

"Dengan izin Yang Arif-Yang Arif, ibu perayu telah meninggal dunia pada 2016. Perayu langsung tidak tahu mengenai perkara ini kerana tidak dimaklumkan oleh ahli keluarganya," ujar peguam itu.

Mendengar perkara tersebut, Thinagaran mula menangis teresak-esak dan Mohd Zawawi berkata: “Saya bersimpati mendengarnya”.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap Thinagaran dan memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 25 Mac 2011.

Selepas prosiding, kelihatan ahli keluarga berjumpa dengan perayu dan mereka menjelaskan sesuatu kepadanya.

Vijayandren memberitahu media bahawa ahli keluarga perayu tidak memberitahu perayu ibunya telah meninggal dunia kerana khuatir dia tidak dapat menerima hakikat kerana dia rapat dengan ibu.

#Sumber :  - Bernama  

MR :   Apabila keluarga tiada silaturahim


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/menangis-baru-tahu-ibu-sudah-empat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kanak Kanak 9 Tahun Meninggal Dunia Setelah Tercampak Dari Buaian Taman Permainan

Kanak Kanak 9 Tahun Meninggal Dunia Setelah Tercampak Dari Buaian Taman Permainan

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 380 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia sembilan tahun telah meninggal dunia setelah tercampak 15 kaki ke udara ketika menunjukkan aksi barunya 360 darjah putaran ketika bermain buaian Mangsa Savely Zolotukhin sebelum ini telah membuat beberapa ...
Ibu Meninggal Selepas Terlibat Kemalangan Ustaz Ebit Sayu Lihat Tangisan Dua Beradik Ini Ketika Datang Melawat

Ibu Meninggal Selepas Terlibat Kemalangan Ustaz Ebit Sayu Lihat Tangisan Dua Beradik Ini Ketika Datang Melawat

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 322 hits
332 total views 115 views today Tidak dapat bayangkan perasaan seseorang yang kehilangan orang tercinta terutamanya ibu yang disayangi pergi buat selama lamanya Tambahan pula anak anak ini baru sahaja kehilangan ibu kerana terlibat dalam ke...
Dulu Anak 10 Elok Je Ni Baru Anak 2 Kecoh Ayat Ni Jangan Bandingkan Dengan Ibu Sekarang

Dulu Anak 10 Elok Je Ni Baru Anak 2 Kecoh Ayat Ni Jangan Bandingkan Dengan Ibu Sekarang

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 329 hits
Membesarkan seorang anak bukan sesuatu tugas yang mudah dalam situasi hari ini Dengan pelbagai cabaran dan tekanan pastinya ia memerlukan kekuatan dari pelbagai aspek Ingat anak zaman sekarang tak sama seperti zaman kanak kanak kita dulu du...
Baru Empat Jam Poll Ini Dibuka Lebih Seribu Orang Telah Mengambil Bahagian Dan 93 Minta Muhyudin Letak Jawatan

Baru Empat Jam Poll Ini Dibuka Lebih Seribu Orang Telah Mengambil Bahagian Dan 93 Minta Muhyudin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 243 hits
W FAUDZINMuhyiddin tunggu apa lagi Tidakkah beliau merasa malu untuk terus menjadi PM sedangkan ternyata beliau gagal dan setiap hari menjadi bahan lucuan dan kutukan Jika anda turut merasakan sedemikian ayuh sertai Poll yang diwujudkan bag...
Ditemui Tiada Rumah Baru Kematian Ibu Boss Besar Shell Tawar Kerja Kepada Pemuda Ini

Ditemui Tiada Rumah Baru Kematian Ibu Boss Besar Shell Tawar Kerja Kepada Pemuda Ini

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 379 hits
Saat anak muda lain boleh menuntut ilmu makan ditanggung ibu bapa dan hidup selesa di rumah masing masing ada sesetengah remaja yang kurang bernasib baik terpaksa berhujan panas tanpa tempat berteduh Terpaksa bekerja di usia muda mereka laz...
Siya Kakkar Bintang Tiktok Meninggal Pada Usia 16 Tahun Bunuh Diri

Siya Kakkar Bintang Tiktok Meninggal Pada Usia 16 Tahun Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 339 hits
Kabar menyedihkan datang dari dunia hiburan India Seniman muda sekaligus penari TikTok bernama Siya Kakkar ditemukan meninggal dunia Siya Kakkar 16 tahun mengakhiri hidupnya dengan cara bunuh diri di New Delhi pada hari Kamis Berita kematia...
Stok Susu Badan Tertumpah Ibu Mithali Ini Hanya Mampu Terduduk Amp Menangis

Stok Susu Badan Tertumpah Ibu Mithali Ini Hanya Mampu Terduduk Amp Menangis

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 274 hits
Kasih ibu membawa ke syurga kasih bapa kekal selamanya Begitulah gambaran kasih sayang ibu bapa yang dicurahkan buat anak anak Bergelar seorang isteri dan juga ibu naluri kasihnya terhadap anak anak adalah perkara yang paling utama dalam hi...
Kisah Sedih 3 Anak Yatim Piatu Ibu Meninggal 4 Hari Kemudian Bapak Meninggal

Kisah Sedih 3 Anak Yatim Piatu Ibu Meninggal 4 Hari Kemudian Bapak Meninggal

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 223 hits
Kondisi tiga anak yatim piatu di Samarinda Kalimantan Timur memprihatinkan Ketiganya tinggal di sebuah rumah kayu ukuran kira kira 5 x 10 meter Bangunan ini cukup tua peninggalan orangtua mereka Dinding rumah sudah mulai lapuk Sebagian suda...
Empat Tahun Bukan Sekejap Sekarang Pun Tak Kaya Lagi Wawa Zainal

Empat Tahun Bukan Sekejap Sekarang Pun Tak Kaya Lagi Wawa Zainal

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 265 hits
Susahkan nak kurus Macam itu jugalah dengan kejayaan bukan hari ini buat esok dah kaya Wawa dan Aeril pun dah bisnes lama jual baju pernah jual tudung pernah jual kanta lekap sehinggalah Wawa Cosmetics sejak 2016 source
Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


7 2567 1 Top 100 By Darlene Ssru Ac Th

Slotxo 3 2567 Xo Slot 24 Top 75 By Tonja Slotxo24hr Win

Rajabhat University 1 Top 73 By Shawnee Ssru Ac Th 8 67

Turning Raw Data Into Stunning Presentations With One Click

Kurangkan Saiz Produk Tanpa Maklum Pembeli Boleh Kena Denda Rm35 000

Kes Pemerasan Rm1 25 Juta 3 Pegawai Kanan Polis Ditahan