Menabung Tanpa Gagal Cuba Tips Ini



Korang selalu gagal menabung tak? Bab menabung nie memang nampak senang, tetapi sebenarnya susah!
Senangnya kerana kita hanya perlu asingkan sebahagian duit yang kita ada. Tak kisahlah berapapun jumlahnya. Apa yang membuatnya jadi susah ialah kerana bukan semua orang konsisten dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk menabung



Tambahan pula, dengan keadaan ekonomi kita ini sedang merundum nie. Bukan mudah untuk mengatur kewangan dengan jumlah duit atau wang terhad pada setiap bulan. Sungguhpun begitu, kita tetap kena usahakan supaya dapat mengelola kedudukan kewangan dengan lebih baik.


Berikut beberapa cara menabung yang boleh dipraktikan dalam kehidupan sehari-hari. 



1. Utamakan Keperluan Daripada Keinginan

Bercakap memang mudah kan… ada masanya keinginan tu tetiba jer datang! Hahaha… Mulanya memang tak terniat untuk membeli, tetapi tau-tau jer ‘menjadi’. Adooiii… Pilihan untuk memenuhi keperluan ataupun keinginan inilah yang sering jadi dilema.

Sesekali memenuhi keinginan setelah bertungkus lumus bekerja oklah kan… Tapi kalau dah kerap sangat berbelanja untuk memenuhi keinginan tu dah jadi lain pula… jadi pemboros la pulak.Lama kelamaan dompet pun boleh jadi kosong!

So, supaya 2022 kita tak gagal lagi menabung, cubalah untuk selalu mengutamakan keperluan berbanding segala keinginan



2. Beli Bukan Kerana Untuk Menunjuk-Nunjuk

Satu lagi, belilah sesuatu berdasarkan kegunaan, bukan untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.Tak dinafikan membeli barang-barang yang berjenama boleh membuatkan seseorang itu nampak lebih ‘woooww’. Namun, ia akan menjadi masalah besar jika kedudukan kewangan tidak stabil.

Jadi, adalah lebih baik kalau kita membeli sesuatu tu berdasarkan kegunaan, dan bukannya untuk menarik perhatian orang lain ataupun untuk bersaing dengan kawan-kawan.Belilah yang tak terlalu mahal dan sesuai dengan bajet. Kalau rasa ada bajet lebih, adalah lebih baik kalau kita asingkan duit tu untuk kegunaan lain

 

3. Rancang Atau Catat Apa Yang Hendak Dibeli

Mengawal kewangan tidak cukup dengan sekadar lafaz di bibir sahaja atau melihat apa yang tertera di kertas catatan wahh gitewww….

Dalam mengawal kewangan terutama apabila kita dah sampai ke pasaraya atau pusat membeli belah, kita juga perlu mengawal emosi dan juga mengawal diri daripada segala keinginan yang akan datang secara tiba-tiba.

Tetapi, membeli sesuatu tanpa merancang terlebih dahulu adalah lebih parah.Ini adalah kerana kita tidak mencatat apa keperluan utama barang yang perlu dibeli. Tak adalah nanti bila dah sampai di sana, kita main ambil-ambil sahaja barangan tersebut,s edangkan ia hanyalah sekadar keinginan kita sahaja dan bukannya keperluan utama.

Orang macam sis, memang bahaya kalau tak buat catatan. Tetiba boleh jadi lupa diri tau! Hahaha… hahhaa…
Baca Juga: 5 Cara Berjimat Cermat


4. Buat Catatan Duit Masuk, Duit Keluar

Walaupun nampak macam gitew-gitew aje, tapi mencatat segala perbelanjaan duit masuk dan duit keluar ini sangat penting. Dengan adanya catatan ini kita dapat mengawal kedudukan kewangan supaya lebih stabil. 
Kalau rasa malas atau sukar nak catat kat buku (tapi sis memang lebih suka catat kat buku khas untuk menabung), korang boleh jer buat kat handphone. 


5. Tabung Darurat

Sejak zaman berkerja lagi sis sudah terbiasa dengan menabung walaupun seringgit sehari. Dan sis ada satu perangai yang suka meletakkan duit untuk tabung darurat nie di tempat-tempat yang ntah apa-apa.

Pernah dulu, sewaktu tinggal menyewa di rumah bujang, sis letak duit tersebut di bawah tikar getah. Lepas tu sis dah tak ingat… sedar-sedar, masa nak pindah. Itupun member sebilik yang sedar, kebetulan dia pun sama-sama berkemas.Ternyata, semua duit yang sis simpan lebih 2 tahun tu masih menjadi rezeki sis. Alhamdulilah…

Menabung dan tabung darurat nie ada sedikit perbezaan. Dengan menabung kita dapat membeli sesuatu yang kita hajati atau inginkan. Manakala tabung darurat pula, duit tu kita tak boleh usik kecuali bila dah terdesak. Dengan adanya duit dalam tabung darurat itulah dalam menyelamatkan keadaan kita tanpa perlu berhutang.

Itulah sedikit perkongsian tentang cerita menabung. Semoga 2022, kita berjaya mengawal perbelanjaan dan terus hidup sesuai dengan kemampuan kita tanpa perlu bersaing dengan orang lain/kawan-kawan kita. Sama-sama cuba ya!

Lurve,
Sis Anie Mohamed


Credit Images: pexels.com





























Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aniemohamed.blogspot.com/2022/01/menabung-tanpa-gagal-cuba-tips-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Puasa Ketika Bagi Ibu Mengandung Hamil Menyusu Gastrik

Tips Puasa Ketika Bagi Ibu Mengandung Hamil Menyusu Gastrik

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 230 hits
Tips Puasa Ketika Bagi Ibu Mengandung Hamil Menyusu GastrikTips Puasa Ketika Bagi Ibu Mengandung Hamil Menyusu Gastrik Ramai wanita hamil rasa bimbang tidak dapat berpuasa kerana memikirkan keselamatan bayi dan jika berpuasa mungkin boleh m...
3 Home Exercise Tips That Ll Upgrade Your Workouts

3 Home Exercise Tips That Ll Upgrade Your Workouts

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 304 hits
Everybody wishes they were a bit healthier They d also know that the most effective ways of doing so are having a balanced diet and exercising Few people are able to get to the gym regularly however As a result they re not able to get as fi...
Nak Nampak Tinggi Dalam Gambar Ikut Tips Ini Yang Dikongsi Iu

Nak Nampak Tinggi Dalam Gambar Ikut Tips Ini Yang Dikongsi Iu

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 234 hits
Siapa kat sini yang kurang yakin dengan ketinggian mereka Kepada sesiapa di luar sana yang kurang yakin dengan ketinggian mereka yang sedikit rendah dan ingin kelihatan tinggi sedikit di dalam gambar penyanyi popular Korea Lee Ji eun atau l...
Tips Kewangan 2022

Tips Kewangan 2022

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 181 hits
SELAMAT DATANG 2022Jika kita tidak mampu TAMBAH PENDAPATAN tahun baru ini kita KURANGKAN PERBELANJAAN Baru kita jadi jejaka tampan jelitawan 1 Batalkan langganan Astro anda tengok extravaganza bukan boleh jadi kaya raya kawan 2 Guna lampu L...
Nervous Tak Lama Saja Lagi Ernie Zakri Jumpa Tokti Sempat Minta Tips Bersalin

Nervous Tak Lama Saja Lagi Ernie Zakri Jumpa Tokti Sempat Minta Tips Bersalin

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 248 hits
Pertama kali merasai nikmat mengandung sudah tentu merupakan momen indah yang tidak dapat dilupakan oleh mana mana wanita di dunia ini termasuklah penyanyi Ernie Zakri Bahkan Ernie yang kini sarat hamil baru baru ini menyatakan bahawa tidak...
Tips Investasi Emas

Tips Investasi Emas

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 164 hits
Tips Investasi Emas Tips dan Trik Untung Banyak Saat Investasi Emas Emas memiliki beberapa kelebihan antara lain kebal inflasi tidak mudah rusak minim resiko modal relatif kecil serta barangnya liquid atau gampang diperjual belikan Cara inv...
Tips Rahsia Yang Berguna Kalau Nak Bermalam Di Hotel

Tips Rahsia Yang Berguna Kalau Nak Bermalam Di Hotel

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 308 hits
Seorang wanita bekas housekeeping hotel berkongsikan beberapa rahsia dan tips jika mahu bermalam di hotel terutamanya jika anda wanita pastikan anda tahu akan tips tips dibawah ini Rahsia 1 Jangan Guna Gelas Di BilikGelas di bilik anda mung...
Tips Ibu Mengandung Supaya Bayi Dilahirkan Bijak Dan Pintar

Tips Ibu Mengandung Supaya Bayi Dilahirkan Bijak Dan Pintar

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 310 hits
Tips Ibu Mengandung Supaya Bayi Dilahirkan Bijak dan PintarTips Ibu Mengandung Supaya Bayi Dilahirkan Bijak dan Pintar Ibu berperanan menyalurkan nutrisi menyeluruh buat bayi dalam kandungan maka ibu mengandung digalakkan untuk mengamalkan ...
6 Tips To Build A Cooler Home

6 Tips To Build A Cooler Home

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 265 hits
Experiencing hot weather can be excruciating which is getting worse due to global warming Even in typically colder months the weather can be hot and humid especially during the day when the sun is out The post appeared first on
Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Meriah Sambutan Program Csr Bersama The Good Samaritan Home Anjuran Hotel Concorde Shah Alam

Health Fair Farmasi Al Qanaah Taman Air Biru

Tips Trik Menarik Untuk Pengguna Iphone

Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian