Memulihkan Dasar Luar Malaysia




oleh AB JALIL BACKER
Sepanjang dua tahun lalu, hubungan luar Malaysia dengan beberapa negara seperti Arab Saudi, India, Amerika Syarikat dan China berada dalam keadaan yang agak dingin kerana sikap melupakan jalan-jalan diplomasi untuk meraih keuntungan politik tempatan.
Hubungan Malaysia – Arab Saudi merupakan paling kritikal berikutan beberapa keputusan dan kenyataan ahli kabinet ketika itu yang bersifat ‘mahu mencari gaduh’.
Pada Ogos 2018 pentadbiran lepas telah menutup Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) dan memanggil pulang pasukan tentera Malaysia di Riyadh, Arab Saudi. Kedinginan hubungan ini bukanlah kepada keputusan tersebut, tetapi lebih kepada cara pengumuman kedua-dua keputusan ini dibuat dan diumumkan kepada media.
Ini telah menimbulkan desas desus bahawa Arab Saudi mahu menarik balik pelaburan Aramco di Rapid Pengerang.
Walaupun desas-desus ini tidak menjadi kenyataan, namun Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman telah membatalkan lawatan baginda ke Malaysia pada Februari 2019.
Hubungan dengan Arab Saudi juga bertambah dingin dengan pengajuran KL Summit 2019 sehingga menimbulkan pertikaian media sosial antara Menteri Luar Malaysia dan Arab Saudi.
Hubungan dengan India turut dingin berikutan beberapa siri kritikan keras pentadbiran lalu terhadap negara itu. Ini diikuti dengan tindak balas India secara tidak rasmi dalam perdagangan minyak sawit.
Majalah The Diplomat (20 April 2020) menyifatkan India’s relations with Malaysia took a downward path under the previous Pakatan Harapan government headed by Mahathir Mohamad.
Diplomatik Telesidang
Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien mengambil alih jawatan Menteri Luar Negeri pada Mac lalu ketika Malaysia dan dunia sedang menuju ke arah sekatan pergerakan. Ini menyebabkan beliau tidak mempunyai kesempatan melakukan lawatan kerja bagi memperbaiki hubungan diplomatik.
Dalam masa yang sama Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra) pula perlu membantu rakyat Malaysia yang terperangkap di seluruh dunia. Ini bukan jalan mudah kerana ia membabitkan pelbagai karenah birokrasi susulan sekatan perjalanan oleh sebahagian besar negara.
Namun pengalaman dan jaringan antarabangsa Hishamuddin ketika menjadi Menteri Pertahanan telah memberi kelebihan kepada Wisma Putra. Rangkaian antarabangsa Hishammudin dan kecekapan kakitangan Wisma Putra termasuk kedutaan di luar negara telah memungkinkan banyak karenah biroksi diselesaikan melalui telesidang (teleconferencing) sahaja.
Dalam keadaan hubungan dingin, Hishammudin berjaya menguruskan kepulangan 80 orang rakyat Malaysia yang terkandas di Arab Saudi dengan perjalanan ini dibiayai sepenuhnya oleh Arab Saudi.
Wisma Putera dengan kerjasama Parti Kongres India Malaysia (MIC) dan pelbagai pihak turut berjaya membawa pulang ribuan rakyat Malaysia, terutama pelajar, yang terkandas di India sejak sekatan pergerakan Mac lalu.
Wisma Putra turut meyakinkan Kerajaan India untuk memberi ruang kepada Malaysia menghulurkan bantuan konsular kepada Jemaah Tabligh Malaysia yang ditahan bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa terpelihara. Ini termasuk pemberian bantuan dari segi makanan, ubat-ubatan, barangan asas harian dan bantuan guaman.
Melihat media sosial Hishammuddin sepanjang dua bulan ini tidak kurang 100 telesidang telah diadakan dengan rakan sejawat dan diplomat asing bagi memudahkan urusan membawa pulang lebih 14 ribu orang warga Malaysia yang berada di 70 buah negara asing.
Tidak cukup isu pandemik ini, hubungan luar turut diuji dengan tindakan ‘aggresif’ kapal perang China di Laut China Selatan. Berbanding membuat kenyataan semberono seperti when elephant fight the grass will suffer, Hishammuddin mengingatkan China dalam bahasa diplomatik,
“Malaysia berpegang kepada pandangan bahawa Laut China Selatan seharusnya kekal aman menjadi laluan pedagang. Oleh itu apa-apa isu melibatkan Laut China Selatan seharusnya diselesaikan secara aman berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982.”
Mereka yang mengkritik kenyataan ini mungkin tidak memahami bahawa tugas Menteri Luar adalah bertujuan menjaga hubungan diplomatik dan mencari jalan perdamaian, kecuali sudah diputuskan kerajaan untuk ‘bergaduh’.
Sungguhpun tempoh dua bulan terakhir ini mungkin merupakan antara detik sukar kepada seluruh kakitangan Wisma Putra, namun ia juga menunjukkan dasar luar negara kini lebih matang dan berwibawa.
Sinar




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/05/11/memulihkan-dasar-luar-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=memulihkan-dasar-luar-malaysia

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Luar Biasa Bulan Puasa Sibuk Rebut Kuasa Ezam

Malaysia Luar Biasa Bulan Puasa Sibuk Rebut Kuasa Ezam

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 259 hits
Mohamad Ezam Mohd Nor ULASAN Ramadhan Mubarak Selamat beribadah yang dipertingkatkan di penghujung bulan puasa Malaysia luar biasa Bukan sahaja sebok berpuasa Sebok berebut kuasa Bulan puasa bulan menahan lapar dan dahaga Di Malaysia bulan ...
Statistik Terkini Rakyat Malaysia Dari Luar Negara Positif Covid 19 Kkm

Statistik Terkini Rakyat Malaysia Dari Luar Negara Positif Covid 19 Kkm

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 388 hits
Sebanyak 72 kes daripada 94 kes baharu dalam tempoh 24 jam yang dilaporkan hari ini telah dikenalpasti sebagai kes import daripada pelajar Malaysia Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia kesemua pelajar seramai 72 orang itu membawa pulang k...
Antara Senarai Pulau Di Malaysia Yang Kurang Popular Tapi Indah

Antara Senarai Pulau Di Malaysia Yang Kurang Popular Tapi Indah

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 570 hits
Di Malaysia terdapat banyak pulau pulau yang menjadi pusat peranginan dan pusat pelancongan bagi pelancong tempatan dan luar negara Rata rata pulau pulau yang dilawati pelancong adalah pulau yang terkenal Bila dengar sahaja namanya kita tah...
Kereta Mini Guna Tenaga Elektrik Kini Mula Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Bayaran Serendah Rm160 Sebulan

Kereta Mini Guna Tenaga Elektrik Kini Mula Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Bayaran Serendah Rm160 Sebulan

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 540 hits
Kereta mini guna tenaga elektrik kini mula memasuki pasaran Malaysia dengan bayaran serendah RM160 sebulanDilaporkan kereta elektrik mini ini hanya boleh memuatkan dua orang dan memerlukan 5 jam untuk mengecas sehingga 80 tenaga elektrik Ke...
Soloz Dinobat Oleh Malaysia Book Of Records Kerana Atlit Esukan Mempunyai Pengikut Paling Ramai Di Facebook

Soloz Dinobat Oleh Malaysia Book Of Records Kerana Atlit Esukan Mempunyai Pengikut Paling Ramai Di Facebook

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 1072 hits
92 Kongsikan Soloz salah seorang atlit esukan tempatan yang terkenal dinobatkan oleh Malaysia Book of Records sebagai atlit Esukan yang mempunyai paling ramai pengikut di Facebook berbanding dengan atlit atlit yang lain Pakar didalam permai...
Ismail Sabri Previous Laws Null And Void As Malaysia Goes Into Phase 5 Of Mco

Ismail Sabri Previous Laws Null And Void As Malaysia Goes Into Phase 5 Of Mco

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 257 hits
Up to four individuals are allowed to be in one car and people can now travel further than the previous 10km radius limit small Cover image via Harian Metro Malay Mail small Defence Minister Ismail Sabri Yaakob just announced that the gover...
Sikap Segelintir Rakyat Malaysia Yang Perlu Diubah Bukan Salahkan Pkpb

Sikap Segelintir Rakyat Malaysia Yang Perlu Diubah Bukan Salahkan Pkpb

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 203 hits
Bermula hari ini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dikuatkuasakan dan menimbulkan kerisauan kebanyakkan individu termasuklah pihak Kemeterian Kesihatan Malaysia Sepertimana yang kita semua tahu ekonomi negara kita sudah mengalami k...
Malaysia S 1st Guide Dog Passes Away After Serving Owner For 6 Years

Malaysia S 1st Guide Dog Passes Away After Serving Owner For 6 Years

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 236 hits
LaShawn was recognised as Malaysia s first guide dog by the Malaysia Book of Records small Cover image via Facebook small Malaysia s first guide dog passed away yesterday 3 May after falling ill with a rare bacterial infection LaShawn was f...
Kerajaan Pn Dinasihatakan Bahawa Malaysia Negera Persekutuan

Kerajaan Pn Dinasihatakan Bahawa Malaysia Negera Persekutuan

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 145 hits
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Negeri Negeri Dan Persekutuan Parlimen Hassan Abdul Karim mengingatkan kerajaan bahawa Malaysia ialah negara persekutuan Anggota parlimen Pasir Gudang berkata demikian ketika menasihatkan pusat s...
Special Task Force To Present Report On Supplies Of Cooking Oil Chicken Eggs Tomorrow

Darah Daging Bertukar Musuh Akibat Harta

Formula Ukuran Jarak Keluasan Tanah

Makan Malam Bbq Di Meat Cartel Wangsa Maju

Invite The Sun Into Your Decor With A Yellow Sofa

4 Strategies In Increasing Sales

15 Resepi Daging Yang Popular Dan Sedap Untuk Dicuba

Kes Wanita Curi Milo Tindakkan Jutawan Ini Buat Ramai Orang Respek



8 Fakta Drama Novel Berepisod Risik Pada Hati TV3 Yang Ramai Tak Tahu

31 Peraturan Ketat China Untuk Kawal Live Streamers

5 Misteri Berkenaan Mat Kilau Yang Diceritakan Kenalan Terdekat

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jodohku Babysitter Slot Megadrama Astro Ria

5 Roller Coaster Terawal Di Dunia


Suara Tetap Sama Mcm Dulu Dwan Olan Bertambah Pulih Ak1bat Angin Ahm4r Nyanyian Beliau Tarik Perhatian Rmai

Local Artisan Chocolatiers Enjoy The Sweet Taste Of Success

Gereja Katolik Di Keningau Diceroboh

Viral Message On Aid For Senior Citizens Fake News

Ppbu Bank Rakyat Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah 2022

Sambutan Baik Pada Musim 1 Work Later Drink Now Mula Penggambaran Musim Ke 2 Kini