Memperkenalkan Kehebatan Kamera Huawei P60 Pro Dan Pengenalan Peranti Huawei Terkini


Hi Korang,
Terkini HUAWEI telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu HUAWEI P60 Pro dengan spesifikasi terkini yang mempertengahkan keupayaan kamera superior yang serba baharu dan canggih


Bayangkan kamera utamanya memberi bukaan apertur boleh berubah antara F1.4 hingga F4.0 dalam 10 senggatan. Untuk kamera hadapan pula mempunyai sensor 13 megapiksel sekaligus dapat merakam swafoto menakjubkan walaupun dalam keadaan cahaya suram

Bidikan dalam suasana yang malap. Namun hasilnya tidak mengewakan


Dengan tiga kamera belakang seperti kamera utama Pencahayaan Ultra 48 megapiksel, kamera sudut ultra lebar 13 megapiksel dan kanta Telefoto Pencahayaan Ultra 48 megapiksel, semua ciri ini sangat menyokong HUAWEI P60 Pro dalam membidik gambaar mahupun video dalam keadaan yang gelap mahupun malap



Sistem multi lensa yang diperkenalkan oleh HUAWEI P60 Pro menjadikan ianya telefon pintar pertama yang dilengkapi dengan kamera telefoto untuk situasi malap (low-light telephoto camera),
HUAWEI P60 Pro juga memperkenalkan antara muka kamera yang dinaik taraf dengan cincin zum kamera serba baharu. Ini dapat membolehkan pengguna mempunyai kawalan mudah pada kamera telefon. Selain itu, terdapat juga pembesaran digital, pembesaran optikal dan pembesaran hibrid yang boleh mengikut tetapan pengguna melalui hasil gabungan tri-kamera


Pertama kali memandangnya boleh membuatkan hati sudah terpaut. Rekaan luaran yang sleek, unik dan sangat kemas

Pengenalan HUAWEI P60 Pro dengan varian warna Rococo Pearl diinspirasikan oleh gaya Rococo yang wujud di Perancis pada abad ke-18 serta reka bentuk Mutiara Rococo yang pertama dalam industri yang mempunyai tekstur mutiara asli. Memang sangat cantik. Namun bagi mereka yang sukakan warna keunggulan maskulin pasti akan memilih warna hitam matte

Hitam Matte
Rococo Pearl
Kedua warna mempunyai tarikan tersendiri. Oh ya! Kemasan belakang itu juga dikatakan berbeza secara unik antara satu sama lain

Tahan Lasak Dengan Paparan Kaca Kunlun Empat Lengkung
Pengenalan kepada paparan kaca kunlun empat lengkung menjadikan HUAWEI P60 Pro telefon pintar yang tahan lasak. Dilengkapi paparan Quad-curved, setiap sudut HUAWEI P60 Pro Quad-curve Display memberikan penglihatan yang tidak terbatas dan lebih luas

Pengguna juga memberi rasa lebih selesa, selamat ketika memegangnya, begitu juga ketika menaip dengan ciri rekaan lengkungan di kiri dan kanan yang didatangkan bersama Huawei P60 Pro

Daya Tahan Bateri Lama
Penggunaan telefon pintar hari ini bukan sekadar menelefon dan menjawab pesanan. Bahkan lebih daripada itu kerana penggunaannya sehinggalah kita boleh memngambil dan menyunting video. Disebabkan penggunaaan adakalanya mengambil masa yang lama. Kita memang memerlukan telefon bimbit yang hadir bersama bateri yang tahan lama

Dengan bateri 4815 mAh, HUAWEI P60 Pro tidak dinafikan mempunyai kreadibiliti untuk bertahan sepanjang hari. Waima bateri HUAWEI P60 Pro juga menyokong teknologi SuperCharge HUAWEI 88W yang membolehkan pengguna mengecas bateri kepada 50 peratus dalam masa 10 minit sahaja



Pra-tempah Huawei P60 Pro
Ternyata HUAWEI P60 Pro adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang mencari telefon pintar yang mempunyai ciri-ciri kamera yang hebat, rekabentuk yang sofistikated, storan yang besar serta mempunyai hayat bateri yang panjang

Harga HUAWEI P60 Pro adalah RM4,699 didatangkan juga bersama hadiah percuma bernilai sehingga RM1,560* di HUAWEI Experience Store serta RM1,460* menerusi HUAWEI Online mulai 11 Mei sehingga 19 Mei 2023



Berminat? 
Bolehlah pra-tempah Huawei P60 Pro sekarang dari Kedai HUAWEI terdekat danjuga dari kedai rakan kongsi yang sah seperti Senheng, SenQ dan Harvey Norman serta Laman Web Rasmi HUAWEI, Lazada atau Shopee


Pengenalam 4 Gadget Menarik Huawei Bersempena dengan Pelancaran HUAWEI P60 Pro dan Mate X3
Bersempena dengan pelancaran HUAWEI P60 Pro dan Mate X3, Huawei turut memperkenalkan empat gadget terbaharu iaitu HUAWEI Watch Buds, HUAWEI Watch Ultimate, HUAWEI FreeBuds 5 dan HUAWEI MatePad 11-inci 2023

Produk peranti pintar dan bergaya yang diperkenalkan bagi memenuhi keperluan pengguna hari ini yang sentiasa sibuk namun perlu kekal berhubung dan produktif di mana sahaja. HUAWEI menawarkan penyelesaian inovatif yang dapat membantu memudahkan kehidupan dan meningkatkan pengalaman keseluruhan dalam dunia teknologi hebat kepada pengguna-pengguna setianya

HUAWEI Watch Ultimate
HUAWEI Watch Ultimate merupakan jam tangan pintar premium yang menawarkan versatil ciri kombinasi hebat yang tiada tandingannya. Jam tangan pintar premium yang serba baharu menawarkan teknologi dan inovasi dengan ciri-ciri terkini



Pembuatan sangat kemas dengan zirkonium yang cukup elegan estetika menjadikan ianya jam tangan pintar yang cukup mewah. Paling penting tahan lasak

HUAWEI Watch Ultimate Voyage Blue ditawarkan pada harga RM 3,799 dan boleh didapati di semua HUAWEI Experience Stores, Laman Web Rasmi HUAWEI dan Kedai Rasmi di Shopee dan Lazada bermula 11 Mei 2023

HUAWEI WATCH Buds
HUAWEI Watch Buds dapar memberikan pengalaman yang cukup hebat kepada penggunanya. Penggunaannya boleh digabungkan bersama TWS earbuds. Peranti ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri canggih seperti reka bentuk pop timbul yang inovatif, Mutual Magnet Array dan Teknologi Pengenalan Adaptif yang sekaligus memberikan akses mudah bagi membolehkan pengguna memakai, menanggalkannya dan kembalikan dua fon telinga tanpa perlu membezakan antara keduanya



Dengan AI Huawei peranti ini sangat sesuai untuk aktiviti sukan. Bersama 80 Mod Sukan antaranya adalah 10 mod sukan profesional, termasuklah larian outdoor, larian indoor, berjalan outdoor, berjalan indoor, berbasikal dan banyak lagi

HUAWEI WATCH Buds kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM 2,199 dan boleh didapati di semua Kedai HUAWEI, Laman Web Rasmi HUAWEI dan Kedai Rasmi di Shopee dan Lazada

HUAWEI FreeBuds 5
HUAWEI FreeBuds 5 ialah tambahan terbaharu kepada barisan fon telinga bebas wayar yang popular dari jenama HUAWEI. Menampilkan reka bentuk yang memaksimumkan keselesaan dan juga bersama daya tarikan rekaan yang cukup estetik



Rekabentuk seolah titisan adalah hasil daripada puluhan ribu simulasi ergonomik dengan lengkung dua-C yang sememangnya sangat sesuai dengan kontur telinga

FreeBuds 5 juga didatangkan dengan prestasi akustik yang berkuasa, bersama pembesar suara berasingannya yang inovatif, modul bateri, dan seni bina papan litar kawalan. Oleh kerana setiap komponen berfungsi secara bebas antara satu sama lain, kelajuan pengecasan dan prestasi audio bebas untuk melonjak ke tahap yang lebih tinggi

Penggunaan sehingga 30 jam jika dicas penuh waima cas 5 minit sahajapun sudah boleh menyokong sehingga 2 jam. Untuk info, kadar pengecasan 200% lebih pantas berbanding daripada generasi perantini ini sebelumnya

Ditawarkan pada harga RM699, HUAWEI FreeBuds 5 boleh didapati melalui pra-tempah dari Laman Web Rasmi HUAWEI bermula dari 11 Mei 2023

HUAWEI MatePad 11 inci 2023
Rangkaian produk Siri MatePad HUAWEI yang mula diperkenalkan tahun 2019 sentiasa mendapat respon yang positif daripada penggunanya.. Model HUAWEI MatePad 11-inci 2023 telah diperkenalkan dengan tahap prestasi yang lebih hebat



Keupayaan HUAWEI MatePad 11-inci 2023 dipertingkatkan lagi apabila digabungkan dengan HUAWEI M-Pencil (generasi ke-2) bersama refresh rate 120 Hz tablet sekaligus memberikan pengalaman menulis seperti pen-on-paper
Peminat HUAWEI Malaysia pasti teruja dengan kehadiran telefon pintar HUAWEI P60 Pro dan peranti HUAWEI hebat terkini yang menawarkan keunggulan teknologi inovatif yang cukup luar biasa

Jangan lupa untuk pra-tempah dan rebut peluang memiliki gadget terkini dari HUAWEI




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2023/05/memperkenalkan-kehebatan-kamera-huawei.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Huawei P60 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Huawei P60 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

papar berkaitan - pada 13/5/2023 - jumlah : 280 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah baru baru ini aku berpeluang ke majlis pelancaran peranti terkini keluaran jenama Huawei Majlis yang berlangsung dengan penuh meriah ini diadakan d...
Huawei P60 Pro Mantap Habis

Huawei P60 Pro Mantap Habis

papar berkaitan - pada 14/5/2023 - jumlah : 250 hits
Jika suka mengambil gambar untuk mengenang segala detik indah di sepanjang perjalanan hidup tak kiralah bersama kawan kawan ataupun keluarga tersayang HUAWEI P60 Pro adalah telefon pintar yang wajar dimiliki Keupayaan kamera yang luar biasa...
Huawei P60 Pro Huawei Mate X3 Terbaharu

Huawei P60 Pro Huawei Mate X3 Terbaharu

papar berkaitan - pada 15/5/2023 - jumlah : 217 hits
HUAWEI P60 PRO HUAWEI MATE X3 TERBAHARU HUAWEI sangat terkenal dengan gambar sharp cantik Kini di mempunyai kelebihan lagi dalam HUAWEI P60 Pro dengan aparture dan pencahayaan automatik Serta video yang sangat lancar jelas dan lebih dari ci...
Estetika Mutiara Rococo Perancis Smartphone Terbaru Huawei Miliki Kamera Telefoto Terbaik

Estetika Mutiara Rococo Perancis Smartphone Terbaru Huawei Miliki Kamera Telefoto Terbaik

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 126 hits
HUAWEI dikhabarkan akan melancarkan smartphone terbaru keluaran mereka HUAWEI P60 Pro pada 11 Mei ini Jom kami kongsikan apa ciri menarik HUAWEI P60 ini yang pasti buatkan peminat jenama ini ternanti nanti pelancarannya 3 kamera belakang te...
Ramalan Terkini Untuk Gbp Usd Pada 11 05 2023

Ramalan Terkini Untuk Gbp Usd Pada 11 05 2023

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 172 hits
Seperti yang diramalkan inflasi di Amerika Syarikat telah menurun daripada 5 0 kepada 4 9 Walau bagaimanapun skala kelemahan dolar adalah sederhana kecil Pelabur hairan dengan data bulanan Memandangkan harga pengguna meningkat sebanyak 0 4 ...
Pinjaman Kwsp Fsa2 Semakan Status Terkini Duit Masuk

Pinjaman Kwsp Fsa2 Semakan Status Terkini Duit Masuk

papar berkaitan - pada 15/5/2023 - jumlah : 468 hits
Semakan Status Pinjaman KWSP FSA2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menjelaskan dibawah Fasiliti Sokongan Akaun 2 semua ahli KWSP warganegara Malaysia di bawah umur 55 tahun boleh membuat notis awal untuk Pengeluaran Umur 50 Tahun atau 55 Tahu...
Kelas Bisnes Facial Terkini Beauty On The Go

Kelas Bisnes Facial Terkini Beauty On The Go

papar berkaitan - pada 15/5/2023 - jumlah : 245 hits
By Kam Maria Abdul Mutalib Hi Assalamualaikum Apa khabar semua Kami doakan anda sentiasa sihat dan dalam rahmat Allah Entry kalini saya nak share tentang terkini Sebelum ni saya ada share tentang Kursus Mobile SPA yang team kami jalankan se...
Jawatan Kosong Terkini Di Agensi Kerajaan Myipo

Jawatan Kosong Terkini Di Agensi Kerajaan Myipo

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 220 hits
Jawatan kosong terkini di Agensi Kerajaan MyIPO Dengan sukacitanya diumumkan bahawa Perbadanan Harta Intelek Malaysia kini sedang membuka peluang pekerjaan untuk memperkukuhkan lagi operasinya Jawatan kosong Terkini di Agensi Kerajaan MyIPO...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Apa Aku Buat Sekarang Ni

Pas Showing It Should Lead Pn Says Analyst

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera

Infinix Gt 20 Pro Antara Golongan Pertama Telefon Pintar Di Seluruh Dunia Yang Menyokong Pubg Mobile Dalam 120fps

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Kdn Fc Berputih Mata Di Laman Sendiri