Memperalat Kemunduran Sebagai Strategi Sokongan Politik






Oleh DR ABDUL LATIFF MOHD IBRAHIMNovember 21, 2020 Kadang-kadang kita tertanya-tanya apakah kita sedang tinggal di abad ke-21 dalam sebuah negara yang dianggap antara negara membangun berprestasi ekonomi yang memberangsangkan, mempunyai sistem politik terbuka dan agak maju dari aspek-aspek lain jika dibandingkan dengan beberapa negara lain dalam kategori yang sama?
Persoalan ini terpaksa dikemukakan susulan berita baru-baru ini yang menyebut bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan telah meluluskan sebulat suara usul untuk menaikkan gaji semua Ahli Dewan Undangan tersebut termasuk para Exco yang kemudiannya dilaporkan diundurkan penguatkuasaannya kepada Januari 2020.
Dr Abdul Latiff
Menurut laporan tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Exco Kerajaan negeri Kelantan dijangka menerima kenaikan gaji pokok RM3000 ke RM5000 seorang.
Kenaikan itu dikatakan bertujuan mengurangkan perbezaan gaji antara wakil rakyat Kelantan dengan wakil rakyat negeri-negeri lain dan menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, wakil rakyat di Kelantan
diibaratkan seperti pegawai kebajikan kerana ramai masyarakat di kawasan memerlukan perhatian dan bantuan mereka.
Kelantan mempunyai 45 ADUN, yang bermakna sekiranya benar RM3000 kenaikan diperuntukkan bagi setiap seorang ahli, sejumlah RM 135,000 tambahan akan dibelanjakan Kerajaan Negeri bagi wakil rakyatnya sebulan atau RM 1,620,000 setahun. Sebaliknya jika seorang menerima kenaikan RM5000 ia akan melibatkan tambahan perbelanjaan sebanyak RM225,000 sebulan dan RM2.7 juta setahun.
Isunya di sini bukan sahaja mengenai masa yang dipilih untuk membuat tindakan ini, atau jumlah yang akan diberikan tetapi yang lebih utama ialah bagaimana urusan kebajikan rakyat negeri dikendalikan.
Sungguh aneh dalam abad yang sudah jauh ke hadapan dari segi teknologinya termasuk teknologi digital, selain kemajuan pengurusan dan pentadbiran sesebuah kerajaan, para wakil kerajaan yang menjadi nadi kepada kerajaan itu masih belum dapat menguruskan keperluan rakyat mereka dengan baik dan berkesan.
Sukar untuk dipercayai bahawa pembangunan sosio-ekonomi rakyat secara tersusun dan maju tidak dapat dilaksanakan oleh sesebuah kerajaan di bumi Malaysia yang mempunyai potensi yang agak tinggi.
Apakah negeri Kelantan tidak mempunyai pakar-pakar yang boleh berperanan membangunkan negeri tersebut sehingga tidak wujud keadaan “ketidakpedulian ekonomi” di mana rakyat terpaksa mengetuk pintu wakil rakyat untuk mendapatkan bantuan?
Aneh juga bagaimana beroperasinya sebuah kerajaan seperti di Kelantan dengan wakil rakyat bertindak sebagai “pegawai kebajikan”.
Apabila Timbalan Menteri Besar menyuarakan keperluan wakil-wakil rakyat bertindak sebagai pegawai kebajikan ia memang sesuatu yang paling lucu sekali. Apakah wakil rakyat itu mahu dilihat sebagai pegawai kebajikan atau kalau disandarkan kepada tradisi dalam Kristianiti – Santa Claus – yang datang memberi bantuan kepada anak-anak buah pada musim-musim tertentu?
Jelas ini menggambarkan semacam kegagalan dalam perancangan dan pelaksanaan program pembangunan ekonomi dan sosial rakyat. Sepatutnya rakyat tidak perlu berbaris di hadapan rumah wakil rakyat menunggu bantuan wang atau benda lain. Itu bukan tugas wakil rakyat.
Sistem pentadbiran yang cekap akan memastikan rakyat dijaga keperluan mereka. Bahkan kemudahan asas juga akan sentiasa diberi perhatian sehingga rakyat tidak perlu datang mendesak kepada wakil rakyat mereka.
Memandangkan masih ramai rakyat di negeri itu berada di bawah garis kemiskinan, dan kadar kemiskinan kekal agak tinggi sejak beberapa dekad yang lalu, apakah amalan memberi duit kepada mereka yang datang meminta itu jalan keluar daripada masalah asas yang dihadapi rakyat?
Sampai bilakah wakil rakyat akan menjadi seperti Santa Claus? Macam-macam propaganda “pembangunan” didengari, tetapi hasilnya tiada apa-apa yang dapat meningkatkan taraf hidup sebilangan besar golongan yang amat memerlukan.
Bagi saya apabila pimpinan sebuah kerajaan memberikan alasan bahawa kenaikan gaji atau elaun adalah untuk menampung keperluan wakil rakyat yang bertindak sebagai “pegawai kebajikan” ia sebenarnya mempamerkan kegagalan kerajaan itu sendiri. Mereka tidak mempunyai visi, daya dan kemampuan untuk menyediakan “ecosystem” ekonomi dan sosial yang lestari yang dapat meletakkan rakyat dalam keselesaan.
Alasan kedua yang diberikan Timbalan Menteri Besar itu juga tidak wajar. Kononnya hendak “mengurangkan perbezaan gaji antara wakil rakyat negeri Kelantan dengan negeri-negeri lain”.
Kenapa perbandingan hanya dibuat terhadap imbuhan yang diterima tetapi tidak pada prestasi kepimpinan negeri? Sekiranya wakil rakyat di Selangor atau Pulau Pinang menerima imbuhan yang jauh lebih tinggi apakah prestasi wakil-wakil rakyat di negeri-negeri berkenaan sama seperti di negeri Kelantan?
Amat tidak wajar suatu perbandingan sedemikian dilakukan kerana indikator-indikator lain seperti prestasi ekonomi dan sosial juga mesti diambil kira.
Dan sudah tentu apabila wakil-wakil rakyat terpaksa bertindak sebagai “pegawai kebajikan” ia menampakkan suatu kegagalan kepimpinan secara menyeluruh sekaligus menolak hujah keperluan merapatkan perbezaan dalam penerimaan gaji dengan wakil-wakil dari negeri-negeri lain.
Penulis merupakan bekas Prof Madya di Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/memperalat-kemunduran-sebagai-strategi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Annuar Hanya Bercakap Benar Dan Pertahan Kejujuran Politik

Annuar Hanya Bercakap Benar Dan Pertahan Kejujuran Politik

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 324 hits
November 23 2020KUALA LUMPUR Tindakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa segelintir ahli lupa bahawa Umno ialah parti yang kalah dan sudah jatuh dalam PRU 14 disifatkan sebagai mempertahankan kejujuran politi...
Menjelang Pengundian Bajet 2021 Politik Ugut Demi Mempertahankan Langkah Sumbang

Menjelang Pengundian Bajet 2021 Politik Ugut Demi Mempertahankan Langkah Sumbang

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 368 hits
1 Langkah awal yang sumbang akan menatijahkan segalanya sumbang Begitulah halnya Langkah Sheraton adalah lambang pembelotan mandat yang telah menelurkan bajet sumbang untuk kekalkan budaya politik pembelotan 2 TSMY gagal membuat satu perkar...
Pemimpin Politik Yang Korup Mudah Jadi Tauladan Dan Menghasilkan Pegawai Kerajaan Yang Juga Korup

Pemimpin Politik Yang Korup Mudah Jadi Tauladan Dan Menghasilkan Pegawai Kerajaan Yang Juga Korup

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 296 hits
Ada sesetengah kes bukan sahaja korup klepto salahguna kuasa tetapi juga ke tahap pengkhianat seperti membolosi pintu sempadan kad pengenalan palsu dan tidak membayar cukai jutaan dan billions Jika masih ada yang bebas mereka yang bermaklum...
Sukses Di Industri Hiburan Denny Cagur Ikuti Jejak Eko Patrio Di Dunia Politik Siap Jadi Kader

Sukses Di Industri Hiburan Denny Cagur Ikuti Jejak Eko Patrio Di Dunia Politik Siap Jadi Kader

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 261 hits
Denny mengaku udah tertarik belajar di dunia politik sejak lima tahun lalu Wah mau nyalon jadi kepala daerah atau nyaleg nih
Politik Ekonomi Malaysia Memberi Tekanan Kepada Fakta Kebenaran

Politik Ekonomi Malaysia Memberi Tekanan Kepada Fakta Kebenaran

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 255 hits
SHAH ALAM Bekas Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Mohamed Nazir Razak menegaskan di Malaysia tidak wujud ekonomi sebaliknya yang ada hanyalah politik ekonomi Menurutnya beliau menyatakan demikian kerana kerap diajukan persoalan tentang ekonom...
Setakat Mana Keputusan Dibuat Oleh Kementerian Kesihatan Dan Bukan Tekanan Politik

Setakat Mana Keputusan Dibuat Oleh Kementerian Kesihatan Dan Bukan Tekanan Politik

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 316 hits
Ini bukan kali pertama Jika ini gagal ditanam pada rakyat negara akan terima padah yang teruk Jika rakyat melihat flip flop tidak sekata double standard Ia tidak mungkin datang dari sebuah Jabatan Kerajaan tanpa campur tangan politik Begitu...
Jadi Pemimpin Politik Dan Tok Imam Jauh Bezanya

Jadi Pemimpin Politik Dan Tok Imam Jauh Bezanya

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 289 hits
Via WhatsApp Memilih pemimpin negara atau negeri tidak sama dengan memilih imam solat Walaupun kedua dua kedudukan itu untuk diikuti oleh makmun ataupun rakyat di belakang mereka tapi siyasah ataupun urustadbir negara tidak seperti solat Im...
Azalina Cadang 3 Langkah Atasi Ketidakstabilan Pergolakan Politik

Azalina Cadang 3 Langkah Atasi Ketidakstabilan Pergolakan Politik

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 301 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said hari ini memaklumkan akan membawa 3 langkah dan cadangan segera kepada kerajaan dalam sesi Parlimen ini bagi memastikan negara tidak lagi berhadapan dengan ketidakstabilan politik da...
Jauhkan Pendidikan Agama Dan Perniagaan Dari Politik Tmj

Jauhkan Pendidikan Agama Dan Perniagaan Dari Politik Tmj

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 376 hits
Tiada masalah untuk pelajari bahasa Inggeris ia bahasa antarabangsa yang membolehkan seseorang berkomunikasi dengan orang ramai dari seluruh dunia TMJ Jauhkan pendidikan agama dan perniagaan dari politik TMJ Tiga perkara yang perlu dijauhka...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi