Jadi Pemimpin Politik Dan Tok Imam Jauh Bezanya



Via WhatsApp
Memilih pemimpin negara atau negeri tidak sama dengan memilih imam solat. Walaupun kedua-dua kedudukan itu untuk diikuti oleh makmun ataupun rakyat di belakang mereka, tapi siyasah ataupun urustadbir negara tidak seperti solat.Imam solat diukur kelayakan di sudut bacaan dan pengetahuan mengenai solat. Hukum-hakam solat pula kebanyakannya sudah tetap dan tidak memerlukan kesungguhan untuk berfikir menangani kerumitan. Ia satu ilmu yang sangat terbatas. Sementara pemimpin dalam urustadbir negara memerlukan kemampuan di sudut siyasah dan ketangkasan dalam menguruskan situasi rakyat. Memerlukan keupayaan berinteraksi dengan suasana semasa dalam dan luar negara.Dalam Islam, bab politik hanya diberikan garis panduan umum sahaja, di mana kebanyakan urusan politik diserahkan kepada ijtihad manusia berdasarkan situasi yang mereka hadapi. Nas-nas agama tidak begitu mengikat manusia dalam politik sedangkan nas-nas itu begitu mengikat muslim dalam hukum-hakam solat. 4.Justeru itu kita lihat, sahabat Nabi s.a.w yang sangat bagus bacaan al-Quran ialah Ubai bin Ka’ab tidak dilantik dalam urustadbir politik. Kelebihan beliau di sudut bacaan al-Quran diakui dan dipuji oleh Nabi s.a.w sendiri. Namun, beliau tidak dicadangkan menjadi khalifah ataupun pemerintah ataupun gabenor. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab beliau dilantik menjadi imam untuk mengepalai solat tarawikh. Umar sangat menghormati keilmuan dan pegangan agamanya. Dalam Tabaqat Ibn Saad, ada riwayat yang Ubai bin Ka’ab pernah bertanya Umar:
‎مالك لا تستعملني؟»، قال: أكره أن يدنس دين
“Mengapa engkau tidak melantikku (sebagai anggota pentadbiran). Jawab Umar: Aku tidak suka dicemari agamamu”.
Ini kerana, pengurusan politik mempunyai seni dan bidangnya yang tersendiri, bukan semua orang mampu mengharunginya.
Inilah juga yang Nabi s.a.w jawab kepada sahabat yang dikasihi baginda Abu Zar, apabila beliau meminta jawatan politik daripada Nabi s.a.w. Jawapan baginda kepadanya: “Wahai Abu Zar! Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya. (Riwayat Muslim). Abu Zar bukan lemah iman, tapi lemah dalam kemampuan politik. Justeru itu Nabi s.a.w menyatakan ia nanti satu kerugian di akhirat disebabkan kegagalan memikul tanggungjawab politik sekalipun baik di sudut amalan peribadi.
Dalam bahasa tempatan kita, bukan semua yang bergelar ustaz tahu berpolitik. Bahkan dalam Sirah, Rasulullah s.a.w melantik muka-muka baru yang mungkin ‘tidak terkenal dengan warak’ tetapi tangkas dan memenuhi sasaran kepimpinan. Ini seperti melantik ‘Amr bin al-As menjadi gabenor ‘Oman walaupun beliau masih baru menganut Islam dibandingkan sahabat-sahabat yang lain.Bahkan Nabi s.a.w mengiktiraf mereka yang mempunyai kualiti kepimpinan yang tertonjol semasa zaman jahiliah. Apabila mereka menganut Islam dan dapat memahami Islam dengan baik, maka mereka yang terpilih semasa zaman jahiliah akan terpilih juga semasa Islam. Seniority dalam menganut agama bukan penentu kepada kepimpinan. Ini disebut dalam hadis Nabi s.a.w: “Manusia bagaikan bahan galian, seperti galian emas dan perak. Mereka yang terpilih semasa jahiliah, terpilih juga semasa Islam sekiranya mereka itu memahami Islam” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Oleh itu, pandangan sesetengah pihak supaya pilih calon pilihanraya orang yang kelihatan kuat atau ada pengetahuan agama TANPA menilai kemampuan individu itu dalam urustadbir politik merupakan satu kesilapan yang menyanggahi petunjuk Nabi s.a.w dan para sahabah baginda.Namun, jika ada tokoh yang kuat beragama dan tangkas dalam urustadbir politik maka pasti itulah yang terbaik. Inilah sebabnya Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali dipilih. Bukan kerana sekadar kuat beribadah, tetapi kukuh pengetahuan agama dan tangkas dalam bidang politik.Namun, jika sekadar imam dan ustaz semata terus kita lantik tanpa menilaikan kemampuan urustadbir yang baik (good governance) maka itu merupakan satu kesilapan di sudut agama dan juga kebijaksanaan hidup. Maka kenyataan sesetengah pihak yang menyamakan pilihan imam solat dengan pilihan calon pilihanraya merupakan satu kesilapan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30707

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sementara Pemimpin Leka Politik Anak Anak Leka Dadah

Sementara Pemimpin Leka Politik Anak Anak Leka Dadah

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 212 hits
Ujarnya kumpulan dadah yang paling menjadi pilihan pelajar ialah Amphetamine Type Stimulants seperti syabu pil kuda dan ekstasi apabila sebanyak 8 052 ketagihan direkodkan Apa yang membimbangkan ketagihan akan menjadi lebih teruk apabila pe...
Pemimpin Politik Yang Korup Mudah Jadi Tauladan Dan Menghasilkan Pegawai Kerajaan Yang Juga Korup

Pemimpin Politik Yang Korup Mudah Jadi Tauladan Dan Menghasilkan Pegawai Kerajaan Yang Juga Korup

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 285 hits
Ada sesetengah kes bukan sahaja korup klepto salahguna kuasa tetapi juga ke tahap pengkhianat seperti membolosi pintu sempadan kad pengenalan palsu dan tidak membayar cukai jutaan dan billions Jika masih ada yang bebas mereka yang bermaklum...
Amanah Kekal Manhaj Politik Tok Guru

Amanah Kekal Manhaj Politik Tok Guru

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 339 hits
Ipohmali Bila Adun Meru nak Join PKR dengan merasakan Pendirian Amanah tak betul Itu hak dia Jika itu pandangan dia Sesuailah dia bersama PKR Tetapi Dun Meru itu milik Amanah Boleh bersama PKR Tapi PRU 15 ia tetap milik Amanah Mungkin dia n...
Tensi Politik Naik Kpu Makassar Belum Tentukan Lokasi Debat Kedua Pilkada

Tensi Politik Naik Kpu Makassar Belum Tentukan Lokasi Debat Kedua Pilkada

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 200 hits
Komisi Pemilihan Umum Kota Makassar belum memutuskan lokasi debat kedua pasangan calon Wali Kota dan Wakil Wali Kota apakah tetap di Jakarta atau di Makassar Komisioner KPU Makassar Gunawan Mashar mengatakan tensi politik Pilkada naik usai ...
Biro Politik Pkr Bincang Gangguan Bekalan Air

Biro Politik Pkr Bincang Gangguan Bekalan Air

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 333 hits
Biro politik KEADILAN yang akan bermesyuarat esok akan meminta laporan penuh berhubung kejadian gangguan bekalan air yang berulang ulang sejak beberapa bulan kebelakangan ini Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil parti memandang...
Akidah Akhlak Politik

Akidah Akhlak Politik

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 344 hits
Akidah kita menentukan politik kita bukan politik yang menentukan akidah kita Akidah berperanan membina kita bukan politik Ust Khalil Abdul HadiTidak ada gunanya jika kita mempunyai bilangan aktivis pemuda yang ramai tetapi kosong rohnya ta...
Politik Parasit Pas Dan Kebaculan Politik Umno

Politik Parasit Pas Dan Kebaculan Politik Umno

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 216 hits
HAMDAN TAHAADA LAGIKAH YANG NAK PAKAI KETAYAP INI Bila ahli ahli parlimen Pas jadi pengampu kepada kerajaan PN bukan lah luar biasa kerana mereka semua berjawatan presiden mereka pula tu timbalan pengerusi 1 pada PN sudah tentu lah berhujah...
Bawaslu Dampak Politik Uang Jadikan Kepemimpinan Tidak Berkualitas

Bawaslu Dampak Politik Uang Jadikan Kepemimpinan Tidak Berkualitas

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 194 hits
Ia meyakini kualitas dan integritas pemilihan di tingkat daerah merupakan salah satu indikator kesuksesan demokrasi Penyelenggaraan pilkada berintegritas merupakan syarat mutlak terwujudnya pilkada berkualitas
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization