Memori Iftar Bersama Marriott Hotel Putrajaya


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi. Masih dalam mood untuk sambut bulan Ramadan dengan penuh meriah juadah makan-makan yang pelbagai. Walaupun makanan banyak tapi ingat jangan membazir dan juga makan ikut keperluan kita sahaja ok. Paling penting sekarang ini kena jaga SOP dengan pakai penutup mulut dan hidung, pakai sarung tangan dan juga jaga jarak fizikal sekurang-kurangnya 1 meter



Kali ini kita kembali lagi ke Putrajaya kerana kat situ banyak tempat ada buat juadah untuk berbuka. Untung orang area sana dan yang berhampirannya banyak pilihan. Kali ini kita masuk ke Marriott Hotel Putrajaya. Membawakan tema Memori Iftar Bersama sebab waktu makan sahajalah waktu untuk berkumpul ahli keluarga dan juga sanak saudara. Begitu juga yang diterapkan untuk bufet buka puasa di sini kali ini. 


Cuma kali ini mereka bahagikan kepada beberapa bahagian utama untuk memudahkan pengendalian makanan. Di sini ada sembilan station untuk memilih pelbagai juadah tempatan atau juga dari negara-negara yang popular dengan kepelbagaian istimewa. Jom kita masuk dalam lagi dan tengok apa makanan yang ada untuk kita cuba di Zest Lifestyle Restaurant. 
1) Bahagian Berbuka PuasaKat sini adalah station untuk memulakan buka puasa dengan mengamalkan amalan makanan sunah iaitu kurma. Kat sini ada pelbagai jenis buah kurma juga beberapa buah-buahan segar lain yang memberi kesegaran selepas seharian kita berpuasa. Juga tidak ketinggalan kuih-muih tradisional yang memberikan memori kembali ke kampung






2) Bahagian Makanan Jepun (Nihon No Yorokobi)Kat sini siapa yang suka makanan berasaskan makanan laut yang mentah atau bakar boleh cuba. Di sediakan seperti Ahi Tataki, Maki Roll, Tempura Vegetables dan banyak lagi. Orang Malaysia memang suka makan sushi kat sini bersama kepelbagaian signature sauce mereka




3) Bahagian Makanan Timur Tengah (Alsharq Al'Awsat Eisari) Ini adalah bahagian juadah dari Timur Tengah orang yang suka makanan arab boleh lah pergi bahagian ini. Menghidangkan Daging Kambing Panggang yang disajikan bersama dengan Roti Arab dan juga Salad Segar. Daging kambing ini diperap dengan rempah yang sempurna untuk mengekalkan daging sentiasa lazat dan berjus






4) Bahagian Makanan Thai (Rschati Thiy)Bahagian ini ia kaya dengan rempah ratus yang sangat memberi haruman dalam masakan. Korang boleh cuba daripada Hor Mok (Kari Ikan Thai), Ghai Hor Bai Toey (Ayam Panggang Pandan), Yam Mamiang, Som Tham dan banyak lagi masakan Thai





5) Bahagian Makanan India (Intiyavin Cuvai)Kita tahu makanan India mesti penuh dengan kari sebab tu kat sini mereka sediakan Naan Bread makan bersama Ayam Tandori. Juga macam-macam lagi roti lain ada kat sini seperti Roti Canai, Dosai, Homemade Idly, Vada Curry dan Chutney




6) Bahagian Makanan Itali (Cibo Glorioso)Kat sini mestilah kena banyak dengan sphegatti dan juga pasta. Menghidangakan pasta dengan Singnature Suace, Chicken or Beef Lasagna, Cannelloni dan Bruschetta. Ada juga kat sini Marinated Roast Beef istimewa daripada cara masakan orang Itali






7) Bahagian Rojak Rojak Segala RojakRojak ini memang menjadi makanan tempatan yang popular. Korang boleh pilih daripada nak makan Rojak Buah, Rojak Sotong Kangkung, Rojak Singapore dan Rojak Pesembur yang popular di Penang. Puas tak dapat rentas negeri dapat makan pun jadilahkan. 




8) Bahagian Tujuh Kawah Wak LanKat sini chef sediakan tujuh gulai dalam kawah besar untuk melambangkan bahawa orang dulu-dulu suka masak banyak-banyak dan bagi makan satu kampung. Kali ini mereka bawakan kepelbagaian gulai kawah seperti Gulai Ayam, Gulai Daging, Gulai Kambing, Gulai Udang, Gulai Ikan, Gulai Sayur. Ia sedap dimakan dan dihidangkan dengan nasi putih dan juga ulam-ulaman kampung terangkat








9) Bahagian Ikan Bakar Pasar KinabaluKalau korang pernah sampai ke Sabah terutama kat Kota Kinabalu ada satu pasar menjual hasil tangkapan makanan laut yang segar dan kat situ juga mereka menyediakan ikan bakar yang segar untuk dimakan. Makanan laun bakar kat sini macam-macam boleh pilih daripada sotong, udang, ketam atau juga ikan pari





Tu baru sembilan bahagian yang ada tapi sebenarnya banyak lagi juadah lain kat sini macam Satay Ayam atau Daging, Mee Goreng dan juga soup yang popular di Malaysia. Sekarang ini bukan musim Durian jadi mereka bawakan makanan yang dihasilkan daripada raja buah tersebut seperti Pengat Durian dengan Pulut, Cream Puff Durian, Kuih Seri Muka perisa Durian dan juga Aiskrim Durian. Sangat sesuai untuk pecinta Durian menikmati sepuasnya di sini




Harga untuk Bufet Ramadan kali ini yang dibawakan oleh Marriott Hotel Putrajaya hanya RM145.00 nett bagi dewasa dan RM72.00 nett untuk kanak-kanak. Kalau korang beli booking Early Bird daripada 15 Mac hingga 19 April 2021 akan dapat harga lagi murah iaitu hanya RM100.00 nett untuk dewasa dan RM50.00 nett untuk kanak-kanak. Bufet ini akan bermula daripada tarikh 13 April hingga 12 Mei 2021 dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam. 
Tempahan dan pertanyaan lanjut boleh hubungi:Hotline : 03-8949 8922/8761/8655WhatSapp : 012-3930172Laman web : www.putrajayamarriott.com









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2021/04/memori-iftar-bersama-marriott-hotel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anda Tidak Lagi Berseorangan Jom Iftar Di Zest Lifestyle Restaurant Putrajaya Marriott Hotel

Anda Tidak Lagi Berseorangan Jom Iftar Di Zest Lifestyle Restaurant Putrajaya Marriott Hotel

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 543 hits
Hi Korang Bersua lagi kita ye ok kali ni aku nak share dengan korang berkenaan dengan Iftar di Zest Lifestyle Restoran yang terletak di Marriott Hotel Putrajaya Keistimewaan serta kelainan yang terdapat di Restoran ini semestinya terletak p...
Iftar Ramadan Di Bayview Hotel Georgetown Penang

Iftar Ramadan Di Bayview Hotel Georgetown Penang

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 621 hits
Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba hanya beberapa hari lagi ni Bayview Hotel Georgetown kembali dengan perayaan yang mewah kegemaran Malaysia dan menu barbeku yang lazat disediakan oleh pasukan Chef khas Bayview Hotel Georgetown PenangPa...
Buffet Ramadan 2021 Di Hotel Premiere Klang Journey Of Iftar

Buffet Ramadan 2021 Di Hotel Premiere Klang Journey Of Iftar

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 763 hits
Hotel Premiere Klang terletak di Bandar Bukit Tinggi Klang merupakan hotel 4 bintang dengan 250 bilik dan suites Restoren The Buzz menawarkan Buffet Ramadan dengan tema The Journey of Iftar adalah tempat ideal untuk berbuka puasa di Klang b...
Juadah Nusantara Iftar Buffet Ramadan Di Eastin Hotel Penang

Juadah Nusantara Iftar Buffet Ramadan Di Eastin Hotel Penang

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 822 hits
Sejak pandemik dah lama tak balik jumpa keluarga di kampung Rindu dengan diorang Tak lama lagi dah nak sambut bulan puasa Lagilah sebak Mujurlah ada Juadah Nusantara Iftar Buffet Ramadan dari Eastin Hotel Penang At least bila dapat menikmat...
Buffet Ramadhan 2021 Di Marriot Putrajaya Hotel Putrajaya

Buffet Ramadhan 2021 Di Marriot Putrajaya Hotel Putrajaya

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 462 hits
Hi Korang Bermula senarai entri buffet ramadhan 2021 di www ciklilyputih com ini Setelah setahun lebih kita berehat dari buffet ramadhan akibat Pandemik Covid 19 ini sekarang ianya muncul kembali seperti cendawan tumbuh selepas hujan Mari k...
Give Us Back Our Sea Sabah S Jeffrey Tells Putrajaya

Give Us Back Our Sea Sabah S Jeffrey Tells Putrajaya

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 447 hits
The borders of Sabah and Sarawak s territorial waters in 1958 before the formation of Malaysia The territorial waters were reduced to just 3 nautical miles under the Territorial Sea Act 2012 KOTA KINABALU Deputy chief minister Jeffrey Kitin...
Pulangkan Perairan Sabah Sarawak Kitingan Gesa Putrajaya

Pulangkan Perairan Sabah Sarawak Kitingan Gesa Putrajaya

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 276 hits
KOTA KINABALU Timbalan Ketua Menteri Sabah Jeffrey Kitingan menyelar Putrajaya setelah mengetahui kerajaan persekutuan akan terus menggunakan Akta Laut Wilayah 2012 ke atas Sabah dan Sarawak Akta yang diluluskan Parlimen pada 2012 itu secar...
Tempahan Fd No Plat Terkini Putrajaya

Tempahan Fd No Plat Terkini Putrajaya

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 412 hits
Akhirnya setelah sekian lama menunggu no plat terkini Putrajaya FD telah dibuka untuk tempahan No Plat FD ini sepatutnya dibuka tempahan pada tahun 2020 tapi disebabkan dunia mengalami pandemik maka ianya tergendala sehingga tahun 2021 Plat...
Stop Penang From Starting Three Island Project Pas Tells Putrajaya

Stop Penang From Starting Three Island Project Pas Tells Putrajaya

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 272 hits
An artist s impression of a seafront park at one of the Penang South Reclamation islands GEORGE TOWN Putrajaya has been asked to intervene and put a stop to Penang s eager attempt to start its project for three artificial islands despite no...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi