Membesar Jadi Lelaki Baik Bertanggungjawab Ajar Beberapa Benda Ni Dari Kecil


Bila ada anak lelaki, ajarkan mereka untuk menjadi seorang berani dan mempunyai sifat melindungi. Didik supaya mereka mengutamakan keluarga dan sentiasa menghormati orang lain. Seperti mana sukarnya untuk menjaga dan membesarkan anak perempuan, begitulah juga payah untuk mendidik anak lelaki.

 
Masing-masing mempunyai cabaran tersendiri. Kebanyakan pasangan mengharapkan anak sulung adalah lelaki kerana si ayah mengharapkan jika dirinya sudah tiada makan tanggungjawab akan diambil alih si abang.
Artikel Menarik: [Bersorak & Menyanyi, Orang Ramai Bantu Kanak-Kanak Sesat Jumpa Ayahnya Semula!]
Tiba-tiba anak kedua dan ketiga pun lelaki! Bayangkan betapa huru-hara dan meriahnya sesebuah rumah bila ramai anak lelaki. Nak jaga anak lelaki ni, kadang-kadang boleh naik angin dibuatnya. Ada saja idea di luar kotak yang dibuat mereka.
Kredit foto: Facebook Emy Haznida Sebelum mempunyai anak, kita pastinya mengidamkan anak-anak yang mudah dijaga. Bergelar ibu bapa, kita dengan pantas akan menyedari anak lelaki biasanya bertenaga, agresif dan lebih banyak akalnya berbanding anak perempuan.
Anak Suka Main Kasar
Ia perkara normal apabila anak lelaki suka bermain dengan senjata (pistol, pedang dan sebagainya). Ia menunjukkan impian mereka untuk menjadi penyelamat dan menegakkan keadilan. Melakonkan watak sebagai polis dan penjahat dapat menggalakkan anak anda untuk bertindak mengikut logik (yang mana betul dan salah).
Setiap kali mereka bermain begini, anda memainkan peranan penting untuk memantau dan menegur jika ia keterlaluan. Banyak menonton rancangan di televisyen juga boleh menjadi faktor mereka bermain dengan kasar.
Oleh itu, anda harus sentiasa peka dengan cara mereka bermain dan pastikan mereka tahu sejauh mana mereka boleh bermain secara kasar dan agresif. Tegur dan terangkan perkara yang perlu mereka tahu, supaya anak faham ia tak elok dibuat.
Artikel Menarik: [Boleh Cuti Lama, Gaji Penuh 5 Bulan. Dr. Amalina Jawab Soal ‘Maternity Leave’ Lepas Bersalin]
Tunjuk Contoh Yang Baik
Anak lelaki biasanya lebih banyak menyimpan memori dan sentiasa ingat apa yang berlaku di persekitaran mereka. Untuk membentuk sahsiah diri yang baik dalam diri mereka, anda harus menjadi contoh terbaik. Bapa terutamanya digalakkan untuk melayan isteri atau ibu dengan penuh rasa hormat agar anak-anak dapat menjadikan anda contoh.
Sentiasa bercerita kepada mereka akan kepentingan serta ganjaran menjadi manusia yang sentiasa baik dengan orang lain.Satu lagi contoh terbaik untuk ajarkan pada anak adalah momen untuk sentiasa reda dan ingat pada Tuhan.
Selain mengajar anak untuk solat, didik mereka untuk cintakan Al-Quran. Sedari kecil, biasakan mereka mendengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran serta latih anak untuk menyayangi kitab suci itu.
Ajar Anak Jadi Sensitif & Sentiasa Positif
Untuk mengembangkan sisi sensitif anak lelaki anda, jelaskan kepada mereka kepentingan berkongsi alat mainan dengan rakan atau berbuat baik kepada haiwan. Anda juga boleh membacakan cerita tentang lelaki dalam sejarah yang memperjuangkan keamanan dan kebaikan.
Kredit foto: Facebook Emy Haznida Cari peluang untuk mewujudkan peranan sebagai lelaki yang positif dengan menghabiskan masa berkualiti dengan mereka atau menggalakkan mereka untuk menyertai kerja-kerja amal.
Sekiranya anak sentiasa didedahkan dengan kelembutan dan kasih sayang, maka mereka akan belajar untuk melakukan perkara yang kepada orang lain. Ajar juga kepada anak lelaki untuk sentiasa peka dengan perasaan orang lain.
Artikel Menarik: [Bentuk Badan & Pakaian Lebih Kurang. Tersilap Abah, Adik Ni Keliru Antara 2 Lelaki!]
Biar Anak Ekspres Perasaan
Sentiasa galakkan anak-anak anda untuk meluahkan perasaan mereka. Biasanya anak lelaki lebih suka memendam perasaan mereka, tetapi sebagai ibu bapa anda harus peka dan bijak untuk menggalakkan mereka bercerita. Anda boleh bercerita dan minta pendapat mereka tentang sesuatu hal.
Ini memberi mereka satu perasaan dihargai dan menjadikan mereka lebih bersikap terbuka untuk berkongsi sebarang masalah. Jangan menghakimi tetapi galakkan mereka untuk bercerita dengan memberi pendapat yang neutral dan tidak menyalahkan mereka.
Anak Lelaki Sukakan ‘Ruang’
Anak lelaki suka bermain secara bebas. Mereka tidak selesa dikawal dan dikongkong. Beri ruang kepada mereka untuk bermain dengan menyediakan satu kawasan khas untuk mereka bermain. Di situ, biarkan mereka untuk menjadi diri sendiri tanpa dihalang untuk berbuat apa saja.
Kredit foto: Facebook Emy Haznida Sesekali sertai mereka dan sediakan aktiviti yang boleh dibuat bersama. Bila main dengan anak, ayah ajarlah mereka tentang permainan survival. Iu pula lebih kepada aktiviti skil harian.
Jika diberi peluang dan ditunjukkan cara sebenar untuk membesar menjadi anak yang menyenangkan, ibu bapa harus mengambil inisiatif untuk melatih anak-anak sejak kecil. Elakkan terlalu banyak memarahi mereka kerana ia akan memberi impak kepada emosi serta tumbesaran mereka.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.

The post Membesar Jadi Lelaki Baik & Bertanggungjawab, Ajar Beberapa Benda Ni Dari Kecil appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/membesar-jadi-lelaki-baik-bertanggungjawab-ajar-beberapa-benda-ni-dari-kecil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ratusan Ribuan Ringgit Terpaksa Dikeluarkan Kerana Kebodohan Beberapa Orang

Ratusan Ribuan Ringgit Terpaksa Dikeluarkan Kerana Kebodohan Beberapa Orang

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 150 hits
Penahanan bekas anggota tentera selama 311 hari adalah salahNor Fazlina Abdul Rahimnfazlina nstp com myMOHAMAD Maliki ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kota Bharu FOTO Nik Abdullah Nik Omar Kota Bharu Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutusk...
Meski Popular Kini Penonton Little Women Kritik Beberapa Babak Ini Tak Masuk Akal

Meski Popular Kini Penonton Little Women Kritik Beberapa Babak Ini Tak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 190 hits
Merupakan antara drama paling hot kini ada sesetengah penonton yang membangkitkan rasa geram kerana beberapa perkembangan plotnya ARTIKEL BERKAITAN Antara persoalan yang bermain di fikiran ramai ialah Benarkan Jin Hwa young benar benar hidu...
Mat Kilau Pernah Dirisik Laman Penstriman Disney Hotstar Dan Beberapa Lagi

Mat Kilau Pernah Dirisik Laman Penstriman Disney Hotstar Dan Beberapa Lagi

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 324 hits
Mat Kilau filem paling tinggi kutipannya di Malaysia nampaknya menjadi antara filem yang direbut pelbagai laman penstriman Walaupun di awal tayangan filem ni Syamsul Yusof pernah mendedahkan bahawa Netflix pernah menawarkan sejumlah amaun u...
Definisi Bid Ah Dan Beberapa Contohnya

Definisi Bid Ah Dan Beberapa Contohnya

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 249 hits
Pertanyaan Apa definisi bid ah dan apa saja contoh bid ah Mohon penjelasannya Jawaban Alhamdulillahi rabbil alamin ash shalatu was salamu ala Nabiyyina Muhammadin wa ala alihi was shahbihi ajma in amma ba du Bid ah secara bahasa Arab artiny...
Tak Perlu Risau Harga Minyak Turun Naik Cukup Rm1 Banyak Benda Best Boleh Dapat Di Shell

Tak Perlu Risau Harga Minyak Turun Naik Cukup Rm1 Banyak Benda Best Boleh Dapat Di Shell

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 153 hits
Barang naik harga minyak pun naik jugak Keluhan keluhan macam tu memang selalu kita dengar kan sejak akhir akhir ini Mana tidaknya semua benda naik harga tapi gaji pula tak naik naik siapa je tak mengeluh Tapi nak buat macam mana kerja teta...
Video Kanak Kanak Lelaki Cucvk Ayam Goreng Pada Songkok Cuit Hati Ramai Cari Benda Tersemb Nyi

Video Kanak Kanak Lelaki Cucvk Ayam Goreng Pada Songkok Cuit Hati Ramai Cari Benda Tersemb Nyi

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 229 hits
Gelagat kanak kanak sering mengvndang tawa orang dewasa dengan tingkah mereka yang kada kadang di luar pemikiran orang dewasa Tingkah serta idea kreatif yang memudahkan kerja mereka namun terlihat lucu pada pandangan orang dewasa Mana tidak...
Ayah Kena Buat Beberapa Perkara Pada Anak Supaya Tak Menyesal Di Kemudian Hari

Ayah Kena Buat Beberapa Perkara Pada Anak Supaya Tak Menyesal Di Kemudian Hari

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 221 hits
Menjadi seorang ayah bermakna ada tugasan yang berat perlu dipikul di bahu dan semestinya ia bukan tugas yang mudah Lakukan beberapa perkara ini untuk anak anak sementara ia masih kecil supaya mereka menjadi insan yang berguna kelak Ikuti p...
Cakap Ja Lah Nak Kekalkan Beberapa Kerusi Menteri

Cakap Ja Lah Nak Kekalkan Beberapa Kerusi Menteri

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 135 hits
Cakap la PAS sedia bersama BN asalkan jawatan Menteri 5hari dan jawatang Duta Khas Pantai Timur kekal
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri

Pernah Makan Ikan Puyu

Ke Pantai Telok Kemang

My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan