Assalamualaikum. Entah apa yang merasuki ku hingga aku membeli HP baharu? Niat asalnya nak tukar HP pd thn 2023 apabila memasuki 5 series. Tapi entah kenapa pada petang 30 Mei 2022 lepas, laju aku menuju ke kedai HP berhampiran rumah tu. Niat asal nak beli jenama Realme 9 Pro 5G. Tapi kat kedai tu x de stok plak! Kena pre-order dulu. Dah la kena order, harga plak naik RM100!
Harga HP ni RM1849. Pas tu kena beli charger asing berharga RM79. Mujurlah kabel dibekalkan. Kedekut tu Samsung skrg! Lepas tu aku beli screen protector depan dan belakang berharag RM79. Akhir sekali beli casing RM15. Hmmm....patutlah org kaya2 je pakai Samsung skrg. Kita yg M40 ni mampu pakai brand China je la nampaknya.
Inilah selfie pertama yang aku ambik di kedai tu menggunakan HP Samsung A53G ni. Nampak cerah dan terang dengan kamera utama 64MP. Dah hampir 10 hari aku guna HP ini. Yg bestnya tempoh mengecas tu memang pantas. Cuma yg x best signal Maxis ni kurang kuat diterima dgn Samsung ni berbanding dengan Oppo Reno 4 yang aku pakai dahulu. Tu je yg x best. Yg lain OK.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |