Dalam gambar hala tuju negara, PH mula-mula naik dulu ( May 2018) pun tinggi juga dalam 64% lagi tinggi dari ( March 2020) PN 58% tapi kalau di ikut dengan trend graph nampaknya beberapa bulan lagi pasti hala tuju akan menjunam bawah 50%. Seperti biasa rating yang tinggi itu datang dari orang melayu sebanyak 82% tapi dia tulis ada sedikit kegusaran tentang pasca PKP and isu politik UMNO. Orang melayu ini kita kena rasa sendiri baru faham, kadang2 cerita panjang pun mereka tak nak dengar. Bila benda tu dah jadi baru mereka nampak. Sebab itu orang tua selalu bagi bidalan sudah terhantuk baru terngadah.
Bila di lihat pecahan apa masalah terbesar yang di hadapi oleh mereka; jawapan pertama ekonomi. Lagi best kalau boleh lihat pada Aug 2019 masalah perkauman memuncak dan tiba-tiba turun pada July 2020. Sebab yang tukang bakar isu perkauman semua sudah jadi kerajaan tapi satu apa pun yang mereka bising dahulu tak selesai. Arwah Adib, ICERD, Tulisan Jawi, sekolah vernakular, UEC semua masih status quo. Tapi yang pelik mutfi serba tahu senyap sepi walaupun kondisi masih sama macam dahulu. Tak apalah, bahagian pemegang bendera al-ghadr masih di simpan untuk dia sebagai tukang sertu.
Dalam persepsi terhadap kerjaan PN, overall 58% yang happy, untuk household atas 7K adalah 50/50. Ini mungkin kesan dari bius moratorium dan pelbagai insentif pasca Covid. Bila kesan ecstasy ini wear off, withdrawal symptom akan muncul. Mula la hangover sakit kepala. Bila PM extend PKPP sampai hujung tahun, ada peluang besar yang PRU15 tak akan berlaku pada tahun ini.
Bila kita lihat pula sentimen terhadap gabungan parti politik, ramai yang sokong PN 51 dari sokong MN dan PH hanya dapat 25% Peratus. Tapi kena ingat waktu survey ini di buat Bersatu tak lagi masuk MN. Bila rakyat tengok yang MN dan PN ini sendiri bercelaru; mereka sendiri akan nampak penyatuan melayu-raya itu hanya satu utophia. Sebab itu saya acapkali kata, PH kena kuatkan saf sendiri tak payah nak makan luar macam PAS. Dengan PN pun dia nak, dengan MN pun ada dia ada share. Parti macam ini lagi teruk dari mereka yang overtime lendir belakang di Jalan Raja Laut.
Yang untuk UMNO dalam PN, kita baca yang 65% orang melayu nak UMNO bersama dengan PN. Ini yang mereka disconnect dengan realiti. Mereka ingat UMNO ikhlas bersama dengan PN sebab nak kukuhkan melayu; yang sebenarnya UMNO bersama dengan PN hanya untuk survival mereka. Sebab itu UMNO siang malam meratib supaya bubar parlimen. UMNO tahu, lagi lama mereka bersama PN, lagi lemah mereka dan lagi kuat bersatu. Ini semua wayang untuk berebut kuasa. Bila dah dapat kuasa, seko-seko rompak harta orang melayu.
Pas remain dalam PN lagi tinggi sebanyak 68%. Mereka perlukan PN untuk balancekan kuasa abg long UMNO dalam MN. Jadi kalau berlaku 3 penjuru, PAS biasakan stick dengan siapa yang pegang kuasa; dulu PRU14 jadi khadam UMNO walau pura-pura jadi lawan; PRU15 ada peluang jadi khadam Bersatu.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |