Membalas Hujah Isham Jalil Dan Eric Atas Atr


Alif Jamil


 Setelah kita tengok hujah Uncle Eric, Isham Jalil dan sebagainya, saya dapati hujah mereka berkenaan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Amerika Syarikat - Malaysia ini tidak komprehensif.  












Pertama, naratif yang mereka mainkan adalah perjanjian ini adalah berat sebelah. Justeru, adalah disarankan untuk kita tidak menandatangani perjanjian ini sejak awal. 


Apa yang mereka selalu sembunyikan pada umum adalah, sekiranya kita tidak menandatangani perjanjian ini, kebarangkalian tariff yang dikenakan kepada kita adalah lebih tinggi berbanding 19% dan juga berkemungkinan lebih tinggi daripada 24% yang dikenakan kepada kita bermula Liberation Day pada 2 April 2025. 


Mereka tidak mahu para penyokong mereka sedar bahawa tariff timbal balas ini memang bersifat unilateral dan dikenakan kepada negara-negara seluruh dunia, termasuklah negara yang mempunyai lebihan dagangan dengan Amerika Syarikat seperti Singapura. 


Jika kita benar-benar perhatikan, memang hujah mereka akan bersandarkan kepada perbezaan 19% dan 24% sahaja. Sedangkan tariff yang bersifat unilateral ini boleh saja dikenakan jauh lebih tinggi daripada sekadar 24%. Seandainya tariff yang dikenakan kepada eksport kita melebihi 24%, seluruh nilai eksport negara kita yang bernilai RM198.906 bilion akan terjejas. RM198.906 billion ini adalah 13.18% daripada keseluruhan eksport negara. Tak sikit nilai eksport yang terkesan. Ini lah yang selalu para pengkritik secara terang dan jelas bungkamkan atas beberapa matlamat politik. Tiada satu pun para pengkritik yang berani mengatakan bahawa, tanpa perjanjian ini eksport negara secara keseluruhan tidak terjejas.


Kedua, naratif mereka adalah negara kita boleh saja mencari peluang perdagangan dengan negara-negara lain. 


Ini pun naratif yang amat dangkal memandangkan Amerika Syarikat merupakan destinasi eksport no 2 terbesar selepas Singapura. Kalau kita mahu pivot kepada China, sudikah China menerima eksport negara kita jauh lebih besar berbanding nilai RM187.764 billion berdasarkan data tahun 2024? Sedarkah kalian bahawa kita mempunyai defisit dagangan dengan China sebanyak RM108.716b, meningkat sebanyak RM72.17b sejak 2021. Dalam tempoh yang sama, kita ada lebihan dagangan dengan Amerika Syarikat sebanyak RM279.38b! Rakan dangangan mana para pengkritik sekalian cuba maksudkan sebagai alternatif perdagangan kita? Adakah kita lupa berkenaan isu "market-capture" dan dumping daripada China? Adakah kita lupa bahawa ledakan eksport barangan dari China ini menyebabkan negara-negara dunia garu kepala sehingga Indonesia bercadang untuk mengenakan tariff 100%-200% untuk barangan import seperti pakaian dan tekstil daripada China? Dalam keadaan dimana export China ke Amerika Syarikat jatuh, eksport mereka ke negara-negara lain meningkat. Lebihan dagangan mereka dengan negara-negara dunia adalah sekitar USD1 trillion. Jadi, macam mana kita nak harapkan China untuk kita tingkatkan eksport dan mengurangkan defisit dagangan?  


Ketiga, kita boleh batalkan perjanjian ini. Ini memang kelakar, sebab Isham Jalil dan Uncle Eric seperti tidak sehaluan dalam hal ini. Isham Jalil minta supaya perjanjian ini dibatalkan setelah dia baru sedar berkenaan kewujudan klausa 7.5 dalam ART. Manakalah Uncle Eric pula berpendapat bahawa nak tamatkan perjanjian bukan mudah kerana bukan semudah "tekan button unsubscribe" katanya. Bermaksud, Uncle Eric sendiri tidak sependapat dengan Isham Jalil dalam hal pembatalan perjanjian ini. Mungkin takda group WhatsApp bersama, sebab itulah bertelagah. 


Pendapat saya mudah, memang betul kita boleh batalkan perjanjian ini. Namun, negara perlu menanggung kemungkinan tariff yang lebih tinggi seperti saya sebutkan diatas. Bukan sekadar 24% atau 25%, tetapi lebih tinggi daripada itu pun boleh. Perlu ingat, tariff unilateral ini hanya perlu Arahan Eksekutif oleh Trump tanpa perlu melalui Kongres. Ini kuasa mutlak beliau. Contoh macam India, hanya sebab mereka beli petroleum daripada Russia, mereka dikenakan tariff sehingga 50%. Kesannya? Dalam masa 5 bulan (May-September), eksport mereka ke Amerika Syarikat jatuh sebanyak 37.5%.  Mungkin ini lah kot yang para pengkritik mcm Isham Jalil mahukan.


Keempat, naratif yang dibawa adalah kedaulatan negara telahpun dijual. Tapi, bila kita teliti dan minta penjelasan lebih terperinci daripada para pengkritik, kedaulatan apa yang dijual? Tetap tiada jawapan yang konkrit. Sedangkan kita semua tahu bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang2 tertinggi dalam negara seperti yang termaktub dalam Perkara 4. Segala perjanjian antarabangsa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negara luar adalah tertakluk bawah senarai persekutuan. Contoh, ART tidak meletakkan kewajiban untuk REE mentah digali daripada tanah negeri kerana sumber hasil tanah memang bawah kerajaan negeri. Kalau negeri tak bagi gali, apa US boleh buat? Tak boleh buat apa juga. Malah, banyak lagi terma dalam perjanjian ini yang memerlukan penggubalan akta peringkat kementerian dan memerlukam kelulusan di Dewan Rakyat. Ini semua adalah proses. Sekiranya tidak, perjanjian perdagangan antarabangsa ini kekal perjanjian. 


Kelima, komitmen negara lebih besar berbanding Cambodia. Saya pelik, kenapa mesti banding dengan negara kecil seperti Cambodia. Kita tengok pula negara-negara setara atau lebih besar seperti Thailand, Korea Selatan dan Jepun. Mereka juga terpaksa meletakkan komitmen tertentu bagi memenuhi kehendak Amerika Syarikat. Kita tunggu sehingga perjanjian ditandatangani oleh mereka untuk kita kaji apakah galang ganti yang ditawarkan oleh mereka demi mengekalkan kadar tariff sedia ada.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/11/membalas-hujah-isham-jalil-dan-eric.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb

Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 209 hits
FMT ReportersR Sri Sanjeevan tuntut Chegubard mohon maaf atas dakwaan beliau banyak belanja wang untuk pengaruhi presiden parti Muhyiddin Yassin R Sri Sanjeevan berkata Badrul Hisham Shaharin guna gelaran yang menghina terhadapnya dalam seb...
Seorang Penganggur Berusia 25 Tahun Ditahan Polis Atas Dakwaan Serangan Seksual Terhadap Budak Lelaki Berusia 12 Tahun

Seorang Penganggur Berusia 25 Tahun Ditahan Polis Atas Dakwaan Serangan Seksual Terhadap Budak Lelaki Berusia 12 Tahun

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 185 hits
KUANTAN Polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun bagi membantu siasatan berhubung dakwaan serangan seksual terhadap seorang budak lelaki berusia 12 tahun di Kuantan dipercayai berlaku berhampiran deretan kedai pada malam Isnin Ketua Po...
Penganggur Mengaku Salah Di Mahkamah Sesyen Kuantan Atas Pertuduhan Menikam Seorang Pekebun Hingga Cedera Parah

Penganggur Mengaku Salah Di Mahkamah Sesyen Kuantan Atas Pertuduhan Menikam Seorang Pekebun Hingga Cedera Parah

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 168 hits
KUANTAN Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis atas pertuduhan menikam seorang pekebun sehingga mengalami kecederaan parah pada minggu lalu Tertuduh Jabalul Akhir Mat Shafie 25 membuat pengakuan itu selep...
Anwar Batal Lawatan Kerja Ke Pahang Atas Nasihat Pasukan Perubatan Pmo

Anwar Batal Lawatan Kerja Ke Pahang Atas Nasihat Pasukan Perubatan Pmo

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 148 hits
Anwar Batal Lawatan Kerja Ke Pahang Atas Nasihat Pasukan Perubatan PMO Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa membatalkan lawatan kerja beliau ke negeri Pahang yang dijadualkan berlangsung hari ini atas faktor kesihatan Pejabat P...
Keagungan Johor Darul Ta Zim Iv Tahniah Atas Kejayaan Gemilang

Keagungan Johor Darul Ta Zim Iv Tahniah Atas Kejayaan Gemilang

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 158 hits
Tahniah kepada Johor Darul Ta zim IV JUARA Piala Belia 2025 Penjaring Terbanyak Arayyan Hakeem dengan 26 gol Penghargaan telah diberikan selepas perlawanan terakhir Piala Belia 2025 di Stadium Majlis Perbandaran Kulai Johor baru baru ini ol...
Monolog Jiwa Ujian Ke Atas Seseorang

Monolog Jiwa Ujian Ke Atas Seseorang

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 187 hits
Monolog Jiwa Ujian Ke Atas Seseorang Sebenarnya Ujian Buat Kita Monolog Jiwa Ujian Ke Atas Seseorang Ujian pada orang lain sering menggoreskan ujian pada hati yang melihat Sebuah pengakuan lembut tentang rasa serba salah bila tidak mampu me...
Papagomo Ditahan Lagi Disiasat Atas Dakwaan Menghasut

Papagomo Ditahan Lagi Disiasat Atas Dakwaan Menghasut

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 184 hits
SITI NUR ZAWANIBlogger kontroversi Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo ditahan polis awal pagi tadi Menurut pemakluman peguamnya Rafique Rashid Papagomo telah ditahan kira kira jam 12 30 tengah malam dan dibawa ...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Ageing With Dignity The Future Of Elderly Care In Malaysia

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mencuba Menu Vietnam Di Super Saigon Pho Cafe

Jbl Grip Just Landed Designed To Move Built To Blast

Kl East Mall Meraikan Ulang Tahun Ke 5 Penuh Aktiviti Menarik

Satu Hari Sebelum Hari Terakhir Di Kota Madinah

Ucapan Hari Lahir Buat Kak Long Tersayang Yang Ke 48 Tahun

Delicious Beef Tagine Recipe Bbc Good Food