Memang Ramai Yang Takut Tapi Ini Akan Jadi Sekiranya Semua Lipas Di Dunia Mati


Jika ditanya kepada semua manusia di muka Bumi ini tentang lima serangga yang paling ditakuti, pasti lipas akan termasuk dalam senarai yang diberikan oleh sebahagian besar daripada mereka.
Walaupun ia secara amnya tidak boleh menyakiti kita secara fizikal, entah mengapa ramai di antara kita takut akan binatang berkaki enam ini.
“Kalau aku ada kuasa macam Thanos tu, aku tak nak lenyapkan manusia, tapi aku nak lenyapkan semua lipas,” itu salah satu gurauan yang pernah dikatakan oleh seorang rakan kepada saya.
Begitulah ‘bencinya’ kita terhadap spesis serangga ini. Namun, bagaimana pula sekiranya semua lipas ini benar-benar lenyap dari muka Bumi ini?
Adakah kita akan lebih tenang dan ekosistem akan dapat berjalan seperti biasa?
Ketahuilah, tanpa lipas, hidup manusia dan beberapa spesis haiwan lain akan terkesan secara negatif.
Tikus, cicak dan MANUSIA akan hilang sumber makanan
Ya, percaya atau tidak, menurut Prof. Srini Kambhampati, Ketua Jabatan Biologi di Universiti Texas, ada di kalangan manusia di dunia ini yang menjadikan lipas sebagai makanan mereka.
Malah, ada juga spesis tikus dan cicak yang memakan lipas untuk meneruskan hidup.
Foto: Quora Walau bagaimanapun ia tidak memberikan ancaman kepupusan kepada dua golongan ini kerana mereka masih lagi mempunyai sumber makanan lain.
Tebuan parasit hilang tempat bergantung
Berbeza dengan manusia dan tikus, tebuan parasit bergantung hidup dengan lipas. Spesis ini akan memparasitkan telur-telur lipas untuk terus hidup.
Foto: Scientific American “Maka, tanpa adanya spesis lipas di dunia ini, sudah pasti tebuan parasit ini juga akan pupus,” kata Prof. Kambhampati.
Ekosistem akan menjadi semakin tidak seimbang
Secara mudahnya, ketiadaan lipas tidak akan memberi kesan mendadak terhadap manusia, namun tidak bagi spesis-spesis lain.
Ini kerana kebanyakan spesis burung dan katak menjadikan serangga seperti lipas sebagai salah satu punca makanan makanan mereka.
Foto: Courier Mail Walaupun ia tidak boleh membuatkan mereka pupus, tetapi jumlah mereka pasti akan berkurangan.
Dalam contoh mudah, bayangkan jika katak berkurangan akibat kepupusan lipas, jumlah ular yang memakan katak pasti akan berkurangan begitu juga dengan pemangsa ular seperti burung helang.
Hidupan di dalam hutan turut akan terkesan
Sebenarnya, majoriti daripada spesis lipas ini hidup di dalam hutan. Mereka menjadikan kayu dan daun yang memerangkap nitrogen sebagai sumber makanan.
Foto: NY Times Apabila mereka mengeluarkan najis, najis lipas ini akan terjatuh ke tanah sekaligus membolehkan nitrogen yang dimakan tadi kembali bercampur dengan tanah.
Nitrogen ini sangat penting untuk tumbesaran pokok, maka kepentingan lipas dalam ekosistem dalam hutan tidak dapat disangkal lagi.
Pokok-pokok di hutan pula adalah terlalu bernilai kepada manusia kerana di situlah terletaknya sebahagian besar daripada sumber oksigen yang kita perlukan untuk terus bernafas.
Jadi kesimpulannya, ketahuilah, sebenci mana pun kita kepada lipas-lipas ini, ia juga berjasa kepada kita.
Tak salah untuk membunuh lipas di dalam rumah, tapi kalau kita pergi mendaki gunung atau berkhemah di dalam hutan, jangan pula kita ‘gigih’ membawa racun serangga dan bunuh lipas-lipas di sana pula ya.
Sumber: LiveScience, Science ABC


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/31/memang-ramai-yang-takut-tapi-ini-akan-jadi-sekiranya-semua-lipas-di-dunia-mati/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memang Merbahaya Tapi Ada Sebab Kenapa Kita Tak Perlu Bunuh Lipan Dalam Rumah

Memang Merbahaya Tapi Ada Sebab Kenapa Kita Tak Perlu Bunuh Lipan Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 1012 hits
Berhadapan dengan haiwan mahupun serangga berbisa seperti kala jengking tebuan ular dan lipan pastinya menggerunkan setiap orang Bisa yang dikeluarkan mampu untuk membunuh manusia dalam tempoh yang singkat Oleh itu ramai yang bertindak untu...
Politik Azmin Di Bom Tapi Tak Mati

Politik Azmin Di Bom Tapi Tak Mati

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 340 hits
Walaupun politik azmin dibom secara kamikaze tetapi politik azmin masih bernyawa Kini mula hidup dengan 1001 strategi Kamikaze satu pelaku mengaku satu pelaku nafi Cybersecurity kata blur untuk cam Tupasal belum mati Masuk lobak Tengoklah s...
Nak Beli Durian Tapi Takut Kena Tipu

Nak Beli Durian Tapi Takut Kena Tipu

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 675 hits
Nak beli durian tapi takut kena tipu Ya Allah sekarang ni pergi mana mana tepi jalan banyak gerai gerai yang jual buah durian Di kawasan rumah nieyl sepanjang nak menghala ke rumah tu ada lebih kurang 4 gerai tepi jalan yang jual setiap ger...
Cermin Azmin Bukan Hanya Untuk Dirinya Dan Bang Non Saja Tapi Untuk Semua Pemimpin Pakatan

Cermin Azmin Bukan Hanya Untuk Dirinya Dan Bang Non Saja Tapi Untuk Semua Pemimpin Pakatan

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 617 hits
Kalau sebelum nie satu Malaysia pernah dilanda fenomena TERKEJUT hari nie Pakatan Harapan sekali lagi bawa fenomena baru Kali nie fenomena CERMIN melanda negara Kisah bermula bila Azmin Ali dinasihatkan supaya bercuti atau meletak jawatan o...
Memang Ada Niat Nak Pergi Mekah Tapi

Memang Ada Niat Nak Pergi Mekah Tapi

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 314 hits
Sudah lebih setahun memeluk agama Islam pengarah popular Michael Ang menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci dan ingin melihat Kaabah The post appeared first on
Bunga Pun Tak Pernah Bagi Tapi Suka Buat Benda Sweet Macam Ni Netizen Puji Papa Johan Memang Sweet

Bunga Pun Tak Pernah Bagi Tapi Suka Buat Benda Sweet Macam Ni Netizen Puji Papa Johan Memang Sweet

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 455 hits
Hidup berumahtangga ni kalau tak usik mengusik tak bahagia rasanya Itulah nasihat orang orang tua kita dalam hal berumahtangga Bila ada gurau senda dalam hubungan barulah rumah tangga makin aman bahagia Gelagat Johan Rajalawak pada isteriny...
Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Kurung 3 Lelaki Dalam Pangsapuri Empat Penjaga Ditahan

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi

Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Kurus Dalam Masa Singkat Mudah Rahsia Turun Berat Badan Tanpa Stress

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Drama Pasca Kau Pergi

Dapat Hadiah Beg Cantik Dari Blogger Kak Sa