Memandu Blog Perlu Bijaksana
Memandu Blog Perlu Bijaksana
Salam blogger Malaysia, salam kepada semua pembaca maya dan diucapkan semoga sentiasa dalam situasai yang sihat dan aman bahagia.
Ternyata berblog bukan lah mudah untuk lebih fokus dan konsisten dalam membuat penulisan. Blog yang cantik dan terus berada dalam paparan trafik yang tinggi seharusnya perlu sentiasa updated blog dan mampu pula melonjakkan informasi yang banyak manfaat kepada masyarakat pembaca di persada maya.
Cabaran Sebagai Blogger.
Faktor Masa
Banyak cabaran yang kita temui, seperti kesuntukan masa, ketiadaan masa yang benar-benar membantu seorang blogger memerah idea untuk pengisian halaman blog. Keadaan ini pada Etuza tidak lari dirasi oleh semua blogger secara sampingan seperti Etuza. Namun kekangan masa bagi blogger sepenuh masa tidak akan berlaku kerena mereka on time, sentiasa updated blog dan sangat pantas mendapatkan idea-idea bernas dan hangat. Pastilah keadaan tatapan atau trafik blog pada statistik dalam rangking blog di klik akan kelihatan amat tersorot ke bawah akan berlaku pada blog yang kurang pengisian infor diblog.
Keadaan blog tersorot ke bawah pada Etuza bukan perkara yang menyenangkan pada ketika hati hendakkan trafik blog naik dan naik. Sayang masa yang suntuk membuat kan blog kita ada kalanya tersenarai dalam bottom three ke bawah. Sedih kan bila begitu keadaannya.
Ketandusan Idea Bernas.
faktor kedua yang Etuza dapat kaji serba sedikit ialah, ada masanya blogger kehabisan idea yang terbaik untuk di publish dalam blog miliknya. Bila ketandusan idea, maka blogger tersebut akan memuatkan sekadar gambar, jadilah keadaan blog paparan Gambar Bisu Berbicara atau lebih dikenali wordless wednesday namun jika gambar yang dipaparkan punya aura tersirat yang tinggi masih boleh ditonton oleh pembaca maya hingga trafik tatapan mencanak naik. Luarbiasa juga kan wordless wednesday jangan pandang rendah pada acara activiti ini di blog terkenal.
Aktiviti lain seperti kenangan percutian dan kisah hidup, off course blogger bagi cerita hal kucing kesayangan dan apa juga cerita hal binatang peliharaan. Lebih kurang keadaan cerita sebegini blogger tersebut semakin ketandusan idea berblog. Pun usah pandang remeh bila teknik blogger sampaikan penceritaan kisah hidup meninggalkan kesan kepada pembaca, pasti merai klik tarafik yang hebat.
Scop Kandungan Blog Dikecilkan.
Keadaan ketiga yang menyebabkan blog paparan semakin mencetek ialah, andainya seorang blogger kecilkan scop kandungan paparan di blog personalnya. Seperti paparan blog sekadar paparan kehidupannya life style atau juga resipi dan sebagainya. Pasti lagi perah otak hendak mencari paparan di blog agar sentiasa updated. Jika Etuza berada dalam posisi pengisian blog hanya pada satu situasi rasanya seminggu atau sebulan baru agaknya ada pengisian baru. Maaf, Etuza juga berfikir tidak semestinya pendapat Etuza ini benar ya, sebab ada pemblogger hanya sekadar resepi blog peribadinya meletup menjadi sangat terkenal. Keadaan ini boleh jadi blogger resepi itu dalam situasi sepenuh masa, masa untuk membuat kajian tentang resipi dan memasak sangat menjadi tumpuan.
Mood Hilang atau Serangan Sikap Malas
Etuza tidak napikan pernah diserang situasi ini. Blog terdampar sepi hingga berbulan dan cecah setahun tidak ada paparan baru. Hingga ada followers yang unfollow blog kita, keluar dengan kemahuan dia. Kerana menunggu begitu lama paparan baru tidak kunjung datang. Sebabnya mood sudah hilang dan perasaan malas menghantui blogger tersebut. Faktor ini Etuza lihat ramai blogger sampingan seperti Etuza turut terpalit sama.
Blogger Tidak Memberi Kesan Ekonomi.
Faktor ini lagi menghambat blogger sebenarnya. Individu itu hendak konsistent berblog, tetapi kesan kepada ekonominya bagaimana. mengambil masa membuat kemasukan catatan hingga berjam-jam, orang kata syok sendiri ( mungkin Etuza juga ) menyampaikan cerita yang menarik. Lalu individu itu bertanya kenapa buat blog, untuk apa, ada ke keuntungan padaku?. Hal ini pasti menjadi pertanyaan kepada para blogger baru. Andai dia berblog untuk suka-suka santai dan tidak kisah pun blog dia di baca atau tidak semuanya bukan menjadi keutamaan kepada blogger tersebut.
Di sini lah letaknya diri kita harus berada di tengah untuk muhasabah diri bahawa, ada masanya kita perlu kejar sesuatu selain mahukan populariti dalam dunia blogging. Kita harus fikir potensi diri, garap sesuatu yang ada disediakan dalam dunia blog, sekurang-kurang anda membuat promot pada sesuatu produk yang akan memberikan pulangan yang menggembirakan kepada diri blogger tersebut.
Secara kesimpulan ada antara blogger sampingan yang akan terus berhenti meninggalkan dunia blogger kerana tiada perkara yang akan memajukan ekonomi dan kebahagiaan dalam hidupnya.
Etuza membuat kesimpulan, tetapi bukanlah perkara yang total untuk dipersetujui, bahawa ada banyak hal atau faktor untuk MEMANDU BLOG PERLU BIJAKSANA. Bukan mudah dan perkara senang yang orang kata " kacang saja" bukan semudah itu. Selain itu berblog dengan ketat ( atau rancak paparan) memerlukan jati diri, perlu kesabaran yang tinggi dan sentiasa bersemangat. Idea kita perlu seperti air mengalir yang tidak pernah kering. Untuk memohon idea-idea bernas, jagai diri, awasi berfikir negatif, jauhi sikap malas dan pohon pada Allah agar menyampaikan informasi di blog pada perkara yang memberikan manfaat dan menggembirakan pembaca maya.
Salam sayang dari ~Etuza~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://madey09.blogspot.com/2021/09/memandu-blog-perlu-bijaksana.html