Memancing Di Kolam Mancing Pak Mat Semenyih Kids Dan Family Friendly
MISI LEPAK, MENCARI IKAN DI KOLAM MANCING PAK MAT YANG KIDS FRIENDLY DAN FAMILY FRIENDLY - Kami ni, sejenis kalau nak cari tempat memancing. Mesti nak cari tempat relax , selesa dan kids friendly . Bawa anak-anak kecil ni, memang kena cari tempat selesa lah kan, bukan seminit dua nak mancing hehe. Tak di lupakan segala jenis minuman, makannan berat, makanan ringan, jajan semua wajib bawa. Ala berkelah / picnic kekdahnya
Pastinya, Kolam Pancing Pak Mat Taman Sri Haneco menjadi pilihan kami. Bukan pertama kali kami memancing di sini. Dari Dhia Dzal kecik pun kami dah mula bawa mereka ke sini. Best ke Kolam Mancing Pak Mat ini? Kalau dulu ada binatang peliharaan di sini. Sekarang dah tak ada lagi.
MEMANCING DI KOLAM MANCING PAK MAT SEMENYIH KIDS DAN FAMILY FRIENDLY
Bolehlah mancing di Kolam Pak Mat Semenyih ni, buat hilangkan stress anak dan mereka dapat pengalaman menarik ikan. Lama sangat kena kurung kurantin aritu kan. Boleh tahan pening jugak hehehe.
Memancing di Kolam Pak Mat ini, kami berjaya bawa balik 5 ekor ikan. Alhamdulillah anak-anak sangat happy dapat pengalaman tu.
Apa lagi yang best tentang Kolam Mancing Pak Mat Semenyih ni?Harga mancing di kolam Memancing Pak Mat sangat berbaloi
RM20 / joran / 4 jamBuka setiap hari dari 8 pagi - 8 malamJika tak PKP, di buka sehingga lewat malam jugak lah
Mana nak dapat mancing harga murah gini , kan... sampai 2 hari jugaklah kami “repeat” selepas keluar kandang selama 10 hari.
Jemput tonton YouTube Video kami untuk full stories
Jangan risau, bab social distancing. Kolam ni, besar dan luas, semua mancing jauh-jauh. Tak ada orang yang akan mancing berdekatan satu sama lain
KOLAM MANCING PAK MAT TAMAN HANECO SEMENYIHTaman Haneco
Google Maps Kolam Pancing Pak Mathttps://goo.gl/maps/4VfuHo212iLQRsen9
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azlindaalin.com/2021/10/memancing-di-kolam-mancing-pak-mat.html