Memahami Permasalahan Waktu Ini


TAZKIRAH JUMAAT
SEMANGAT dan desakan orang ramai yang mahukan Mahiaddin Md Yassin meletak jawatan meluas
dan jadi hangat selepas Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mengeluarkan kenyataan seakan tidak mempertahankannya lagi.
Namun bukan perkara senang untuk melihat Mahiaddin sebagai seorang yang tidak ada malu aib dan maruah diri untuk berbuat demikian. Ini kerana kuasa yang ada kepadanya untuk terus memegang jawatan itu tergenggam dalam tangannya. Mengenai situasi berlaku kini kena memahami sistem pentadbiran negara ini yang dilihat songsang dan aneh(?); Yang diPertuan Agong ada kuasa melantik perdana menteri menurut Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan tetapi tidak ada kuasa untuk memecatnya. Undang-undang atau amalan itu seperti budak yang tahu panjat pokok tetapi tidak tahu turun.
Yang boleh memecat Mahiaddin hanya parlimen sahaja? Seperti budak yang panjat pokok tadi yang boleh menurunkannya tangga atau dengan menebang pokok tersebut. Tetapi kalau pokok itu ditebang bukan budak itu saja naas, pokok itu juga musnah.
Mahiaddin pula licit dalam hal ini. Beliau sudah dapat membaca apa yang bakal dihadapinya, sejak awal-awal dia memasang niat melakukan kejahatan (mengkhianati kerajaan PH) lagi. Selepas beliau membawa barang curi beliau perlu melindunginya. Di sinilah beliau mencari "kawat duri" bernama Akta DARURAT untuk melindungi dirinya dan barang yang dicuri.
Beliau bernasib baik kerana Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan untuk proklamasi darurat. Permohonan beliau kali pertama ditolak, tetapi berjaya pada permohonan kali kedua. Jangan kira dengan alasan apa, Mahiaddin dapat proklamasi itu, itu cerita lain. Pokoknya dia berjaya mempunyai segulung kawat duri.
Kunci ditangannya.
Hari ini Mahiaddin menutup parlimen, yang kunci berada ditangannya. Apa yang boleh berlaku, Mahiaddin akan jatuh apabila parlimen bersidang. Itu sahaja. Persoalannya bila? Apakah beliau akan membuka pintu parlimen kalau beliau tahu akan jatuh di dalamnya? Oh tidak.
Semasa pengisytiharan darurat hendak dilakukan, ada disebut tempoh darurat setakat 1 Ogos 2021, selepas itu kononnya ia ditamatkan. Apabila darurat ditamatkan, maka parlimen tidak boleh ditutup lagi. Soalnya apakah benar darurat akan ditamat pada 1 Ogos?
Selalunya seseorang yang terdesak dan terjepik akan memilik akal panjang. Ia sanggup menggunakan apa sahaja helah dan ikhtiar untuk melolos diri. Mahiaddin akan melakukan itu.
Disinilah akan menguji sejauh mana kebijaksanaan, keadilan dan kemurnian Yang diPertuan Agong serta tafsiran kuasa wewenang miliknya. Apa kata kalau Mahiaddin mohon perkena untuk melanjutkan darurat ke suatu tempoh yang kali ini tidak disebut tarikh luputnya?
Dengan menggunakan alasan direkayasa seperti sebelum ini kononnya untuk cegah Covid maka diperlukan darurat? Mahiaddin mempunyai pakar statistik dan unjuran untuk mempersembahkan angka-angka atau statistik yang menggerumkan rakyat dan Yang di-Pertuan Agong. (Diharap Agong tidak akan tersihir untuk memberi perkenan kali keduanya).
Kita bimbang Yang di-Pertuan Agong akan ikut sama terkunci dengan kuasa Perlembagaan yang menyebut, Agong perlu mendengar nasihat perdana menteri. Kerana hal ini pernah dibangkitkan oleh Rais Yatim apabila Agong menolak permohonan pertama Mahiaddin hendak daruratkan negara.
Melihat kepada tahap degil dan babil yang ada kepada Mahiaddin, nampaknya beliau terus berusaha untuk mengekalkan kedudukannya. Beliau seperti berpegang kepada pepatah Melayu, "alang-alang mandi biar basah", "seluk perkasam biar sampai bukan ke pangkal lengan lagi tetapi ke tekak." Beliau tidak akan undur.
Berhubung dengan kesongsangan undang-undang atau perlembagaan berhubung kejadian "naik pokok tidak boleh diturunkan," elok kalau perlembagaan negara berhubung kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam soal melantik perdana menteri dipinda dengan memperjelaskan kuasanya untuk memecat. Perkara atau klausa yang berbunyi Yang di-Pertuan Agong hendaklah dengar nasihat perdana menteri, keculikan dalam urusan pemecatan.
Atau pun sebaiknya kuasa pelantikan perdana menteri diletakkan sepenuhnya kepada parlimen dan begitu juga urusan memecatnya. Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menyampai watikah atau mengesahkan pelantikan sahaja. Sekaligus bagi mengelakkan Yang di-Pertuan Agong dalam keadaan serba salah.
Mengenai Mahiaddin tadi, jika beliau tetap berdegil dan terus menggunakan kuasa prerogatif sebagai PM yang ada itu, rakyat tidak ada pilihan, kena bersabar tunggu masa dan ketika sampai. Sekuat mana Mahiaddin berlari, dia akan kelelahan juga akhirnya. Dia akan berhenti, tidak hari ini esok, tidak minggu ini bulan depan tidak tahun ini tahun depan.
Kita sekali lagi akan melalui jalan dan keadaan sama semasa kita menanti OT95 berundur, Najib Razak tumbang sebelum ini yang sungguh dramatik dan menyeksakan batin. Kalau untuk melihat dua "gerabak buruk itu" berlalu kita boleh sabar menunggu kenapa tidak dengan "gerabak" yang satu ini.
Kesimpulannya mala petaka, bencana, kesangsaraan, rasa sakit hati, kecewa semua datang daripada kekhilafan kita belaka. Jadi kalau kita merasakan pedih dan sakit dengan keadaan negara kini, nah, marahlah kepada diri sendiri. Bukan salah ibu mengandung. [wm.kl. 10:33 am 18/06/2021]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/06/memahami-permasalah-waktu-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jam Tangan Buruj Orian Untuk Solat Penunjuk Arah Kiblat Memudahkan Muslim Untuk Jaga Waktu Solat

Jam Tangan Buruj Orian Untuk Solat Penunjuk Arah Kiblat Memudahkan Muslim Untuk Jaga Waktu Solat

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 538 hits
AssalamualaikumBismillahHidup kalau tiada masa boleh huru hara tak tahu waktu rehat waktu bekerja ataupun waktu untuk beribadah Betapa pentingnya waktu dalam kehidupan harian kita Cuma bagaimana kita menggunakan masa 24 jam yang Allah bagi ...
Lirik Waktu Dan Perhatian Rimar

Lirik Waktu Dan Perhatian Rimar

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 360 hits
Ada sebuah rasaYang bersembunyi di hatiKupendam sendiri selama iniCerita tentang kitaYang sudah sekian lama kupendamSemoga kau mengertiDengarkan ku bernyanyiJika kau bilang cinta saja sudah cukupItu
Perghh Jiran Takut Dengar Bunyi Hantu Kenapa Wanita Ini Pula Elak Basuh Baju Waktu Malam

Perghh Jiran Takut Dengar Bunyi Hantu Kenapa Wanita Ini Pula Elak Basuh Baju Waktu Malam

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 372 hits
Jiran takut dengar bunyi hantu kenapa wanita ini pula elak basuh baju waktu malam Paling win video masuk FYP suami bagi kejutan Mesin basuh Erra yang telah uzur mengeluarkan bunyi yang turut menakutkan jiran tetangganya BUNYI macam langsuir...
Jangan Desak Pn Adakan Pru15 Waktu Pandemik Tajuddin

Jangan Desak Pn Adakan Pru15 Waktu Pandemik Tajuddin

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 226 hits
Mana mana parti termasuk Umno tidak perlu mendesak kerajaan Perikatan Nasional supaya mengadakan Pilihan Raya Umum Ke 15 dalam waktu terdekat ini kata Pengarah Pilihan Raya Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman Ahli Parlimen Pasir Salak itu...
Apam Aiskrim Cornetto Lagi Terangkat Salut Coklat Padu Nikmatnya Makan Waktu Sejuk

Apam Aiskrim Cornetto Lagi Terangkat Salut Coklat Padu Nikmatnya Makan Waktu Sejuk

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 320 hits
Apam ke aiskrim Bagi yang keliru jom kita cuba apam aiskrim Cornetto terangkat ini Paling senang nak buat malah paling nikmati dimakan lepas dikeluarkan dari peti ais Idea kreatif pemilik resipi ini mama wajib cuba Sedap Apam aiskrim Cornet...
Agong Tanya Bila Waktu Sesuai Buat Pru 15 Lepas 80 Peratus Rakyat Divaksin Jawab Tun M

Agong Tanya Bila Waktu Sesuai Buat Pru 15 Lepas 80 Peratus Rakyat Divaksin Jawab Tun M

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 214 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan dalam sesi sembah maklum yang berlangsung di Istana Negara hari ini Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertanya waktu sesuai bagi negara mengadakan Pilihan Raya U...
Waktu Ph Perintah Harga Minyak Sawit Botol Rm22 Kenapa Sekarang Rm30

Waktu Ph Perintah Harga Minyak Sawit Botol Rm22 Kenapa Sekarang Rm30

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 197 hits
Waktu PH perintah harga minyak sawit botol RM22 kenapa sekarang RM30 Oleh June 09 2021Kenaikan harga minyak sawit botol yang dianggap munasabah oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi semalam dibantah majoriti rakyat Alasan kenaika...
Guna Opk Test Setiap Bulan Untuk Kesan Waktu Subur

Guna Opk Test Setiap Bulan Untuk Kesan Waktu Subur

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 892 hits
Sebelum ni k fiezz pernah kongsi pasal yang boleh bantu untuk kesan waktu subur kita kaum perempuan Sebab ovulasi setiap perempuan berbeza antara sama lain Kalau korang yang baru tahu kewujudan OPK Test ni boleh klik link atas ni Panjang le...
Apa Itu Rentang Waktu Dalam Trading Forex

Apa Itu Rentang Waktu Dalam Trading Forex

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 247 hits
Rentang Waktu dalam Trading Rentang waktu adalah suatu periode tertentu di mana harga berubah Trader menggunakan strategi trading jangka pendek dan panjang misalnya strategi forex rentang waktu 1H Sebenarnya rentang waktu adalah periode di ...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha

Pulau Besar Melaka Aktiviti Menarik Dan Lokasi

The New Mercedes Amg Purespeed Stepping Into The Future For High End Automobile Surroundings

Tak Ikut Qoran Dan Hadis Kah

Kalau Rasa Terancam Di Malaysia Banyak Negara Lain Lalu Bandingkan Nilai Barangan Pula Anda Rasa Masih Terancam