Memahami Pendidikan Versi Siti Kasim


Memahami ‘pendidikan’ versi Siti Kasim

Saya mulakan tulisan ini dengan memohon maaf.

Kepada teman rapat, kawan-kawan, saudara mara, dan semua rakyat Malaysia yang telah meletakkan harapan tinggi kepada Dr Maszlee Malik ketika beliau menjadi menteri pendidikan serta pasukan beliau di Tingkat 18, Pejabat Menteri Pendidikan hampir 20 bulan yang lalu.

Ramai daripadanya yang tidak sempat saya angkat telefon, tak sempat membalas pesanan Whatsapp, tak sempat memproses permohonan kemasukan sekolah berasrama penuh anak masing-masing atau pertukaran guru untuk pulang ke Kelantan.

Tempoh 20 bulan terlalu singkat untuk semua harapan kalian.

Saya juga ingin memohon maaf kepada ramai penganalisis yang meletakkan kesalahan kepada team media di pejabat menteri kerana menurut mereka tidak membuat kerja penerangan. Sudah pasti kesalahan itu di atas bahu saya sebagai setiausaha akhbar (SUA), walaupun saya hanya memangku jawatan tersebut pada Februari 2019.

Saya fikir kami sudah lakukan yang terbaik, walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah antara kementerian yang menjadi sasaran serangan hampir setiap jam, jika bukan setiap hari. Najib Razak misalnya, dalam masa seminggu sebelum Dr Maszlee membuat pengumuman memulangkan semula jawatan, menjalankan sehingga 34 serangan terhadap Dr Maszlee di laman Facebook beliau.

Ini bermakna hampir lima posting serangan dalam masa sehari terhadap Dr Maszlee sahaja.

Apakah itu pendidikan?

Beberapa hari sebelum pengumuman Dr Maszlee tersebut, saya ke pejabat dengan sebuah beg tarik, dengan niat membawa pulang buku-buku saya ke rumah. Saya dan sekumpulan kecil teman sekerja sudah mengetahui mengenai isu ini lebih awal.

Ketika mengemas, saya meneliti semula buku-buku tersebut sebelum memasukkannya ke dalam beg. Salah satu dari buku tersebut adalah hasil kerja seminal Paulo Freire bertajuk Pedagogy of Solidarity.

Di dalam perenggan awal, Freire menyoal semula tiga soalan iaitu; “apakah itu pendidikan?”, “apakah yang boleh dilakukan dengan pendidikan?” serta, “apakah asas praktis pendidikan sepertimana yang difahami oleh kita sebagai manusia?”.

Tiga soalan ini saling berkait namun saya lebih tertarik dengan soalan pertama. Kerana ia mengingatkan semula saya kepada versi pendidikan yang rencam di negara ini atau secara spesifiknya, apakah yang difahami dengan perkataan “pendidikan”; misalnya oleh orang seperti Siti Kasim?

Imperialisme budaya

Soalan pertama Freire itu begitu menarik kerana, sebelum masuk bekerja di Pejabat Menteri Pendidikan, saya sendiri adalah seorang guru dan pendiri sebuah pertubuhan bukan kerajaan. Sebagai seorang guru, yang mengaji dan lahir dari Institut Pendidikan Guru (IPG) kemudiannya mengajar di sekolah kebangsaan, malah kemudiannya mendirikan kelas dan sekolah untuk anak-anak memerlukan melalui NGO; kadangkala saya fikir saya sudah melumati apakah yang dimaksudkan dengan ‘pendidikan’ itu.

Namun sebenarnya kita terlupa, Internet di 10,208 sekolah di seluruh negara masih 4Mbps berbanding Unifi Turbo 100Mbps yang dinikmati oleh mereka yang menginap di MK28 Mont Kiara atau kondominium mewah The Estate di Bangsar. Anak-anak kita menerima defisit kelajuan Internet di sekolah sebanyak negatif (-96Mbps).

Atau kita terlupa makmal komputer yang tak siap-siap di negeri Sabah, walaupun telah memulakan pembinaan sejak pengumuman Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2003. Atau sebanyak 1,216 makmal sains, yang sebahagiannya daif atau tak siap-siap di seluruh negara?

Dan lebih menyakitkan, kita terlupa pembangunan sekolah di bahagian Sabah dan Sarawak yang sebahagian besarnya masih daif. Jadi perkataan “pendidikan” seperti yang dipertanyakan Freire itu; apa?

Internet di sekolah-sekolah begitu perlahan seperti berudu. Makmal komputer dan makmal sains yang ada jika tidak cukup, sebahagian besarnya tidak siap-siap. Sekolah-sekolah masih memenuhi kategori daif.

Pendidikan apa yang mahu kita berikan kepada anak-anak kita?

Pengeksport mimpi

Jadi tulis Freire lagi, pendidikan itu tidak boleh dipaksakan. Jika ia dipaksakan, namanya bukan lagi “pendidikan” tetapi imperialisme budaya. Yang menyedihkan, imperialisme budaya seperti yang disebut Freire itu tidak boleh kita diskusikan kerana, sistem yang kita miliki hari ini belum mencapai tahap minima atau tahap paling asas iaitu menyediakan infrastruktur asas.

Tanpa talian Internet yang sesuai dengan aplikasi dalam telefon atau minima sesuai dengan capaian 4G, bagaimanakah agaknya kita harapkan para guru menyediakan anak-anak kita untuk berdepan IR4.0?

Tanpa makmal komputer dan makmal sains yang cukup dengan peralatan asas, bagaimanakah agaknya kita harapkan para guru menekankan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di sekolah-sekolah?

Tanpa meja, kerusi dan kelas yang sesuai dengan tahun 2020 yang sama dengan kelas-kelas di sekolah di Putrajaya dan Bangsar, bagaimanakah agaknya anak-anak di Sarawak mahu belajar?

Inilah yang dikatakan Freire kemudiannya; “Kita tidak boleh mengekesport mimpi”.

‘Selective perception’ dalam Bangsar Bubble

Jadi saya tertanya-tanya. Adakah Siti Kasim mempunyai pemahaman tentang soalan-soalan Freire di atas?

Adakah beliau tahu berapa kelajuan Internet sekolah di seluruh negara?

Adakah beliau pernah bercakap dengan para guru yang mengajar di sekolah kerajaan dan memahami masalah makmal sains?

Adakah beliau pernah pergi ke sekolah-sekolah daif di Sabah dan Sarawak?

Jika semua soalan di atas tidak dapat dijawab oleh beliau, apakah makna “pendidikan” dalam pemahaman beliau?

Kerana itu, ketika P Ramasamy dua hari lepas memberi komen seolah-olah perubahan yang telah dilaksanakan selama 20 bulan ketika Dr Maszlee menjadi menteri pendidikan terlalu kecil dan bersifat minor, saya melihat pattern yang sama di antara P Ramasamy dan Siti Kasim.

Mereka ini, yang dikelilingi ‘bubble’ mereka sendiri, bergaul dalam lingkungan elit politikal dan elit korporat, tidak pernah keluar dari Lembah Klang atau Pulau Pinang, tidak pernah masuk ke sekolah Orang Asli, tidak pernah berbual dengan ibu dan bapa dari keluarga Orang Kurang Upaya (OKU), tidak mempunyai akses kepada keluarga dari kalangan B40 dan duduk terperuk di dalam ‘bubble’ Bangsar mereka; merekalah sebenarnya golongan yang terpisah dari masyarakat kebanyakan keseluruhannya.

Jadi idea “pendidikan” mereka adalah idea elitis yang selalunya dibincangkan di hotel-hotel terkemuka dan idea yang sangat tidak berpijak di alam dunia yang nyata.

Nyatakan kepada saya, bagaimana agaknya kita mahukan sebuah polisi untuk meningkat STEM ketika Internet sekolah seperti berudu dan makmal sains tidak siap-siap?

Lebih dahsyat, pengalaman yang mereka miliki dari kumpulan ‘bubble’ Bangsar ini kadang kalanya hadir dari ‘selective perception’ yang terpisah. Misalnya seorang politikus veteran baru-baru ini begitu marah dengan sistem pendidikan nasional setelah cucunya pulang dari sekolah dan bercerita tentang ‘alam kubur’ yang diajarkan oleh seorang ustazah di dalam kelasnya.

Apakah?

419,904 agen perubahan

Kerana itulah, ketika mula-mula masuk sebagai menteri pendidikan, tiga tag awal yang diperkenalkan Dr Maszlee adalah kasih sayang, hormat-menghormati dan kegembiraan.

Ini adalah kerana kami percaya, hanya dengan memperkenalkan ini di sekolah, kami dapat mengambil hati para guru dan menggunakan seramai 419,904 guru ini sebagai agen perubahan di sekolah.

Beban tugas guru yang tidak relevan semuanya dihapuskan. Kesatuan-kesatuan guru yang dominan seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) didekati. Masalah guru seperti pertukaran duka lara diperbincangkan. Para guru ditonjolkan semula sebagai wira masyarakat. Program Adiwira Guru dan Program Nadi Guru diperhebat.

Guru muda yang hebat mengajar di seluruh negara diperkenalkan kepada umum. Apakah polisi ini terlalu akademik? Tidak.

Buktinya, para guru menangisi pemergian Dr Maszlee. Kerana polisi yang diambil oleh Dr Maszlee dan warga KPM selama 20 bulan yang lalu mengguna pakai teori dan konsep Pedagogy of Solidarity, Paulo Freire.

Seorang teman bertanya kepada saya semalam di atas meja mamak Restoran Syed, Lucky Garden; “Beban pembuktian sebenarnya bukan terhadap KPM, tetapi kepada kerajaan, apakah yang telah kerajaan berikan selama 20 bulan ini kepada rakyat?”.

Saya tidak dapat menjawabnya.

Kerana tujuan saya menulis serpihan pemikiran ini sebenarnya adalah untuk bertanya kepada saudari ‘Siti Kasim and the gang’;

“Apakah yang mereka fahami dengan perkataan “pendidikan” sebenarnya?”

- ZF ZAMIR adalah mantan setiausaha akhbar kepada menteri pendidikan Dr Maszlee Malik yang meletakkan jawatan baru-baru ini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/memahami-pendidikan-versi-siti-kasim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siti Kasim Persoal Tindakan Perintah Mahkamah

Siti Kasim Persoal Tindakan Perintah Mahkamah

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 382 hits
Siti Kasim KUALA LUMPUR Rentetan perintah mahkamah yang dikeluarkan kepada Dong Zong peguam Siti Kasim mempersoalkan tindakan polis yang memohon berbuat demikian Soalnya mengapa polis membuat permohonan pada saat saat akhir sehingga mendapa...
Rph Pendidikan Kesenian Tahun 1

Rph Pendidikan Kesenian Tahun 1

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 575 hits
RPH Pendidikan Kesenian Tahun 1 RPT mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia RPT d...
Rph Pendidikan Moral Tahun 1

Rph Pendidikan Moral Tahun 1

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 414 hits
RPH Pendidikan Moral Tahun 1 RPT mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia RPT dira...
Menteri Pendidikan Itali Letak Jawatan Ekoran Kekurangan Dana

Menteri Pendidikan Itali Letak Jawatan Ekoran Kekurangan Dana

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 444 hits
Menteri pendidikan Itali letak jawatan ekoran kekurangan dana Dikemas kini 31 minit yang lalu Diterbitkan pada 26 Dec 2019 10
Cara Daftar Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak Kanak Tahun 2020

Cara Daftar Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak Kanak Tahun 2020

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 669 hits
Tawaran Bagi Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak Kanak Berikut merupakan maklumat iklan tawaran yang dibuka oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat Maklumat kekosongan ini adalah pada paparan iklan yang tertera hanya menyiarkan untuk memu...
Apple Mac Pro Versi Rak Kini Boleh Dibeli Pada Harga Bermula Rm 27 999

Apple Mac Pro Versi Rak Kini Boleh Dibeli Pada Harga Bermula Rm 27 999

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 426 hits
https ift tt 36V4XBp sebulan yang lalu tetapi hanya dalam versi menara Bermula hari ini Mac Pro versi rak mula ditawarkan pada harga bermula dari RM27 999 sebuah Ini ialah versi dengan Intel Xeon W 3 5GHz lapan teras GPU Radeon Pro 580Xm 32...
Puding Roti Versi Bayi Paling Ekspress Blend Je Semua Dah Siap

Puding Roti Versi Bayi Paling Ekspress Blend Je Semua Dah Siap

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 484 hits
Puding roti adalah makanan paling senang dan mudah untuk disediakan sebagai sarapan atau pun pencuci mulut buat anak kecil kita Selain kandungan karbohidratnya yang tinggi penambahan susu dan kurma misalnya dapat memberi khasiat berganda bu...
Kronologi Meninggalnya Lina Versi Rumah Sakit

Kronologi Meninggalnya Lina Versi Rumah Sakit

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 199 hits
Kepala Bidang Informasi dan Pemasaran RS Al Islam Guntur Septapati menjelaskan kondisi Lina sudah dalam keadaan meninggal dunia saat tiba di Instalasi Gawat Darurat
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Worldcoin Dan Ai

Sampul Duit Raya Menghargai Tradisi Dan Budaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2