Memadaikah Garisan Saf Sebagai Sutrah



SOALAN:
Adakah memadai hujung sejadah atau garisan saf dijadikan sutrah bagi mencegah orang lain melintas di hadapan orang yang sedang solat?

JAWAPAN:
Sutrah dari segi bahasa bahawa bermaksud apa sahaja yang dapat menghalangi. (Lihat al-Qamus al-Muhith).

Dalam istilah ilmu fiqh, sutrah bermaksud segala sesuatu yang tertegak di hadapan orang yang sedang solat. Ia sama ada dalam bentuk tongkat, tanah yang disusun, atau yang sepertinya bagi mencegah orang melintas di hadapannya. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 3/176-177)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri R.A, Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فَلْيُصَلِّ إِلَى سُتْرَةٍ ، وَلْيَدْنُ مِنْهَا ، وَلَا يَدَعْ أَحَدًا يَمُرُّ بَيْنَ يَدَيْهِ ، فَإِنْ جَاءَ أَحَدٌ يَمُرُّ ، فَلْيُقَاتِلْهُ ، فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ
“Apabila salah seorang daripada kamu mendirikan solat. Hendaklah dia solat ke arah sutrah, dan mendekatkan dirinya kepada sutrah tersebut. Janganlah dia biarkan seorang pun melintasi di hadapannya. Seandainya ada datang seseorang melintasi di hadapannya, hendaklah dia memerangi orang tersebut. Sesungguhnya dia adalah syaitan.” [Riwayat Ibn Majah (1007)]

Disebut di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (1/392-393): “Antara sunat-sunat sebelum bersolat adalah menjadikan sesuatu sebagai sekatan (سترَةٌ) di hadapannya. Ia adalah sebagai tanda pemisah di antara orang yang bersolat dengan orang yang lalu-lalang di hadapannya, seperti dinding, tiang, tongkat atau menghamparkan sejadah dan sebagainya. Jika tidak didapati apa-apa pun buatlah tanda garisan sahaja.”

Hal ini berdasarkan hadith daripada Ibn Umar RA, katanya:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا خَرَجَ يَوْمَ الْعِيدِ أَمَرَ بِالْحَرْبَةِ فَتُوضَعُ بَيْنَ يَدَيْهِ، فَيُصَلِّى إِلَيْهَا وَالنَّاسُ وَرَاءَهُ، وَكَانَ يَفْعَلُ ذَلِكَ فِى السَّفَرِ
“Rasulullah SAW apabila pergi menunaikan solat hari raya, Baginda meminta sebatang tombak pendek (حَربَةٌ) diletakkan di hadapannya, lalu Baginda menghadapnya manakala orang ramai pula di belakang Baginda ketika bermusafir.” [Riwayat al-Bukhari (472) dan Muslim (501)]

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فَلْيَجْعَلْ تِلْقَاءَ وَجْهِهِ شَيْئًا فَإِنْ لَمْ يَجِدْ فَلْيَنْصِبْ عَصًا فَإِنْ لَمْ يَكُنْ مَعَهُ عَصًا فَلْيَخْطُطْ خَطًّا ثُمَّ لاَ يَضُرُّهُ مَا مَرَّ أَمَامَهُ
“Apabila salah seorang dari kamu mendirikan solat, hendaklah dia menghadap ke arah sesuatu. Jika tiada, hendaklah dia memacakkan tongkat, jika tidak ada tongkat, hendaklah dia melukis garis. Maka tidak memudharatkannya apa-apa yang lalu di hadapan tongkat tersebut.” [Riwayat Abu Daud (689). Imam al-Nawawi menyatakan bahawa al-Baghawi dan lain-lain ulama hadis menyatakan hadis ini lemah]

Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah dinyatakan: “Para ulama’ dari kalangan Hanafiyah dan Syafi’iyah mengqiyaskan garisan dengan tempat solat seperti hamparan sejadah. Al-Tahtawi menyebut: Ini qiyas yang lebih utama kerana al-mushalla (tempat pijak semasa solat; hamparan sejadah) lebih dapat mencegah orang melintas berbanding sekadar garis.

Oleh itu, para ulama’ Syafi’iyyah lebih mengutamakan hamparan sejadah daripada sekadar garis. Mereka menyebut: (Hamparan sejadah) lebih didahulukan daripada garis kerana ia lebih menepati maksud (sutrah).” (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 24/180; Lihat juga Hasyiyah al-Tahtawi ‘ala Maraqi al-Falah, hlm. 101 dan Mughni al-Muhtaj, 1/200)

Imam Nawawi menyebut: “Menurut majoriti ashabnya (al-Syafi’i), sutrah adalah sunat. Dan hadis tentang setinggi pelana kuda itu tidak menunjukkan kesalahan dengan membuat garisan.”

Beliau turut menyatakan: “Sunat bagi orang yang solat untuk membuat sutrah di hadapannya berupa dinding atau tiang dan mendekatinya, dengan keadaan antara keduanya tidak melebihi tiga hasta. Jika solat di gurun hendaknya memacakkan tongkat dan yang seumpamanya, atau dengan mengumpulkan sesuatu dari tunggangannya atau perhiasannya, hingga menjadi seukuran pelana kuda.

Jika tidak menemui sesuatu barang untuk sutrah, maka buatlah garis di hadapannya, atau hamparan tempat solat. Berkata Imam al-Haramain dan al-Ghazali, tidak ada ‘ibrah dengan membuat garis (maksudnya tidak boleh). Namun yang benar adalah, apa yang ditetapkan oleh jumhur, bahawa sudah mencukupi dengan garis sebagaimana jika dia berada di hadapan satu barang.” (Lihat Raudhah al-Thalibin, 1/108)

Kesimpulan

Berdasarkan kepada nas-nas di atas, maka jelaslah kepada kita bahawa boleh dibuat garisan sebagai batas sempadan sutrah untuk solat. Kenyataan Rasulullah SAW “فَإِنْ لَمْ يَكُنْ مَعَهُ عَصًا فَلْيَخْطُطْ خَطًّا ثُمَّ لاَ يَضُرُّهُ مَا مَرَّ أَمَامَهُ” jelas menunjukkan, pertama hendaklah digunakan tongkat atau apa-apa yang boleh ditegakkan di hadapan. Tetapi apabila tiada, maka hendaklah dia membuat garisan. Ini menjadi jawapan kepada persoalan yang ditanyakan di atas.

Semoga Allah memberikan kefahaman kepada kita semua dan menjadikan daripada golongan yang mendirikan solat.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/10/memadaikah-garisan-saf-sebagai-sutrah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersama Bangunkan Malaysia Sebagai Harimau Asia

Bersama Bangunkan Malaysia Sebagai Harimau Asia

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 226 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Porsche Taycan 4s Dilancarkan Sebagai Kereta Elektrik Lebih Mampu Milik

Porsche Taycan 4s Dilancarkan Sebagai Kereta Elektrik Lebih Mampu Milik

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 210 hits
Porsche melancarkan dua model kenderaan elektrik moden pertama mereka Taycan Turbo dan Taycan Turbo S awal September yang lalu Ia adalah percubaan serius mereka untuk mencabar Tesla selepas mula memperlihatkan konsep Mission E mereka pada t...
Adobe Creative Cloud Kini Dikemaskini Sebagai Sebuah Hab Keperluan Kreatif

Adobe Creative Cloud Kini Dikemaskini Sebagai Sebuah Hab Keperluan Kreatif

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 245 hits
Adobe sedia menawarkan aplikasi Creative Cloud untuk desktop sebelum ini dimana ia lebih memfokuskan kepada memudahkan pengguna memuat naik aplikasi Adobe selain mengemaskini ia kepada versi terbaru Ini sekaligus membuatkan ramai yang tidak...
Nick Jonas Dipilih Sebagai Juri The Voice

Nick Jonas Dipilih Sebagai Juri The Voice

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 238 hits
Nick Jonas secara rasmi akan menggantikan Adam Levine sebagai juri bagi pertandingan realiti nyanyian The Voice musim ke 18 Jonas mengumumkan perkara itu ketika tampil dalam rancangan The Ellen DeGeneres Show pada Isnin JOHORTIMES MY Please...
Bintangi Descendants Dove Cameron Mahu Sertai Mcu Sebagai Gwen Stacy

Bintangi Descendants Dove Cameron Mahu Sertai Mcu Sebagai Gwen Stacy

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 431 hits
Spider Man telah pun memiliki dua filem solo dalam Marvel Cinematic Universe dan telah muncul dalam beberapa filem crossovers namun beberapa watak penting yang sering dikaitkan dengan karakter Peter Parker Spider Man masih belum diperkenalk...
Kena Ott Kpk Supendi Belum Setahun Menjabat Sebagai Bupati Indramayu

Kena Ott Kpk Supendi Belum Setahun Menjabat Sebagai Bupati Indramayu

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 123 hits
Bupati Indramayu Supendi terjaring operasi tangkap tangan oleh Komisi Pemberantasan Korupsi Supendi belum genap setahun menjabat Bupati Indramayu setelah menggantikan Anna Sophanah yang mengundurkan diri karena ingin fokus mengurus orang tu...
Permohonan Sebagai Pensyarah Di Kolej Matrikulasi Kpm

Permohonan Sebagai Pensyarah Di Kolej Matrikulasi Kpm

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 626 hits
Kini anda boleh membuat permohonan sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi KPM bagi seluruh Malaysia selepas pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan kepada mereka yang berminat Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mem...
Mengerikan Pasukan Elite Dunia Ini Jadikan Ular Sebagai Santapan Lezat

Mengerikan Pasukan Elite Dunia Ini Jadikan Ular Sebagai Santapan Lezat

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 150 hits
Bukan hanya dilatih dengan cara yang ekstrem seorang prajurit pasukan elite juga harus mampu bertahan hidup dalam kondisi apapun termasuk di hutan Salah satunya dengan menyantap binatang buas seperti ular
Berprofesi Sebagai Mermaid Panggilan Mirabeth Bikin Juri Indonesian Idol Melongo

Berprofesi Sebagai Mermaid Panggilan Mirabeth Bikin Juri Indonesian Idol Melongo

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 133 hits
Juri Indonesian Idol 2019 berhasil dibuat melongo oleh salah seorang kontestan ajang bernyanyi bernama Mirabeth Sonia karena profesinya sebagai mermaid panggilan
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Dilaporkan 10 Orang Terkorban 2 Helikopter Atm Bertembung Di Udara

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

Lateefa Koya Negara Sudah Jadi Banana Republic Ketika Kamu Dedah Bualan Pemimpin Negara

Ee Ji Ban Chicken Rice Ball Haniz Zalikha Pernah Makan Kat Ee Ji Ban Ya