Melty Cheezy


Assalamualaikum..

Salam manis dan selamat malam...sri doakan yang terbaik buat semua...dah lama tak menjengah dapur nie...rasa rindu membuak-buak nak update dan BW ke dapur teman-teman yang lain...rasanya banyak resepi-resepi yang dah sri terlepas dan tertinggal...:(





Sebenarnya N3 yang nak sri masukkan malam nie dah lama sri buat...cuma masa yang tak mengizinkan...gambar nie pun dah lama sri letak dekat dinding FB sri...malam nie ada sedikit masa yang terluang...jadi boleh lah lap-lap dan kemas-kemas apa yang patut dekat dapur maya nie.






Apa yang nak sri kongsikan pada malam nie, sebenarnya dah ramai yang tahu tentang manisan yang sememangnya famous dekat FB...sri nie dah kira macam naik keretapi zaman dolu-dolu...hehehe...lambat benor sampainya...untuk melty nie sri buat rujukan dari blog Masam Manis dan juga page Jom Masak ...terima kasih sri ucapkan atas perkongsian.






Bagi yang belum pernah cuba...boleh cuba ye dan tak rugi sebab sedap...lagi-lagi bagi penggemar keju...waaaa....naik lagi la jarum penimbang...:p

Jom kita tengok bahan-bahan apa yang sri guna dan selamat mencuba...(^^,)






Bahan-bahan:-
*Bahan Dasar-*10 keping biskut marie susu/coklat/kopi-*1 cawan nestum-*1 cawan cornflakes-*1/3 cawan susu tepung-*2 sdb marjerin - cairkan
Cara-cara-Kisar halus biskut marie, cornflakes dan nestum
-Kemudian satukan semua bahan-bahan tadi dan gaul dengan marjerin cair hingga menjadi seperti serbuk roti..(sri suka dasar yang macam nie)..
***bagi yang suka dasar yang agak padat...boleh tambah sukatan marjerin kepada 3 @ 4 sdb...boleh juga kalau nak letak kek sebagai dasar...terpulang pada citarasa masing-masing.

*Bahan Krim Keju-*250 gm krim keju - dibiarkan pada suhu bilik-*75 gm gula halus-*135 gm yogurt asli / perisa -*150 ml non-dairy whipping cream
Cara-cara-Putar krim keju dan gula halus hingga kembang dan gebu
-Masukkan yogurt dan putar lagi hingga sebati...ketepikan
-Dalam mangkuk lain, putar non-dairy whipping cream hingga kaku dengan kelajuan maksima...masukkan kedalam adunan keju tadi putar sebati...simpan selama 5 minit dalam peti ais


*Bahan Chocolate Ganache-*250 gm coklat gelap / susu-*100 ml non dairy whipping cream-*1 sdb golden syrup
Cara-cara-Panaskan non-dairy whipping cream bersama golden syrup...jangan sampai mendidih tau
-Masukkan coklat yang telah dipotong kiub dan kacau hingga coklat cair sepenuhnya
-Ketepikan dan biarkan coklat sejuk


*Bahan Hiasan-*Filling strawberry (nak ganti dengan apa-apa perisa pun boleh)-*keju parut





Cara Melapis-Letakkan bahagian dasar dibahagian bawah bekas
-Paipkan adunan keju hingga menutupi bahagian dasar
-Kemudian paipkan filling strawberry dan chocolate ganache
-Paipkan lagi adunan keju hingga penuh...hias mengikut kreativiti...tabur bahagian atas dengan keju parut









SELAMAT MENCUBA (^_^)*









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rosrikitchen.blogspot.com/2013/03/melty-cheezy.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami

Salah Besar Kalau Kembali Kepada Quran Dan Sunnah Saja Tambah Ulil Amri

Panduan Dan Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Kanak Kanak Dan Selepas Bersalin

Cheah Liek Hou

Adapting To Consumer Behavior

Mcmc S Police Report Against Writer Murray Hunter Is High Handed And Has A Chilling Effect On Freedom Of Speech

Keluarga Berang Terima Kiriman Jenazah Individu Lain

Kfc Malaysia Tutup Lebih 100 Restoran Francais Kesan Boikot



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Family Camping Journey Kami Repeat Lagi Camping 3h2m Di Dusun Pak Abu Campsite

Papagomo Ditahan Aibkan Agong

Tergamak Petik Al Quran Kaki Fitnah Dipanggil Pejuang Rakyat

Normani S Legs And Feet In Tights 5

Jadwal Puasa Sunnah Mei 2024

Wanita Maut Ditikam 30 Kali Di Sepanyol