Melrose Young Living Essential Oils
Stok Essential Oils (EO) Young Living dah menyusut. Tak tahu nak topup EO apa. Mostly saya gunakan untuk diffuse je lah. Kegunaan topikal sangat jarang kecuali kalau sakit perut (EO digize) atau sakit kepala (EO Peppermint atau Spearmint)
Saya beli 3 EO baru iaitu Melrose, Citrus Fresh dan Palmarosa. EO Citrus Fresh dan Palmarosa nanti saya update satu-satu. Kita cerita EO Melrose Young Living ni dulu lah ye
Melrose Young Living Essential OilsMelrose adalah campuran minyak pati Melaleuca alternifolia (Melaleuca), Melaleuca quinquenervia (Naouli), Rosmarinus officinalis (Rosemary) dan Syzygium aromaticum (Clove) dengan ciri-ciri yang membersihkan. 100% pure essential oil. Melrose menyediakan perlindungan terhadap masalah kulit.
Cara penggunaan Essential Oils MelroseTopikal : Cairkan 1 titis Melrose dengan 1 titis V-6 atau minyak zaitun dan sapu pada bahagian yang diinginkan mengikut keperluan.
Aromatik : Baurkan sehingga 30 minit, 3 kali sehari menggunakan diffuser
Bau EO MelroseBaunya seperti macam EO R.C, berangin dan berempah. Macam bau minyak angin tapi dengan aroma rempah dan ala citrus yang sedap menyegarkan
Bila diffuse, baunya mampu menghapuskan bau busuk dan membersihkan udara terutamanya selepas memasak. Kadang bau tu boleh tersebar satu rumah dan melekat lambat nak hilang. Jadi, elok sangat diffuse EO Melrose ni. Bau pun best
Kalau buat kerja dalam bilik, nak udara segar tak nak mengantok saya diffuse juga EO Melrose selain gunakan peppermint dan spearmint. Sesekali tukar aroma.
Selain itu, EO Melrose dikatakan sangat bagus untuk merawat kulit seperti parut, luka, gatal, terkena gigitan serangga, kulit terbakar dan lain-lain lagi. EO Melrose membantu memperbaiki tisu kulit dengan cepat. Tapi kena dilute dulu dengan carrier oil ye baru sapu ye
Melrose Young Living price RM120 (Retail price). Saya dah jadi ahli since 2019, jadi dapatlah harga ahli lebih murah dari retail price. Itu yang untung kalau jadi ahli. Tak menjual sangat sebab pakai untuk diri sendiri je lah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2022/07/melrose-young-living-essential-oils.html