Meliwat


TAK PATUT BETULLAH DIA ORANG NI, SANGGUP BUAT TUDUHAN TERHADAP ANUAR IBRAHIM SATU TUDUHAN YANG AMAT BERAT.IAITU RASUAH DAN MELIWAT, CER TENGOK ELOK-ELOK MUKA ANUAR BIN IBRAHIM TU, ADAKAH DIA KAKI MELIWAAAAAT !  dihukum penjara kali pertama pada tahun 1999 kerana tuduhan rasuah dan liwat.Kali kedua dihukum penjara kerana  meliwat bekas pembantu peribadinya pada 10 Feb 2015.  Bukan ke tuduhan tu satu konspirasi  menjatuhkan karier politik beliau.-Pak Karamu-  Anwar: Dakwa Najib tak semudah dakwa sayaHaspaizi Zain  |  Diterbitkan Hari ini 8:35 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 8:35 pagi
    Presiden PKR, Anwar Ibrahim menegaskan proses perbicaraan terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak tidak semudah pendakwaan yang dihadapinya ketika pentadbiran BN dahulu.
Beliau berkata, ini kerana kerajaan PH berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang dan mahu memastikan sistem kehakiman bebas tanpa sebarang campur tangan.
"Hendak dakwa mantan perdana menteri bukan mudah, bukan macam dakwa saya dulu.
"Sebab kita janji rule of law, kita janji tak mahu pengaruh hakim, kita janji proses mesti adil," katanya ketika berucap pada majis makan malam amal anjuran PKR Kuala Langat di Kuala Langat malam tadi.
Hadir sama Naib Presiden PKR, Dr A Xavier Jayakumar yang juga ketua PKR cabang Kuala Langat.
Najib yang juga bekas Presiden Umno kini berdepan 21 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLAFTA) 2001.
Anggota Parlimen Pekan itu juga turut berdepan pertuduhan rasuah dan salahguna kuasa ketika menjadi perdana menteri.
Ambil alih jawatan PM ketika stabil
Untuk rekod Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri, dihukum penjara kali pertama pada tahun 1999 kerana tuduhan rasuah dan liwat.
Beliau sekali lagi dihukum penjara kerana tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya pada 10 Feb 2015.
Bagaimanapun sejak awal Anwar menegaskan tuduhan terhadapnya merupakan konspirasi untuk menjatuhkan karier politik beliau.
Sementara itu Anwar mengulangi sokongan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad bagi memulihkan negara.
Jelasnya, beliau akan mengambil alih jawatan perdana menteri selepas keadaan kembali pulih dan stabil.
"Saya ambil alih masa keadaan stabil lebih mudah, jadi kita dalam PKR, kita akan bagi sokongan kepada kerajaan," katanya lagi.
Anwar dalam pada itu berjanji akan menunaikan segala janji PH yang telah kepada rakyat sebelum ini apabila menerajui negara.
Tambahnya, beliau tidak menyalahkan rakyat yang menuntut janji, kerana PH pada masa itu memberikan janji dengan harapan menggunung tinggi.
Namun katanya, PH pada ketika itu tidak sedar masalah yang dihadapi kerajaan seteruk apa yang diwarisi hari ini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://abnnasution.blogspot.com/2019/04/meliwat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sheraton Kota Kinabalu Sabah S Newest Luxury Landmark Opens

Anak Dara Ke Janda Baik

Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Orang Yang Enggan Berubah

Realiti Suami Curang Yang Ramai Tak Berani Buka

Balik Kampung Cuti Sekolah

Hadits Arbain Nawawi Ke 18 Taqwa Dan Akhlak Mulia

Kenali Silkscreen Printing Untuk Botol Rahsia Cetakan Tahan Lama Elegan

Kicap Mee Sedap Dan Mudah