Melayu Tidak Boleh Berubah


Tanggapan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhalang untuk membuat reformasi kerana khuatir dikecam masyarakat Melayu tidak boleh diterima

Penganalisis politik, Awang Azman Awang Pawi berkata, orang Melayu mana pun akan menerima perubahan jika ia menyumbang kepada kebaikan Islam, masyarakat Melayu dan masyarakat keseluruhan

Jelasnya, masyarakat Melayu adalah sama seperti kaum lain di Malaysia dengan kategori yang pelbagai dan bergantung kepada latar belakang masing-masing, sama ada pendidikan, status kehidupan atau ekonomi

“Semua ini membawa kepada perbezaan nilai dan cara berfikir,” katanya ketika dihubungi FMT

Beliau berkata, cakap-cakap bahawa orang Melayu masih konservatif atau takut kepada perubahan adalah kenyataan yang simplistik atau satu bentuk generalisasi mengenai kaum itu

“Kalau orang Melayu konservatif, tidak akan ada pemimpin seperti (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) dan (Presiden PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Juga, tiada pemikir penting negara seperti Za’ba dan Prof Syed Hussein Alatas yang kaya dengan pemikiran progresif,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang kemungkinan kerajaan gagal meneruskan agenda reformasi negara kerana khuatir kehilangan sokongan orang Melayu yang tidak mahukan perubahan dalam “acuan” Malaysia Baru

Sebelum ini, kajian Penang Institute bersama Ilham Centre (Ilham) menunjukkan kerajaan PH disokong kurang daripada separuh orang Melayu


Yusri Ibrahim
Kajian bertajuk “Nilai dan Pilihan Komuniti Melayu Muslim di Malaysia” itu dikendalikan ketua penyelidik Ilham, Yusri Ibrahim

Kajian itu mendapati responden tidak menyuarakan hasrat yang sama dengan perancangan kerajaan, termasuk inisiatifnya untuk memansuhkan Akta Hasutan


Sebanyak 73.30% orang Melayu tidak bersetuju akta tersebut dimansuhkan demi keamanan dan kestabilan negara

Semasa kempen pilihan raya umum ke-14 tahun lepas PH memberi jaminan akta tersebut akan dihapuskan jika mereka berjaya menguasai Putrajaya

Mengulas lanjut, Awang Azman berkata, jika orang Melayu benar-benar takutkan perubahan, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan tewas kepada PH

“Negara kita ada aktivis Melayu seperti Hishamudin Rais dan juga ahli akademik berpartisan seperti Dr Syed Husin Ali yang sudah lama mengidamkan perubahan,” katanya

Jelasnya, kerajaan PH tidak boleh menggunakan alasan sukar membuat perubahan dan meneruskan reformasi kerana masalah tersebut berpunca daripada kelemahan dalaman parti itu sendiri

“Namun (mereka) menyalahkan pihak lain kerana ketidakupayaan sendiri,” katanya

Sementara itu, Yusri berkata, amat penting untuk mengambil kira sentimen orang Melayu kerana golongan inilah yang menentukan landskap politik negara

“Jika sentimen, perasaan dan sensitiviti orang Melayu tidak diberi perhatian, kami percaya (pentadbiran) kerajaan tidak akan berjalan lancar,” katanya ketika ditemui FMT baru-baru ini

Jelasnya lagi, jika sentimen orang Melayu tidak diberikan perhatian, mereka akan berasa hak dan keistimewaan mereka akan ditarik

“Ini kemudiannya akan mencetuskan ketidakstabilan dalam landskap politik di Malaysia,” jelasnya. - free malaysia today



Iklan









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.addindeen.com/2019/02/melayu-tidak-boleh-berubah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adun Cina Pkr Tak Boleh Terima Di Tegur Ketua Melayu Pkr

Adun Cina Pkr Tak Boleh Terima Di Tegur Ketua Melayu Pkr

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 420 hits
Pemimpin Cina Laungkan Kembali Perkataan MELAYU BODOH Dan MELAYU SAKAI MASUK HUTAN Yang Pernah Mencetuskan Tragedi 13 May 1969PEMIMPIN CINA PARTI KERAJAAN MASIH MENGAMALKAN SIKAP RASIS WALAU PUN BERADA DALAM PARTI YANG SAMA Bila seorang pem...
Makin Dikata Jangan Tak Boleh Makin Dia Nak Kaunselor Cadang 3 Cara Elak Konflik

Makin Dikata Jangan Tak Boleh Makin Dia Nak Kaunselor Cadang 3 Cara Elak Konflik

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 312 hits
Makin dikata jangan tak boleh makin dia nak Kaunselor cadang 3 cara ganti katakan tidak kepada anak boleh elak konflik antara ibu bapa dan anak Perkataan jangan tak boleh dikatakan didengari oleh anak lebih 40 kali sehari Memang tidak boleh...
Jangan Sentap Tangan Anak Sentapan Kuat Boleh Menyebabkan Siku Teralih

Jangan Sentap Tangan Anak Sentapan Kuat Boleh Menyebabkan Siku Teralih

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 374 hits
Ia mungkin tidak banyak berlaku tetapi kecuaian boleh mengundang keadaan ini Pulled elbow atau sendi siku teralih boleh terjadi tanpa disengajakan Pulled elbow kerap terjadi pada kanak kanak yang berusia lima tahun ke bawah Ia adalah keadaa...
Dengan Harga Langganan Rm100 Anda Boleh Nikmati Internet Jalur Lebar Dan Mudah Alih Tanpa Had

Dengan Harga Langganan Rm100 Anda Boleh Nikmati Internet Jalur Lebar Dan Mudah Alih Tanpa Had

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 272 hits
Sejak tahun lalu kita telah melihat pelbagai pembaharuan dan penambahan dalam perkhidmatan internet yang ditawarkan dalam negara Semuanya selari dengan kehendak kerajaan yang mahukan penawaran internet lebih meluas disamping harga yang berb...
Bermula Minggu Ke 18 Hamil Bayi Semakin Aktif Tendangan Pun Dah Boleh Rasa

Bermula Minggu Ke 18 Hamil Bayi Semakin Aktif Tendangan Pun Dah Boleh Rasa

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 494 hits
Sekiranya ibu sudah melepasi trimester pertama kehamilan sepatutnya ibu sudah berasa semakin lega dan seronok Ini kerana tiada lagi mual dan loya seperti dialami di awal kehamilan Ibu sepatutnya berasa lebih sihat dan bertenaga Perubahan be...
Dekat Mana Boleh Pohon Permit Selfie Kata Najib Perli Ppbm Viral Hancing

Dekat Mana Boleh Pohon Permit Selfie Kata Najib Perli Ppbm Viral Hancing

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 674 hits
Najib dipercayai merujuk kepada tindakan ahli Bersatu yang membuat lima laporan polis terhadapnya berhubung programnya di Langkawi Bekas perdana menteri meneruskan lagi pendekatan dalam mengeluarkan kenyataan di Facebooknya yang memberikann...
Kenapa Wanita Selalu Sakit Pinggang Ketika Haid Boleh Tak Nak Hilangkan Rasa Sakit Itu

Kenapa Wanita Selalu Sakit Pinggang Ketika Haid Boleh Tak Nak Hilangkan Rasa Sakit Itu

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 431 hits
Haid atau datang bulan merupakan keadaan semula jadi yang terjadi kepada golongan wanita Haid berlaku apabila telur tidak disenyawakan Apabila wanita sedang haid mereka bukan sahaja tidak berasa selesa malah akan mengalami beberapa kesulita...
Betul Ke Boleh Rawat Stroke Dengan Terapi Lampu Lip Lap

Betul Ke Boleh Rawat Stroke Dengan Terapi Lampu Lip Lap

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 452 hits
Oleh TERAPI LAMPU LIPLAPSaje nak tegur satu video seseorang yang promosi rawat stroke dengan lampu liplap Untuk makluman Stroke ini jika buat physio akan pulih recover Walaupun bukan 100 pulih tetapi paling tidak pesakit akan boleh bergerak...
Isu Rmt Ibu Bapa Boleh Rayu Jika Rasa Layak

Isu Rmt Ibu Bapa Boleh Rayu Jika Rasa Layak

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 362 hits
KEMENTERIAN Pendidikan menasihati mana mana keluarga yang anak mereka tidak layak menerima Rancangan Makanan Tambahan tetapi merasakan tidak mampu atas alasan tertentu supaya mengemukakan rayuan di sekolah masing masing Dalam kenyataan hari...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Difference Between Pickleball And Badminton